Pages

Saturday, June 6, 2015

Aaaah ye..saya.

Dah dua kali saya di tefon oleh nombor yang tidak diketahui.

Pertama dia suh saya amek pakej kesihatan. Saya cakap saya dah ada insurans. Saya jawab dengan sopan santun. Orang tu sedang test market. So saya hendaklah stay positive. Biarlah dia. Dia carik rezeki. Kalau nak menipu saya tak tau lah. 

Dia tefon lagi. 
Suh saya jadik member kelab kesihatan mmacam gitulah. 
Dia tatau saya feeling feeling doktor. 

Saya cakaplah saya tak amek pot pasal health benefit sebab saya ada ilmu hitam. Saya suruh dia ulang bitau nama dia sapa. Nak menelek dia pulak. Dia macam taknak beritau lagik. Saya tanya lagi personal question. Cuak yerrrr dia. 

Ginilah ada hari saya terluang saya lak bosan..
Ada lak telemarketer mengganggu... saya harrass dia balik. Amacam? 

So far dia takde call saya balik. 
Mujarab kan jawab telemarketer kata kita pengamal ilmu hitam. 
Amek sana!!!
*

Saya leka membaca buku cerita di gazebo. Ada orang duk hello hello.. kata dia dr syarikat tv kabel. Saya kata terima kasih. 
Dia teruskan bercerita benefit dan siaran tv dia. Saya cakap terimakasih. Dia kata kabel tv dia murah. Cuma  berapa tak ingat saya. 

Saya kata, cik..saya nih nak jawab awak pun saya takut. Saya nih banyak hutang....ingat orang datang mintak hutang. Abis cerita!

Dia pun tak jadik menjual kepada saya.

Saya bijak kan menangani jurujual yang annoying?

Yang satu nih saya mintak pandangan, gi nengok kedai jual pakaian dalam amoi amoi tu tanya ..what size what size..nak melempang jek saya..tu camner nak settlekan dorang? Sila beri tips. 

*saya takleh nak bukak ruangan komen. Nanti saya balas ye. Pakai tefon zaman tok adam nih agak menyusahkan saya nak mengecheck bagai. Nanti yer. Nak publish pun tak reti..grrrr.

**mana pi semua kekawan dunia blog? Memasing dah move on ke media lain kah untuk melepaskan rasa di hati?

***hey blogger tersohor..sila update blog awak pls. 

Monday, June 1, 2015

A date with Bibah

Janji pukul 1300 local time.

beginilah ya .. kalau kalau janji pukul 1300 awak dah ada premonition awak akan lambat dr pukul itu lebih dari 03mins silalah beritahu. Mungkin saya sebenarnya juga srdang dalam terhegeh menepati masa. Saya laju suap nasik kandar lawood yang nalarekke itu sebab saya telah berjanji untuk sampai pada masa yang dipersetujui.

Saya tak marah sebab saya boleh meluangkan waktu berpoya membelek belek kut lah ada diskaun beli sepentot setara menunggu. Yes I have time. Saya sedang bersenggang. ... ada ke perkataan bersenggang nih ? Lagipun saya takleh marah sebab saya tak datang ke majlis perkahwinan dia yang gilang gemilang di hotel terkemuka di ibukota. Dia mengungkit woooooo.

Seb bek saya dah makan nasik. Kalau dalam keadaan lapar, tak pastilah apakah doa saya untuk kawan saya sorang nih.

Kawan saya ini, saya tak jumpa dah bertahun. Walaupun dah lama tak jumpa tak banyak berubah rupa dia. Comel je orang nya.. dan saya yerr... saya lah kan. Sekali pandang macam peti ais dua pintu. Duakali pandang..alaaaahhh pandang tak jemu pandang tak jemulah ye.

Kami duduk melepak minum teh. Macam ohpohtez lak.. meminum teh bersama kek keju dr restoran yg bebaru nih ditarik sijil halalnya kerana didapati tidak mengikut standard status halalnya. Ampa tau kan? Kedai berkenaan ditarik sijil halal bukan sebab dia pakai apa apa material dari lembu pendek kaler kemerahjambuan ya.
Dah sesat barat ke cerita kedai jual kuih plak saya. Orang tetia nih suka lari tajuk...hiks.

