Pages

Sunday, February 27, 2011

Satu dua tiga

Satu :-

Pax benggong : Excuse me..can u tell me what time is it now?
Mak Piah : Jeddah time 9 pm sir. Jakarta time 1 am.
Pax benggong :I want to know Amrika time. I am Amrikan..* sesambil gegeleng kapla macam weather kat Bay of Bengal*
Mak Piah : wadafak ok? Nak kena tampar ke??? *cakap lam hati jek*

Dua :-

Before landing -
Mak Piah : sir, pls fasten your seatbelt.
Pax bengong2 : why? I'm going to die anyway!
Mak Piah : OK. But anyway I would like you to DO IT with your seatbelt fastened.

Tiga :-

Mak Piah :- this bag can't fit the overhead locker, sir. It shud be a CHECKED LUGGAGE
Pax benggong :- No, ma'am this is not chicken nuggets.
Mak Piah tatau nak marah ke nak gelak.

Mak piah nak sambung lagik. TRapi dah rasa melayang lak...karang Mak Piah sambung yer.

Friday, February 25, 2011

alihbahasa.

PJ ajak Mak Piah gi makan tengahari kat restoran Italy, yang kat mana italy nya Mak Piah tak tau sebab tukang masak dia orang Filipina dan semuanya rasa macam chicken adobo.
Ni baru gi jumpa dia setelah adegan Mak Piah mencash-advanced kan kad dia.
Disebabkan lambat sangat dia nak siap sebab baru balik dari sauna, Mak Piah telah mengorderkan delivery service jek ke villa dia.

Suka la sebab Mak Piah leh mintak itu dan ini.
Sapa suruh suruh Mak Piah orderkan, kan??
Harus 7 course Mak Piah order.
Ha..cakap lagik up to you.
Tak ke memang selera Mak Piah begitu tinggi.
Nasib kau lah PJ.

I started to think this is why he cant see us 'being till death do us part'.
Kut dia pikir la kan..cam ner aku nak bagi mak gajah ni makan.
Sesilap dia tak panggil Mak Piah mak gajah.
Mungkinkah dia panggil Mak Piah adalah mak sejenis binatang kalau dilukis selalu diwarnakan pink.

Masa tefon dari umah dia, Mak Piah pinjam la pakai laptop dia.
Dah dia tak de.
Dan Mak Piah ketagih main games kat FB, haruslah check segala tanaman dan juga bisnes di FB.
Kerana Mak Piah tak berapa nak reti pakai komputer orang dan segala gadget gadget ni, Mak Piah telah klik sana sini.
Dan apakah yang Mak Piah jumpa?

Yer..ini dia...macam mana pulak nak buat mende star star yang kekunun berunsur saspens itu...but anyhow, this is what I found.


My Happiness
Mak Piah very happy la ni kat Jakarta.
Pepagi belpes.
Belpes him very much food.
There are local food, the Mak Piah want and not how.
... If you think there homlet want oputehs cam style.
There is no Japanese food, like most Mak Piah.
There is a pleasant beef noodles Mak Piah.
Think he cam kat kampung.
Rasa cam kat shop Haji Salleh.
Minus the togeh.
Yooo Ayooo kadavaley.
Mak Piah terberetas want to eat until your stomach.

If you eat a lot, Mak Piah think nyesal time in the room, because nperut already tight.
If you do not eat much lagiiiiiiiiiii Mak Piah Absodi kat .. sorry for the de ni Sumer.
If there were any, he mother's grandfather had expensive.

......dan seterusnya...
Ini yer..adalah google translate.

Mak Piah punya gelak....benggong la google translate ni...
Sila cuba.
Tetiba Mak Piah rasa Mak Piah adalah seorang pelawak.

mak nenek punya expensive---heheheheh mesti kalau ada orang yg tak reti bahasa pasar tak paham apa mende yang ditulis.

I find it funny , samalah macam Mak Piah gelak cam macam orang hilang akal masa memula datang Absodi dulu tengok The Simpson dalam bahasa arab...hehhehe.
Dorang alih bahasakan.
Kelakar.

