Pages

Thursday, June 9, 2011

For Mimah

For DLL
Ini sebernarnya nak bubuh kat ur blog comment.


Orang yang cantek tak leh stress stress. Orang yang bijak tahu dia harus chayuk chayuk..:)



p.s Yang bubuh tu sana tu, adalah dalam keadaan groggy bu bangun tidur yang tidak mimpikan Seth.

p.s 2-tetaaaaaaappp benggong cam ner nak link back!

Wednesday, June 8, 2011

Drill

Pepagi start dengan fire drill.
Buat aksi memadamkan api.

Door drill.
Mola mola buat main deck door.
Buat lah macam kat kapal, segala preflight check, then opening and closing door in normal operation.
Kendian start dengan emergency procedures.
Buat la expected and unexpected emergency landing tu.

Masa Mak Piah buat, terckik pulak Mak Piah masa jeritkan BRACE BRACE tu.
Kering tekak.
Hiks.. cam kantoi jek..ada cam suara kepit masa buat tu.
Sore pondan keluar.
Mecik la.
Tapi maintain kontrol aaa..siap ehekkkkkkkkkkkkk..then jerit lagik BRACE BRACE tu for few more rounds.

Then buat upperdeck door, then smoke evacuation. Teraba raba dalam keadaan yang sgt gelap gelita. Macam lemas lak pakai PBE( Protective Breathing Equipment )sesak napas kejap.

Pas tu, buat Life Raft.
Adoi..
Patah kuku kaki Mak Piah.
Sakit tau!

Then buat hat berenang renang ketepian ala badak sumbu tanpa Lifevest.
Kendian, buat dengan lifevest.
Macam nak pengsan dalam air tu.
Sebab pepagi sangat.
Perut kosong.
:((
Kendiannn... buat acara berenang berpasangan.
Mula dia tarik Mak Piah berenang dulu, kendian, Mak Piah tarik dia.
Then beramai ramai kumpul bersama di tengah tengah 'laut' dan buat la segala drill tu.
Terpikir kalau buat kat dlm training school pun penat giler...kalau bebenar, macam mana???
I doubt I have the strength to help another person.
Mak Piah dah dimamah usia nihhhhhhhhhhhhhhhh.
So sesapa yang nak naik kapal terbang tu, hangpa pepandai la belajar berenang.
At least learn to float.

Ok. so far so good yer...then sampai la ke mende yang Mak Piah paling tidak berkenan dalam training nih,( selain dari kene tengok video emergency childbirth tu,) ialah acara naik ke atas raft.

Susah ok.
Tak kesah la badan hang macam kerengga ke, macam gitar ala Salma Hayek ka, macam Mak Badak ka, macam chopstick kah, memang payah nak panjat okkk...
Bencikkkk sungguh saya.
Masa ni adalah masa terbaik hendak menyentuh bebontots.
LOL
Mak Piah orang kedua naik.
Naik jek raft, Mak Piah terjatuh lak kat crew jantan yang tarik Mak Piah naik.
Kalau dalam drama part nih adalah part heroin dan hero bertentang mata dan jatuh cinta.
Mamat ni terus cakap kat Mak Piah, * Piah, kau jangan tampo aku....*
Muahahaha..Mak Piah terus berdekah kat situ jugak.

Today ends well.
Heheh..abis kul doblas tepat.
Settled dah that part of the recurrent training.
Esok exam.
And Mak Piah tetap tak berenti berangan nakkan si Seth Tan.
Kang dah nengok Seth Tan baru Mak Piah senang hati.

Tuesday, June 7, 2011

Tido awal nih

Esok buat Door dan Wet Drill.
Door drill tu akan buat cam emergency situations.
Lompat lompat slide.
Mak Piah ngeri la gaks.
Mecikkkkkkk la.

Pas tu jalan teraba raba dalam pesawat for smoke procedures.

Pas tu ada fire drill.

Then finally, ada wet drill.

Esok Mak Piah citer k??

We all should finish by noon kul doblas.

Then balik umah tido.
Suka dak>>?

Hiks.
Petang bajet study for the exam the next day, sementara tunggu Lelaki Terhangat di Malaysia, Ahmad Seth Tan diuploadkan.
Then...Mak Piah akan off satu hari sebelum berterbangan lagik.

nak masuk tido jap gi.