Kawan saya nih, saya panggei MakBibah lah..

We talked about whatever happened la di dalam masa kami tiada bercontact. We dislike the same people atas sebab yang hampir sama. Ofkos lah there will always be hater. Sayalah tu hiks.. lagi mo tanya.

There was a mutual friend. Was bagi dia.. saya masih berkawan fb dan sesekali berhi-bye dengan mutual fren itu. Saya memahami kenapa jodoh persahabatan mereka telah tiada. I really do. Mungkin saya berat sebelah sedikit. saya lebih berat ke MakBibah. Sebab saya rasa saya kenal hati budi MakBibah dan MakPipah. Yang sorang tu saya panggei MakPipah je yer..

Saya tahu satu perkara. Kalau mende tu dah berzaman tapi MakBibah tak lupa sebab MakBibah berkecil hati. Saya tak sebelahi memana pihak dalam perkara nih. Kedua duanya salah dan kedua nya betul jugak dengan tindakan memasing. I told MakBibah.. biarkanlah. Takde ruginya pun kalau dia tak berkecimpung lagi. we left the conversation. Nak buat apa sebut kisah lama. Kang luka lama berdarah kembali. Move on. Ingat sesekali takpe. Namanya juga manusia biasa.

Tidak ada apa yang berubah dari saya kata MakBibah..cuma saya lebih lembut kata dia. Dulu saya adalah pembawak watak  Seman si tukang pukul..sekarang saya macam RajaEma.

Mecikkkk ai!
Tengok.. saya dah mula menyanyi nyanyi kecil lagu ohhhh sayang hengkaulah jejaka idamannnnn.. aku lah yang paling merindu

Mecik ok!

Thursday, May 28, 2015

Layang layang terbang melayang

Jaranglah orang perdulikan abang posmen. 
Tapi semalam, abang posmen adalah yang paling tertunggu sekali. 

Tapi semalam bukak pintu bukak tingkap, tengah mandi terjengah jengah tak basah mandinya. Bunyik motosikal bhai potong rumput pun boleh nafas terhenti ye. 

 Yang nak keluar beli sup bunjut nak buat sup, masuk kedai runcit, capai  terus bayo dengan exact amount. Takde macam selalu terkebil kebil nak amek duit dalam wallet.. yelah wallet berjenama antarabangsa. 

Yang mana takleh nak elak kene keluar jugak make sure ada orang kat rumah tunggu abang posmen. 

Status facebook berbaur sedih mengucapkan babai dan kepada rerakan kut lah last flight. Sesedih je. Post gambar satu set. 

Sedih lah kan. I feel you kebaya ijau. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermanja kata orang dulu dulu.

Dalam grup wassap keluar pulak syarikat teksi cakap dia bukak pintu untuk amek para para yang dibuang kerja. Kata kawan sesuailah kalau juruterbang g jadik pemandu tekksi.. dah pemandu jugak. Hiks. 

Saya dalam kegatalan tengok Dr Raden Amzar, turut merasa tempias risau bersama sama rerakan kebaya ijau. Lepas maghrib, kedai mek tomyum tempat lepak jadi tempat berkumpul meluahkan keresahan. Memasing dengan risau duit kereta, rumah, anak anak, binik binik ku gangster bagai. Anak anak dorang tak cukuplah dengan rm20 macam anak pelakon santek yang kawen sesorok dengan ex dia yang dah kawen anak dato di Klang itu.  

Dalam beberapa kerat kengkawan kebaya ijau itu adalah sorang dua yang negatiffffffffffffff sangat. Takde mende lah tentang kebaya ijau yang bagus. Lupa yang dengan kerja menyembah meal trolley tu lah dia dapat beli rumah dan flat/apartmen sampai 4. Kereta mewah dan kereta g pasar dia.