Wednesday, February 23, 2011

Ku Bahagia

Mak Piah sangat bahagia la kat Jakarta ni.
Pepagi belpes.
Belpes dia sangat banyak makanan.
Ada local food, yang Mak Piah tak berapa nak lalu.
Ada homlet...kalau rasa nak cam stail oputehs.
Ada ada makanan Jepang, yang paling Mak Piah suka.
Ada mee sapi yang membahagiakan Mak Piah.
Rasa dia cam kat kampung.
Rasa cam kat kedai Haji Salleh.
Minus the togeh.
Ayooo yooo kadavaley.
Mak Piah makan sampai nak terberetas perut.

Kalau makan banyak, Mak Piah rasa nyesal masa masuk bilik, sebab nperut dah senak.
Kalau tak makan banyak lagiiiiiiiiiii Mak Piah menyesal sebab kat Absodi..mana de ni sumer.
Kalau ada pun, mak datuk punya mahal dia.
Dan tak sesedap kat sini.

Makan sampai kul 7 malam karang bu rasa nak makan lagik.
Jimat duit!
So kengkawan leh imagine la Mak Piah makan banyak mana.
Baikkkkk punya load.

Kalau kat other station, Mak Piah liattttt gak nak turun belpes.
Kalau turun pun sekadar nak makan roti disapu dengan butter cap lurpak jek.
Tak lalu.
Tak lalu nak sikat rambut, pastu tuko baju.
Kalau tak, takut orang lain yang turun belpes tu ingat dia masih mengalami mimpi buruk sebab ada org cam rupa hantu rambut gerbang turun belpes.

Satu la Mak Piah tengok hotel kat hotel ni, staf dia memang polite.
Memana jumpa dorang greet.
Mak Piah termalu gak kekadang, sebab nak jalan cepat nak gi melantak nasik padang memana Mak Piah senyum jek lalu.
Terkadang lupa nak balas balik.
Atau salah greet.
Dah kul 8 malam cakap gud morning.
Kau ado??
Alasan Mak Piah, ohh in my home, my home la sangat, sekang bu kul 8 pagik.
Hik walhal.... jopan sebernarnya ialah saya tingtongggg sangat.

Seryes.
Dorang ni sangat polite.
That or dorang ni dah dilatih macam robot supaya polite cengitu.
Tengok perangai... suka berprasangka.
Benggong.

Tuesday, February 22, 2011

Pereksa lagi dan lagi.

Kompeni pat Mak Piah keluarkan memo kata yg semua petugas syarikat Mak Piah kerja nih harus membuat pemeriksaan keselamatan yg lebih terperinci dari yang ada sekarang.
Mak Piah cam tak tau nak kata apa.
Mak Piah cakap ni dari pandangan peribadi ya.
Kene alert.
Dan segala tok nenek yang berkaitan dgn security check la kan.
Mak Piah nak gelak jek masa time briefing bila budak budak hazabh jawap dan 'berbincang' mengenainya tiap kali nak gi flight.
Wahhhh.... cakap macam best.
Nyampah.
Blahhhhh laaaa.

Ni sekarang ni Mak Piah kat Jakarta.
Masa sampai, lalu security check dulu sebelum masuk ke kawasan hotel.
Bus kene berenti.
Security personnels dia check bus.
Seryesly, la.. kalau check bus jek cam sekali lalu cam tu apa sangat yang leh dicheck?
Buat tambah penat jek tunggu dorang check, walaupun amik masa dalam 2 minit jek.
How much can u check la in the span of two minutes?

I understand hal kenapa nak check.
Buat sambil lewa tu, yang I dont.
Tidaklah Mak Piah nak dia check all out.
Dah elok Mak Piah dlm uniform dari pick up sampai ke hotel tu makan 18 jam.. tak pengsan atau mengerunkan, kalau dibuatnya Mak Piah tertidur dan berdengkur macam langit nak runtuh dalam bus tu??

Pas tu sampai hotel, kene lagik security check sebelum masuk dalam hotel.
Petugas petugas dia pakai glove putih check check manja beg beg crew.
Buat penat tau.
I was just thinking while waiting for my turn,kalau orang bawak barang barang yang merbahaya, ada dia nak taruk suapay bagi nampak?
Idak ,kan??
Sure sorok baik punyaaa...
And do this people actually know what they are looking for?
Cam tak konfiden je tengok.
U see, to know what you are looking for in the baggage, u have to know the component of bomb ke natang apa yg org guna untuk buat bom, dak??
I havent heard of petugas hotel ada gi kursus kursus nih.
But again, I might be wrong.

