Pages

Tuesday, October 30, 2012

Ejassss...

What is it with mengejas di khalayak ramai?

It is a common sight to see adegan mengejas batang berjuntai while u walk around here.
Sangatlah sickening terpandang orang mengejas "parking" di khalayak ramai nih.
Hendak hendak lah pulak kalau yang mengejas ngejas tu adalah yang set set cam lahanat mintak disagat.
Jijik lah setannnnnnnnnnnn.
Keji sangat.
Sangat seksual harrasment.
Tak pepasal jadik pervert dek terpandang celakez celakez ni.
Atau lah ke ana sorang jek yang selalu ternampak mende macengini kat sini nih>?
 Erkkkk!

Cenggitu gaknya para lelaki meluat nengok perempuan mengejas tali bra...or yang worst, dak perempuan yang gi pakai baju style kemban kemban tu pastu sibukkkk mengejas, takut terlondeh kah?
Why wud u want to wear style kemban kemban pastu tak selesa?

Do u see these idiots too?
Sagatttt dorang leh?

Friday, October 26, 2012

Dalam rumah ini ada undang undang

My first visitor for this eid sampai rumah pukul 0645pagi selesai dorang semayang raya.
I was still in bed dan tidak berbaju kecik masa dorang ketuk tingkap bilik nak datang beraya.
Amekkk...rambut seropa kiambang bertaut saya keluar bilik.
Mata sepet sepet.
Dorang dah duduk kat meja makan. 

Minum
Masuk lu nak makan lu godek makan atas dapur.
Nak minum teh/kopi milo dan teh-c 3 layer, laci nombor 2 mengadap cermin dapur.
Air tin atau air kotak dalam peti sejuk.
Cawan, kalau feeling nak pakai mug amek dekat sebelah meja makan dalam robok.
Kalau malas macam crew arab sila guna papercup yang terdapat di sudut tepi pintu.
Air nak minum amek yang dalam botol.
Syaratnya, seperti yang saya seallu nyatakan, nak minum amiklah berapa botol nak pun.
Takleh minum abis, bawak balik, minum kat jalan ke cemana.
Yang penting jangan bagi saya nampak minum sikit... tinggal.
Jangan membazir.
Cukup sekali jek datang rumah nih minum air pastu tak abis, tinggai, next time datang, no water service. Sila amik iktibar dari mereka mereka yang saya tak hidang air.
Ada tiga pilihan, pintu nombor satu bawak air sendiri.
Pintu nombor dua, pergi tadah kat gallon, air yang dipakai untuk saya masak di dapur.
Pintu nombor tiga, toksah minum.
Ye saya kejam dan pemerintahan saya kuku besi.

Makan.
Konsep adalah eat all u can becoz that's all u can eat.
Hik hik hik.
Amiklah banyak mana yang u think u can finish.
Jangan tamak.
Saya masak bukan sedap mana pun.
Bukan macam kawan saya yang OHMYGUCCI masak, dia feeling masak sedaps.
Cukup syarat jek.
Kalau tak tau boleh makan ke idak, saya cadangkan amik sikit dulu.
Food tasting kaedahnya.
Tak suka, so you dont regret dah curah 2 senduk kuah baru tau tak sedap.
If u think u cant eat it, it is ok for me kalau u want to spit it out.
Sebab saya kalau takleh telan, I will do that or i will discreetly put it on Panjang's plate.
Pas makan, buang tulang temulang dalam tong sampah.
Pinggan boleh tinggal.
Sakgi saya basuh tak per.
I dont like to touch benda orang dah kunyah masuk dalam mulut.
You dont like that either, kan.
So pepandailah.
Dah makan, dah habis sessi exchanging notes, u may leave as u please.
Nak duduk sampai ke malam, pun no hal.
Siap terbongkang, guwa ok jek.
Nak duduk kejap jek pun tak pe.

Hikkk... U must be wondering why I celebrate Eid Mubarak too.
I do. I just do.
It is nice to enjoy food and gossips and have people  around.

Eid Mubarak!
Tiada gambar makanan.
Saya hanya masak kari ayam dan roti jala.

