Pages

Friday, October 21, 2016

Update

My birthday was few days ago.
 Malam tu g makan dengan kekawan.
Baru je abis makan dapat khabar ada krew meninggal dunia.
Tengah hari macam tu dia tak berapa sehat. Dibawak g sepital.
Masuk ICU. Serangan jantung katanya.
Ajal menjemput dia malam tu.
 Arwah meninggalkan seorang balu dan 3anak anak kecik lagi.
Berterbangan status di facebook dalam bentuk ucapan takziahnya, gambar gambar bersama arwah dan juga skrinshots last conversation dengan arwah.
Saya ada gak jengkel dengan syarikat berkenaan beberapa perkara, tapi kali ni saya rasa syarikat saya tidaklah seburuk mana.
 Dengan segera urusan penghantaran jenazah balik diuruskan.
 Malangnya, tak dapat hantar jenazah hari tersebut sebab cargo dah cukup quota on Human Remains untuk satu flight.
 Itulah gelarannya kalau dalam istilah penerbangan.
Human Remains.
Tatkala nyawa diambil, kita akan hilang nama dan diri. People no longer call you by your name. Secara automatik, kita dipanggil jenazah/arwah/almarhum dan yang sewaktu dengan nya.
Sayu nya rasa hati malam tu bila salah satu kira macam wakil dia berucap pada kami yang datang berkumpul menerima berita itu, kalau arwah ada berhutang, sila tampilkan diri. Nanti akan diuruskan. Dimohon kemaafan untuk arwah. Jatuh lah airmata. Sok saya meninggal, saya harap adalah orang yang akan buat bagi pihak saya. Memohon maaf untuk kesalahan yang saya tidak pinta, yang saya khilaf dan yang tidak saya sedari.

Sesungguhnya setiap kematian, itu menginsafkan. Ia peringatan, janji Tuhan yang pasti, mati.

Saya tidak begitu kenal dengan arwah. Sekadar rakan sekerja. Yang ingat arwah dulu sopan sangat orangnya tipikal orang Jawa.
Semoga mas diberi kelapangan dan kemudahan di alam baqa. Dan keluarga diberi ketabahan.

Satu mende saya meluat tengok ialah orang dok be strong be strong kepada balu arwah. Please.. Mende nak be strongnya. Orang tengah bersedih, takpayahlahhhhhhhh ko sibuk berbe strong. Offer your condolences sudah. Hulur duit nak tolong apa ke caner,boleh. Sibuk nak membe strong.. Nak kene sekeh ke apa?
I really dont get it. Kalau ko be strongkan orang, what is the correct response to that?
I will be strong?
Bongok.
Percayalah. Tidak ada kata yang boleh membaiki urusan kematian orang yang kita sayang.
Let them grieve. As long as they need.

Tuesday, June 7, 2016

Ambitchous

Memandangkan Esahbella dah dua tiga kali update.
Kiahlydia pun dah update walaupun sekadar feeling feeling bagi tau dia nak berpindah ke blog baru... saya pun update lah.
Mana boleh kalah, kan?
Haruslah keluar penyakit ambitchious saya
 Hiks hiks.

Si senduk nasik telah bertemu jodoh dengan oputih sekitar 3 tahun dulu.

Sejak berkawen dengan orang putih si senduk nasik nih tak berent8 berenti mengupload..ni ari makan kat tempat mewah nih.
Jap karang post pulak beli menan anak dia di mall mall.
Check in pulak di tempat tempat mahal. Traveling ke merata dia, checkin di business/first class lounge sahaja dia. Heheheh.

Beberapa ketika yg lalu, kami dijemput ke majlis perkahwinan rakan baik saya.
Rakan baik saya bookkanlah saya di hotel tiada berbintang sepelaung dari tempat majlis resepsi.
Si senduk nasik tahu saya dan beberapa rakan di situ, dia pun join sekali.
Sampai je dia dah bebel bilik kecik lah itu lah inilah..
Saya cakaplah dengan lembut, majlis kawen  nih personal affair.
Tidak ditaja oleh syarikat jadi kita sma duk lah kat mana hotel kita nak.
Takleh lah nak samakan dengan penginapan yang company bayar kalau kita kerja.
Sya cakap dengan lembut sebab saya baru lepas makan nasik masa tu.
Cuba kalau saya lapar....

