Pages

Sunday, November 27, 2011

A day in my life

Come to the edge.
We might fall.
Come to the edge.
It's too high!
COME TO THE EDGE!
And they came,
and he pushed,
and they flew.

— Christopher Logue









Wednesday, November 23, 2011

Brett-fes

Baru balik dari KL.
Sampai tengah malam. Balik the same day pick up dari hotel pukul 9 malam.
Seperti biasa, sampai sampai haruslah gi nasik dagang Kg Baru tu. Pergi dengan Wigggle yang preknen 3 bulan, macam preknen 5 bulan. Hehehe . TQ Wiggle. Atleast kali nih, takde la bersusun sebab sampai lam kul 3 am. Marbeles seperti biasa! Apalah ko taruk dalam nih mek??? Sedap yang amat! Pas makan, gi pasar chow kitt situ, beli daun kesum, keropok dan kuah rojak berkacang Rodziah. Saya rekemen aa kuah rojak nih.

Balik bilik, tidur sampai kul 9 pagi.

Malas nak turun breakfast sebab breakfast hotel ala ala..kurang menarik berbanding dengan nasik lemak payung di tepi jalan. Say abangun gi breakfast kat hotel hanya di hotel Mulia Senayan, Jakarta. ooohh itu ....WAJIB bangun. Sedap yo! Beef noodle soup dia sgt marbeles...macam mee kolok rasa dia..sangat tekak saya. Nalaaaaaaa punya..
Hotel lain, kalau bangun ..saya breakfast la. Kalau dak..ermm tak de ye nak bangun sekadar nak makan omelet tu. Selalunya I offer kalau ada sesapa bawak family members, kengkawan, kekasih kekasih gelap mereka yang datang bermalam sekali kalau nak my breakfast. Sayang pulak kalau terbazir tak pakai. Elok bagi orang. Dapat buat baik,tak sakit ati tengok orang longgokkan makan atas meja, pastu tak abis, tidur pun dapat...nikmat yo!

Well, antara benda yang boleh menaikkan darah saya ialah orang membazir makanan bila time buffet. Amekkkkkk segala boleh amekkk...dah tu bazir... rasa macam nak..." dek, ni kang tak abis macam mana ni? Apa ke setan perangai ko nih?" Heheheh...ada la sekali dua, saya sound orang macam nih...a little more tact la...hiks. Ikutkan durjana mulut...lebih dari tu nak carut.

Sila jangan membazir makanan. I am not going to talk about world hunger, not my stuff. Tapi it is about courtesy. Itu jek. Toksah gi peraga perangai tak senunuh di khalayak ramai. kalau amik sebanyak banyak alam pastu abis, saya sendiri akan bangun tolong amikkan. Kalau tidak mari sini, saya bagi barang sepatah dua kata.

Terkadang saya rasa macam saya ni melampau jugak. Sapa nak share meja, mesti kene takzirah dulu. Kalau rasa takleh, saya rela makan sendiri dari sakit mata nengok orang menamakkan diri.

Ok tak pepasal, saya sudah stress dengan topik ini. Kang saya tulis pasal mende lain.

Monday, November 21, 2011

Bukan kuih bakar

One of my niece nyer coursemate di universiti pm'ed me on FB.
Dia kata..ada orang bakar tempat mereka berkumpul untuk berdoa bersama dekat kampung dia.
She was so upset she blasted in the FB status.

I asked why was she upset?
She said tu titik peluh orang kampung. Kumpul duit and all to build the worship place.
I said, kesian nya orang kampung. Tapi kan masih boleh do the worship anyway ,kan?
It is not dalam place of worship tu jek yang leh semayang,kan?
She said , yup...but marahlah kat orang yg buat tu.
I undersatnd, seriously.

I told her, orang tu leh bakar pat dorang nak semayang tu...but they cannot take away the faith. Faith has little to do with where u pray. ;-) salaammm.