Tuesday, October 23, 2012

cuti cuti

A few days back, I had tea with one of my married guy friend. Dia nak balik cuti ke Mesia. Minum minum teh sambil mengirim itu ini kat dia. Nih ang bawak balik sana. Hat nih ang masuk akaun ini, yang ini ang bagi anak dara ang. Pastu, balik sini bunga kantan, daun kesum dan kicap YUEN CHUEN cap bolasepak bawak balik sini. Faham? Angguk kalau faham. Hehehe.

Dia cakap balik nanti aktiviti dia adalah melepak lepak di mall membawa anak isteri.
Makan kat kedai. Bosan kata dia. Tentu tentulah saya menjadik Kak Nam. Saya balik nak duduk rumah, nak berehat dan tidur sepanjang hari for the first few days. But wifey ada agenda lain. Dia faham isteri dah duduk rumah sepanjang masa tukang bayo dia based kat sini . Dah dia balik, haruslah dibawa jalan jalan, kan. So he always ikutkanlah..nak jaga hati biniknya. Which is a good thing. Jalankan tanggungjawab kau jangan ingat sedap jek nak dapat. Sesekali bagi binik dan anak anak gumbira pa salahnya. Bukan sesekali kata dia, sepanjang 17belas hari  cuti tu dia kene layan.


Biniknya hendak pergi membeli tudung di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dari depan SOGO tu berhenti di setiap kedai. Ada yang biniknya berkenan, tapi biasalah perempuan, nanti dululah...kut kat kedai depan sana ada lebih murah. Jalan lagik. Dua tiga meter berenti. Belek belek tudung, tak berkenan, gerak lagik. Tah harga, tah model tudung tak berkenan di hati sang isteri. Dua tiga meter berenti lagik. Mana tak berenti dah memang situ pat orang jual tudung. So cik Abang sudah mula menunjukkan tanda tanda tak berapa nak gumbira. Semua tudung yang binik mintak pendapat, cantik tak kaler nih bang???..cik Abang secara otomatik cakap CANTEKKKK...  Lawa tak tudung nih bang?? LAWAAAA....  Yang nih ke yang tu lawa, bang??  AWAK DAH MEMANG CANTEKKK. Jalan dah sampai kat Coliseum, biniknya cakap pulak, kat kedai sana nuuu tadik lagik murahlah bang. Laki tanya, murah berapa? Binik kata RM1. Mengelegak lah laki,kan. Takkan nak balik jalan ke sananya hanya sebab 1RM. Kalau gi kedai memula tu tanpa berhenti, straight sahaj, takpe, biniknya berenti berenti lagik...cross-check balik yang kedai kedai tadik. Hangin lahhh kawan tu. Muahahahaha I told him, ang layanlah lagu terukir di bintang lagu Yuna tu. Ati gua panas, Piah, kang aku bagi ukiran kat muka baru padan muka aku dan binik aku..LOL

Masa jenjalan tu, bawak anak anak pulak. Budak budak.....dia mula menunjukkan kreativiti dia di gerai gerai jual tudung tu. Can u imagine? Main sorok sorok kat gerai gerai sebelah..satu kerja pulak kene carik anak anak setara binik pilih pilih tudung. Mana anak anak haus lagik. Nak kene beli air. Dah beli air, tak abis,  nak tinggal kan air tin/air kotak, membazir pulak,
cik Abang kene pegang. Binik takleh sebab kene pilih tudung. Muahahah.


Dah berjalan lapo lah pulakkan?  Sampai kat kedai makan, binik terkial kial tak tau nak makan apa. To me, mungkin binik tu nak bermanja, bagik lakinya order makan untuk dorang semua. Lakinya order, binik atau anaknya tak setuju. Perut dah Oppa Lapar Style, order tak lagik. Berdiskas diskas pulak apa nak order. Cik Abang tambah hangin. Anak anak pulak berpencak silat kat meja makan. Heheheh. Ada show pulak masa makan. Macam orang kaya makan ada orang buat persembahan.Cuma yang sini silap pencak, dapatlah mangkuk sup terbalik.