Cuma ati mo panas la... belek belek ala kadar jek, pastu : silakan, bu..
Suka sepahkan beg Mak Piah yang dah sedia sepah tu tau.
Tu lom masuk lagi beg yang pack padat giler dengan barang-barangyang dihangkut dari kapal dibawak untuk kengkawan.
Kene sekali lagik duduk atas beg sebab beg tak leh nak tutup balik.
Mecikkkkkkkkkkkk tau.
Sikit nak terberetas beg Mak Piah tau.

Meciiiikkkkkkkkk.

Pastu, bila dah cuti 3 hari kat sini haruslah keluar jenjalan.
And go thru the same procedures lagik.

Kalau naik teksi, dia suh berenti kat guard depan.
Pas tu dia ketuk tingkap mintak izin, bukak dashboard...(errrr dashboard ke nama laci kete yang kat seat depan tu aaa?)
Handbag semua depa bukak.
Cumanya, Mak Piah tengok dorang check cam jenis kepochi jek.

Tah aaa..., Mak Piah ni suka berprasangka buruk, walhal orang tu mungkin betul buat tugas dia dengan semaksima yang dia tau.

Hehehe... hendaknya ada jamu sari apakah atau salap kurap tergolek dari handbag yang bercelaru tu cam ner...tak merah pdam muka kat situ?
Pastu betul pulak kat belakang kita ada orang yang kita dok ushaa.
Tak ke menimbulkan keraguan atau giving too much information?
Atau dan dan lak kene ni-bukan-I-punya-ni, camne-ni-ada-kat-sini?

Adoi...*

Monday, February 14, 2011

He aint heavy he is my friend.

In response to my previous post, my friend has commented.

Since both of us are errr..computer/IT illiterate, I copy paste the response here.
*****************************************************************************

Faith Is A Gift….I like that very much.

It is true that as a born muslim, we’re taught from the very young that being born as a muslim is a gift. A gift that is something we should treasure and protect.

They are many Islamic historical stories that being told about the past leaders and believers who were offered material wealth and threatened with tortures, even death to leave their faith. But they stayed devout despite these offerings and many have died martyred.

The same goes to Christianity which never short of such stories either. The legend of Saint Joan of Arc or even the story of Emily Rose could also be used as testaments how faith was being held up within them to the last breath. Yes…faith is a gift but protect it we must.

Of course as you were saying that if your faith is strong, nothing ever that can be offered to move our mountain of belief. However, there are some people who are faith are strong and yet easily fall for kindness of words and especially so when they are vulnerable due to catastrophe of grave magnitude such as the tsunami. Some needed gentle reminder from their fellow muslims that most misfortunes that befallen onto us are in fact the test of faith.

The sad thing is, when certain quarters are using these dire situations to impact and sway the faith of local people by mean of material offerings and clever maneuvering of human’s emotions. That to me is wrong. You came, wanna help..yes please but do not take the advantage of the situation to inject the spreading of your faith.

It is a duty of muslim brotherhood to ensure that their fellow muslims stay with their faith as long they could but of course in this modern world…we are presented upon with all things that could sway one’s faith rather easily.

Paranoid?

One must know history to know what lesson can be taken to avoid committing the same mistake.

China fell to British India aka British Empire was not because of the mighty swords of the Brits but because they were offered ‘fun’ through opium of which devastated the entire Chinese’s defend system. The offering of flash cards etc are somehow works the same as the above mentioned opium…it can sway the unwary.

Furthermore, it is our law preventing the open spreading or preaching other faiths in such manner.

Religion had been used by the Europeans to conquer many great civilizations. They have succeeded many times and they will not stop doing it again and again because it is the most effective weapon of choice to gain entry into any society and ultimately the entire country. Laymen like us may think that this is so ANCIENT. It seemed never ending conquest to ‘convert’ muslims to Christianity and vice versa is a story akin to clash of Devine of which the GODs are fighting over humans to be on their sides.

Besides, whatever…and whoever God that we believe in…they are major issues at play in this kind of situation, largely political in nature.

History Has Repeated Itself Before

Hitler maybe crazy, lunatic and insanely satanic…the same accusations can be thrown to his hundreds of generals and thousands of his army but surely they have found something nasty about jews in order to campaign for the massacre. I do not condone of such inhumane act by the Nazis but what should we learn from it or what have we learned so far?

