Pages

Thursday, March 31, 2011

Jalan yang dipermudahkan

Sekarang sini kerja 3 bulan dan akan mendapat cuti selama sebulan di negara anda.
Disebabkan MP telah berhari natal bersama keluarga di bulan disember, makanya cuti Mak Piah ialah jatuh pada bulan April.

Ni ari, Mak Piah akan ke Riyadh dan seterusnya ke negara yang sekarang kecoh dengan cerita wayang anu....apa nama dalam Botol.

Sampah sarap sudah dimasukkan dalam koper.
Banyak lagik yang tinggal.
Bagage allowance dapat 40Kgs.
Uarghhh...

Then * pop * kat YM.
Ada sorang jejaka loadmaster yang balik naik flight sekali dengan Mak Piah.
Dia telah menofferkan bagage allowance dia sebanyak 40kgs jugak.
Hadiah sampingan, dia jugak mengofferkan untuk duduk di sebelah Mak Piah dari Jeddah ke Riyadh dan seterusnya ke green green grass of home.
Mak Piah kata ok.
Segera Mak Piah charge iPod, make sure battery full.
Muahahahahhahahahahhahahhahahahahaha.
Giler cam gampang perangai Mak Piah ,kan?

So dari Absodi ke green green grass of home dah settled.
Sekarang nak balik ke kampung halaman, naik lak MAS.
Erkkkkkkkkkkkssss.. dia bagi 25kgs sajork.
Walaupun Mak Piah jugak seorang anak kapal.
Tak de maknanye dia nak bagi Mak Piah extra bagage.

Tetiba muncul lak cik Nana seperti seorang kesatria berkuda putih.
Dah la cantek, baik, bijaksana,ada pulak baggage allowance 25kgs lagik...mana tak perfect.
Bertuah abang sedara aku memikat kau, kan Cik Nana?
Mak Piah akan menghadiahkan sepasang jeans yang terpakai berjenama MNG yang dibeli terus dari kilang nya di Bangladesh dengan harga 6 ringgit kurang baper sen tak ingat.
Mesti Cik Nana akan nampak ranggi ( muahahahahhaah ) memakainya nanti ketika kita mencurik curik keluar bila malam menjelma nanti.

Mak Piah mengambil keputusan duk di KL 3 untuk menguruskan beberapa hal sebelum balik ke kampung halaman.
Antaranya, mengecheck berapakah habuan dari ASB...* wink*
Agak-agak dividen dan bonus dia bolehkah Mak Piah memeli seutas jam tangan selalu buat Mak Piah terhantuk dahi kat cermin shopping mall beberapa kali??
Walaupun Mak Piah tau itu hanyalah khayalan seorang pemimpi.

Kendian, urusan perbankan yang lain, kerana wang haruslah dimasukkan ke dalam akaun dan tidak boleh diketahui kaum keluarga yang selalu pikir Mak Piah ialah bergaji 6 angka.
Muahahahahahahahaha.
Dan mengelakkan the Queen Mother bercita cita hendak menggantikan perabot usangnya atau sanak sedara yang berniat "membayar-balik-budi kengkawan-dorang-yg-dah-belanja dorang-dengan-membuatkan-Mak-Piah-membelanja-kengkawan-dorang".

Mak Piah nak balik dan makan mende mende yang DLL rindukan di negeri yang Mak Piah tak pasti, negeri dia ke laki dia.

Mak Piah spend seploh hari kut di kampung halaman dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi ..hak hak hak hak ....
Tengok cam ner.
Kalau ada politik wang best gak...leh dapat 30rm.
Gila murah harga undi Mak Piah.

Sebelum balik absodi, Mak Piah rasanya nak gi Universal Studio, tempat cik Ribbon.
Tu kalau ada rezeki.

Pun jugak Mak Piah ada bercita cita hendak ke Bangkok.
Nengok la cam ner.
Ini semua bergantung kepada keadaan ekonomi dan berpaa duit Mak Piah leh dapat dr Yb wannabes yang mungkin mahu membeli undi Mak Piah.

Ok.
Sekarang masa untuk Mak Piah nak berkemas apa yang patut dan masak bekal nasik dengan ikan goreng bersambal untuk bekal malam karang.
Makan kat kapal tu tak mencukupi berapa nak lalu.

Nanti Mak Piah bersiaran dari tanahair eh.

Nasik dagang Kampung Baru, Mak Piah sampai sakgi.
Lauk kaki ayam...adoiiii...tak sabor.

Saturday, March 26, 2011

Suka

Best aaaaa flight ari ni.
Ni ari Mak Piah happy gi flt walaupun today I m incharged of ekonomy class.

