Pages

Thursday, February 28, 2013

Makcik

Terserempak dengan makcik membuka cerita lama.
Cerita yang saya dah lupa.
Saya ingat hampir setiap patah kata kata makcik walaupun dah 15 tahun.
Makcik cakap sepatah sepatah.
Mungkin makcik tak terfikir saya boleh memahami bahasa melayu dengan baik waktu itu.
Saya boleh bercakap jugak dalam bahasa orang kampung makcik.
Bila saya jawab dengan bahasa melayu, makcik kekwat balas balik dalam bahasa inggeris.
Yes makcik, saya faham bahasa inggeris jugak.
Kendian makcik jawab balik dalam bahasa melayu.
Makcik tak pernah jumpa saya pun.
Makcik menilai saya tanpa kenal pun rupa saya kecuali gambar passport size dalam wallet anak makcik.

Nih makcik, bila makcik tegur saya dan perkenalkan diri, saya mengejung macam patung cendana.
Bila makcik mintak mahap dengan saya, saya tidak tahu hendak berkata apa.
Saya rasa malu bila makcik datang mintak mahap.
Sebab saya hormat makcik orang tua.
Kalau saya tahu makcik adalah makcik, pastilah saya mengelak dari dari makcik.
Mesti saya suruh orang lain buatkan air makcik.

Saya tak marah makcik.
Tidak sepicing pun.
Lagipun cerita lama.
Tiadalah dikenang kenang.

Sesungguhnya saya bersyukur kerana tidak berjodoh dengan anak makcik yang depan makcik adalah anak cemerlang gemilang dan terbilang itu.
Anak makcik yang cemerlang gemilang dan terbilang itu sebenarnya sampah.

Tidak makcik, saya tidak kahwin kahwin lagik bukan kerana patah hati dengan anak makcik.
Saya ada lah beberapa siri boifren selepas dia.
Tak silap, tak sampai sebulan pun kami putus saya dah ada pakwe baru.
Saya tak kahwin lagik kerana Tuhan tidak menciptakan tulang rusuk untuk saya, rasanya.

Saya harap umrah makcik berjalan dengan lancar, dipermudahkan.
Semoga diampunkan semua dosa dosa makcik dan dijauhkan dari terbuka aib.
Makcik doakan lah saya berjodoh dengan ohpohtez yer so anak saya tidak lah muka pecah pintu macam anak makcik...LOL.

Wednesday, February 27, 2013

Asang gupal

Masa kat Teranung, saya keluar lahmakan makang dengan kengkawang.
Erm..ambe dok jupe gerai yang marbeles lagik aarh. makang sik dagang pung yang kat hotel sahajork.
Terlalu penat nok tubik melengkang ke pasar payam sahaja.
Ujang dok bereti pulop.
Ambe tarik selimut lah.

Tetapi tidaklah sesia ambe meredah ujang ribut petir kerana telah berjaya mendapatkan asang gupal di gerai kat depan Sekeolah Kebangsaan Sultang Selemang. Bungkus. Kawan ambe turung dari kereta beli. Dia sekadar belikan 3 bungkus. masa sampai di hotel, makang dalam keadaan marah sebab hanya sebungkus sorang dapat.

ameklah gambar ini. Kalau gi teranung...gi try. Kenapalah asang gupal nih sedap sangat. Haihhhhhhhhhhh!!!
Kualiti gambar tidak begitu memuaskan kerana dek terketar ketar nak makang iyer.

Mereka

Mari kita mengumpats.
Mukadimah dah durjana heheheh.
Real life takleh nak mengata sebab takut dapat tiket balik tak balik balik dan akan menjadik penoreh sepenuh masa.

Bergembiralah dan berbunga bungalah hati mendapat Kl flight yang menjadik idaman para anak kapal kurma.
Negaraku tanahair ku adalah sangat 'truly asia' dan adalah negara contoh bagik ramai rakyat negara asing .
Yang perantau seperti MP ini adalah  sorgaaaaa kalau dapat balik sesekali.
Dapat pulak lah 2 days 2 nights in KL bersambung pulak kiter ke negeri indah makmur di pantai timur yang sedang dilanda monsoon.  2 hari semalam.
Fail plan nak gi berbikini bersnorkelling bagai.
Takpe, bulan depan ader lagik,dengan izin yang di Atas.

