Pages

Showing posts with label Terkadang. Show all posts
Showing posts with label Terkadang. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Pereksa lagi dan lagi.

Kompeni pat Mak Piah keluarkan memo kata yg semua petugas syarikat Mak Piah kerja nih harus membuat pemeriksaan keselamatan yg lebih terperinci dari yang ada sekarang.
Mak Piah cam tak tau nak kata apa.
Mak Piah cakap ni dari pandangan peribadi ya.
Kene alert.
Dan segala tok nenek yang berkaitan dgn security check la kan.
Mak Piah nak gelak jek masa time briefing bila budak budak hazabh jawap dan 'berbincang' mengenainya tiap kali nak gi flight.
Wahhhh.... cakap macam best.
Nyampah.
Blahhhhh laaaa.

Ni sekarang ni Mak Piah kat Jakarta.
Masa sampai, lalu security check dulu sebelum masuk ke kawasan hotel.
Bus kene berenti.
Security personnels dia check bus.
Seryesly, la.. kalau check bus jek cam sekali lalu cam tu apa sangat yang leh dicheck?
Buat tambah penat jek tunggu dorang check, walaupun amik masa dalam 2 minit jek.
How much can u check la in the span of two minutes?

I understand hal kenapa nak check.
Buat sambil lewa tu, yang I dont.
Tidaklah Mak Piah nak dia check all out.
Dah elok Mak Piah dlm uniform dari pick up sampai ke hotel tu makan 18 jam.. tak pengsan atau mengerunkan, kalau dibuatnya Mak Piah tertidur dan berdengkur macam langit nak runtuh dalam bus tu??

Pas tu sampai hotel, kene lagik security check sebelum masuk dalam hotel.
Petugas petugas dia pakai glove putih check check manja beg beg crew.
Buat penat tau.
I was just thinking while waiting for my turn,kalau orang bawak barang barang yang merbahaya, ada dia nak taruk suapay bagi nampak?
Idak ,kan??
Sure sorok baik punyaaa...
And do this people actually know what they are looking for?
Cam tak konfiden je tengok.
U see, to know what you are looking for in the baggage, u have to know the component of bomb ke natang apa yg org guna untuk buat bom, dak??
I havent heard of petugas hotel ada gi kursus kursus nih.
But again, I might be wrong.

Cuma ati mo panas la... belek belek ala kadar jek, pastu : silakan, bu..
Suka sepahkan beg Mak Piah yang dah sedia sepah tu tau.
Tu lom masuk lagi beg yang pack padat giler dengan barang-barangyang dihangkut dari kapal dibawak untuk kengkawan.
Kene sekali lagik duduk atas beg sebab beg tak leh nak tutup balik.
Mecikkkkkkkkkkkk tau.
Sikit nak terberetas beg Mak Piah tau.

Meciiiikkkkkkkkk.

Pastu, bila dah cuti 3 hari kat sini haruslah keluar jenjalan.
And go thru the same procedures lagik.

Kalau naik teksi, dia suh berenti kat guard depan.
Pas tu dia ketuk tingkap mintak izin, bukak dashboard...(errrr dashboard ke nama laci kete yang kat seat depan tu aaa?)
Handbag semua depa bukak.
Cumanya, Mak Piah tengok dorang check cam jenis kepochi jek.

Tah aaa..., Mak Piah ni suka berprasangka buruk, walhal orang tu mungkin betul buat tugas dia dengan semaksima yang dia tau.

Hehehe... hendaknya ada jamu sari apakah atau salap kurap tergolek dari handbag yang bercelaru tu cam ner...tak merah pdam muka kat situ?
Pastu betul pulak kat belakang kita ada orang yang kita dok ushaa.
Tak ke menimbulkan keraguan atau giving too much information?
Atau dan dan lak kene ni-bukan-I-punya-ni, camne-ni-ada-kat-sini?

Adoi...*

Sunday, February 13, 2011

Jangan Marah Saya

Begini la ya...I tried as much as I could not to discuss religion issues with any of my friends as I do not wish to rock any boat.
Sayang kalau years of friendship punah becoz of personal differences.
And setiap orang is entitled for his own opinion.