Suka tengok crew kerja.
Takde sapa memalas dalam flight nih.
And today I salute all the crew onboard.
Kerja laju jek.
Tak de sesangkut.

Semua gembira gelak ketawa.
Walaupun flight lama gak.
Pick up jam 4'55 pagi.
Sampai umah balik kul 7 sengah malam.

Hari hari macam ni kan best.

Friday, March 25, 2011

Banyak orang

Banyak banyak orang dah jumpa, seryes Mak Piah cakap memang harabs memang jahat.
Selfish dia mintak ampun.
Banyak banyak orang dah jumpa, seryes Mak Piah cakap, memang kelly ng tak leh caya.
Putar alam mintak ampun.

Tuesday, March 22, 2011

Saya meroyan

Flight ni ari memang cam gampang.
Mula mula passenger mabuk naik.
Ground staf dah nak offload dah pax nih.
Tau jek la degil keras kepala dorang.
Ada pulak staff airline ni yang beria bagi pax mangkuk nih ikut sekali flight kita orang.
Panggil kapten.
Kapten bagik pulakkkkkkkkkkkk pax ni ikut.
Kang kalau dia turun kat bumi anbia ni dalam keadaan mabuk???
Tak satu set kene.
Tapi kapten kata staff tu la amik tanggungjawab...so nak kata apa.

Masa guwa ngah nak sesiap second service, ada pax ni datang bitau ada pax pengsan dalam toilet.
Berlarilah guwa.
Smapai kat toilet tu, guwa nampak pax nih dah terponggeng.
Terus feel for breathing and pulse.
No pulse no breathing.
Pax ni nganh duduk kencing.
Seluar terbukak lagik.
Guwa peluk terus angkat keluar.
Start CPR straightaway announcement mintak doktor/medical personel.
Doktor datang.
Check sekali lagik.
Dia cakap dah tak de dah nih.
Tapi kita dua continue CPR terus.
Formaliti.
Paling tidak we tried to revive the casualty.

Datang lah crew mangkuk ayun dari depan.
Mangkuk ayun nih memang mangkuk ayun.
Ok CPR memang 30 compression : 2 Breathes.
Tapi sebab dah pronounced dead, guwa ikut jek la doktoe tu nak buat berapa berapa pun.
Si mangkuk ayun ni tak berenti cakap 30 : 2
Hilang konsentrasi..
Kita lak jadi panik sebab dia tak berenti menceceh kat situ.
Doktor tu cakap, dia ni kenapa>???
Sialssss ok??
Sedang elok jek guwa jerit...diam boleh???
I know I shouted harshly, but she is asking for it la.
Menyibuk!!!!!!!!!!!
Doktor tu tau la apa dia buat baghal!!!!
Kau gila sambung buat service dah 3 doktor ada kat situ.
Bodoh banggang.

Then pax tu taruk near my jumpseat.
Sampai landing.
Landing jek pindahkan ke galley area.
Tunggu lagik paramedik datang dan settlekan hal hal si mati.

Mak cik nih usia 68 tahun.
She was supposed to come for umrah last year but she had stroke and it was postponed to this year.
Rezeki dia gaknya dikebumikan di bumi anbia.
Semoga rohnya diberikan ketenangan.

Dan saya masih benggang dengan mangkuk hayun nih.
Yes I overreacted sebab dia mulut tak berenti bercakap cakap doktor tu buat salah.
Ehhh hello u r JUST A FIRST AIDER, ok...fak laaaaaaaaaa

Monday, March 21, 2011

I am a cabin crew.
Hence, I am here and there.
Macam best kan.
Wahhhhhh living in a suitcase sangat,kan hidupnya.
Which is to some...best.
It is not ok?
Seriously.
Suka ke kalau kerja duk pack bag hari hari.

And dont always ask where are you aaa Piah.
I dont know la..meluat ok.
Meluat kerana pas tu kau leh jumpa mak aku dan topik kau ialah ooohhh aku tu ari chat dengan Piah...dia gi cuti ke negeri antah berantah.
Macam kita chat beriya sekadar kau tanya ko kat mana.
Aku jawab sebaris.
Kau leh buat cam kita kamceng aaa...
Pastu mak aku akan 'ooooohhhh kau gi bercuti yer...? Kau tau tak kat tengah ruang tamu bila ujan kene tadah baldi ??'