Thursday, November 17, 2011

Ini

I didnt get the promotion bebaru nih, as I expected when I blogged about it in my 19th Oct post.
As the class for the newly appointed berjalan, I had gotten atleast 20 person asking me why didnt I get it. Yang pandang pandang macam nak tanya pun banyak, tapi they didnt ask. To those who asked me personally my answer had always been, I am not qualified dan takde rezeki lagik.
'Not qualified how?' Dorang tanya. You are bla bla bla bla.....
"Dont ask me, I dont have the answer." I smiled and walk away. Kang tak pepasal, ada lak yg menimbulkan cerita ceriti yang tidak manis didengar dan boleh memudaratkan dikendian hari.

A few pursers talked to me about it.
I still smile and said naaa..not my time yet. Dorang adalah fefeeling menconsole saya. Saya tak apa apa sebenarnya. I am just thankful, I have a job.

Something happened sebulan sebelum saya dipanggil interview. I blogged a little about it in this post.
Ok..Rambut Dawai told me, ada orang bercerita kata saya telah berbegging begging menghantar surat/email ke office asking for my upgrade to become a Purser.
The word begging tu sangat mengguris hati saya. I, for one, am to proud to do that. Malunya mintak ampun sewaktu saya dapat tahu tentang gosip itu. I felt the need to protect myself, I sent a letter to pengurus pengkalan, menanyakan apakah benar ada email dari pihak saya seperti yang didakwa. Pengurus pengkalan membalasnya dengan menyuruh saya tidak mengendahkan cerita seperti itu. Di dalam email yang saya hantar itu, saya telah tegaskan, saya TIDAK mengapply posisi tersebut.
Email itu saya forwardkan kepada Rambut Dawai dan suruh Rambut Dawai bukak dan baca bersama sama orang yang telah menyampaikan cerita itu kepadanya dan rakan sengkongkol si tukang cerita.
Setelah itu, yang terlibat dengan cerita tu telah terkujat bila terserempak dengan saya dijalanan ketika saya feeling feeling brisk-walking di waktu petang atau ketika saya merasakan saya adalah model bikini ala ala Bridget Bardot di kolam renang.

So habislah cerita gosip itu setelah saya men-nip-in-the-bud begitu. Saya tak marah orang bergosip begitu, cumanya saya tidak faham kenapa? Apakah kerana saya seorang yang menyenangkan dan dicemburui ramai??* muntah adalah dibenarkan*

Kira kira beberapa ketika, wahhhhhhhhhh!! Ayattttt..LOL, saya kene panggil interview tu, saya terkejut jugak. Eh napa panggil nih? Apakah ini permainan? Dah la saya memang devil-may-care attitude, ermmm...ni ada tiga. Samaada pengurus pengkalan baru tersedar akan kewujudan saya atau ini adalah permainan hendak mengenakan saya kerana dalam email saya saya telah menghighlightkan saya TIDAK apply. Atau sekadar melepaskan batuk di tangga, supaya saya tidak menunjal kepala bongok bongok yang telah dilantik???

Di mana mana pun, politik macam nih berjalan. I think ur workplace have them too. People who are supposed to be upgraded kene langkau kerana tidak ada pertalian dgn tukang interview or somebody to somebody. Di sisni, mungkin kerana saya tidak meniduri sesiapa jadiknya saya tidak berkelayakan??

I told one of the person who asked me napa tak dapat nih?? saya tidak akan bermanis manis dengan sesiapa pun demi mendapatkan kedudukan itu. Gaji naik saya nak, tapi biarlah dengan jalan yang elok. Saya ada melepaskan geram sipi sipi dekat pengurus pengkalan sewaktu interview tu. Puasla ati dapat cakap tu. Ada lagik sebenarnya nak cakap, tapi taknak la pulak dapat tiket pergi Malaysia tak balik balik lepas tu ,kan? So, baiklah saya tidak memendekkan kontrak saya denagn menyelar lebih dasat lagik.

Hampakah saya ketika dapat tahu yang saya tidak dapat? It is natural for me to feel down, but I knew, I didnt pretend to be MISS GOODY TWO GOOD SHOES in there.Alah kejap jek down nyer masa orang congratulated me, tapi saya harus cakap, no I didnt make it. Syahdu kejap masa menolak ucapan selamat tu. I am thankful ye, ada more than one person thought I deserved it. Hati saya terubat sebab dorang cakap u deserved it, walaupun you didnt get it. Daripada dapat alamak, dia ni kerja malas, tup tup dapat...tidur denagn sapa aaarrr?