Faith is a gift.
Once you have it, no one can take it away from you.
Unless you yourself want to give it away, throw it down the drain, allow a new faith to come in or you wish to renew your faith.

If u believe strongly in ur own faith, orang lain gula gulakan dengan apa cara sekalipun u still believe what u believe.

Sekarang, apa yang kita perlu pikir is sejauh mana dalamnya iman kita sendiri.
Janganlah pandang serong pada orang yang cuba mengajar/ menyebarkan fahaman mereka.
Kita sendiri yang perlu tau kekuatan iman kita.

Kalau orang offer nak bagi reta ke, nak bagi wang seguni ke, nak bagi "free lunch" ke deep inside, you are what you are.
It is up to how big your faith is.
Tidak ada harta sebanyak mana, pendapat sebesar apa yang boleh mengubah ur faith in any religion for that matter if u already have the faith in you.

Mak Piah lain, Mak Piah ialah seorang yang konfused.

Yes, dari penyebaran a few beliefs dengan all the flyers/brochures/ flashcards some might fall for it.
Cara halus, lembut kan?
But satu perkara you have to remember, that is also how you show the beauty of your religion.
Bukan dengan cara pkasa.
Bukan dengan risaunya aku, dorang ni dok bagi flyers/brochures/flashcard, takut orang lain terjerumus.
Learn from orang yang tukang bagik tu.

Sebabnya, nahhh u amik flashcard ni.
U tengok.
U see if u it can help you learning english/hebrew/korean...
Kalau iman org yang diberi flashcard, in my friend ni nyer case, itu sudah tebal,all you going is learn from that beautiful flashcard is those languages.
At the same time, u might also learn that other beliefs also promotes kind and love.
But you can renew your own faith.
Oh Ok..agama dia pun ajar baik jugak.
Accept it that way.
And keep your belief close at heart.

By accepting it that way, you promote the kindness in your beliefs.
Respecting others beliefs even you dont agree with it.

Bolehkah?
It is normal to tak mau orang lain yang satu aliran, satu kepercayaan* ni adalak lagu Suhaimi Meor Hassan ni kat sini..ishkk...* masuk ikut orang lain.
But what are we doing to avoid that?
Jangan terus memarah atau paranoid boleh?

I welcome any comments.
Tapi jangan marah marah Mak Piah tau.
Mak Piah hanya mengutarakan pendapat.

Friday, February 11, 2011

Echo Lima

Dah nama duduk di padang pasir ni, dimana perempuan agak terbatas untuk keluar dan takde tetempat untuk melepak.
Facebooklah tempat utama bersosialisasinya.
Dah lama Mak Piah nengok orang buat status kalau ada kematian di FB.
Ada baiknya, maksudnya family semua yang ada di fb, leh tau dengan segera.
Dan kengkawan juga boleh la mengirimkan doa.
Itu kelebihan FB nih.
Cepat jek berita sampai.
Kalau ada 500 dalam friendlist, sapa yang bukak akan tahu dan tolong sampaikan jugak ke ahli keluarga atau kengkawan yang lain di Fb dia.

Tapiiiiiiiiiii...
Yang Mak Piah tak berkenaan nya,eeeeeeeeeeeee banyaknya mende aku tak bekenan.
Ni ari...bubuh ..ada sedara meninggal dengan amat pilu sekali status tu.
Berderu orang ucap takziah.

Esok, dia upload gambar dia gi makan makan dan macam bergumbira la plak.
HEyyyy!!!!
Apa ni???
Gi ziarah orang meninggal, pastu on the way balik dari ziarah tu, wahhh..amik kesempatan nak bercuti.
Ok bukan tak ok..tapi tak berapa kene la dengan status yg hiba sangat hari sebelumnya.
I mean..perlu ke nak tetunjuk ang gi cuti cuti sekali tu?
Grrrrrrrr..tak menyempat nyempat.
Nak jek Mak Piah buh komen, ni ko cuti ni ko amik emergency leave kan??
Tak ke kalau rakan sekerja kau yg ada sekali dlm Fb ko tengok..tak payah esok ko nak mintak emergency leave lagik???
Benggong!!