Seryes meluat.
Bukan nye nak tanya khabar.
Nak tau where am I jek so leh bercerita to sedara kat kampung where am I.
I dunno la.
Pe saiko sangat korang ni aaa.
And tolong lah tanya khabar sesekali, not only, Piah kau gi sana, belikan aku tali pinggang, belikan aku tshirt Hard Rock ( ada lagik ke orang duk kumpul baju nih??).
Kau ingat mende tu duaposen??

Not that I will tell u how I really am, but do something nice, will ya?

Saturday, March 19, 2011

Enjen 747

Tiap kali nak gi flight malam jek tak leh tido siang.
Elok dah pakai uniform tinggal nak pakai topi dan tudung Rahimah Rahim nih...menguap.
Menguaaaaaaaaaaaaaaaaaaap jek...
Duk dalam pick up nak gi epot, tersenguk senguk.

Kalau masa tak kerjaaaaaaaaaaa...nahhhhhhhhhhh tu dia sampai subuh tak tidur tak pe.
Kenapalah program dan ritma ( ni guwa belasah taruk jek walhal tak tau pun makna dia..tapi macengitu la) badan ni suka sangat nak sabotaj???
Tak ke masa take-off landing guwa akan kelihatan seperti ayam kene semeleh???
Kalau dapat seat bukan ngadap passenger ok..
Ni kalau depan passenger, apakah yang akan Mak Piah tulis dekat explaination letter tu karang.

Saya ada masalah tidur. Bila tak kerja saya tak tidur.Bila kerja saya tidur?
Nak kene pelempang dan mendapat tiket balik tak balik balik????

Ni dah 4 jam dah golek kiri golek kanan.
Mata tetap tak nak lelap.
Tadik elok nak terlelap jek, ada pulak setan mana gi tekan doorbell.
Pas tu tefon berdering.
Nak matikkkk dorang nih?

Harap karang service cepat abis.
Dapat rest period lama sikit.
Leh lawan dengkur Mak piah dengan enjin boeing 747-400 mana kuat.
Mungkin enjin kapal menang aaa...tapi menang tipissssssssssssssssssssss......gerenti nyer ni ari.

Tuesday, March 15, 2011

Pepagi bunyik sms masuk.
Menderu deru.
Kalau bunyik ringtone sms masuk tu sedap, ok gak.
Ni bunyik kambing mengembek.
Macam sekandang kambing dalam bilik tidur guwa ni.
Sedang elok la dengan pe-el aku yang malas mandik.
Tah apa yang guwa pikir masa set kan dulu.
Feeling feeling cute gak...
Cam haram!

Sereyes, guwa geram.
Kenapalah guwa gi charge tefon dan ON tefon semalam.
Oh..ok.. guwa standby.
Takut tak dengar tefon umah.
Takut housemate pedajal bergayut.
Dan salah letak tefon.
Tak pepasal umah kene ketuk dengan Operation nye orang.

Sms 1 masuk.
--------->Rambut Dawai dah dapat seat balik ke bumi anbia.
Pls reconfirm dengan operation to arrange for his pick up.
Arr 1845 LT.

Sms 2 masuk.
---------> Salam. Ni Mama Zaza. Rambut Dawai dah nak boarding. Flt number x x x.dia mintak u inform Ops...tq.ptg ni dia sampai.

Sms 3 masuk.
---------> Rambut Dawai sampai petang kang. Call Ops. Make sure ada pick up untuk dia.

Sms 4 masuk.
-------> Ni apa kabar..Rambut Dawai sampai pth ni LT (local time). arrange transport.


Dan seterusnya samapi 8 sms.
Tak masuk yang mesej kat inbox FB.
Yang masuk private message.
Yang kat YM.

Wahhhhh.. Rambut Dawai...anak raja mana yer?
Ataupun apakah dia Kak Ros si Benggong yang keluar statement bodoh bebaru nih ?
Perlu berbagai bagai nak sambut dia.

Ok lah.
Rambut Dawai nerves gaknya fly balik sini sendiri.
Podanggggggggggggggggggg sangat!

Ni sampai petang karang siappppppppp kau.
Bagik pelempang dulu.

Friday, March 11, 2011

Nama

Model Jaman Dulu : Mak Piah, cer Mak Piah bg suggestion nak buh anak nama apa?

Mak Piah : Bubuh la nama Khulafa Rasyiddin. Mak Piah suka Umar ( Al Khattab) Uthman (Affan)Ali (Abi Taib) Abu Bakar as Siddiq <---tidak mengikut urutan.

Model Jaman Dulu : Alaaaaaaaaaa..tak glamer la

Mak Piah : Awak nak buh nama apa? U let me know, and if I can I will find out what it means.

Model Jaman Dulu : Nak buh nama Alistair Isma Hamam.