Saya dengarkanlah betapa teruknya syarikat kebaya ijau. Ini itu.. nak terbelahak saya dengar. Tak berapa dengar sebenarnya sebab dalam kepala saya lebih banyak berangankan Dr RadenAmzar takpun saya berwassap mencerca  dengan KiahraLydia dan Esahbella. Saya tak hendaklah aura negatif dia dilambakkan kat saya. Saya biarkan dia bebel. Nak saya cakap apa? Orang kalau tak reti nak bersyukur, apa pun yang baik dia takkan hirau sebab duk sibuk carik yang tak elok. Biarkanlah. Saya cakaplah mende mende yang rasa boleh lah kurangkan keresahan dia dengan kelat kelat nak cover kebencian saya dengan sikap negatif dia. 

Tak sekejap kawan sepenerbangan dia tefon.. dia repeat apa yang saya cakap kat kawan dia.
Boleh Yonggggg? 

Untuk  kebaya ijau,saya berharap awak dapat dua surat. Bila dah dapat dua surat belajar menghargai apa yang ada. Yang dapat satu surat dan dilarang memasuki premis syarikat dengan immediate effect, layang layang terbanglah melayang.

Kang 1/6 nih jangan terkam abang posmen tau. 

Thursday, April 16, 2015

Kurang dr 500 jugak.

Kalau kita kawan, kita tutup aib kawan.
behind the scene, sesama kita nak bercakar, nak saling mencerca we just do it in private. orang luar tak perlu tahu.
itu inti pati berkawan.
Unless kalau kita nak kawan sebab kawan tu kita boleh menumpang senang bila mereka senang..then it makes u something else.
being a friend is not what you are.

........, kan.
Isi tempat kosong dengan perkataan yang anda rasa sesuai.

I have seen one too many of this badmouthing business.
kalau kat media sosial, paling positif thinking, positif attitude, bagi kat dia.
Takat di sosial media je lah kan?
Hakikatnya, more often then not, nilah orang orang yang negatif dan boleh pulak spread dia punya negative aura tu kat orang lain.

Ginilah, yang kita tunjuk kat orang itu mungkin kita yang buat lebih parah lagik.

Karma kata orang.
Bukan kurma, ye Esahbella dan JessiKiah.
Kurma tu orang jual banyak kat bazar ramadhan.
Suka salah tafsir tau.

Salam dari Saint Petersburg.

Tuesday, April 14, 2015

Update wey

Things that iritates me.
I have lots of those. Everyone else too, I believe so.

Saya tak suka..

Bila makan, orang taruk makanan atas pinggan saya kecuali kalau saya mintak. i have this friend, yang saya sayang, tapi itulah hobi dia, naruk makanan atas pinggan saya bila time makan yg last last. There are times when I want to strangle him so much. Banyak kali dah saya terus berenti makan sebaik dia taruk makanan yang dah dekat nak abis kat pinggan saya. Saya dah cakap, yang saya dah taknak. Kadang saya memang nak makan tu, tapi sebab dia taruk kat pinggan, saya terus taknak.

Saya tak suka...

Bila orang tanya, kendiam instead of waiting for your answer, mereka terus bercerita tentang mereka dan keluarga mereka. Boleh dengar, tapi toksah lah berbasa basi tanya kendian tukang tanya ignore you. Cekik nak?

Saya tak suka...

Bila saya tidur orang ganggu. Terutama balik kerja. Saya kerja odd hours. Dah makin tua lah pulak..kan? Penatnya melampau, sensitif pulak dah sesenja nih. Gerak kalu..mendapatlah muka maharaja empatbelas saya. Saya gakkkk yang jahat. Kalau mende penting, by all means geraklah. Tapi sekadar mende remeh temeh, sesilap haribulan dapat beberapa patah sukukata diselangi dengan doa untuk orang tu ke nerakajihanam.

Saya juga tak suka..

Bila orang bercerita junun seryes, tapi berselang dengan heheehhe dan hehehehe lagik. Seryes buat cara seryes, yang duk mengheheheeh tu kenapa? Tak pasal saya tertekan button pekak dan mungkin menyilat dengan kata kata sinis sayyyyyyaaaaaa jugak yang menyesal karang.