Monday, June 6, 2011

Malam Ku Bermimpi

Kata orang, kalau mimpi ular, biasanya jodoh dah dekat..ke something like dat la.
I doubt it,sebab tahun 1998, Mak Piah pernah mimpi dipatuk King Cobra masa kat Beirut.
Melompat Mak Piah dari katil masa tu.
Masa mimpi tu rasa macam betul, I actually can feel kulit ular tu cam bebasah sikit lalu kat lengan.
Zappppppp! Dia patuk right belakang tangan tempat ibu jari.
Mak Piah fefeeling la sbb orang kata la..mimpi cengitu, dapat jodoh katernya.
Idakkkkk yer..
Well..all I remember after that, Mak Piah kena fitnah yang amat la berat.
I had to live with it for a few years.
Tah aaa... I dunno la dah clear ke dak.. but I didnt do it, so gw tak de hal.
Cumanya masa baru kena tu, Mak Piah cam downnnnn giler la.
It includes those whom I was closed to, the loved ones and all that stuff la.
Ermmmm..tu in the past.
Mak Piah dah cam lupa.
Sampai la pagi tadi.
Mak Piah jarang memimpi nih.
Malam tadik, Mak Piah mimpi ada dua tedung.
Mak Piah cam elak elak bagi dia tak nampak Mak Piah, but dia nampak jugak.
Tak de la cam kembangkan kepala ( ooooh lucahnya bunyik)dia nak patuk, but cam ada mungkin burung or what terbang lalu dan tercakar tangan kanan Mak Piah.
Terkejut Mak Piah yer!
Terbangun dan nengok jam.
Pukul 02: 48 pagi.
( Jam Mak Piah ni Mak Piah cepatkan 12 menet, sebab nak budget time keluar rumah sebelum pick up time )
Cam cuak lak.. sebab dulu pernah kena macam ni nyer mimpi, and something bad happened.
Ataukah mimpi ni disebabkan oleh doa yang sangat memaksa yang dibagi oleh si Gebu Ms Haag tu pada Mak Piah yang Mak Piah gembirakan sangat pagi semalam???

Let's hope tiadalah fitnah tu yer.
Tak mo la jadik lagik.
Dah tetua ni dah tak berapa nak kuat nak menangkis (errrrrrrrrrkkk!) fitnah.
Yelah, usia mempengaruhi emosi.
Kah kah kah!!!

Btw, ni nak share, hari ni Si Gebu Ms Haag, tinggalkan lagik offline message kat Mak Piah.
Silakan membacanya.


6/6 Versi yang berbeza lagi doa minta jodoh
7:57 PM 6/6 Are u ready sistaaa
7:57 PM 6/6 DO'A MINTA JODOH BERBAGAI VERSI >,< EDISI WAJAR Ya Tuhan, kalo dia jodohku dekatkanlah, kalo bukan jodohku, jauhkanlah :: EDISI MAKSA | Ya Tuhan, kalo dia jodohku syukur, kalo bukan pLease Jadikan dia jodohku EDISI NGOTOT Ya Tuhan, kalo dia jodohku dekatkanlah, kalo bukan jodohku, tolong dicek lagi mungkin salah baca EDISI NAWAR Ya Tuhan, kalo dia jodohku dekatkanlah, kalo bukan jodohku, temannya juga boleh EDISI PASRAH Ya Tuhan, kalo dia jodohku dekatkanlah, kalo bukan jodohku, yg mana2 ajahlah, yg penting ada =D
7:57 PM 6/6 ‎​‎​‎​‎​​ː̗ː̖_, ː̗=Dː̖/ Ħªª /<3. <3. /<3__, Ħªª _||_ _/ \_ _| .Ħªª.



Seryes, Mak Piah rasa nak penampor budak nih..lol.
Awas lho adek... !

Muahahaha.
Kawan kawan Mak Piah ni serupa gak.. benggong macam Mak Piah.
:)

Sunday, June 5, 2011

Doa yang maksa

Longlai jek bangun sebab well... I have not been too happy for the past few days.
Then on YM I found this offline message.