Mak Piah : Alistair if u meant it for Ali... ok jek. Tapi kalau awak translate tak nama dia Tangga Ali? Isma maksud dia dengar, setau Mak Piah la. Lain maksud I am not sure. Hamam???????
Nak matikkkk???? Hamam maksudnya yang jelas ialah TOILET, kalau bahasa Mak Piah ( hik hik hik ) lavatory....pat orang membuang segala air.

Model Jaman Dulu : oooooohhh cengitu ke? * cam bunyik orang majuk jek*

Mak Piah rasa bersalah laks.
Ishhhh terlajak perahu leh undur, terlajak type kat YM cam ne nak padam balik.
So Mak Piah bujuk la dia..

Mak Piah : Awak bubuh la nama ur favourite uncle/atuk/the leaders of the worlds... or para cendikiawan, successful people ye.. I cant think of one now.

Model Jaman Dulu : ok ok kalau pempuan lak nak buh nama apa?

Mak Piah tetiba teringat kat DLL yang bijaksana dan pandai masak yang dinamakan ikut nama seorang doktor jugak.

Model Jaman Dulu : Ha ok...I will diskas dgn cik abang.

;) DLL...now hopefully another Dr DLL akan lahir.

Takut lak Mak Piah kang orang namakan anak macam kat kampung Mak Piah.
Nama nama Kelambu la, Minggu la, Helikopter la...( btw si Helikopter ni sangat lah hensem...tapi kalau nak panggil, cam FAIL lak rasanya...)
Apa dorang pikir masa namakan anak tu...cit!!
Sian budak tu orang perli perli.
Kene lak hidup with that name sampai bebila.

And when u name ur kids janganlah duk buh nama panjang berjela.
Penat isi form ok??
Dan nama nama Danial, Danish, sekali panggil 9 orang angkat tangan...cemana??
Commonnnnnnnnnnnn.
Ehekssss...










Wednesday, March 9, 2011

PLO

Few days ago..I accepted a friend request from an unknown person.
Pempuan.

Sekang sesejak ketagih main game kat FB..guwa belasah jek...sapa nak add.
Nak add neighbours banyak.
So leh main game gegila.

Then no request to be neighbour.
Then I comment on one of her post.
Tak der respons.
Takpe la.
Maybe dia tak online.
Guwa bajet positif thinking aja.

Then tadi pagi.
Ada org komen the same post.
Tak sampai 2 mins dia respon.

Guwa garu kepala.
Ok la.
Terserah lu deh...
Maunya gimana.

Then I realized, dia ni bini one of my colleague yang duk kat sini.
Dia duk Mesia jaga anak anak.
Ohhh...ok.
Nak menspy lah kut.
Suka ati dia.
Laki dia.
Cuma, kalau ko nak menyepai...kau berbaik lah dengan orang di persekitaran laki ko.
Contohnya dengan membalas komen orang orang yg berada di sekeliling suami ko.
Jangan ko buat derk...esok nak mintak infomasi.
Memang aku sengkonkol denagn laki ko.
Ko tengok lah.
Sesilap aku jadi alibi dia esok.

Geram lakkk.
Here is my advice to all the married women out there yang laki dia based duk kat sini.
Engkauuuuuuuuuu....kalau nak jaga laki kau..kau berbaiklah dengan kengkawan dia.
Baik lelaki baik pempuan.

Yes, pempuan pempuan ni ramaiiiiiiiiiiiii kau tak leh caya.
Ada yang memang status dia dah PLO, tapi ingat jugak..kalau dia PLO, ada jugak yang bukan PLO.
Dan guwa antara bukan yang PLO, so far.

Mintak mintak terus la macam ni.
Jauhkanlah guwa dari berkeinginan begitu.
God's Willing, ya.
Selagi ingat dosa.
Selagi ingat how a scandal macam tu boleh meranapkan segalanya.
I have seen it with my own eyes.
One too many times.
This shoulder has been cried on for those reasons.
It waterproof, but sometimes if I can help to avoid it, I will.
That is a promise I made to myself.

Ni...kalau laki ang duduk jauh macam ni...yang dekat jugak kut.
Bila dia balik umah..kau sambut denagn senyum.
Bukan dengan laki kau tak duduk lagik kau dah bebel.
Tak pasal anak, pasal duit tak cukup, pasal nak handbag baru, itu dan ini.
Jangggggggggggggggannnn.
Please.
Please jangan.
Duk rerileks kejap.
Kendian..dah lelepak dan barang seround dua...baru lah kau cakap apa yg kau nak cakap.
It helps I think.
Idak lah guwa tahu banyak...