If the mighty Hitler had used his Aryan’s greatness as a proxy to kill millions of impure race (Hitler’s definition) such as the jews but doesn’t it make us think the possibility of another devout personality would do the same to Muslims, Christian,Hindu or even to jews?

Absurd isn’t it however very possible.

If Mr. Mubarak is being labelled as a modern “Pharaoh” by the Eqytians, it is possible that another Hitler would rise again as what has happened in Egypt who have seen the “incarnation” of pharaoh. Saddam Hussein is another historical figure being recorded as a Muslim who oppressed his own people. No religion is immune.

Hitler was a devout Christian though this had been disputed by many scholars and historical experts in order to remove Hitler’s connection to the Christianity. Don’t take me wrong, I am part of the people of the books and love Christian’s history. I am not against any religion just trying to connect the dots with my previous posting. The truth should remain as it was.

“Hence today I believe that I am acting in accordance with the will of the Almighty Creator: by defending myself against the Jew, I am fighting for the work of the Lord.” This is one of Hitler’s speeches that he had delivered. Source: (Selected quotes from Mein Kampf) compiled by Jim Walker.

The point here is…if the God’s loving man like him could have done something like that, it wont be impossible for another monster that is capable of committing the same in future right?. And why we muslims should be off guard in protecting our faith and people?

Protecting what is rightly ours.

That is something not so rosy going on with this one special race…the jews. The international conflicts and terrorism activities are all germinated from this small strip that is Gaza and Israel. A tiny country that dragging dozens of other countries into this bloody mess. Should we allow these kinda people penetrating into our masses? Oh No. Faith alone is not good enough to protect our sovereign but we need to use some restrains to catapult them back.

Yes…it is true no religion promotes hates and encourages its followers to commit bad thing but we muslims are bombarded with all sort of accusations just because we need to defend our faith and our community.

Put aside Arabs’ negative behavior but surely Allah has a reason why the cradle of Islam is being held by these seemingly arrogant, snob and ungrateful lots.

Surely Allah has His own reason too why did He create the people of Torah. Only for us to learn to know the secret in our own ways.

I am not against Christianity or Judaism. Trying to figure out why …when you are closely interwoven…there is always a clash.

****************************************************************

Sunday, February 13, 2011

Jangan Marah Saya

Begini la ya...I tried as much as I could not to discuss religion issues with any of my friends as I do not wish to rock any boat.
Sayang kalau years of friendship punah becoz of personal differences.
And setiap orang is entitled for his own opinion.

Faith is a gift.
Once you have it, no one can take it away from you.
Unless you yourself want to give it away, throw it down the drain, allow a new faith to come in or you wish to renew your faith.

If u believe strongly in ur own faith, orang lain gula gulakan dengan apa cara sekalipun u still believe what u believe.

Sekarang, apa yang kita perlu pikir is sejauh mana dalamnya iman kita sendiri.
Janganlah pandang serong pada orang yang cuba mengajar/ menyebarkan fahaman mereka.
Kita sendiri yang perlu tau kekuatan iman kita.

Kalau orang offer nak bagi reta ke, nak bagi wang seguni ke, nak bagi "free lunch" ke deep inside, you are what you are.
It is up to how big your faith is.
Tidak ada harta sebanyak mana, pendapat sebesar apa yang boleh mengubah ur faith in any religion for that matter if u already have the faith in you.

Mak Piah lain, Mak Piah ialah seorang yang konfused.

Yes, dari penyebaran a few beliefs dengan all the flyers/brochures/ flashcards some might fall for it.
Cara halus, lembut kan?
But satu perkara you have to remember, that is also how you show the beauty of your religion.
Bukan dengan cara pkasa.
Bukan dengan risaunya aku, dorang ni dok bagi flyers/brochures/flashcard, takut orang lain terjerumus.
Learn from orang yang tukang bagik tu.

Sebabnya, nahhh u amik flashcard ni.
U tengok.
U see if u it can help you learning english/hebrew/korean...
Kalau iman org yang diberi flashcard, in my friend ni nyer case, itu sudah tebal,all you going is learn from that beautiful flashcard is those languages.
At the same time, u might also learn that other beliefs also promotes kind and love.
But you can renew your own faith.
Oh Ok..agama dia pun ajar baik jugak.
Accept it that way.
And keep your belief close at heart.