Kami ada sorang kawan yang terer aa menyolek.
Kawan ni pulak offer nak buatkan solekan. Si senduk nasik dah book awal nak disolek. 6 orang kita dia solekkan.
Adat lah.
Orang memberi kita merasa.
Since dia dah solekkan, saya decided to pay for bilik hotel dia. Tu pun kongsi dengan kawan satu lagik.

To be clear, Si senduk nasik bukan dalam circle sahabat dekat saya.
She is linked to us sekadar bekas rakan sekerja dan dia pernah berroom mate dengan one of my close friend.
Yes we know each other but no we are not friends. Samalah hubungan dia dengan kawan yang menyolek nih tadi.
Selepas majlis, biasalah kumpul lepak lepak.
 The topic of si senduk nasik keluar. She didnt even offer nak bagi token ke apalah apalah hatta sebungus nasik pun kat kawan nih.
Its not a big deal tapi dengan cara si senduk nasik ni konon kelasssss sangat.. harus lah dikeji beramai ramai.
Kena kenduri lah dia.

Keluarlah cerita dia mencebik sebab kawan baik saya ni buat di private villa.
FYI private villla di tengah kota untuk buat majlis kawin tidak murah yaaaa.
It was a very nice villa.
Walhal dia kawin dulu takde pun majlis gilang gemilang.
Pffffffftttt!
Biasa je.
Takde pun dia jemput sesapa.
Kawin mendadak pun takde sapa pedulikkan.

Now now now... dah kawen dengan oputih nih dia menjadik jadik di media sosiyal. Menayang reta bende tu biasa kan?
 Si senduk nasik amek gambar bontot nya yg kenyal sebab sekarang sibuk mengegym. Kenyal lah agaknya sampai dia amek gambar tayang kat media sosial. *pesal lak saya teringatkan TeejRahsiaVictoria niiiihhhh aaaahhh?- jgn pernah ye Teej!!!*

Rupanya.. di kalangan binik binik org putih di sekeliling dia ada sorang instruktor zumba je yoga.
Dia mcm nak bersaing dengan orang tu. Hikssss.

Di suatu pagi yang hening, dia post gambar suap anak makan berlatar belakangkan kereta mewahnya.
Dengan kapsyen 'tak perlu cuci kereta sendiri sebab suami ada.
Baik ai suap anak
Beginilah rumahtangga.
Saling bertoleransi'

Kejiiiiiiiiiiiii!

Naaa.. sekarang nak tanya. Have u met this kind of people ?
 Or worst still.. are you si senduk nasik? Kedekut satu hal, terlalu mencuba satu hal.
Tak nak kalah and u have to be the bestest?
Sedangkan yang sebenarnya u tu sekadar biasa biasa sahaja? Or .. sangat keji.. bukan biasa biasa je. Hiks.

And I have the feeling I am about to be introduced to another ambitchous on facebook. Apalagi Kiahlydia dan Esahbella.. update lah pasal ceritaku ceritamu itu.



Saturday, April 2, 2016

Anak dara Pak menteri

Anak pak menteri tu, dengan komen pramugari tua nya itu memang carik bala. Dr pelbagai sudut lah dia kena. Tetunggu gak kalau Sang Permaisuri angkat suara, takde lah pulak.
Saya kesian dengan anak pak menteri, left right centre kene. Ni ong kata sebab pulut santan binasa.
Personally, saya tidak terganggu dengan kata kata dia. Sebab dia banggang, hanya tinggi sebab duduk atas bank akaunnya sahaja.
Saya tertanya juga dengan cam mana dia berdepan dengan sedara ipar duai dia yang dulu jugak bekas pramugari kebaya ijau.
Sangat t7dak bijak anak pak menteri. Ada dendam peribadi gaknya.

Dia pakai court shoes dengan stoking putih pun para pramugari nampak. Tak pasal....