Dah makan, balik. Dalam kereta cik Abang senyap. Binik dapat mesej laki tak berapa nak gembira. Sneyap jugak all the way home. Jalan lak jam. Tambah parah lah.  Sampai rumah, binik kemaskan barang yang dah dibeli. Buleh pulak...tanya..yang nih cantek kan bang?? Laki jawab pendek....canteeeeeeekkk. Senyap lagik. 

Kendian saya tanya lah...abih sampai bila lu senyap>?? Dia kata petang dah baik dah. Kalau berterusan, rugilah malam karang. Binik  takmo "kerja"
Naharom!

Friday, October 19, 2012

Masak la wey


                                  Bahan bahannya


                                                                    Buh macengini


                                            
                                                                    goreng bawang putih








 Jumpa buah semangka dalam fridge.. Amik sudu. Belasah. Heheheh.


                                                 Siappppppp! Nak tetambah cili ke, perahan limau, ikut selera.


Lihatlah dunia.... Hehe. Esok hamba belajar lagik nak buat buat gegambor nih.

Thursday, October 18, 2012

Brussels


Brussels.
Tiada brussels sprout kat sini.

* picture has been removed by author*



The Other Piah.
Dia menjengkelkan kadang kadang.


* picture has been removed by author*


                                Yang ini jugak menjengkelkan.
                                Terlalu.

Nama dia Wong Leh Mei

Once in a while in this life, we find people that change our life... sometimes forever. Be it the birth of a child,  the arrival of the one that God made for us, an old man on the street or an innocent young girl in blue pinafore.

I was a notorious kid. Called a troublemaker by people around me and many other words which I shall not repeat to any kid or even adults. I dont blame them. Just it would be nicer if I was not demoralised so much, back then. Fast forward, I can see those who had called me names when I was 14years old now cant really look me in the eye, for I had changed. 

My late father definitely has the biggest share of my changed. I love you, Kher.

But there is also someone else that changed me.

Those days, we have our science classes in school lab.  Kerusi kat makmal sains nih tinggi. Tak tau lah kalau sekarang dorang masih pakai makmal macam nih. Masa tu tingkatan dua. I was 14.

Kita orang dari kelas berebet rebet lah ke makmal. Bising lah..dah bebudak. Duduk satu meja rasanya 6 orang. Saay mestilah duduk meja depan sebab saya nak dapat tabung uji dulu or whatever yang diekperimen hari tu dulu dari orang lain. Saya kene dapat dulu, kalau tak saya takleh diam. Sebab saya nakal, takde orang nak duduk sebelah saya. Then this one chinese girl terpaksa duduk sebelah saya. takde pilihan lain. Maybe I was iritated takde orang nak duduk sebelah saya, just before she sat down and not looking, saya galihkan kerusi dia.

Dia jatuh. Kendian dia nangis. Saya larik ke belakang kelas. Saya takut gilaaaaaa. Saya tak takut kene marah dengan cikgu. Saya takut sebab dia nangis. Aiseymannn...saya tak pernah buat orang nangis. Orang marah selalu. Nangis itu first time. I felt so guilty that the whole day I was silent as a mouse.

Masa balik, saya pergi jumpa dia. Saya cakap sorry. Dia nangis sekali lagik. Saya panik. Dia cakap, kenapa kau buat macam tu? Aku tak pernah kacau kau. Saya rasa tertampar dengan kata kata . And I cried. I beg for her forgiveness. She said "jangan buat lagi. Sakit tau jatuh dari kerusi. Dan juga lebih sakit sebab orang ketawakan aku." I promised her, takkan buat lagik. I tried to be her friends. Saya dapat tau dia bukan anak orang senang. Kami berkawan, tapi setakat kawan sahaja lah. Bukanlah jadik kawan karib. Since kita orang naik bus yang sama, saya selalu simpankan tempat duduk untuk dia.

After that incident, something inside me changed. I dont know what it is, but I changed. Bukanlah terus jadik budak baik, membantu rakan rakan dan belajar rajin rajin mendap[at markah yang tinggi dan berjaya menjadi angkasawan... no nothing like that. I like to think that I became a better person inside.