Yang penting, di pesawat, saya tetap yang paling berkuasa!!!!! nges nges nges nges...kalau saya kata nak service macam ni, macam ni lah. Tidak ada tawar menawar. Plus, saya tak yah nak memekak mekak suruh orang buat itu dan ini. Saya tahu my flight plan akan berjalan lancar, tanpa ada acara berpiket piket nak lawan saya. Itu, my dear, is called rezeki. Rezeki saya bukan pada matawang SAR itu, tapi pada kelancaran service plan saya dan malamnya saya boleh tidur dengan nyenyak.

I am blessed!

Mengintai

Landing landing jek, crew semua sibuk on BBM.
Me? Duk melanguk la kan sebab mana de tefon or Blackberry bagai ni.
Terpandang pulak budak pompuan ni punya BBM,sebab I sat exactly belakang dia so nampaklah celah celah bedah tu mesej dia.

'Dinda dah sampai???' dekat screen dia.

Euwwww....! Ada ke orang panggil makwe dia dinda?
Hahahahaa...pestaim Mak Piah nengok.
Sangat klasik panggilan itu.

Dah selesai dengan customs dan bagai, ada satuy crew lupa tukar cabin shoes dia.
Dia bukaklah beg nak ganti court shoes dia.
Bukak bukak beg, terkeluar pulak jamu sari rapet...bergolek kearah Mak Piah.
Mak Piah terus gelak aaa...dia tersipu malu.
Berbulu gaknya dia tengok Mak Piah gelak. Seryes, tak leh tahan nak gelak.
Jangan tanya kenapa..I dunno. I just find it funny.
Macam nak cakap..GOTCHA!!!! Takut kena bantai pulak dengan kasut.

Kendian masa kat flight operation centre, Mak Piah bersusun nak amik duit dekat ATM mesin.
Depan Mak Piah budak Maghribi. Tak lebih dari 20 tahun rasanya. Nametag takde, pakai nametag TRAINEE. Yang pakai nametag ni adalh crew baru yg tak lebih dari 3 bulan flyingnya. Mak Piah tertengok balance akaun dia. Heleeeeemmmekkkk.... lebih 300ribu ok. Bukan rupiah yer. Banyak nyer duit ko dek..
Demmmmmmmmmm! Naik sikit kening Mak Piah. Kepala mula la bersangka jahat. Budak budak Maghribi ni femes kerana ada kerja part-time. Iskkkkk! I shouldnt be thinking that way.
But 300ribu...

Tuesday, September 20, 2011

Hassan dan Amir.

Dah lama Mak Piah tak merasa emo bila membaca buku.
Buku citer karya Khaled Hosseini ni memang membuatkan air mata Mak Piah mencurah curah.
Mak Piah ngaku, Mak Piah cenggeng,
Macam Mak Piah leh rasa lak apa si Hassan rasa. And the guilt yang Amir rasa.

Betullah kata THE TIMES, Hosseini is a truly gifted teller of tales...he's not afraid to pull every string of your heart to make it sings.

Betullah DAILY MAIL kata, Rings true with tenderness and truth. In the sense that Amir is one who struggles to master his fatal flaw, he is the hero of the book. But it is Hassan's silent, sacrificial love that will bring lump to your throat.

Piaq pi la kalau Mak Piah baca buku nih lambat dari orang lain.

My favourite book has always been Shawshank Redemption.
Sekarang, buku Kite Runner mengambil tempat pertama dalam carta kegemaran Mak Piah.

Gi la baca cerita ni.
The Kite Runner.

Terfikir Mak Piah sejenak ( apakah? )
I always love those book that tells stories of redemption.
Do I have a skeleton in my closet that I kept there without realizing it?

Yes I believe I do.
Someday before this life is over.
Semua orang pun ada.

Thursday, June 30, 2011

Get help if u need them.