Let her be.
Dia dah jadik laughing stock pun.
Tu dah cukup hukum dia.
Buat setara waktu nih. Sok lusa dia membanggang lagik, tengoklah.
Saya?
Dah tua, tak larat nak bertelagah.

Saturday, February 13, 2016

Page group pt2

Many years ago, pukul 11sengah malam my sister called me. Pestaim dia buat begitu and I hope it wont happen again, ever! Suara dia agak keras. Takdelah saya tidurnya, tapi terkejut jugak sebab panggilan tefon pada waktu sebegitu dari keluarga adalah bermakna ada musibah. This was when a video tersebar di suatkabar.

Piah, kau jawab aku bebetul. Kau ada bersangkutan tak dengan pramugara terlampau itu? , kata kakak dengan nada u dont play play with me. Saya jawab dengan spontan, kalau ada dapat hadiah dia mesin basuh atau kipas meja? Kakak terus cakap, kau balik sini, aku sebat kau dengan tali paip depan rumah, kau memain aku tanya. Hiks tak terlibat dengan video lucah sang pramugara pun  kene sebat kah. Dimanakah keadilan???

After many years the story of pramugara terlampau resurfaced on the page group. Ada yang tertanya tanya siapakah watak watak yang terlibat dalam video tersebut. Nak nama dorang semua, di page tersebut. I personally tak suka mende nih diungkit. Untuk apakah kita mengaib sedangkan orang perseorangan yang terlibat rasanya menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melupakan kelakuan mereka yang tidak betul. Untuk apakah disebut sebut di ruang public di page itu, selain dari mengaib? Tak baik tau. Ini mencatatnya di sini pun  sudah agak salah saya sebnarnya. For the record, saya catatkan di sini hanya kerana saya tak suka perkara tersebut diungkit.
Only God will judge them.
And us..

Ada muncul lak cerita ketua ketuwi yang muka kejam tapi sebenarnya baik hati. Ketua mamugara seorang ini berbangsa cina. Kalau flight dia nih, manjanglahhhh krew report sick. For those yang takut kena bantai dengan dia, akan tak pergilah flight. Then if you turn up for the flight dapat lak kerja segalley dengan dia, u die u die, u know. Begitulah cerita orang tentang dia. I had flew with him. Adalah dua tiga kali flight.

Darwin 9 hari. Berangkatlah kami 2 hari sebelum raya. So konfemlah akan beraya di Darwin. Saya ...ditugaskan bersama dia di kelas pertama. Ehemmm.. saya hanya kerja di kelas pertama dan kelas perniagaan sahaja ye..lol sebab saya santekkkk. Ok baiiiiiii!
Saya tak takutkan dia. Saya buat sahaja kerja sebaiknya yang saya tahu. Mana tak tahu, dia tunjuk. Masa tu saya belajar satu perkara. Character asssination is one of the most kejam of the kejamness. He is a sweetheart. Memang cara dia cakap akan merosakkan mood dan jugak maskara kalau bagi orang yang tidak mahu melihat dari sisi dan pandangan selain dari, saya mangsa dan dia kejam. Nopeeeeeeeeee!
He has a very good heart. Sebaik service di kelas pertama tu selesai, he siapkan makanan semua krew. Susun cantek cantek. Dia tunjuk saya macam mana nak buat. Kalau dia tengok saya taruk lauk atas pinggan sekarang, dia akan ketuk kepala saya dengan sudu. He wud say ' you aaaahhhh, never learn one!' Hahahahaha.

So berhari rayalah kami satu set di Darwin. Dialah yang beriya riya mengorganizekan raya gathering kita orang kat sana. Wonderful man he is. Kata dia, tak raya bersama keluarga, berhari raya bersama rakan sejawatan pun boleh juga. We had fun, makan makan semua. Makan makan tu fun  lah kan..hiks. Semua atas dia yang membuat semua orang tak rasa ralat tak beraya di rumah sendiri. Apa dahhh..saya pun dah cakap macam dia cakap.