I was transfered to another school masa naik form 3. Saya tak pernah jumpa dia lagik.

Where ever you are Wong Leh Mei, I pray you be alright.
Again, I am sorry for pulling your chair 25 years ago.

Wednesday, October 17, 2012

Wish me

Today is my birthday.
Silent reader(s), stalker(s) dan ofkos kengkawan yang tidak pernah jumpa but feels like friends already yang jengah blog nih, sila ke ruang komen dan wish saya happy birthday.

Lu tak wish guwa hari ini, lu akan dapat seorang yang hari ini akan mengjengkelkan lu di sekitar lu. Nengoklah nasib lu hari ini.

Ngeh ngeh ngeh

Tuesday, October 16, 2012

Quality time, kaedahnya.

Teringat abang ipar saya cakap kat my Kak Lang yang sukaaaaaaa sangat nengok citer Hindustan petang sabtu (dedulu la yer, citer Hindustan nih hari sabtu, start kul 2: 30 petang TV2). Lepas makan tengah hari berjemaah, kami semua akan   nehiiiiiiiiii...rukjauuuuu!!!...
Semua kakak kakak akan berkumpul di satu rumah, tah rumah Kak Long, Kak Lang atau Kak Cik saya.Pakat amik kain baju susun depan TV. Sambil lipat baju, sambil nengok cerita .Sebab saya adalah hamba  paling muda serta tangkas berlari, saya akan diarahkan masak air panas masa iklan. Masak air je. Pastu, segala container gula, container teh saya bawak depan TV. Buat air, lipat kain baju semua depan TV.

Para suami dorang hanya boleh bertanya waktu iklan sahaja. Kalau tanya-tanya mende masa filem berjalan, dapat lah 'talk to the hand'. Derhaka dorang nih kat laki. So it was an unwritten rule that binik binik derhaka nih nengok citer Hindustan, laki laki dorang gi main badminton. Anak anak sedara di taruk dalam ruangan supaya mereka boleh berbunuh-bunuhan bermain main sesama mereka.

I miss those times. What I dont miss is the part, saya kene cuci segala cawan. pinggan periuk bagai lepas sessi quality time itu sahaja. Tu tak masuk kene cabut bulu ayam. Dorang nih sukaaaa sungguh beli ayam yang kene semelih sendiri dan kene cabut bulu ayam. Pas cabut bulu ayam...kene lak lalu lalukan ayam tu atas api nak bagi bakar bulu bulu ayam yang halus, yang tak habis cabut.  Menciiiikkk ai. Mana nak lapkan dapur pastu. Sungguh vincik. Now surprisingly those are the things that I miss. Percaya tak? Percayalahhh..

Our quality times were mostly hindi movies, anugerah juara lagu makan dan makan berjemaah adik beradik. Kadang my cousins punya family pun join. :-) U guys do that too, no?

Anyway, semalam Monte Mon dan Panjang ajak nengok movies. Rumah Monte Mon Tv dia flat screen yang besar.

Cerita pilihan, cerita hantu Thailand. Beli kat Surabaya masa Panjang gi Surabaya tu hari. I dont really watch horror movies. Hantu jeruk purut ka...antu sundel bolong kah, suster ngesot kah... semua tu saya tak de keinginan untuk menontonnya.

Dah penakut, tak perlulah tambah takut. Kang duduk dalam hotel sengsorang mulalah dapat gambaran yang pepeliks. No no no...kenotttt....badan besar bagak, umur dah sama dengan umur kayu balak leh ditebang, tetap yer..penakut. Saya takde la penakut mana, berani mana pun idak tapi kalau dah tak berapa takut napa nak nengok cerita ceriti hantu yang boleh buat takut? Jangan carik bala.

Cerita I MISS YOU, tajuk dia. Gi lah google. Hero dia somels. Tak silap dulu dia belakon citer Thai yang dia tentera jatuh cinta dengan Princess...:-)

Dah nama cerita Thailand, tak de la faham bahasa dia. Subtitle la, kan. Pasang hat yang english. Eh...subtitle dia larik. So tukar lah pulak ke bahasa Indonesia. Masa hantu tu baru muncul dengan gedegangggggggg bunyik speaker, bolehhhhh???, dari celah celah selimut  subtitle dia " tolong pinjemiin aku uang dong" ??? Takut dengar muzik seram citer hantu satu gelak sebab subtitle larik satu hehhehe. Cerita nih kalau faham apa yang dia cakap, mungkin menyeramkan, tapi dah subtitle lari tajuk, jadik kelakar pulak.