By accepting it that way, you promote the kindness in your beliefs.
Respecting others beliefs even you dont agree with it.

Bolehkah?
It is normal to tak mau orang lain yang satu aliran, satu kepercayaan* ni adalak lagu Suhaimi Meor Hassan ni kat sini..ishkk...* masuk ikut orang lain.
But what are we doing to avoid that?
Jangan terus memarah atau paranoid boleh?

I welcome any comments.
Tapi jangan marah marah Mak Piah tau.
Mak Piah hanya mengutarakan pendapat.

Friday, February 11, 2011

Echo Lima

Dah nama duduk di padang pasir ni, dimana perempuan agak terbatas untuk keluar dan takde tetempat untuk melepak.
Facebooklah tempat utama bersosialisasinya.
Dah lama Mak Piah nengok orang buat status kalau ada kematian di FB.
Ada baiknya, maksudnya family semua yang ada di fb, leh tau dengan segera.
Dan kengkawan juga boleh la mengirimkan doa.
Itu kelebihan FB nih.
Cepat jek berita sampai.
Kalau ada 500 dalam friendlist, sapa yang bukak akan tahu dan tolong sampaikan jugak ke ahli keluarga atau kengkawan yang lain di Fb dia.

Tapiiiiiiiiiii...
Yang Mak Piah tak berkenaan nya,eeeeeeeeeeeee banyaknya mende aku tak bekenan.
Ni ari...bubuh ..ada sedara meninggal dengan amat pilu sekali status tu.
Berderu orang ucap takziah.

Esok, dia upload gambar dia gi makan makan dan macam bergumbira la plak.
HEyyyy!!!!
Apa ni???
Gi ziarah orang meninggal, pastu on the way balik dari ziarah tu, wahhh..amik kesempatan nak bercuti.
Ok bukan tak ok..tapi tak berapa kene la dengan status yg hiba sangat hari sebelumnya.
I mean..perlu ke nak tetunjuk ang gi cuti cuti sekali tu?
Grrrrrrrr..tak menyempat nyempat.
Nak jek Mak Piah buh komen, ni ko cuti ni ko amik emergency leave kan??
Tak ke kalau rakan sekerja kau yg ada sekali dlm Fb ko tengok..tak payah esok ko nak mintak emergency leave lagik???
Benggong!!

Oh God..I am spending too much time on FB.
Nak buat camner kan...esok patut kerja, flight cancel lak..tak ke Fb tempat Mak Piah nak jumpa worang??

Dang!!!!

Thursday, February 10, 2011

Belajar Piah belajar

Lagi lagi citer fesbuk.
Maybe I shud stop facebooking.

Masa sekolah dulu, Mak Piah yang gatal merela nih ada boyfriend masa form 6.
First boyfriend.
Sapa lah yang akan lupa who the firsts are in their life kan.

Tak kira lah, first terbakar tangan sebab duk main masak masak ke..then u bila tangan terbakar kene oven lam aircraft, it is just another burn.
Walaupun pas tu tetiba, sorry I tak leh buat service, tangan nu sakit sangat...LOL

First jatuh beskal masuk dalam longkang then you terjatuh main naik motor, kunun, guwa rasa gua Laila Isabella naik skuter la.

First dapat jeans yang kakak beli kan dekat pasar. Rasa cam best nyer. Tak kiralah kalau jenama dia Labis. Then life goes on..u get other things.

ok...banyaklah pulak dak first first nih.
Meh balik ke cerita asal.

Mak Piah terjumpa balik ex boifren kat sekolah tu.
Dan jugak rakan rakan sekolah yang lain.
Yang dulu, memang Mak Piah tak berapa nak kawan selain dari hai-bye jek atau meminjam sesudu OMO untuk cuci baju time lupa nak hangkut bawak balik cuci kat umah kakak.

Pastu salah seorang Kak Nam ni online dan chat dengan Mak Piah.
Dia tanya lah bla bla bla bla apa jadah nya...and I answered la seminima mungkin.
I dont like orang nak tetanya banyak banyak.
I hate it especially pasal berapa harta Mak Piah ada, sebabnya Mak Piah tiada harta.
Harta Mak Piah hanyalah beberapa helai seluar dan baju yang dibeli masa sales sajork.
Tak lama lagik jadik kain buruk kalau anak buah Mak Piah kat kampung tak leh muat sebab beso bapak gajah nyer size.