Pernah dia cakap, angkat beg passenger masuk overhead locker mesti bersama sama, nanti kita akan sakit kerongkok kalau buat dengan diri sendiri.
Patut saya dengar nasihat dia, supaya tak sakit kerongkok di usia keemas emasan ini.
Dia maksudkan sakit pinggang.

Monday, February 8, 2016

Page group pt1

Terkujat balik reja bia kawan lama added me to ex kebaya ijau group.
I was iritated dan meyeranah dalam hati kecil ..ko kenapa add add bagai nih. Then baju reja tak bukak lagi I browsed through the page.

Gambar pelakon popular zaman 1980an masa dia masih crew pun  ada heheheheeh. Tak silap dia nih yang Esahbella punya marka lama sebelum  dia jatuh chenta dengan Adipoto Bebird. Alaaahh yang pelakon filem Kolej mapohnam yang sora dia seiras senada dengan the legendary PRamlee. Misai kontot dia gaknya yang buat Esah tergila gila. Matiklah kejap gik Esahbella hantar mesej haterznuraka kat wassap.

There is also this pomfuen ya g dulu berpangkat lah kut..di office yang saya tak suka. Mak ayam nih bitchy nak mamps. I remember she pernah tau, beri pandangan keji kat saya. Dia tak cantek ponnnn..tapi orang office lah kan. So digerun kerja office..ditambah pula dengan muka bomoh kuikui dia..kejiiiiiiii sangat. Tetek dia besor..dan keji sangat kalau dia pepandang.. she will always find something not right about you. Sayalah..hahahah.

Saya nye pulak bahasa inggeris iiishh eshhhh ossshhh je bunyik tanpa butir..tergagap gagap kalau jawab dia tanya mende. Dia dengan bunyik bunyik oputeh dia cakap macam dia pandai. Seryes, asa macam.. i feel stupid if i speak  ahasa inggeris, gituuuuuuu perasaan saya. Coba kalau dia berani, cakap bahasa dayak laut ..i bantai dia, i tell you. Rasa nak je carutkan dia dalam komen kat facebook tu. Saiko lah jugak saya nih. Mende dah 20 tahun dulu kot..hiks. dengar kata dia tak berapa sehat. Sakit org org dah berusia gaknya, jadi saya terus oklah..semoga sejahtera ya makayam tetek besar muka bomoh kuikui. Tetapppp ada segaris kemeluatan. Mungkin sebab sebab apalah apalah saya masih ada rasa tak suka dia. Sebab dia sombong sekali waktu dia berjawatan tinggi dalam syarikat dulu sehingga dia memakai sejenis tutup kepala pomcot poncot tu pun i think she is ugly. Sok pi sejid pakai tu ya makayam..lol

Moving on, banyak gambar gambar dari batch batch around my time.
I know or knew quite a bit of those people dalam tu.. Ada seorang mamugara yang sangat kacak di waktu  kami masih bertek mengkal, gatei renyam tengok zezantans juga diupload. Tersenyu  senyim melihat gambar dia. Mamugara seorang ini adalah lelaki yang sangat kacak dan berperibadian yang santun. Ramai ramailah minat mamugara seorang ini. I personally cam kagum dengan dia. So this one recurrent class, kami dijadualkan bersama. Pepagi, tergedik gedik lah gegadis mau duduk disebelah dia. Seats semua cam dah dicop untuk dia tanpa perlu berkata apa. Meluat!
Sebab semua dah di cop kosi kosi tu semua, saya kenalah duk depan sekali. Sakit ati aiiiiii tau! Macam mana nak tidur tidur ayam kalau duk depan sekali. Cam setan semua gegadis dalam kelas tu.

Si kacak nih pun sampailah..dan dia memilih duduk disebelah saya! Saya sempat pandang beberapa gadis yang tadinya takmo bagi kosi sebelah dorang untuk saya duduk dengan pandangan cilaka yang mengucapkan ' dia pilih aku, setannnnnnnnnnn!' Tanpa kata. Rasa macam aku menang aku menang. Kelas berlangsung dalam seminggu jugaklah. Seminggu minggu tu, kami duduk bersama, buat kerja kumpulan bersama danjugak makan tengah hari bersama. Jujur saya tidak ada rasa apa hanya rasa bahagia celaks sebab he choose to be kira cam partner saya dalam kelas tu.
Seminggu yang indah ketika saya merasa saya lah perempuan paling santek di sekolah latihan kebaya ijau itu, akhirnya abis dengan kami berjaya semua. Gatal bijik kerana merasa seperti PiaWurtzbach, saya tanya 'lu kenapa pilih duk sebelah guwa?'