Peringatan kepada pembeli pembeli DVD 'spicy', sila check jugak subtitle selari dengan cerita. Bukan takat gambar  dan bunyik bunyik clear , ok ?

Monday, October 15, 2012

Kosong

Balik flight, saya tidur sepanjang hari.
Semalam balik flight, jadi cik sri Siantan kejap.
Ada kawan nak saya dengar keluh kesah dia.
Saya pujuk pujuk sikit then dia ok.
Roda berputar, kata saya.
Hari ni kita nangeh, esok lusa mungkin kita gelak ketawa.
Itu kan hidup.
Kalau hari hari sama sajek, buhsan lak nantinya.
Kata bijak pandai kadang kita nangis, sebab nak bagi kita lihat lebih jelas.
Hari hari duk sedap, sesekali tersentak sebab things happens, ameklah as a wake up call.
Lagipun mana ada orang yang hidup dia best jek..ada gak duka entah dari mana, kan? It cant be a bed of roses all the time,ye dok?
Sesekali tercucuk duri tu adat.

Yang kita nengok macam best tu sekadar di laman lama sosial saja.
Duk makan best bagai.
Gi sesana sini.
Beli itu ini.
Gi opening H&M, gi sneak preview dan back stage bagai.
Memang ada yang betul best, tapi yang tak best takde lah di instragramkan atau diuploadkan, yer dok?

Untuk kamu kawanku, selagi mampu bertahan.
Sampai satu saat bila kamu harus membuat keputusan, kamu sudah bersedia.
Apa pun, berfikir panjang sebelum bertindak.
Banyak perkara harus diambil kira.
Sebab keputusan  yang bakal diambil will affect the people around you, and lest we forget, the will be casualities of war.
More often than not, are the people whom we love and loved us unconditionally.

Friday, October 12, 2012

Oh my Gucci!

I was waiting for the shuttle bus yang duk bawak kita orang gi mall mall tu. Here, setiap hari ada shuttle bus disediakan. Takyah sesusah bayo teksi bagai, unless u want to go elsewhere la selain dari yang dijadualkan hari tu. Dah duduk nunggu bus, sessi mengata exchanging notes pun berjalanlah.

A while back, I mengata blogged about someone yang saya kekadang meluat.
Semua dia jek lah best. Orang ada tu, dia pun ada, cuma dia yer best lagik. Kali ini dia muncul lagik. Hik hik hik. Tau gaknya lama saya tak mengata dia. Sajekkkk jek nak jadik bahan dalam blog nih.

Si manis : brazilian wax dekat ABC tu aku pergi tu hari, ok gak aaa. SAR @%).
OMGucci : Aku pergi XYZ, bayar SAR %)) jer. Tak rasa langsung masa dia buat tu. 

Si Hitam Manis : masa fly tu hari, dia nih ajak aku keluar. aku cakap, pengsan dia kalau dia tahu umur aku   berapa. Budak budak. hehehehe.
OMGucci : Dia ajak aku masa fly tu hari. rasanya sebelum dia fly dengan nko( Si Hitam Manis)malas sebab dia muda. Takkan nak keluar dengan budak muda, apa tak da.

Si Cantek : Laki aku baiklah., kadang aku kesian tinggalkan dia lelama. Dah nama kerja, nak buat camner. Masa balik flight aku penat giler, masa buang mekap, laki aku amikkan air panas buh dalam baldi rendamkan kaki. Sayangggg dia.  Terharu tau.
OMGucci : Laki aku bukan takat taruk air panas jek, dia buh garam (garam apa I dont remember) siap sediakan pencuci muka dan buh dah siap ubat gigi atas berus gigi aku, EVERYTIME aku balik.