Tapi tiadalah jalan mudah menuju kebahagian.
Hiks.
Pastilah untuk mengecap kebahagiaan itu ada likunya.
Kekwattttttt dak statement.

Maka bersiaplah MP nak gi kije.
Sempat menjadik Kaknam semasa nak gi kije.
Hiks.

Sampailah di kapal.
Hati berbunga bunga..
Manakan tidak..kejap lagik leh bersalammmm satu Malaysia, kan?

Boarding bermula dengan baik sebab ikut seat number.
Then tetiba di tengah tengah boarding, ground staf tukar jadik free seating.
Mengamuk ngamuklah passengers.
Orang kita lah pulakkkk.
Balik penat.
Tunggu lama kat erpot.
Tu kalau yang naik bus berejam rejam...lapar, haus semuanya.
Cepatlah angin.

Anak anak hunta bongok tu lepas tangan lah bila pax dah masuk kapal.
Kesian nengok pax ditolak ke belakang ketengah, ke upperdeck, nak mencarik seat.
Datang dengan keluarga, hendaklah duduk sesama.
Mana begnya.
Ole oleh sure penuh beg.
Takleh nak tutup dah overhead lockers tu.

Nih for u guys yang akan datang ke sini.
Bila crew kata nak bubuh beg dalam kargo masa nak naik pesawat tu, bagilah wey...toksah nak bergaduh.
Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..
Bukan bayooooooo pun.
Cap kurma nih ngok..suka suka jek nak tukar flight dengan seat assignment jadik 'ayii makan'.
Menyusahkan anak kapal jek.
Yang pax pulak perangai macam anak kapal yang suh jadik free seating.
Eh hello encik penumpang...lebih dari engko aku nak semua orang duk bergumbira dalam kapal nih... encik senang saya pun senang.
Tapi dah orang bongok yang tak de communication, tak monitor kapal apa nak masuk bawak penumpang ke destinasi, takde coordination kapal tu punya seat denagn chart di computer( computer lah kut*) awak nak saya buat macam mana ????
Ngok!

PAs tu awak menjerit jerit , kalau crew jerit balik, awak jangan ngada nak buat suat komplen.when you yourself yang mula.
FYI, god knows how much we are all excited nak gi flight KL.
Yang heranya kalau dengan bangsa lain dia tak bernai ngat nak mengaruk.
Tapi tau jek ada ong mesia kat situ...tak ke dia tunjuk taring...hampehhhhhhhhhhhhhhhhh!!
Jangan salahkan saya kalau teiba saya ngaku saya orang *&^%$ yang tau sesikit cakap melayu.
Hik. nak idup bhai!

Ellooooooo encik penumpang....awak nih macam ong bersekolah, janganlah merendahkan diri bertekak kenapa awak sefamili  tu takleh duduk sekali?
Cadangan saya..masa kat boarding gate, awak tanya bebetul dengan orang ground tu, kapal ikut seat number ke free seating.
Nih satu lagi untuk yang berdua laki binik ... korang dua jek.
TOLONGLAH duduk kat kerusi yang ada 4 seat.
Dua amik kat korang, dua lagik kat org lain yg travel berdua jugak.
Nih dakkkkkkkkkkkkk..nak duduuk tepi tingkap.
Seat tepi tingkap tu untuk bertigaaaaa... menjual ikan sungguh!
Ini sebenarnya punca free seating nih bermasalah.
Yang travel berdua nak duk di seat yang duk berjejer bertiga.
Faham nak nengok pemandangan yang nan indah di luar tingkap.
Kalau emergency ...enjin kapal terbakar...guess who will kene tangkap api dulu? 
Hik pas nih ampa takutlah nak duduk window seat dak?
Maafkan saya.
Takde niat nak menakutkan.
Something for you to think about.
Tapi yelah... cam orang selalu cakap.
Kalau dah ajal. dan sebelum ajal berpantang maut, dak?