Oh God..I am spending too much time on FB.
Nak buat camner kan...esok patut kerja, flight cancel lak..tak ke Fb tempat Mak Piah nak jumpa worang??

Dang!!!!

Thursday, February 10, 2011

Belajar Piah belajar

Lagi lagi citer fesbuk.
Maybe I shud stop facebooking.

Masa sekolah dulu, Mak Piah yang gatal merela nih ada boyfriend masa form 6.
First boyfriend.
Sapa lah yang akan lupa who the firsts are in their life kan.

Tak kira lah, first terbakar tangan sebab duk main masak masak ke..then u bila tangan terbakar kene oven lam aircraft, it is just another burn.
Walaupun pas tu tetiba, sorry I tak leh buat service, tangan nu sakit sangat...LOL

First jatuh beskal masuk dalam longkang then you terjatuh main naik motor, kunun, guwa rasa gua Laila Isabella naik skuter la.

First dapat jeans yang kakak beli kan dekat pasar. Rasa cam best nyer. Tak kiralah kalau jenama dia Labis. Then life goes on..u get other things.

ok...banyaklah pulak dak first first nih.
Meh balik ke cerita asal.

Mak Piah terjumpa balik ex boifren kat sekolah tu.
Dan jugak rakan rakan sekolah yang lain.
Yang dulu, memang Mak Piah tak berapa nak kawan selain dari hai-bye jek atau meminjam sesudu OMO untuk cuci baju time lupa nak hangkut bawak balik cuci kat umah kakak.

Pastu salah seorang Kak Nam ni online dan chat dengan Mak Piah.
Dia tanya lah bla bla bla bla apa jadah nya...and I answered la seminima mungkin.
I dont like orang nak tetanya banyak banyak.
I hate it especially pasal berapa harta Mak Piah ada, sebabnya Mak Piah tiada harta.
Harta Mak Piah hanyalah beberapa helai seluar dan baju yang dibeli masa sales sajork.
Tak lama lagik jadik kain buruk kalau anak buah Mak Piah kat kampung tak leh muat sebab beso bapak gajah nyer size.

I kinda know she wanted to tell me la dia sekarang dah berjaya.
Dah berlaki, ada anak anak ada umah, and all that stuff, which is fine with me.
Mak Piah nak kata gembira tak jugak, sebab heyyyy we r not that friend of sort la.
U say u are happy Mak Piah jawab elok lah.

Lain lah kalau dulu kat sekolah u are one of my close friends.
Yang close friends ni ada pokok mangga kat umah dia pun Mak Piah happy....hehehe ingat sok balik kampung leh belasah mangga dia.
Gila opportunist!

Then this Kak Nam, tanya pesal kau kerja kat sana??
Mesti ada sesuatu ni.
Mak Piah dah mula nak naik angin dah.
Mak Piah jawab, dah rezeki aku kat sini.
Alaaaaaaaa....citer lah..kau frust sebab dulu kau dengan boifren masa sekolah tu tak jadik eh??
Memang Mak Piah dah bertempik, dan terus imagine tarik tudung dia.
Tapi Mak Piah jawab dengan tenang di chat.
Dak lah, dah rezeki aku kat sini.
Walaupun aku kafir.
Amai orang nak datang bumi anbia ni, tapi tak de rezeki, kan.

Dan dan dia cakap, anak dia nak mintak buatkan susu.
Seriously, kalau stay online lagik, Mak Piah memang akan bahasakan dia.
And kalau orang lain gi universiti amik Business Management, Mak Piah graduate from Idontgoto University degree dalam Bitchiness Management.