Miss HAAG: Doa Minta Jodoh:::Ya Tuhan, jika dia jodohku maka dekatkanlah…
Jika dia bukan jodohku, maka jadikanlah jodohku…
Jika dia jodoh orang lain, maka putuskanlah hubungannya dengan orang itu…
Lalu jodohkanlah denganku…
Jika dia tetap tidak mau dijodohkan denganku, maka jangan beri dia jodoh sampai dia mau menjadi jodohku…
Jika dia masih tetap tidak mau juga, maka masukkanlah dia ke dalam neraka-Mu…
Amin......
Miss HAAG: Doa yang maksa

Macam nak pengsan Mak Piah gelak baca message nih.
Sikit nak terkencet kencing kat seluar.
Mana pulak si setan ni dapat mende macam ni...ada main paksa paksa lak.
Thank You tayank...this mean the world to me.
Yesterday I was thinking, matilah sapa yang buat kelas with me, I will pergi kelas dengan muka Raja Bersiong tak dapat makan kangkung berdarah and spoils every one's mood.
But now, thanks to this doa gila dari si gebu nih..hilang dah duka.
Has been a while since I last laugh from my heart.

p.s Miss HAAG- ntar aku bawa kamu libur ke Paris ya. Thank you dek...

Mak Piah nak siap nih nak gi buat kelas recurrent-SEP.
Macam renew license la...kene buat kelas 5 hari.
* sigh* napa takleh buat exam first day??? sapa lulus takyah gi kelas, sapa fail bu buat kelas.Dapat hadiah cuti 5 hari lagi masa yang fail tu pergi buat kelas.

Saturday, June 4, 2011

Samson


Now u know...

Friday, June 3, 2011

Entry Marimar and Soenarti

Haaaa...korang gelakkkk..
Gelakkkkkkkkk.
Mana Mak Piah tau...dah postkan entry tu..tetiba satu page dia bergaris.
Walhal yang nak di gariskan hanya tang senyum plastik tu jek.
And I dunno how to undo it.
Boleh baca, sila baca,..tak leh...kalau nak tgu next entri pun ok..kalau masih sudi.
For a person, who has started blogging since 2006, I memang failed.

PGMJ---sila a jarkan Mak Piah macam mana hendak membetulkan kesilapan entri tu. uarghhh...

Cik Nana--DIAMMMMMMMMMMM!!!

S

Marimar and Soenarti ( dah betulkan)

Ada sesuatu yang bermain main di kepala Mak Piah sejak beberapa ketika.
Lebih lama dari keberadaan Seth Tan di otak Mak Piah

Pesal aaa kalau penumpang transit dari negara oputih kalau tau jek ada crew Mesia dlm kapal, tetiba jadik lorat?
Dulu masa Mak Piah berkebaya ijau bunga pink, memang dah sesiap prepare mental ni, kalau nak buat flight London * sebut cam orang British selain dari Mr Bean tauuuu*passenger orang kita nyer berlagak dalam kapal.
Urut dada banyak kali yerrr...sebelum keluar kabin dgn senyumplastik.
Tak sanggup ye ngadap dorang nih,even most of the time u can detect mana yg betul posh english dan yang mana tak berapa nak berpolish.
Takat I can- speak- english,- yes -offcourse jopan dia ala ala level Mak Piah ni toksah fefeeling bakal menantu DiRaja.
Seryes tak paham.

Kat sini.
Ada beberapa insiden, Mak Piah jalan jalan kat souk downtown, dengar lah dlm org reramai tu bunyik orang Mesia bercakap.
Mak Piah senyum yer dan sebab mulut Mak Piah ni terlampau ramah, Mak Piah tegurla..
Orang mesia, cik??
Wahhhhhhhhh ....dengan loratnya jawah ..ha'ah..
Tak ke terdetik jugak barang sepatah dua kata maki carut dlm ati Mak Piah.
Mak Piah kontrol jek sebab, takkan nak keluarkan bahasa sakti.
Lagipun kat sini tokleh cakap sesalah, kanggggggggggggg tak pasal mendapat balasan disitu jugak.

Sebab dah terkena banyak kali, Mak Piah pun cakaplahhh ...'orang mesia eh...cantik negara awak, orang dia berbudi bahasa, lemah lembut..'

Si kekwat kekwat ni pun cam terkejut la...ehh awak orang mana??Pandai cakap melayu..
Segera Mak Piah cakap Mak Piah ialah Marimar Alamo ...dari wilayah Legaspi pernah dulu duk Mesia, so fasih la cakap Melayu...'
Muahahahahhaha....tak ke Mak Piah berangan Mak Piah ialah Marimar yang cantek molek, sedangkan Mak Piah sebenarnya NAN ADO!