Saya tak suka....

Bila keluar makan atau lepak minum kopi fefeeling orang sibuk dengan tefon. Kalau nak main tefon, jangan jumpa. Kita saling berwassapdoc sudah. Pas tu main tefon gelak gelak sesorang. saya nih bunga perhiasan kah di situ. Saya pernah bangun dan terus amek teksi balik.
Duduk sana kau main tefon. Tidak adalah lagi sessi kopi dengan yang berkenaan yer. Saya faham sesekali amek fon sebab ada mesej masuk, but if u r having coffee and the other person is engaged dengan chat, baik toksah.

Saya tak suka..

Bila mak apak budak, tengok orang gemuk atau kurang upaya beritahu anaknya nya suruh panggil orang tu kakak x gemuk atau pakcik x peko..tau kan peko tu apa? Why lah? Supaya mak atau apak budak tu rasa dorang sempurna berbanding orang yang kurang dari mereka. Itupun kalau dorang lebihlah kan... Tolak dari tangga nak?

But again, mendiang ayah pernah cakap, good manners is also tolerating other people 's bad manners.

Dah tua lah saya. Kuat sensentap.

Tuesday, April 7, 2015

grup wassap

sini.. jangan suka suki add orang dalam grup wassap anda. U might enjoy the conversation beramai ramai. kalau ada lebih dr 5 org dlm grup.. ada je mende kita tak berkenan orang borak dalam tu. some of us diperantauan.. kita plak g knuri kawen makan sedap. Tak ke timbul bibit kebencian tak pepasal. Yang tukang post pulak, leh gelak gelak ..oiii setan.. somedays its funny, most days it is not funny. Faham?
Kang left group, sentap pulak.

Dalam grup beramai ramai, kalau kita dh dipaksa rela, toksah
ah gi taruk mende yg tidak kene dgn seme pihak dalam grup tu. Kalau nak bitau KakTon , sebab KakTon je yg nak berminat dengan sari perapat, sila private mesej Kakton. Ali, Ah Kau, Ramasamy dan Swee Lin tidak mahu tahu, Pakcik Kodi pun  tak mau tahu. Sapa kenai Pakcik Kodi, memang angpa sezaman dengan saya..hiks.

Dalam group jugak, berkadarlah memuji encik Suami ku baik dia mr perfect19 atau encik Sotong. Kang kene amek laki perfek kang.. salahkan orang. Yang dok promo sendiri, kene sauk orang salah. Kalau suamimu encik perfek, gi private wassap kat dia. Bagus unk keharmonian rumah tangga, sambil sambil tu boleh sextext lagi... others need not to know ur bakal aktivities, baik dirancang atau tidak.

adat bila kita add orang baru dalam group, kita mesti nak dia join conversation walaupun membincangkan gst yg kita sendiri tak tentu tahu lagik. Herw, bukan semua topik orang berminat yer? Gi pm lah weyyyyyyyyyyy.

Ni satu lagik, beri gambar lucah dalam group. Taktahulah kalau ampa perasaan, semua gambar/video masuk dalam galeri.. walaupun the conversation was long gone. Kita lak buta, main biar je sebab kita tak rasa kita ada menyimpan gegambar lucah nih bagai. Balik kampung, anak sedara, cucu cicit kita bukak, amekkkkkkkk nala punya gamba alat kelamin keluaq.. tersipu sipu yer, kaau dan orang kampung..apa kau rasa? Dengan tidak semena mena pengirim gambar mendapat doa untuk masuk neraka zahanam.


Sekian saya meroyan untuk hari ini.

Friday, January 9, 2015

Hapdate lah jugak... dari yang berdua itu.

Kat luar gulap gulita lagik. Dalam 1-3 degrees lah kut. Tah.