Bangun pepagi, godek peti ais.
Takde mende nak breakfast.
Hanya susu kotak satu liter.
Dan roti Gardenia Ubelicious yang my housemate beli kat Manila tu ari.
Cam sedap perasa ubi kaler purple.

Buruk tak kalau amik straw pastu minum seliter pepagi ni?
Bukan ada orang tengok pun.
Teringat Mak Piah pernah tertengok crew harab ni sedut susu seliter dalam galley masa tunggu pax boarding.
cam sedap jek dia tonggang susu seliter tu.
Heheheheheh.
Jangan buat perangai cam ni ok kengkawan.
Huduh ngat rupanya.

Wajib, bukak FB.
Belek belek newsfeed.
Then mood minum susu berstraw hilang terbaca pasal Alviss Kong.
Budak Alviss Kong ni bunuh diri selepas buat countdown kat FB, somewhere in Dec 2010.
Kalau tak silap.
Then ayah dia buat Alviss Kong Foundation ke mende macam tu la..
Sebab nak bitau supaya budak budak lain tak buat apa yang anak dia dah buat.
Dapat kritikan hebat ayah dia.
Orang kata ayah dia carik publisiti dr kematian anaknya si Alviss.

I dunno what to say la.
Semput dada baca bende cam gini.
Mamat Alviss ni frust dengan awek dia.
Then amik keputusan terjun kondo/apartment dia.
Dia mati dah.
Tapi yang dapat natijah perbuatan dia tu family yang ditinggalkan.
Kesian ayah dia, adik beradik dia.
I cannot even imagine how he must have felt, but it must have been hell.

William Kong died of a heart attack on June 20th 2011 at 11.38am.
I pray his soul find peace and he now can rest in peace.

Back in 1988, after SRP, anak jiran sebelah umah Mak Piah kat kampung, took her own life by drinking racun rumpair.
And I remember how emak dia nangis everytime she saw me.
Sebab kita orang sebaya.
I can see her pain right till she passed on years later.

As far as I remember, budak pempuan ni dulu cam pendiam kat kampung.
Not bad looking la.
Kat sekolah ada gak terlibat dengan cinta cinta monyet.
I just didnt know who.
Lepas SRP, I changed school.
She dropped out sebab tak pass.
Dulu, kalau fail SRP, takleh naik kelas.
Terkujat gak aaa masa form 4 tu dengar dia minum racun rumpair.
There were speculations surrounding her death, but till today it remains a mystery.
Orang kat kampung pun tak pernah bercerita kenapa dia amik nyawa dia sendiri.
It's like a taboo.
No one spoke of it.
Menghormati perasaan keluarga dia.
I asked my mum once, and she said no one knows.
I never brought it up again after that.
Everytime I visit the grave yard, I often think of what pushed her to the limit and reached that point of no return.
* sigh*
I hope this girl rest in peace too even we werent much of a friend when she was still alive.
******************************************************
Last year, I met an old housemate when I came home for my leave.

She told me her ex boyfriend has took his own life some 5 years back.
Nothing to do with her.
Was long after they broke off.
He gave up on life one day and decided to end it.

How could one decide something like dat?
* sigh*

To anyone...if u r depressed or feel that life has failed you, pls I beg you, do not take ur own life.
Find someone to talk to.
Get help.
Try befriender.com.
They have phone lines where u can call.
Or go back to basic.
Pray. What ever religion you choose.
Just dont take ur own life.
Learn to love yourself.

Friday, June 24, 2011

Canx

Hari ni patutnya dah pack baju nak gi flight KUL esok pagi.
Tapi roster sudah tukar la.
I am on standby instead.
Hati geram sikit la kat rostering dept.

Dah beriya iya nih bubuh kat FB status, KUL I yam kambeng.
Sudahnya makan beriyani kambing Elite Restaurant yang tak elite jek jawabnya.

My KUL flight kene taken off.
Operational jadah apatah.

And flight pergi KUL langsung takde Malaysian crew.
Kesian pax, dengar announcement Arab/English/Indonesian jek on the flight.
Alasan semata,kesian pax dgr announcement Indonesian ok.
Hati banyak geram jek sebenarnya.