Ada satu lagi jenis /species orang yang suka menyombong nih.
Tatau lah kalau di tempat lain, orang-orang yang berkerja kat pejabat kedutaan.
Yaaaapppaaa Yaaaaammmmaaaaaa...hidung tu kalau bukan cam biji gajus mauuu cecah silling tingginya yer.
Blahhh la lu!!!
Duta sendiri tak sombong macam tu.
( Ini jugak adalah cubitan halus untuk Cik Nana yang mungkin akan bertugas di luar negeri tidak lama lagik...)

Ada sekali, Mak piah nyer flight.
Masa tu, ada orang KENAMAAN naik flight.
Erkkkkkkkkk!
Dorang ni suka dengar announcement untuk dgr salah sikap announcement tu, bukan for the info..:P
Muahahahhaha suka speku.
Mak Piah ngeri laaaa nak buat announcement dalam Bahasa Melayu.
Camner nak buat?
Kang dia check Mak Piah punya igdeham camner...??
Mak Piah pulak hehari kerjanya nonton terus sinetron...(seoranggggggggggggg anak Prabu Wijaya jatuh hati sama supirnya sendiri.....????-ni montaj sinetron tu, if u r wondering.)
Dan orang di sekeliling hidup Mak Piah adalah dari negara jiran.
Arghhhhhhhh...peduli setan, bisik hati.

Bila ditanya, saya aslinya dari Ujung Padang, saya mencoba sebisanya saya, pak.

To make things worst, pilot pulak sukaaaaaaaaaaaa nooo buat announcement.
Tak ke Mak Piah kene translate dlm bahasa Melayu.
Heheheh, Mak Piah jahat tak???
Takk kan, kan....
Masa tu Mak Piah tukar nama lagik.
Nama Mak Piah ialah Soenarti Subrianto
*Gelak cam sejenis makhluk yang tidak boleh disebutkan disini*

Ohhhh...orang kenamaan ni cakap, bagus bahasa melayu awak yer.
Cuba kalau dia tahu passport Mak Piah sama kaler dengan punya dia, tak ke dia kutuk Mak Piah nya announcement.
Sesilap dia guna mandat dia, Mak Piah takleh balik Mesia.

What I am trying to say is, business language Mak Piah memang zero.
Bahasa rempit, bahasa isyarat ,bahasa badan............ (errrrrrrrrkkkkkkk )Mak Piah terel sikitttt.
Hendak hendak dia suruh translate, aircraft parking bay.
Cuba check apa dia mende parking bay ni di bahasa melayu.
Haaa..kalau pandai sila tolong senselet.





Thursday, June 2, 2011

Seth

Oooooohh... Oooohh..
Kat Mesia, negaraku yang tercinta orang dah dekat nak abis dah cerita Meen Zulaikha yang dibuat cerita TV ni.
Mak Piah ni hari baru la berpeluang menonton Nora Elena.
And yes, like most perempuan yang kurang kasih sayang..lol Mak Piah jatuh cintaaaaaaaaaaa sangat kat Seth Tan.
Walaupun Mak Piah jugak mengesyaki bahawa Cik Nana yang baru menyambut ulangtahun perkahwinanan yang ke beberapa tahun, * sorri geng, wa lupa la* jugak menaruh hati kepada Seth dan beberapa pelakon drama Korea.
Mencik la..
While I have never thought Aaron Aziz cud be so charming, tapi dalam citer ni...guwa cairrrrrrrr laaa...
Sangatlah taste jantan macam ni,
Cakap macam tak nak cakap.
Cakap cam mulut katup jek....
Esok nak kawinnnnnn dengan Seth Tan!!!!!
Mocik laaa...
* entry ini akan bersambung setelah Mak Piah berenti berangan*

Wednesday, June 1, 2011

Once upon a time.

Pada suatu masa dulu.
Si Dia sukakan seseorang dan after a while, it bloomed.
Si Dia tahu, ia tidak akan membawa ke mana kerana perbezaan prinsip hidup.
Tapi yelahhh... hati manusia.
Kemahuan hati itu selalunya sangat berkuasa.
Akal kata jangan, hati tetap berkeras.
Yaaa,,namanya juga manusia.

Bukan Si Dia tidak tahu, ikut hati, MATI!
Bukan Si Dia tidak tahu, ikut rasa BINASA!

Dan akhirnya, setelah putus sambung putus sambung selama beberapa waktu, Si Dia menerima kekalahan.
Hendak bagaimanapun, kalau itu bukan untuk si Dia, bukanlah.

Something old, something new, Something borrowed, something blue. And a silver sixpence in her shoe.
Pada suatu masa dulu, itu direncanakan untuk si Dia, tapi kini, tidak lagi.