 Dengar kan pasal orang tembak tembak di Paris. Ngeri kan.
Gi buat lukih kartun pepelik kenapa, kan dah mendapat dah.
Apa agama pun, jangan buat main. Bila lah nak belajar nih labu oiiii.
Hormat itu perkara utama. Biarpun bertentangan dengan apa yang kita percaya.
I believe in freedom of speech, tapi menjelek jelekkan sesuatu yang sensitif tu bukan freedom of speech, tu carik mati namanya. 
Tidak, saya tidak menyokong penembakan itu atau perlekehan itu.
 Itu perkara yang tidak saya bincangkan kerana ceteknya ilmu saya.

Here, samalah dengan saya selalu dengar orang kita cakap..nih bangsa sekian sekian nih buat onar nih. Nih menyamun nih orang sekian sekian yang buat.
Macammmmmmlah bangsa awak tu semua baikkkkkk..semua ikhlas....semua perangai ahli syurga.
Jaga jaga bila berkata.
Saya selalu berada dalam situasi bila orang mengata bangsa saya, agama saya mahupun negeri saya.
Selalu gak dorang tersipu, sebab bila saya ehhh setan.. saya bangsa/agama/dari negeri itu ok?
Saya tidak amek pot sangat sebab dorang yang suka ngat ngata macam tu biasanya banggang.
Saya suka fikir saya tidaklah banggang sangat.
Berang jugak kadang saya bila bangsa yang dikata kata itu tidak ada di situ untuk mempertahankan diri. 

Most people think I am Indonesian.
Kengkawan selalu ngata saya. Hehehe. I dont blame them.
Sebab memang saya lancarrrrrrr je kalau bercakap Indo. 
Nih satu saya kesian orang Indo nih, kalau jadik malapetaka, ada gambar tak senonoh je, oohh minah indon nih..oohh orang indon nih..
Ehhh saddappppppplah.

Betul bukan semua Indo tu baik, tak ke sama macam bukan semua rakyat kita baik.
Pun bukan semua orang dia jahat, macam orang kita jugak.

Rentikanlah mengata yang tak perlu.
Jangan carik pasal.
Ngata kain orang koyak, kita tak sedar kain kita robek.


*

Oh sejak saya berpindah ke tebing sungai Seine nih, saya bertugas mengenakan uniform baru.Baju beige, lengan panjang. Pastu ada vest yang saya jarang pakai. Jacket itam. Seluar itam.
Sebab sejuk bedi, jadi saya pakai sweater jugak ketika keluar masuk kerja.

Di suatu hari yang gilang gemilang, lol.. saya melalui pintu keselamatan seperti biasa.

Abang sekuriti yang agak somel : Selamat Pagi Kapten.
Saya yang feeling somel dengan liptik merah : Selamat Pagi.

Dia fikir saya juruterbang agaknya.
Saya tak koser nak menerangkan.
Angguk dan jalan kekwat macam itik serati pulang menyudu di tepi parit.

It felt good sebab dulu ingat dak di KLIA.. saya disangka pembantu rumah di padang pasir...hiks.
FYI, saya sudah tidak memakai tudung beropol ropols sejak kejadian itu.

Bon Jorneeeee.. maksud dia kalau tak silap have a nice day..ejaan..ehmmm ampa google lah.

Tuesday, December 30, 2014

update

My pick up is in 6 hrs time. Flying time wud be 11hrs, give or take. With the current weather it wud be longer. Saya  masih terkebil kebil atas katil. Why is it so hard to fall asleep?

Bila tak leh tido nih mulalah pikir memacam.

Musibah menimpa di tanahair. Mana banjir, mana nahas kapal terbang, mana kapal lagi satu accident kat philipine sana, mana MH370.

I was also ex skirt merah. Well, sebelum  dia bersemrket merah sebnarnya. Masa uniform dia kaler ijo. Sebelum abang Tony amek alih.

Rasanya semua yg pernah jadik crew or if you are part of the aviation world, akan rasa macam saya. Jadiklah musibah kat mana mana syarikat penerbangan, kami semua turut merasa pedihnya. Pun jugak datanglah di fikiran, it could have been me.