Kendian...kalau mende tak cukup kat umah, al maklumlah orang pempuan banyak mau nya.
Nak pinggal kopal...nak piok bisen...nak piok kukus...u let him know nicely.
Cakap jek..kita makan nasik lemak kukus nak??
Will make them nasik lemak kukus if we have one of those piok kukus.
Cakaplah macam mana...u r the wife u know lah camner nak cakap.
Atau u nak hantar duit ke kampung halaman.
Nak tolong sedara.
Nak itu ini...
CAkap elok elok.
So laki tu tak rasa terbeban.
Mintak lah yang pepatut.

And stop thinking everyone is out there out to get your hubby.
Elok laki ang takde terpikir nak carik lain...tengok pangai ang macam gitu...tak dia tepikir.
Stop feeding his head with thoughts.
Ni sesikit...abg nak carik lain ke??
Abang dah bosan ke??
Abang nak bukak cawangan ke??
Kata orang kata kata itu doa..so becareful apa you cakap, hatta bergurau sekali pun.
D O N T !
Ingat kat luar tu banyak orang carik laki.
Dan ang bukak peluang kat dia kalau ang berperangai macam tu.

Kalau perangai ang elok, dia balik umah jek ang siap kepucino, siap teh oh ais limau ke..dia sayang ang.
Kalau dia tak nak, jangan kecik ati.
Minum sendiri.
Cadangan guwa, buat air, yang ang suka..so dia tak nak ang minum sendiri.
Kang dah rerileks..tanya dia napa dia tak nak minum.
Tak suka ke..?
Or dia nak minum air putih jek.
Ha senang idup ang.
Tadah jek air paip..kalau binasa sangat perangai.
Setau guwa la...sebab guwa banyak kawan laki laki nih, dorang cakap, kalau dorang tak nak minum pun dia rasa bersalah, sebab sian tengok bini dia dah buat air.

Buat perangai yang baik setakat mampu.
Kalau laki tu nak mengatal, banyak peluang dia kat luar.
U may not be able to combat all of it, but u can minimize it.

**** perlu kah saya menclickkan tetikus mendelete sajek pempuan ini?
Atau biarkan saja.
Kang delete, kawan aku ni lak jadik mangsa bebel bini dia.
Cibbbbbbbbbbbbbbbbbbsssssssss la ...
Tengok sehari dua lagik.
Dia buat perangai kat FB,aku delete kau.
Dah lah takleh hantar aku zoning permits or building grants....lol




***> PLO--Perampas Laki Orang.

Kak Jah

Bangun pepagi.
Capai laptop.
Main cityville dulu.
Abiskan energy yang terkumpul semalaman.
Masuk toilet.
Settle dulu urusan apa di sana yang tidak melibatkan urusan mengosok gigi.

Pastu check FB.
Ini nama dia carik bala.
Sebab kang ada jek status yang guwa tak berkenan.
Saiko macam tu la ada jek yang tak berkenan.
Cam guwa pofek.

Kendian bukak blog.
Rasa nak tulis pasal ketepergunan guwa masa tengok dua orang pompuan baikkkkkkkkkk punya comolot kat Champs Elysees, but saya masih tergamam shock.
Nak mention gak nihhh..Champs Elysees, biar Cik Nana...errrrr Puan Nana makan hati sebab dia gi Serikin jek tak pun Teck Kong ...:P

Kendian dengan pandangan sayu pandang beg yang tak unpack lagik.
Belek sikit.
Ada cam cecair putih putih kat kocek beg.
Apakah ini???
Apakah???
Adakah.......oooooh no?
Mungkin abang abang Loader kat kargo semalam telah memerhatikan guwa denagn penuh napsu lalu ada terembes sedikit di beg guwa dan meninggalkan souvenir di situ?
Sesekali guwa dibenarkan narsis merasa diri begitu hebat seperti itu...ADER????

TERnyata itu hanyalah khayalan semata.
Impian guwa untuk dijadikan sex obsession itu hanyalah pelesu.
Cecair putih itu ialah "pembersih muka sari mawar untuk kulit normal dan kering' dari citra ayu yang akibat tekanan udara di pesawat.
Meleset rupanya sangkaan ku.
Demmmmmmmmmmmmmm....!

Tak jadi nak feeling feeling Maria Ozawa.
Feeling feeling KakJah-drama-melayu-nyer-orang gaji jek jadiknya kerana nak kena kemas beg dan bilik.
* terus lap peluh dengan hujung lengan baju*
Tak lalu!!!!

Sambung aaaa main cityville.
Pedulik setan>
Esok esok la kemas...buat turnaround flight jek.