I kinda know she wanted to tell me la dia sekarang dah berjaya.
Dah berlaki, ada anak anak ada umah, and all that stuff, which is fine with me.
Mak Piah nak kata gembira tak jugak, sebab heyyyy we r not that friend of sort la.
U say u are happy Mak Piah jawab elok lah.

Lain lah kalau dulu kat sekolah u are one of my close friends.
Yang close friends ni ada pokok mangga kat umah dia pun Mak Piah happy....hehehe ingat sok balik kampung leh belasah mangga dia.
Gila opportunist!

Then this Kak Nam, tanya pesal kau kerja kat sana??
Mesti ada sesuatu ni.
Mak Piah dah mula nak naik angin dah.
Mak Piah jawab, dah rezeki aku kat sini.
Alaaaaaaaa....citer lah..kau frust sebab dulu kau dengan boifren masa sekolah tu tak jadik eh??
Memang Mak Piah dah bertempik, dan terus imagine tarik tudung dia.
Tapi Mak Piah jawab dengan tenang di chat.
Dak lah, dah rezeki aku kat sini.
Walaupun aku kafir.
Amai orang nak datang bumi anbia ni, tapi tak de rezeki, kan.

Dan dan dia cakap, anak dia nak mintak buatkan susu.
Seriously, kalau stay online lagik, Mak Piah memang akan bahasakan dia.
And kalau orang lain gi universiti amik Business Management, Mak Piah graduate from Idontgoto University degree dalam Bitchiness Management.

**Mak Piah telah mengerakkan tetikus dan mula memusnahkan raksasa raksaksa itu***

Ok kat sini, Mak Piah cakap ye, kut ada yang terbabas masuk blog picisan yang takde pembaca ni, I left malaysia a while ago.
Sebab dah rezeki.
And not becoz of sesapa.
Sebab nak mencarik rezeki dan melarikan diri dari menyembah pokok getah.
Mak Piah lembik, mana larat nak bangkit kul 5 pagi nak bangun gi menoreh.
Nak angkat lagi susu getah tu gi tempat buat getah sekerap tu.
Ni duduk main cityvile dan FB pun tulang temulang Mak Piah rasa sakit, nikan pulak nak memikul susu getah.
Kalau balik Mesia, Mak Piah yang dah berusia ni, tak de laku nya lagi di market pekerjaan kerana pengalaman kerja Mak Piah hanya membuat teh kopi instant, dan mencuci toilet dan mengira meals.

Seryesly, diberi peluang sekang untuk mengulangi zaman sekolah, Mak Piah akan belajar bersungguh sungguh, tak meniru kengkawan nyer homework, tak tertidur masa cikgu ngajar..so tak de menyembah meals cart ni.
Jadik Professor Kangkung pun tak per...LOL DLL.

Tapi inikan sudah jalannya, so Mak Piah pasrah.

Esok nak gi marah passenger lagik dan lagik.
Gila tak bersyukur ada kerja.:P

Tuesday, February 8, 2011

Abang Hosni

Aritu Mak Piah kene call up standby.
Gi Kaherah.
Amik orang Sodi yang ada kat sana.
Cuakkkkkkk siot.
Dah memang Mak Piah tak suka buat flt gi Kaherah tu..sebab pax semua pangaiiiii..
Sapa yang kerja kat sini, antar flt yang memang most of us malas nak pergi flt ni aaa.
Itu kalau commercial biasa.
Kalau rescue flight macam ni..
Cemmana la gak nya.

Kita org dah naik kapal dah.
Co pilot lak ada hal dgn immigration.
Kena call standby co pilot lain yang kat hotel.
Mau ngamuk dia kene call last menet.
Tunggu aaa dekat nak sejam.
Dia sampai jek, kita org tup pintu.
Terus take off.

Then seatbelt sign off.
Juruterbang buat announcement.
" cabin crew, we r going back. There is no one to pick up at the airport. Prepare for landing"
Mak Piah--- senang hati.
Leh main CITYVILLE, naik satu level malam ni.

