Pages

Showing posts with label Tentang Dia. Show all posts
Showing posts with label Tentang Dia. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Once upon a time.

Pada suatu masa dulu.
Si Dia sukakan seseorang dan after a while, it bloomed.
Si Dia tahu, ia tidak akan membawa ke mana kerana perbezaan prinsip hidup.
Tapi yelahhh... hati manusia.
Kemahuan hati itu selalunya sangat berkuasa.
Akal kata jangan, hati tetap berkeras.
Yaaa,,namanya juga manusia.

Bukan Si Dia tidak tahu, ikut hati, MATI!
Bukan Si Dia tidak tahu, ikut rasa BINASA!

Dan akhirnya, setelah putus sambung putus sambung selama beberapa waktu, Si Dia menerima kekalahan.
Hendak bagaimanapun, kalau itu bukan untuk si Dia, bukanlah.

Something old, something new, Something borrowed, something blue. And a silver sixpence in her shoe.
Pada suatu masa dulu, itu direncanakan untuk si Dia, tapi kini, tidak lagi.

Monday, February 7, 2011

Ubat

Mak Piah akan bercuti ke Paris minggu depan selama seminggu.
Haaaaa....ini adalah cara nak menenangkan pikiran setelah kasih putus di tengah jalan.
Tak kiralah kalau kat sana tu sejuk bediiiiiiiiiii...
Mau keras kejung Mak Piah kat menara Eifel.
Tapi akan posing menyeringai kat sana.
Buat muka cam happy aaa..
Lakonang semata.
Dulik la...

Ni sekang Mak Piah ngah perasan berlakon movie la kan.
Patah hati jek lari ke kota cinta, Paris.
Amacam, khelasssssssssssss dak?
Rambut Dawai, sila makan hati.
Hahahahaha...

Telan air liur Mak Piah tengok rega bilik hotel.
Dulik apa kan, sapa suh buat Mak Piah tak gembira, kan?
I am hitting PJ where it hurt the most, his wallet.
Macam ni la yer, some people would mourn their lost love.
But, only money mend my broken heart, ok.

Esok nak gi ofis nak mintak kebenaran secara official untuk keluar Absodi ni for one week.

Errrr...maka kami, rakyat Msia tak perlu visa kan nak gi Perancis.
Mak Piah cam kekonfused sket.
Selalu main masuk jek menonong pakai crew nyer line.
Heheheheh... I think I tingtong.

Ok kota cinta, Mak Piah datang nih.
siap kau PJ, Mak Piah cash advance pakai kad ko

Ada sesapa nak kirim???
Kim air liur tak dibenarkan.

Friday, February 4, 2011

Retak menanti belah

Things has not gone well between me and PJ since xmas eve.
PJ pilih nak berxmas dgn mak dia instead of follow the original plan which was balik kampung with me then cuti ke negara Gajah Putih.
And seperti biasa, I akan diam tak cakap apa.

I am tired of this relationship la.
I think masa I sold his promise ring tu, I dah decide not go on with the relationship.
Tapi PJ selalu bagi mende yang I nak.
And it turned out I wanted the all the wrong things.

Like PGMJ dan semua orang yang bijak cakap, we cant always have what we want.
I am tired and so is he.
He is tired of trying to be what I want him to be.

And now he is back in base.
Let;s see what he brings this time.
Green Prada macam DLL?

Saturday, November 6, 2010

Tagged

1. How many times have you been in love?
a) cinta syok sendiri...bertime time. Ini termasuklah cinta kepada Rashid Sidek, anda dipersilakan ketawa terbahak bahak, ok. Sumpah! Aku pun tatau napa dia ni.We cant choose who we fall in love with laaa.... Louis Koo Tin Lok, haaaa tengok lagik cerita cina kul 6 tu, ni la jadik dia. Marc Anthony laki J-Lo dalam video clip I need to know. Sexayyyy!!! woot !! woot!!, tak habis menjawab tag ni la kalau aku asyik listkan nama nama jantan yang aku gilakan dalam diam. Saiko sangats.

b) cinta yo yo oh adalah 5 worang. gatal sangat And now PH. Esok lusa lom tau lagik. Selagi belum bersaksi di depan Tuhan dan manusia. Kira ok la kan?