Ok tiga contoh sahaja hari ni, yer puan puan. Ada beberapa lagik, but saya baru jek download lagu dalam my fon. Sempat jelingan bertukar tukar di antara si manis, si hitam manis dan si cantek. Dorang macam ajak saya berjeling tapi saya sengeh bodoh. Tapi recordddd...nak jadik bahan kat blog,kan?
Gila tak leh blah nyer perangai. Sumbat mulut dia dengan sagun baru dia tau. Bersembur kalau terbatuk.

 Ampa toksah buat gu tu okeh? Orang bukan mai suka, orang meluat lagi ada.

Wednesday, October 10, 2012

make sure volume pelan kalau jenjalan

nih nak tanya
korang selalu jenjalan dari blog ke blog bagai kan??

masuk blog orang  and oh-mok-ang-jatuh-tergolek!!!
muzik orang buh kat blog nih selalu buat Mak Piah panik tau.
Hendak hendak bila villamate Mak Piah sedang berehat rehat atau ngah membongkang.
Lagu tu pulak jenis yang start jek jerit jerit punya.
Hadeh!

Pagi nih dua kali kene.
Yang Mak Piah nih bunguk jugak, lupa nak buh turunkan volume speaker.
Tak budak tu terus bangun buat oppa gangnam style siap dengan merengus kat Mak Piah.

Jangan marah adek manis.

Tuesday, October 9, 2012

Jaga diri

Last entry was about arwahnya yang pergi kene heart attack.

Dua hari pas arwah meninggal, another ex colleague pulak meninggal. Dengar khabar, mendiang tak show up masa pick up. Van driver gi rumah dia jemput nak gi kerja, nengok orang reramai kompol kat situ. Ada polis, ambulance bagai. Mendiang meninggal kene barah otak ke macam tu lah. Not too sure.Mendiang dulu dalam batch batch Mak Piah la. Takde la close ke, just rakan setugas je. May he rest in peace.

Pagi nih, ada lagi sorang ex colleague meninggal. My ex masa cap wau dulu macam secret admire kat arwah ni. Dia kata arwah nih seorang pompuan yang bersopan santun dan baik dengan semua orang. I dont know her personally, but she is known as a good person. Moga dipermudahkan urusan akhirat arwah.

Mati itu antara satu mende kita tahu pasti.

In fb, saya tgk most people said they are shocked. Everyone is but sejak bila angel of death buat appointment kata nih hari sekian sekian nyawamu akan dicabut. I mean it ok to say that u r in shocked, but janganlah berdrama sangat. Ada yang berdrama sangat sampai naik meluat.

Selagi nyawa dikandung badan, u can be called at anytime. Meantime, before our time is up, maybe it is good to muhasabahsarawak diri. I am saying this to myself.

I used to wish that I have the chance to sorry to people whom I hurt intentionally. I have bad side too.
Sejak berita kematian people of my age and who I know personally, it kinda affect me. I am sure u guys will be affected kalau orang yang kita kenal meninggal, sometime we ask ourselves when my time is up, will I be prepared? Kat mana kita meninggal, macam mana tu semua kita tak tahu. All we can do is do good and hope that when our time is up, we will be prepared. Prepared macam mana? Kita kene ubah things yang kita leh ubah. Maybe gi mintak mahap kat orang yang kita pernah buat tak elok.
 It's hard, I know. I find it hard too. But I want to die in peace. Hopefully when my time's up, I will have less regrets and more peace. And most of all I want to see my Kher and my beloved uncle there.I miss you both so much.

Apa yang kita bawak bila kita mati? Takde satu pun. Itu pun bukan bermakna nya we give up on life la kan.
Beringat selagi nyawa dikandung badan. Buat baik selagi mampu. Kau mampu ker??? :-)


Good things u do will come back to you, the bad ones stays with you till u do something about it.
 Live well.

Friday, October 5, 2012

Gone

Anak angkat pertama dia umur 3 tahun.
Kendian dia amik anak angkat ke dua.
Yang kedua ni baru umur 2 bulan. 
Dia tua beberapa tahun dari Mak Piah.
Dia join cap wau lebih kurang sama masa Mak Piah.