I saw the crew list.
Arab sampai 8 orang.
Ada pinoy 2 orang.
Selebihnya Indo.
Sakit ati ok??
I dont care la sapa pun Malaysian yang pergi.
Bagi la kita orang nih, operation oiiiiiiii!
Sorang jadiklah.
Kalau Iran nyer flight, mesti taruk budak Mesia.
Macamlah Mesian ni leh cakap parsi.
Ada kucing parsi, mungkin.
Cammmmmmmmm eeeeeeeeeeeeeee grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr*

Seryes, takleh pikir camner rostering dept ni buat kerja.
Kalau Manila flt, dia bagi 2 jek crew pinoy.
Selebihnya bangsa yang tak faham mende selain dari salamat po'.
Kalau flight gi Kaherah, dia baginya crew yang tak cakap arab.
Otak taruk kat mana gaknya.
Beku gaknya macam eskrem mat cool yang kejung kat fridge Giant/Tesco tu.
Ok fine la.. we speak arabic sikit sebanyak, tapi kan better kalau amik crew yang boleh cakap fasih dari yang tergagap gagap cakap arabnya.

Mak Piah dah plan nak gi kenduri kawin sebaik sahaja mendarat di tanah air.
Budak Busuk punya kenduri.
I wanted to surprise Budak Busuk, tapi dah cam nih, takat wish kat FB jek la.
Mak Piah merasa tertekan!
To budak busuk,not that u read my blog, still nak gak cakap selamat menanten baru.
Jadik bini orang dah awak.
Jaga kehormatan diri dan suami ye Budak Busuk.
Dengan perkahwinan awak ini, maka berakhirlah hubungan sesama jenis kita. Hahahahaa.
Demmmmmmm! sekang saya dah tak leh mengaku lesbian lagik dah.

Awak mesti nampak cantek sangat di hari perkahwinan awak.
Tapi saya tahu, kalau pengapit kipaskan kipas tu laju laju adalah kerana awak mungkin terkentut di atas pelamin.
Berenti kentut bersepah ok.

Nanti upload gambar kawin awak dengan abe mie.
Upload banyak banyak.

Wednesday, June 22, 2011

Ada sikit sesentap nih hari.

Tadik Mak Piah duk belek belek gambar dlm album FB.
Ada la satu dua komen memuji gambar Mak Piah..LOL..(muntahan hijau dibenarkan pada saat ini).
Mak Piah jawab senang jek.
"Thank You.
Ini adalah teknik pengambaran yang baik."
Ini adalah jawapan selamat dan ikhlas dari Mak Piah.
Wahhhh...ada ni budak sekolah Mak Piah kat kampung Mak Piah komen kendian-kendian, Mak Piah tak sadar pun dia ada komen.
Dia kata, haaa..mujurlah tak angkat bakul sendiri.
Wadafak la kan???
Nak jek jawab masa baca tu, but, I better not dalam keadaan yang agak geram.
Kang tak pepasal, jadik bahan untuk ngumpat Mak Piah dan jejari kematu Mak Piah akan mencarut barang sepatah dua kata kat situ.
I dont remember pernah cakap kat Fb ke..apa ke yang aku ni lawa.
I have yet answer people, ha memang aku lawa.
I am not lah.
Bukan lawa dan lom ada pasan cam aku ni lawa.
Geram gak...
Paling Mak Piah jawab, Thank U jek...I have learnt to take compliments without being perasan.
Kita pun tatau orang tu cakap yang ikhlas ke saja nak tgk reaksi kita.
I can tell, I think, kalau orang tu ikhlas ke idak.
Lawa bukan sekadar cantek di wajah, tapi hati, perghhhhhhhhhhhh! ayat.
But seryesly, I appreciate inner beauty.
And I have found a lot of beautiful people out there and ugly ones too.
And Minah benggong ni memang tak lawa. Hahahahahahahahah.
Dari zaman budak hingusan kat sekolah sampai la sekang ni jadik cikgu sekolah menengah kat JB.
Sedihnya, masa kat sekolah dulu, dia ni kawan baik Mak Piah.
Sekang ni beza sikit.
Tah aaaa.