Recline seats.
Silalah berehat dengan merebahkan kerusi.
Tapi time makan tegakkanlah seat awak. bertimbangrasalah kepada orang yg duk belakang awak.
Nih yang duduk belakang panggil crew suh orang depan tegakkan kerusi.
Ehhhhh...elo that is not my job descriptions lah wey.
Pas tu tak sesia saya kene jelingan manja sebab suh orang tegakkan kosi?
Dah masa makan sah sahlah kita secara naturalnya akan kedepankan badan sebab taknak nasik jatuh. Tu pun nak dicakapkan ker?

Sekali lagi saya ingatkan anak kapal bukan musuh awak.
Dan jugak kami tidak dibayar untuk dicaci maki dan tempat melepaskan geram awak.
U have every right to be angry..but it doesnt give u right to be rude. Nih kene ingat nih selalu Piah. Ko pun sama.

More than the passengers, we crew wishes for good flights.
We are human too.
We treat you with respect, please do so the same.
 Unless kalau crew tu kuang hajar masa cakap tu, masa service tu sibuk mengunyah gula gula getah. Sialpalis!
Crew cecelaka nih , please tolong Mak Piah bahasakan.
Mak Piah suker...lol.
U have all my supports, yer alls.

Dan yes, jemaah yang datang buat umrah flight hari 26th dari Terenganu..
Mak Piah sayang u ols.
Kenapalah Mp tak berjodoh dengan anak Wan XXXXX tu hari isk!
Kalau dak buleh jadik ong Teranung.
Sopan dan berbudi bahasa.
You are, to date the best passengers!
 Malaysia Boleh!
Sedapkan announcement Mak Piah ari tu.
Ehek ehek ehek.

Salam sengols u olls. 
Ayii makan tu ialah free seating.

Marilah kekwat.

Baru balik dari tanah air.

Penatnya mak aiii yaii...Sesungguhnya 7 tanda tanda penuaan telah menunjukkan diri. Dan yang ini sesungguhnya tidak boleh dilawan dengan krim rumbia gold, krim sopi atau oil of terkulai.

Sesampai tengah malam. Masuk bebarang dalam fridge. Bukak pun idak. Esoklah, kata saya dalam hati. Tatau lah sok nak bangun kul berapanya....

Boleh ker tidur lena kalau ada kuih cukbadak, ada karipap, ada popiah otak otak dan kerpok lekor  dalam fridge? No no no ....takleh jadik. Harus lah bangun dan menjamu selera bersama kengkawan.




Janganlah tanya saya kenapa rupa kipap tu dah tak rupa kipap. Almaklumlah hotel bertaraf lima bintang itu mini fridge dia itu tidak banyak membantu. Pun jugak yang mempacking beg,itu, MP yang sangatlah ngok...larikan la bentuk asal kekuih itu semua.

Cik Kipap, semuga awak dimurahkan rezeki. Sedekah awak saya dah panjangkan.

Heyyyyyyyyyy FA...awak ada takkkkkkkkkkkkkkk macam nih belpes???? LOL* sambil masukkan kipap dalam mulut* Opocottttttt!!!! panas...cit!

Kang pas belpes nih, MP up satu entri baiiiiiiiikkk punya.
Salamm satu Malaysia.

Friday, February 22, 2013

18 jam di Jakarta

Red Velvet terbaekkkkkk MP pernah rasa. UNION Bakery kat dalam Sogo Plaza Senayan.
I am not a big fan of sweets, tapi hat nih amek balunnn.
Nalaaaarekkkeee nyer sedap.
 

Dinding kat Union Bakery nih aaa..
Cantek. Dia buh gambar gambar.
Suka.
Nih yang tengah nih si tukang bayar tu hari.
Terima kasih adeknya.
Kakak nya seneng.
Nuuu mende yang nyala kat atas tu ialah MONAS.
Amek gambar nih sebab nak tunjuk kat M2P
Hotel pat kami duduk dekat situ situ lah.
nak bitau pun tak reti.
 