'Sebab lu macam budak lelaki!!!', kata dia dengan sopan santunnya.

Setan sungguh!



Saturday, December 26, 2015

Sarapan

3 minggu yang lalu, sewaktu saya di luar pengkalan, ada kapten meninggal kerana renjatan eletrik di kediamannya. Tak banyak details yang diketahui just kene renjatan letrik. Pengkebumian dijalankan lepas autopsi. Kapten tu tinggalkan seorang balu. Anak, saya kurang pasti, kerana berlainan fleet dan saya tidaklah kenal dengan  kapten tersebut. Mungkin pernah berselisih bahu. Entah.

Dari meja sarapan pagi, saya diberitahu bahawa sang balu ditahan polis 3 hari lepas. Sang balu dituduh merancang kejadian renjatan elektrik yang meragut nyawa mendiang. Laporan autopsi dikatakan ada unsur unsur diracun.

Diruangan akhbar obituary, nama isteri tidak disebut. Hanya ada nama ahli keluarga si kapten. Nama mak dan paknya, adik beradik sahaja. Family si kapten yg taruk di surat khabar.

Memuncung krew cerita kata, mereka mengesyaki sang balu sebab setelah upacara 9engkebumian, keluarga si kapten tidak diwelcome lagi di rumah sang balu.

Sebab apa tidaklah diketahui, i suspected, sang balu mahu diberikan ruang untuk meratap kematian suaminya dan tidak mahu diganggu dengan pelbagai tuntutan keluarga si mati.

Semasa hayatnya, memang si isteri tiadalah hubungan yg overly mesra dengan keluarga mertuanya, dah orangtu takde, menjarakkanlah lagi ye dak?

Keluarga si mati dengan secara terbukanya mengecam dan menuduh nuduh si balu merancang kematian tersebut.
Tidaklah diketahui sejauh mana benarnya, tapi its very damaging lah. Saya diberitahu the husband and wife elok ja semasa hayat. Gaduh gaduh itu asam garam, but theynwere ok when he died.

U see, my dear, tragedies pulls people together.
So does money.

Saya berharap semoga kebenaran akan timbul.
Ngeri kan?




Friday, December 11, 2015

Saya berjaya menahan diri dari mencerca orang semalam.
She hurt my feelings.
So I wanted to retaliate by saying some hurtful things.
But I stopped myself. 
Dari mana datangnya kesabaran itu, I really dunno.

Niari. Saya kene luahkan kepada rakan karib saya di group wassap. Tapi sapalah nak dengarkan. Jadi anda yang tanpa sengaja singgah di blog inilah membacanya.

Saya memang takkan puas hati kalau tak cakap apa saya nak cakap.
Here is what I wanted to say.
*Awak dapat duit dari bofren awak yang laki orang.
Memanglah tak risau nak pakai duit sebab senang dapat*

Memang saya bernasib baik.
Nasib baik kita berbeza.
Awak dengan kemewahan melimpah.
Bofren bagik.

Saya hanya dapat menyusur tebing sungai Seine menghiburkan hati kalau gelisah atau fefeeling model atau hendak humblebrag  kepada sedara mara yang menjuih juih sebab saya adalah amdartu.

Nak nagessss aaaah!

K bye.

Mende mende yang cemginilah kenapa saya hendak remain  anon.
Yang kenal saya di luar, jaga lah ke-anon-an saya.



Friday, December 4, 2015

Kain

Ada orang suka cakap, eh..i tak jaga tepi kain orang.
Dialah memfollow segala media sosial orang yang dia tak jaga tepi kain orang yang dia tak minat nak amek tau.
Dah namanya tak jaga tepi kain orang, kannnnnn?