2. 3 songs that make you remind of him?
a)Lagu Alicia Keys - yang ada sebut No one, no one. tu...aku tatau la apa tajuk dia.
b) Sumi Jelly manis...sumi jelly manis...rasa sedap agar agar buah. Napa aku pakai aku pun tatau. Celakssssssssssssss...
c) ra ra ra ra ra ooooh la laaaaa bad romance...

3. What is the romantic thing that you do for him, or he do for you?
Dari aku la selalu nyer adalah middle finger. Dari dia, selalu buat aku memiddle fingerkan dia. Dia pernah cakap aaa..I know we have problem when I dont get the middle finger. Romantik tak??? Gile saiko aku ni...dan PH pun sama saiko nyer.

4. 3 nicknames he uses to call you?
a) psychopath- bila dia rindu tapi tak ngaku.
b) Piah- bila dalam uniform, ikut nama kat nametag arrr
c) Monyet- bila aku terkantoi melakukan penyelewengan.

5. List 3 places you go with him?
a)Bangkok, hopefully Dec ni. Dia nak tengok tarian tiang dan tarian rimau. Aku nak tengok muka dia masa dia tengok tarian tarian tu semua. Ada sedikit kegusaran jek..kita balik naik flight lain lain.


6. What is the best memories with him?
Aku tengah naik hantu, dia telah memujuk aku dengan menari tarian Elvis Presley. Aku serta merta baik dalam hati nyumpah macam nak giler sebab dia ugut nak buat pulak aksi Micheal Jackson di khalayak ramai tu. Lari setempat pun fail, nak menari. Blahhhhh laaaa.

7. What is his birthday, if you remember?
Seperti hampir kesemua pacar pacar saya yang lain, harijadinya jatuh pada tarikh yang sama. Sungguh aku takkan lupa. kalau dah 4 org berday sama, takkan leh lupa yer dak?

8. List gifts from him that you like?
Aku seorang perempuan yang materialistik.

9. How you declare your love to him, or how you accept his love?
Dia tulis kat napkin yang aku serve dia. Dia tulis u r ugly. Aku balas dengan menulis "poisoned" kat napkin pelapik dua cawan plastik yg aku serve dia minum. Tersedak dia masa abis minum. Sebab note tu cuma leh baca pas air tu dah minum abis.

10. How long you take to forget him?
Tengok degree kebanggangan dia. Atau kebanggangan aku. Rasanya kebanggangan aku lebih terserlah.

11. What is his physical part that you like about him?
Semua org pun ada rupa. Aku jek yang tak berupa. Tapi aku suka sebab dia bayar semua denganbaik hatinya dan muka tak seganlah kalau bawak aku shopping jalan.

12. What is he doing right now?
Baru bangun tidur. Dan mengkomplen dekat aku semalam he missed the party because of too much flying. Nyampah aku..dia tak gembira tak gi party Diwali...sapa yg dia nak sangat tengok pakai sari tu aaaaa sapa???? sapa?????? Meh aku nak check sapa yang gi diwali party semalam. Siap kauuuu!

13. Have you contact him(ex) when you with your partner?
Yes. Ada list dia bagi..yang dia tak bagik aku kawan or ada hubungan sulit atau tak sulit selain dari upacara kerja. Yang lain dia tak kesah pun. Dia kata apa nak takut. Dorang semua bukan leh buat aku marah dan gelak gila babas dalam masa yang sama. Dia saiko ok?? Saiko giler, kurang sikit jek dari aku.

14. Have you done something inappropriate with him(ex) before.
erkkkk..inappriopriate ni ialah...apa aaa..if I dunno, means I didnt do it. Ngeh ngeh ngeh....

15. Did you go out with him(ex), without been known by your partner?
La....* stail arab. Buat bunyik tsk tsk tsk tu dan gerakkan kan jari telunjuk siap.
Esok lusa tatau lagik ya.Wahhhhhhhhhhhhhh...Biasanya aku bitau semua, biasanya la kan. Ada gak beberapa kes kes terpencil.

