Pages

Friday, October 21, 2016

Update

My birthday was few days ago.
 Malam tu g makan dengan kekawan.
Baru je abis makan dapat khabar ada krew meninggal dunia.
Tengah hari macam tu dia tak berapa sehat. Dibawak g sepital.
Masuk ICU. Serangan jantung katanya.
Ajal menjemput dia malam tu.
 Arwah meninggalkan seorang balu dan 3anak anak kecik lagi.
Berterbangan status di facebook dalam bentuk ucapan takziahnya, gambar gambar bersama arwah dan juga skrinshots last conversation dengan arwah.
Saya ada gak jengkel dengan syarikat berkenaan beberapa perkara, tapi kali ni saya rasa syarikat saya tidaklah seburuk mana.
 Dengan segera urusan penghantaran jenazah balik diuruskan.
 Malangnya, tak dapat hantar jenazah hari tersebut sebab cargo dah cukup quota on Human Remains untuk satu flight.
 Itulah gelarannya kalau dalam istilah penerbangan.
Human Remains.
Tatkala nyawa diambil, kita akan hilang nama dan diri. People no longer call you by your name. Secara automatik, kita dipanggil jenazah/arwah/almarhum dan yang sewaktu dengan nya.
Sayu nya rasa hati malam tu bila salah satu kira macam wakil dia berucap pada kami yang datang berkumpul menerima berita itu, kalau arwah ada berhutang, sila tampilkan diri. Nanti akan diuruskan. Dimohon kemaafan untuk arwah. Jatuh lah airmata. Sok saya meninggal, saya harap adalah orang yang akan buat bagi pihak saya. Memohon maaf untuk kesalahan yang saya tidak pinta, yang saya khilaf dan yang tidak saya sedari.

Sesungguhnya setiap kematian, itu menginsafkan. Ia peringatan, janji Tuhan yang pasti, mati.

Saya tidak begitu kenal dengan arwah. Sekadar rakan sekerja. Yang ingat arwah dulu sopan sangat orangnya tipikal orang Jawa.
Semoga mas diberi kelapangan dan kemudahan di alam baqa. Dan keluarga diberi ketabahan.

Satu mende saya meluat tengok ialah orang dok be strong be strong kepada balu arwah. Please.. Mende nak be strongnya. Orang tengah bersedih, takpayahlahhhhhhhh ko sibuk berbe strong. Offer your condolences sudah. Hulur duit nak tolong apa ke caner,boleh. Sibuk nak membe strong.. Nak kene sekeh ke apa?
I really dont get it. Kalau ko be strongkan orang, what is the correct response to that?
I will be strong?
Bongok.
Percayalah. Tidak ada kata yang boleh membaiki urusan kematian orang yang kita sayang.
Let them grieve. As long as they need.