Ada orang suka cakap, eh.. i tak campur hal ye....setelah dia bertanya segala menyeluruh cerita yang dia tak nak campur. 

Ada orang suka cakap i tak amek pot lah... dan masa yang sama bertanya itu ini kendian merumuskan dia tak amek pot. 

Lepas berkata kata demikian jugaklah dia akan bercerita betapa dia tidak menjaga tepi kain orang yang robek kerana kain orang tu robek sebab tersangkut masa jemur kain tepi pagar. 
Tak amek pot, tapi tau pulakkkkkk kain orang tu robek sebab tersangkut sebab nak cepat cepat kerana dek laki dah start enjin kereta sebab nak gi kenduri di belah belah Ijok, Kuala Selangor sana.
Jugak tahu bahawasanya kain yang robek itu dibeli di pekedai pasar baru di Serikin yang didatangkan dalam 8 kaler berberbeza. 
Jugak tahu yang semasa pergi beli kain tersebut orang yang tak dicampurhal  itu pergi membeli belah di pasar Serikin itu bersama sedara ipar duai dia yang berjumlah 3 orang dan mereka kekongsi membeli kain tersebut, sorang satu corak lelain dan bayar duit minyak secara tong tong.

Punyalah tak jaga tepi kain orang. 
Punyalah tak campur hal orang. 
Punyalahhhhhh tak amek pot. 

Tanyaah diri sendiri. 
Apakah kita benar benar tak amek pot, tak campur tak jaga tepi kain orang, takde masa nak melakukan perbuatan demikian tapi kita sebenarnya sangatlah kepociiiiiiiiiiiiii!

Apakah kita berkata kata demikian  kerana kita hendak merasa kita adalaah lain sedangkan, kita tahu bahawasanya kita jugak adalah kepoci? 

We meet this people everyday.
You might surprise yourself that its actually kita sendiri.

Lepas tu jangan merempan lak kat media sosial bahawasanya mengkepoci itu adalah amalan syaitan dan kita menggoogle untuk mencari kata kata mutiara untuk di statuskan, yer anak anak.

On a different note, saya merasa kesian bagi p8hak gadis cantek yang telah ditroll gara gara tersalah ertikan maksud KimK di ig beliau.
Maafkanlah dia. 
Khilaf mungkin.
Tapi saya mengerti kenapa dia merempan. 
She love her friends. 
Yang selalu dijadik bahan kerana kita yang tak jaga tepi kain orang ni suka menjuih bila lihat orang yang tidak 'sesempurna' kita atau diva pujaan hati Makji Esahbella dan KyahLydia.
Sebagai rekod, saya bukan peminat tegar gadis cantek itu, tapi saya akui dia cantek. 
Sangat actually. 




Monday, November 9, 2015

Trophy Wife

1998

Acara perkahwinan mereka bukanlah di hotel terkemuka. Gilang gemilang lah jugak dengan berderet khemah warna silver silver biru gitu. Tutup satu lorong rumah dia. Dah kordinat dengan jiran jiran dah.
Ada karaoke.. hiks, saya nyaris menyanyi lagu Bourgainvilla, dendangan kumpulan spring di majlis kawin dia. Hahahaah. Mungkin saya tidak akan memaafkan diri saya sendiri kalau sampai terjadinya saya merempan syahdu di majlis kawin  orang. Suara saya sangat hazab ye. Kene baling dengan tudung periuk baru akai! 
Yes, saya ada sedikit sedih untuk diri sendiri masa tu, sebab saya berpacaran dengan pacar saya lebih lama, tapi jodoh kawan saya sampai dulu. Jodoh saya tersangkut di lampu merah negara mana tak tau.