Saya doakan seikhlas hati, semoga dipermudahkan urusan yang terbabit dalam nahas kapalterbang menghadap Penciptanya. Apa pun anutan mereka.

Yang banjir di tanahair, terima kasih untuk yang pergi tolong, apapun bentuknya, material tenaga mahupun doa.

Tragedi ini membawa kita semua ke satu titik yang sama. Saling membantu. Yang banggang buat posting tu janganlah dihiraukan.
Dah dia banggang, nak buat macam mana.

Takziah saya sedalam dalamnya untuk mangsa.

Mengeletar lutut saya nak g kerja.

Wish me safe flight, ya.


Sunday, December 21, 2014

Update yang tak seberapa.

Hai. Salam dari tebing sungai Seine.

Saya dah sampai beberapa hari dah. Sempatlah saya melepak sehari dua dan membeli belah di semarket sebelah hotel ni. Kosan hotel nih bukanlah kosan orang perancis yang kekaya dalam tv tu. Jauh lah dr Haussmannian elegance of Paris gitu.
Bolehlah...

Antara benda yang paling saya suka di sini adalah keju. Waaahhhh feelinggg kuat yer. Hiks. Yes my all-time favourite ialah Boursin all herbs tu. Sedap sungguh wey. Kat Absodi seketui tu adalah 27.95sar. Kat sini, satu dapat €1.47. Kebahagiaan, tak? Sungguhlah kan. Sikit hari lagi dapat dagu selapis lagik tambah, baru cheesebedebah lah namanya, kan?

Saya g jejalan di twngah kota. A change of place. Almaklumlah sebelum nih saya duduk disebalik tembok 20kaki dalam compound,kan. Truth is the wall was something I dont really like. Then, I learn to live with it. Then, after a while, I depend on the wall. Funny, huh? Yes, but that is the truth. Been to Paris many times, but to live here is another. I enjoy the strolls and coffee, lets see if I can make it.

Memulakan hidup baru ditempat yang baru, boleh menakutkan kita, errrr sayalah. Here I get to work with people yang sebab dia berbahasa perancis, apa dia cakap pun macam best je.
Sexy,kan bahasa perancis, walhal orang tu cakap 'nih kentang ang nih nak buh garam ke dak..' tetaplah rosmentik bunyiknya. Hiks.


Dari hotel saya duduk nih kalau amek bus No76 tu amek yang ke Louvre, sampailah di tengah kota. Kalau naik ketapi, sesat barat adalah hampir pasti. Sayalah, kan? Adakah kerana saya tidak reti membaca peta?

 Dah duduk di tebing sungai Seine, kenelah berbahasa perancis,kan. Saya? Boleeeeeeeeehhhh..
Saya memang berbahasa perancis, yang lawannya faham ke idak saya kata apa, kan masalah sana. Saya sendiri kadang tak faham apa nak sampaikan. Cakap bahasa kita pun ramai yang tak faham. Contohnya awak yang baca blog nih. Awak pahamkah apa yang saya cita kat sini. Ngeh ngeh ngeh. Meh berparlez fronsey ye kekawan.

Kang kita sambung journey of Piah ngok ngek yer.

Saturday, December 13, 2014

Tinggal lah kasih tinggal lah sayang.

Saya malas nak masak lately. Well.. dah beberapa ketika lah my place dtg makan je, lauk pun  ala kadar. Kalau dulu, ada layover bagai, segala toknenek dekat pasar saya beli sebab tak dapat atau ketidakmampuan saya membelinya di pasar di padang pasir nih. Saya selalu menyeringai bila tengok serai sekilo rega dia 45riyal. Amek 3 batang terus dlm 8 riyal macam tu. No it isnt lah,kan. Tak yah lah masak mende yang perlu berserai bagai kalau tahu tak mampu. *ooooooh mengelitis g mall berpoya poya tak pe..beli serai tekidungmasen.*

Saya adalah wassap wassap kalau menemui jalan buntu tatau nak masak apa. Wasssap dengan blogger pemalas update dua orang itiew..
sorang sibuk menguruskan umahtangga ... pasang paip air baru seluruh rumah buat airterjun gaknya sampai melupakam kewujudan blognya. Sorang lagi sibuk gentel karipap meniaga gamaknya. Takpun dia main games yang tak berpekdahnya candycrush yang sangkut di level 65. If u play candycrush, walaupun kata kawan..udah gak jaman piahh oiii..u will know how difficult it is to pass that stupid level. Awak berdua sila amek peratian. I dont care kalau u bercerita naik bajai ke BrotherLand sekalipun atau bagaimana menternak berudur belakang rumah..?