16. 2 things from him(ex) that you keep, without been known by your partner?
He don't want to know. Satu anak hanjing yang aku kasik Cik Mimi peluk masa tidur. Satu lagik wallet yang aku masih pakai after 15tahun. I am sentiMENTAL ok?? With capital M E N T A L.

17. Do you think your relationship with him(ex) is hotter than with your partner?
Tah...hot temper banyak.

18. Do you hide something in your mobile phone from your partner?
Nope. Dia tak faham bahasa melayu atau segala bahasa yang aku faham..dan aku tak faham bahasa dia. So it is good.

19. Have you cheated or try to cheat your partner?
Erkkkk....nak hantar laundary uniform semalam. ciao....

Monday, November 1, 2010

Yang aku sayang

I miss you la Pujaan Hati.
Sesak nafas ni weyyyy...Aku belasah aaaa tulis cakap melayu walaupun kau tak paham. Haaa kau rasakan lah... kau hendak sangat memblog dalam bahasa ais kacang kau kan..menyusahkan aku nak google translate.Dulu asyik mengomen bahasa inggeris aku kan??Ni aku tulis dalam bahasa aku. Haaaaa...hambik!!! Aku membalas jugak dalam bahasa aku. Google translate laa. Sebab kau tahu apa maksud sayang kan? Aku bantai la panggey kau mende lain lak..Pujaan Hati, katernyer....hiks. Silakan muntah ijau, cik Nana. Yelah ngah sayang panggey la pujaan hati esok dah tak sayang, panggey la segala apa yg tak sedap didengar. Hik Hik ..aku wanita biasa ok??? Background music, Krisdayanti

Berikut adalah beberapa perbualan yang membuatkan aku memiddle fingerkan dia.

PH- What's wrong?
Aku- I am upset with X x x la... bla blah bla bla bla...(for 4 mins)
PH- Is she pretty?

Aku kasik la middle finger dengan muka kelat yang amat. Sangat la wadafak??? Menggong!!!!!!!!!!!!! Mecikkkkkk sesangat. Sakit nyer ati aku... kau ermmm ermmm jek pun aku tak sakit ati tau. Tadik gatal sangat tanya napa aku upset. Aku dah cakap..kau leh tanya aku dia lawa ke tak?? Sumpah aku tak jeles. Jeles menjeles ni bukan perkara aku. Aku geram sebab kau tak dengar apa aku cakap. Kau buat purak purak dengar pun aku ok. Sebab aku tau sapalah nak dengar aku membebel, kecuali anak badak yang abang belikan di IKEA tu. Tu pun sebab badak tu ada telinger, tapi tak de deria pendengaran.

PH- Where is the ring?
Aku- If u r not wearing mine, remind me again, why I shud be wearing urs?
PH- Why cant u just tell me where did u place it?
Aku- Becoz I want to irritate you? ----> ni aku cakap dalam ati jek.
Aku tak nak pakai tu sebab menyusahkan aku masa aku loading, masa aku tarik cart, tolak cart. Kang aku pakai la balik sayang bila aku jumpa mana aku taruk cincin janji janji manismu itu....eeeeee tu pun nak tarik muka yang aku tak tau nak tafsirkan. Bagilah cincin kawin diamond seketul...sure aku pakai tak lepas. Nak nak yang aku leh buat flashlight bila purser check for 4 mandatory things u must have for flight.

PH- Are u going home for Xmas?
Aku- Yes. Coming?
PH- Do u have toilet? A working one?
Aku --Yes.But no toilet paper. We use woods, in the jungle yang kendian nyer aku iringi dengan middle finger yang sangat lentik walaupun jejariku selentik cheese sausage. Cheebsssssssssss sangats. Napalah kau mencelakakan diri kau, haaa? Pastu aku sambung lagik, 'then we use them wood, after we dry it, to cook'
Now, imagine the horror on his face. Hikkkk puas ati aku....

But for what's it worth, banyak kau sakitkan hati aku, banyak juga kau mengembirakan aku. Yang orang lain tak leh nak lawan adalah satu perkara ni yg kau jek yang ada, you are loyal. Tak la macam Encik 7Dwarfs itu

Aku sayang kamu. * muntah ijau, silakan*