*

Saya bertemu dia di Amerika sewaktu saya berpengkalan di sana. Dia pergi menyusul suami yang ditugaskan di sana. Dah 6 bulan suami di sana, barulah dia berkesempatan menyusul. Adalah kerja dia ..or mende yang nak disettlekan sebelum ikut suami. 
Well, what do you know? Sewaktu Bob, suaminya, disuruh ke Amerika, dia macam ajak tak ajak kawan saya nih pergi. Alasan dia, pergi cuma 10bulan, datang menyusul takpe. Takyah gi sekali. Adalah alasan lain. Suzie, kawan saya nih, pun  ok lah dengan berat hati. 
Ternyata Bob punya rencana lain. Bob bawak mistress dia ke sana for 6 mths yang Suzie takde tu. Suzie pergi dengan niat membaiki keadaan rumahtangganya. Saya beri sokongan kepada dia. Apalah yang saya tahu temtang perkahwinan. But I told her, beri peluang kedua ok. Jangan sampai terulang lagi. 


Cerita Bob mempunyai hubungan sulit tidak terhenti di situ.
Mistresses comes and go. Suzie tetap setia menagih cinta Bob. Bob kata cinta dia hanya untuk Suzie. Yang lain, hanyalah suka suka. Kalau benar cinta, kenapa selalu ada Monica, Sally, Regina dan tah siapa lagi antara mereka? 
Again and again Suzie maafkan Bob. Dan percaya Bob akan berubah.

*
2015

On my recent birthday, Suzie tepon saya mengucapkan selamat and delivered the news. Suzie hampir rebah ketika lafaz cerai dibaca Bob. My heart bleeds for her. I dunno really, kadang sekuat mana hati perempuan mempertahankan cinta yang dijanjikan suami. 17 tahun meant nothing to Bob. Suzie telan hakikat yang selama ini dia hanyalah perhiasan untuk Bob kerana Suzie adalah wanita cemerlang dari segi kerjaya dan adalah perempuan baik baik. He kept her just for her status.

Dari jaringan media sosial, khabarnya Bob menunggu hari untuk perkahwinan barunya.

*

Kang saya sambung lagi. Ada mende needs my attention immediately. 

Friday, October 23, 2015

Pokok

Dalam tahun tahun 2002 gitu aaah.. ada citer korea nih. Citer anak tertukar. Abang nya sayang sangat adik pompan dia. Then dorang tahu dia anak angkat. Budak pompan nih balik ke mak betul dia. Bercintalah dia dua nih kendian nya. Gitulah citer dia. Ada 18 cd tak silap.  Masa tu saya kerja ceo syarikat keluarga angkat. Berangaaaaaannnn CEO. So pepagi sebelum g kerja, saya melalak, mata bengkak sebab duk nanges tgk citer tu... balik makan tengah hari se cd lagi. Nangessss je kerja. 18 cd, 1 je yang cd bahagia. Yang lain menguras air mata. Adoiii...
Ada satu mende budak pompan nih cakap kat keluarga angkat dia, masa dia kecik tak silap. Dia kalau diberi pilihan nak jadi pokok. Sebab kalau jadik pokok tak kan kemana mana. Sentiasa di situ.

Saya teringat cerita nih. Cerita pokok. How pokok stays at the same place. Takyah pepisah dengan sekeliling. Errrr....kalau tak berlaku pembalakan haram dan penebamgan hutan ye.

Saya sesedih skets ari nih.

Kawan rapat saya berhenti reja ari ni. She opted to fly only for hajj.
Dalam menyokong keputusan dia, saya merasa kehilangan. Saya sayang dia. Dia sayang saya. I dont want her to leave neither does she. Keputusan ini kami persetujui bersama. Its is ok for her to leave but we will see each other all the time. Never far. Dah dalam zaman internet, komunikasi di hujung jari..apalah kan.

Hidupmacam ni lah.
Terimalah evolusi. People come and go in our lives. Nak berkepit kepit sampai mati sebab kita kawan baik, tak mungkin. Masing masing ada kehidupan. It must go on, kata omputih mana tah.

I have to learn to live without bergaduh pepagi apa kita nak makan. Apa kita nak buat kalau off sesama or to discuss other people's life choices..hiks.

Adik, I miss u already. Jagalah diri baik baik di sana. I wont be there to carry u home shud u partied too much. I wont be by your side to ensure u drink 3litres of water. I wont be there to cubit you kalau berbuat jahat.

Now I want to be a pokok.