Jadiknya begini.
Hari ni saya off. Tefon genggam berbunyik berkali kali. Saya tengok je sambil menumis rempah soto google. Oh...terimakasih pada yg empunya resepi yang saya jadikam panduan untuk membuat soto nih ari. Saya lupa ikut resepi mana tadik. Pinau saya gigih memgoogle diselangi dengan saya membuat tonton gila episod 1 sampai ke episod 20 nih hari. Oh Fahrin.. i terhutang budi dengan u.. i masak soto jadik sedap hari nih sebab sambil masak sambil fefeeling kat u Fahrin.

Dah abis masak tefon bimbit bervibrate tidak berhenti. Tengok nombor tertera di layar fon, nombor opis uols... ketaq lah saya. Walaupun saya off, besar kemungkinan abang operation tu hendak membalas dendam kerana saya selalu mengenakan dia bila saya ke ofis.

Kawan kawan datang makan sekali. Then kami bercakap mencerca semua manusia di pengkalan ini, dalam keadaan berbisik bisik. Suara ngajak masuk kelambu semua orang.

Then house phone berbunyik. Eh.. kawan saya si burung pipit*lepas ini yg akan dikenali sebagai BP*boleh angkat tefon tu dengan serta merta. Di saat itu saya dapat merasakn ada ketumbuhan dalam diri saya. Bibit bibit kebencian adalah tumbuh.

Sebaik fon sampai di tangan saya, saya buat sora serak serak cilaka kekunun tgh tidur. Terkejung saya sekejapan. Maksudnya, si penelfom tu akan rasa bersalah kerana menggangu tidur saya. Hiks.. macam nih punya perangai pun kau ado??

Panggilan telefon itu memberitahu saya akan dipertugaskan ke pengkalan baru. Saya ada 72 jam dr saya meletakkan tefon itu ke waktu keberangkatan saya. Saya menerima tawaran itu atas sebab musabab .. kalau awak baca entri saya yang sebelum ni, awak akan tahu kenapa.

Ini kali keempat saya menolak kalau saya tak amek tadik. Sebelum ini saya fefeeling Puteri Gunung Ledang, beri syarat dan terma kalau saya dihantar bertugas memantau pengkalan baru itu nanti. Ada 7 permintaan saya, I know I know I am bad. Feelinggggggggg je kejenya kan.

Saya bersetuju untuk ditugaskan di luar kerana saya rasa ini akan memberi ruang untuk saya membina kembali diri saya yang saya hilang di sini setelah perpisahan saya dengan si matair. Semoga kami masing masing boleh bertenang dan tidaklah cuak bila roster keluar takmau ada flight sekali. To fly with ur ex, especially kalau duty time tu hqmpir dopohpatjam boleh menyebabkan saya menjadik penyanyi  era80an yang tak berapa nak sehat yang merayau rayau di Klang, BenNadam..cengitu lah nama dia. Alah yang lagu dia yang.. kunyanyikan lagu syahdu bila teringatkanmu yang masih bertahta di hatikuuuuuuuu... haaa lagu tu.

Padang pasir ini adalah tempat saya mencari rezeki selama 8 tahun dah. Sayu, syahdu saya jadiknya.

Semoga pengkalan yang baru akan memberikan saya pandangan yang baru dan tidak lagi berfeeling feeling mencuci baju di tebing sungai Nile. Saya akan mencuci baju bajan saya dalam jangka waktu kurang dari 48jam dari sekarang di tebing sungai Seine.

Wish me luck, ye.