Tak pernah kawin.

He goes to the gym regularly.
Tak isap okok.

Semalam dia hantar kereta service.
Masa tengah drive, dia kene heart attack.
Lost control, terbabas and hit a lorry.
Kereta calar sedikit sahaja.
He died.
Post mortem dia satu artery blocked.

How fragile life is.

Semoga diampunkan dosa dosa arwah dan diterima segala amal ibadahnya.
Rest in peace, my friend.
Semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan.

Tuesday, October 2, 2012

Testing

testing wat watermark...nengok NenetPenne belajar buat gambar tempel tempel sekali, saya pun gegatal cuba. Tak berjaya. Saya gibap. Saya tetiba terbelajar buat watermark pulak. I found out secara tak sengaja, ok. Saya guna picassa.

Ni gambar kat Iceland.

How is si polan?

Conversation yang tah hapa hapa.

Kadang bertanyakan khabar orang lain dari saya.
Selalu jawab, balik, u guys r friends on fb?
Why dont u ask him/her how she/he is?
Or u can browse thru their wall if u like.
Facebook will give u more info.

So topik yang selalu ialah 'aku jumpa  so and so ...aah dia tinggal di sekian-sekian'.
Saya pun jawab lah..'ha...agaknya lah'.
Pastu dia tanya saya..kamu tak baikkah dengan si polan si polan.
Ini bukan soal saya baik atau tak baik, ini soal kalau kamu tanya khabar saya, jawab boleh jawab, kalau tanya hal orang ya.... mana saya tahu.
Hendak pulak kalau dia bertanya tentang orang orang yang saya sungguh tak amik tahu.
Banyak tahu, banyak pulak maksaklahnya.
Elok kita hidup aman damai makan dendeng import dari Jakarta, tersedak pulak sebab orang ngata kita busy body bercerita sana sini.

Yang tak suka, kita cakap Tah lah...orang mula pikir yang bukan bukan.
Kita pun pikir yang bukan bukan ye dak?> Sebab pesal dia nih tetiba tanya aku pasal orang nih ni...??
Mula pikir kita gaduh dengan orang itu orang ni.
Dan sampai sampai kat tuan punya badan yang ditanya khabar, kita lak yg buruk.
Eh hello..
Yang tukang tanya ni tadik gi bercerita, kau dengan si polan tak baik eh? sebab tu hari bila aku sebut nama kau dia cakap tah sahaja. Yang tukang dengar pun tetiba sentaps.
Sedangkan perkara tu takde mende.
Dan tetiba jadi macam kita yang pergi tetanya apa cerita orang itu ini.
I am like..HAH???
Bukan kau ke yang tanya aku dulu pastu aku jawab then kau cakap aku yang cakap tanpa cakap kau yang tanya dan kau hanya cakap jawapan aku sahaja.??? <---hehheeh  konfius..

Sekarang I am sure bebudak dah tahu I dont like to be asked  pasal khabar orang.
Nak tanya khabar saya, silakan.
Kalau mula nak tanya yang pepelik as in tidak melibatkan saya, I just walk off.
Rude, yes.
Takde kudrat nak nak melayan citer banggang yang kendian hari leh jadik bahan.
Biasanya yang disampaikan adalah persepsi orang yang tukang tanya.

This is happening to people I know. 
And mungkin disekeliling kita semua.
Ada jekkkkkkkkkkk KaK Nam ni di mana mana.
You guys jaga diri.
Toksah tetanya khabar sesapa dari sesapa.
Nak tahu tanya tuan punya badan sendiri.
Senang citer. 
Banyak orang hilang kawan hilang sedara ( agaknya) sebab perkara perkara kecik dan bodoh macam nih.
 Kita tak leh ubah orang, kita ubah kita sendiri sahaja. 

Oh tidak... Mak Piah tak de bersengketa dengan sesapa . Ni amik contoh sahaja dari kejadian lampau, sebab bebaru ni saya tertengok "orang berperang". Asalnya mende macengini lah.