I am not afraid to laugh at myself.
I mean, saya manusia biasalah.
Ada kekurangan.
Ni ada sekor lagik minah rambut kembang nih.
Bila Mak Piah gurau, dia jawab bodohlah kau ni Piah.
Memula Mak Piah gelakkan jek.
Then kalau dah macam 8 kali dia cakap Mak Piah bodoh, Mak Piah slow slow tarik diri dari conversation tu la.
Betul la kut kata dia, Mak Piah ni bodoh, orang dah ulang kali cakap bodoh, Mak Piah duk layankan lagik, memang banggang.
Pas ni jangan harappppppppppp la nak gurau dengan kau.
And my dear, takde nyer aku nak melayan ko punya lalak kat chat.
Biarlah Mak Piah gurau dengan anak anak sedara Mak Piah jek.
Senang hidup aku.

Well, babes, fed up kekadang dengan perangai orang.
Sometimes leh la layankan.
Ada hari kene sembur tak pasal.
I am a woman after all.
So far mencarut menggunakan kata kata yang keji ni bukan perilaku Mak Piah di alam fana, hanya di alam maya.
Sikit ari ada gak terkeluar maki carut satu suku kata, dua sukukata,tiga suku kata empat suku kata dan lima suku kata dari mulut puaka Mak Piah nih.

Don't push it,ok?

Kerenah

My fb ada dlm 6oo persons, one of them is Seth Tan..ahak hak hak..
Ni antara ragam dalam news feed Mak Piah ni ari.

Yang kecewa.--->‎ hanya yang terbaik untukmu walau terburuk bagiku..

Yang happy.----> Finnaly we r outside d compound ready 2 b transfered... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ mudahkanlah urusanku ya اَللّهُُ ..... آمِّينَ يَارَبَّ الْعالَمِّين

Yang marah -----> Apa TKI Indonesia Lebih Rendah dari Sapi Australia? Ironis, konon Australia langsung hentikan eksport sapinya ke Indonesia karena dipotong kasar. Eh, Indonesia masih tetap ekspor TKI, padahal sudah diperlakukan kasar. Apa TKI Indonesia lebih rendah dari sapi Australia? Di mana harga diri bangsa ini?

Yang nak menyindir----->‎...Some things we don't talk about, Rather do without and just hold the smile...#mornin':)

Yang fefeeling gantenggg----> Why am I so wanted?

Yang fefeeling jelita.--->Coolest and sincere person tht I am gonna meet soon and instead never hv chances to meet before gv smthg without request treat me like a lady gosh U so awesome..thts wht we called(the one and only)‎.

Mana dak bermadah helah---> ni ada banyak ngat..tak larat nak post

Mana dak post lirik lirik lagu yang mengasyikkan.---> post lagu Rozana. Kalau dia post lagu ' Dan bila esok.." sah air mata Mak Piah bergenang sebab rindukan lelaki yang sangat kacak itu. (ptuiiiiik)

Mana dak post video bervirus.---> post video OMG! I dont believe this girl commit suicide after what his dad post on her wall!!! atau post 'Hey mak Piah, what are u doing dancing in this video??? It is so funny.
(bila aku menari?? Takkan ada kamera litar tertutup di bilik air?)

Mana dak post yang suh orang re- post--->We all have at least 60 friends on FB; but when it comes to needing someone to talk to, how many would actually be there for you? I can guarantee not even 1 of your FB friends will copy this status. If you would be there for me, set this as your status & see how many of us would be there for you! (I just did for 1 of my friends) Let's try it out & see. Prove me wrong friend!!♥ Thanks

Mana dok post laki dia sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnngggg sangat kat dia --->Thank You xyz Tan. I tak tak tau you sayang kat I macam ni sekali.
*macam harharharham.


Pe benda dowh??

One thing for sure, Mak Piah rasa, FB status tu kene tuko. Instead of what's in ur mind, it shud say "what's ur problem today??"

Mak Piah nyer status---> send me energy in CITYVILLE, lagik harharharham.