Kawan Mak Piah buat lawak.
Dia kata abang Hosni turun malam ni pukul doblas malam.
Iya sih..kalau lagunya enak.
Maksudnya turun menari...:P

ngeh ngeh ngeh,

Monday, February 7, 2011

Ubat

Mak Piah akan bercuti ke Paris minggu depan selama seminggu.
Haaaaa....ini adalah cara nak menenangkan pikiran setelah kasih putus di tengah jalan.
Tak kiralah kalau kat sana tu sejuk bediiiiiiiiiii...
Mau keras kejung Mak Piah kat menara Eifel.
Tapi akan posing menyeringai kat sana.
Buat muka cam happy aaa..
Lakonang semata.
Dulik la...

Ni sekang Mak Piah ngah perasan berlakon movie la kan.
Patah hati jek lari ke kota cinta, Paris.
Amacam, khelasssssssssssss dak?
Rambut Dawai, sila makan hati.
Hahahahaha...

Telan air liur Mak Piah tengok rega bilik hotel.
Dulik apa kan, sapa suh buat Mak Piah tak gembira, kan?
I am hitting PJ where it hurt the most, his wallet.
Macam ni la yer, some people would mourn their lost love.
But, only money mend my broken heart, ok.

Esok nak gi ofis nak mintak kebenaran secara official untuk keluar Absodi ni for one week.

Errrr...maka kami, rakyat Msia tak perlu visa kan nak gi Perancis.
Mak Piah cam kekonfused sket.
Selalu main masuk jek menonong pakai crew nyer line.
Heheheheh... I think I tingtong.

Ok kota cinta, Mak Piah datang nih.
siap kau PJ, Mak Piah cash advance pakai kad ko

Ada sesapa nak kirim???
Kim air liur tak dibenarkan.

Friday, February 4, 2011

Retak menanti belah

Things has not gone well between me and PJ since xmas eve.
PJ pilih nak berxmas dgn mak dia instead of follow the original plan which was balik kampung with me then cuti ke negara Gajah Putih.
And seperti biasa, I akan diam tak cakap apa.

I am tired of this relationship la.
I think masa I sold his promise ring tu, I dah decide not go on with the relationship.
Tapi PJ selalu bagi mende yang I nak.
And it turned out I wanted the all the wrong things.

Like PGMJ dan semua orang yang bijak cakap, we cant always have what we want.
I am tired and so is he.
He is tired of trying to be what I want him to be.

And now he is back in base.
Let;s see what he brings this time.
Green Prada macam DLL?

Thursday, February 3, 2011

Saya rindu sangat ngan boifren saya..Saya tak kesah orang cakap saya sengal ke,poyo ke,mengada ngada ke...Lantak lah.... *sambil baring di bilik soran

Saya rindu sangat ngan boifren saya..Saya tak kesah orang cakap saya sengal ke,poyo ke,mengada ngada ke...Lantak lah.... *sambil baring di bilik sorang2 mengadap siling dan tersenyum sedikit kerana menatap foto kami berdua di IPAD*

itu status sengals saya hari ini.
Silakan bergembira mengomen nya.
Kalau ada status sengals sengals..sila taruk di komen atau chatbox. sya akan bubuh di fb..:P

Wednesday, February 2, 2011

Sampah

Perempuan.
Mak Piah telah disumpah oleh shopping mall.
Tengok jek mall mengeletis..
Walaupun duit dlm wallet hanya cukup untuk beli daun sup di supermarket saja.
Dan sekarang Mak Piah menerima natijahnya ketagihan Mak Piah yang satu ini.
Dah berapa hari pindah, barang tak abis abis unpack.
sebab duk sibuk main cityville,kan

Ni tengah mengagih agihkan baju baju yang masih leh dipakai, supaya esok nak balik kampung senang.
Nak jek buang apa yang tak larat nak pack.
Tapi ngenangkan di kampung anak sedara Mak Piah ramai, simpan jugak ni.
Esok balik bayo excess baggage, baru menyumpah.

Tuesday, February 1, 2011

Cita cita (bhg 1)

Masa form 4 ke form 5, ada satu form kene isi.
Satu satu ruangan dlm form berwarna biru itu, disuruh tulis cita cita kita.
*sapa yang ingat mende nih??
Sila senyum dan mengimbas kembali jaman itu..jaman riang kanak kanak ribena, jaman tetak mengkal, jaman selulit lom adak lagik.