Monday, October 1, 2012

Gegoyang

Modern aeroplanes usually fly at an altitude of between 30000 and 40000 feet. Agak agaklah berapa tinggi tu. The higher up one goes from the earth's surface, the thinner the air, dan berkuranglah kadar oksigen. Tapi ... the required amount of oxygen is provided by pressuring the cabin.

Proses pressurisation ni berlaku immediately after takeoff, dalam 500kaki ke 2000kaki dan akan depressurised ketika hendak mendarat.

If the aeroplane structure is damaged or a failure in the system occures, cabin pressure is lost and the cabin altitude will climb to equal the outside altitude, makin it impossible untuk bernafas seperti biasa tanpa bantuan supplementary oksigen. Mende nih ada diberitahu masa demontrasi keselamatan tang mana samaada video atau secara manual, masa lepas tutup pintu. Crew yang demo tu, bukan sebab dia sesuka atau saja nak tayang muka. Ini sebab dia, ok? Kutlah terjadi, mintak simpang malaikat 44. Touch wood, kate kawan saya. Orang touch wood, kita pun touchwood jugak.

The loss of pressure tu panggil decompression.

Masa anak kapal tunjuk kat mana, it is nice untuk tengok apa yg dia buat, semuga nantinya, kalau berlaku, u know what to do. Sentap oksigen mask tu, ini akan mengactivate sistem oksigen. Pasang pengikat kepala, dan bernafaslah seperti biasa. Jangan panik. Dah pakai sendiri baru tolong orang disebelah anda. Tetap berada di tempat duduk. Jangan gegatal nak gi tolong orang seberang anda jika anda tidak boleh melakukannya dalam keadaan tali keledar terpasang. Sebab masa ni, juruterbang akan menjunamkan kapal ke aras yang selamat. Sebab tu masa announcement, ' we recommend that you put ur seatbelt on at all time'. Take care of urself. Lepas tu baru tolong orang. Ingat. U need the oksigen supply pada diri sendiri sebelum kita leh tolong orang. It is not about being selfish, it will increase the chance of survival kita dan orang lain jugak.

U have like 18 second ( at the cruising altitude of 40000 ft and above) when u are capable of coordinated action for self preservation, to put on ur oxygen mask. It goes longer kalau terbang lebih rendah. *** Jaranglah kapal terbang lebih dari 40000kaki. Nak angkasa, please jangan tanya. I dunno. 18 seconds tanpa bantuan oksigen, u will go into the state of hypoxia.  But 18 second gives u ample time to put on the oxygen mask.  Then dah pakai mask tu, u helplah orang disekeliling anda, kalau boleh. Masa ni, u must have ur seatbelt ON. Pakai sentiasa lah senang. Bukan gigit pun seatbelt tu. yer dak. Longgarkan sikit kalau tak mau seatbelt tu sentiasa ketat. Kalau apa apa jadik, u just need to pull  hujung ikatan to tighten it. Takde gaduh nak cecarik seatbelt dah. * bebel tetap*.

Tu kalau decompression yer. I am most pleased that since I join the airline industry neither myself nor others here have had any encounter with decompression. Long may it continue.

Kalau kapal bergoyang goyang masa terbang tu adalah perkara biasa. Ini berlaku sebab udara lintang dan kita langgggar awan jahattttt...langgar awan jahat macam tu lah kaedahnya. Juruterbang biasanya akan mengelak dari melanggar awan awan nih tapi kekadang takleh nak elak. Yang duduk dalam kabin, tak perlu rasa takut. Takut sikit sikit tu biasa. Gila tak seriau kalau macam naik roller coster dak??? Ingat saya pun takut roller coster, * masa gi Universal Studio dulu, saya naik yg budak kecik punya sahaja*

Untuk yang takut terbang sebab ada pengalaman 'melanggar awan jahat', saya cadangkan u occupy diri sendiri dengan mendengar muzik, baca buku atau main games samaada di aipek atau di sistem entertainment yang disediakan. * haiyoo here, good luck heheh.* Yang pasti akan gegoyang manja ialah di area Bay of Bengal.  Sikit jekkkkk...ni macam misi nak cucuk jarum kat lengan lah punya kategori la. Amik ubat tidur saya tak galakkan sangat.

I wish you a safe flight.