**Mak Piah telah mengerakkan tetikus dan mula memusnahkan raksasa raksaksa itu***

Ok kat sini, Mak Piah cakap ye, kut ada yang terbabas masuk blog picisan yang takde pembaca ni, I left malaysia a while ago.
Sebab dah rezeki.
And not becoz of sesapa.
Sebab nak mencarik rezeki dan melarikan diri dari menyembah pokok getah.
Mak Piah lembik, mana larat nak bangkit kul 5 pagi nak bangun gi menoreh.
Nak angkat lagi susu getah tu gi tempat buat getah sekerap tu.
Ni duduk main cityvile dan FB pun tulang temulang Mak Piah rasa sakit, nikan pulak nak memikul susu getah.
Kalau balik Mesia, Mak Piah yang dah berusia ni, tak de laku nya lagi di market pekerjaan kerana pengalaman kerja Mak Piah hanya membuat teh kopi instant, dan mencuci toilet dan mengira meals.

Seryesly, diberi peluang sekang untuk mengulangi zaman sekolah, Mak Piah akan belajar bersungguh sungguh, tak meniru kengkawan nyer homework, tak tertidur masa cikgu ngajar..so tak de menyembah meals cart ni.
Jadik Professor Kangkung pun tak per...LOL DLL.

Tapi inikan sudah jalannya, so Mak Piah pasrah.

Esok nak gi marah passenger lagik dan lagik.
Gila tak bersyukur ada kerja.:P

Sunday, January 9, 2011

How come. How long?

Lagenda Budak Setan.

It opened an old chapter in my life.
Sam White.
One I blocked.
And never wish to revisit.

Why do I think of it now?

aaaaaaaaaaaaah persetankan.

Friday, December 31, 2010

Otw home to Kingdom

Abang sayang abang di mana?
Hati risau mengenang dikau.
Abang sayang hatiku bimbang..
Lama ditinggal merantau..
Jauh jauh lah di mata di hati dekat lah sayang.

Adoiiiiiiiiiiiiiii....
Mak Piah rindu la wey.

Mak Piah rindukan kampung halaman.
Takde la apa masa balik.
But yes..I miss being surounded by my dysfunctional family members.
I miss Cik Nana.
I miss Cik Jo yang hari hari carik pasal.
I miss my kakak yang nonsense.
I miss my drama queen mother.
I miss my brothers.

Not much doing when I was home apart from melepak tak tentu pasal.
Like...duduk lepak baca newspaper, nak bitau nih baca suat kbr, tapi baca pasal Tok Uban kawin awek pramugari dari pat Mak Piah.
Berita lain ado??
Hik..well I dont like to read about orang eksiden.
Tinggalkan balu.
Or baca berita sedih sedih.
So cerita Tok Uban kawin awek hidung firaun is ok for me.
Eleh...cik Nana pun suker gak, kan Cik Nana,kan?

Terkadang rasa ralat, becoz I am never home.
Tapi rasanya it is better this way.
Kurang sikit persengketaan.
Keluarga mana yang tak bersengketa?
Tell me.. tell me.
Bukanlah bersengketa yg besar besaran.
Ala gaduh gaduh , cubit cubitan.. senggol senggolan.
And frankly I miss that.

Banyak rupanya Mak Piah ketinggalan.
Things that my sisters didnt tell me over the phone.
Things my niece convieniecely( camner eja ni aaaa?? I know ni salah) forget to inform me.

That is what being family is all about.
Nevertheless..I am thankful I am not around all the time.
Thankful sebab I dont have to deal will a lot of things yang I dont think I can handle well.
* giler selfish*
At the same time, sedih jugak..becoz I am not there just for the sake of being there.
* selfish sangatttttttttttt!*

I have come to realize.
After all this years, the distance between me and family has made me closer to them.
I guess, betullah distance makes the heart grew( ker grow ?) fonder.
Distance is my enemy, but stability is my ally.

But again, when FB, YM and skype is there...it is difficult to actually talk since we have chatted online so much.
Till I have nothing more to say in person.
I have met people whom I chatted to regularly online in person and I dont have anything to say.

Technology has taken the place of personal interactions and it has become ...errrr mechanical..and has lost it's personal touch.

And mak Piah telah menjadi seorang yg agak pendiam.