Mak Piah ingat Mak Piah isi, 1st choice, nak jadik Lawyer.
Yes...Mak Piah berjaya merangkul title, Loyar Buruk.
Ini disahkan oleh ibu Mak Piah yang selalu cakap "heran aku, kenapa kau tak jadik loyar macam anak si polan si polan, sebab kau pandaiiiiiiiiiiii sangat menjawab jawab aku bercakap. Anak si polan si polan tu loyar pun takde pandai bercakap macam kau nih"

Mak Piah isi 2nd choice,nak jadik doktor.
Yes, itu tercapai separuh jalan, kerana Mak Piah ialah seorang profesional First Aider.
Kira ok pe...nak jadik doktor, dapat buat First Aid dan ada sijil nih tauuu...disahkan.
Tau pakai Defib..tau la nose bleeding tu nak uat pe.:P
Pakar ok..tetiap tahun amik First Aid exams, Mak Piah lulus cemerlang,* sebab ada toyol*
Sebab soklan nya adalah soklan yang sama seprti tahun tahun sebelumnya.
Bila soklan tanya apakah isi kandungan First Aid kit, Mak Piah jawab, ada pin baju, ada seal, ada form untuk isi apa mende yang dah dipakai.
Dia nak 3 items jek, kan?
Matikkkkk...hahahha

3rd choice, silakan meneka..apakah dia pilihan Mak Piah?
Bukan menjadi pramugari seperti yang diisi oleh kengkawan Mak Piah yang gediks gediks itu.
Darjah lima dah ada boifren, dah pepandai tetulis surat.
Siap biodata lengkap dengan minuman kegemaran/makanan yang disukai...eeeeeeeee mencik tau...

Mak Piah telah bercita cita hendak menjadik NINJA.
Ninja ok??
Kau ada cita cita nak jadik NINJA??
Takde, kan??
Takde diam.

Tak Mak Piah kene panggil dengan cikgu kelas?
"Ni kenapa nak jadik ninja ni?"
Mak Piah jawab, sebab NINJA kuat dan menyelamatkan dunia.
Tak selamatttttttt Mak Piah pas tu kene barang sebakul dua kene marah dengan cikgu.

Dalam kelas Mak Piah tu, ramai yang bubuh nak jadik pramugari.
Bersinar sinar mata membayangkan dapat ke melancong tak bayo, dapat duk hotel lima bintang, dan terselit gak harapan bertemu dengan bakal suami.

tapi takdir menentukan, si Ninja menjadik pramugari.
Haaaaa...sebab sekolah tak pandai. jadik lah penyembah meal cart.
Tertonggeng tonggeng nak serve passengers yang perangai cam....errr errrr firaun.
Ada?
Traveling---YES.
Yang duk bayang seronok gi traveling.
Yang mende penting nya, pack unpack pack unpack?
Makan masa layover nya.
Membawak bekal to places yang tak leh nak makan makanan dia.
Membawak bekal sebab nak jimat duit nak beli beg berjenama

Duk hotel lima bintang, YES.
Fefeeling orang kaya skets..hahha jadik lah.
Harap duit sendiri?
Rumah Tumpangan yang bayar ikut jam tu pun tak mampu.
Mana tau fasal ada kadar bayaran ikut jam nih?

Bertemu bakal suami?
Biar Mak Piah pinjam kata kata teman baik Mak Piah, orang seberang.
Laki laki yang baik, biasanya jelek.
Laki laki yang kaya biasanya brengsek.
Laki laki yang ganteng, biasanya gay.
Laki laki yang baik, kaya dan ganteng biasanya..... jeng jeng ..
Laki orang...:P

Kalau dulu Mak Piah makan scotts emulsion banyak banyak dan belajar bersungguh sungguh mungkinkah Mak Piah akan menjadik angkasawan macam si Muzafar?
Mungkin kami akan lebih padan bersama kerana sesama angkasawan bebanding dak Lina?

Tetapppppppppppppppppp.....:P

p.s-- ini sebernarnya mukadimah sajork.
Mak Piah nak citer pasal cita cita Mak Piah sebernarnya tapi meleret leret dan Mak Piah sekarang nak lena jap.