Bapak nih jual cam sourvenir aaa.
Dah malam masa kami sampai kat situ.
Semua pat dah tutup.
Yang tinggal bapak nih dengan kedai kedai jual rocks.
 

Nih depan kedai nasik padang yang super marbeles di Monas nih.
Kedai Nasik padang nya gambar bawah nih.
Kami datang malam tu sebab nak amek paru goreng.
Tapi paru goreng tak dak.
Tuan kedai kata ada tinggal kat mana tah.
Tak jumpa.
Mungkin ada orang ingat ada orang tertinggal, lantas tiada di situ lagik.
 

Kalau gi daerah Monas nih, silalah mampir.
Sangat sedap nasik dia.
MP makan yang cawangan dia kat Plaza Senayan tu ari.
kat staf kantin dia.
Kawan rekemen.
Gubai Sari Ratu.
 
Datang tau makan kedai nih.
Sedaps in the world.
Kuah mintak extra.
Very the nalarekke.
 

Thursday, February 21, 2013

Iklan

Hmmm...dehem dulu.

Nih MP beberapa hari lepas dapat flight gi Jakarta. Yang nih extra flight. Naik kapal, diberitahu dek ground staff ada 318 deportees. Yang selebihnya passengers biasa.
 318 deportees.
I took sometimes to talk to them. Mostly bibik bibik. Ada gak family laki bini bawak anak kecik. Anak kecik kecik nih ada kat 20 orang. Overstayed macam tu lah kut.

Dalam banyak banyak bibik bibik yang kene deport nih, ada sorang nih, saya perasan dia lebih menyerlah dari yang lain. I like her instantly. Tah..mungkin masa saya tengah settlekan beg beg passengers lain, dia datang tolong. Tolong galihkan beg beg yang mana besar dan berat giler takleh nak tutup overhead lockers. Saya segan, sebab dia tolong. Bila saya cakap tak per, biar saya sahaja yang buat, dia tetap berkeras nak tolong. I m touched la wey. Orang lain cam nengok jek selalunya. She got up and helped. Terharu.

Dah selesai service, saya terdengar cerita cerita mbak mbak nih bercerita tentang pengalaman memasing. Ceritanya, cerita yang selalu didengar dari mana mana bibik yang datang ke sini untuk berkerja menampung hidup diri sendiri dan keluarga. Cerita payah jerih berkerja untuk orang harabs.

Ofkoslah sayanya menjadik Kak Nam dan yer, bibit mencik saya pada orang orang ini bertambah. I am so anti-human. I think I shud get profesional helplah. Ok.. saya ajak lah mbak yang ini berbual di galley. Haruslah saya interview dia. How did she end up di kem deportee itu. Ceritanya, cerita yang selalu kita dengar di media media cetak atau letronik atau media Kak Nams..cerita sedih perantau. Yang datang beribu batu untuk mencari rezeki. Cerita meninggalkan keluarga mencarik rezeki.

Diana nama dia. Muslim. Dia cakap dia risau nantinya setelah balik ini nak kerja apa. Dia bagi saya contact number kut lah sapa ada nak carik bibik di tanah air. Dari cara cakapnya, saya rasa dia nih, kalau pun dia tak sekolah tinggi, adab dan santunnya tinggi. Tapi itu hanya pandangan saya. Saya kenal pun hanya setakatbeberapa jam dalam kapal. Diana nih cakap, bu, ambillah saya berkerja di rumah ibu. Kat celah mana saya hendak taruk kamu Diana oii. Tapi nanti saya tanyakan kalau ada yang hendak. Kalau ada rezeki dia.

Nih...sapa nih .. kalau ada yang carik pembantu di rumah, sila tinggalkan mesej di ruang komen. Nanti saya bagik address dan nombor tefon dia. Cara nak amik dia bawak ke rumah kamu, itu idaklah saya tahu. Tanyalah pihak berwajib atau  tanya yang berpengalaman.

Semoga amal ibadah kamu diterima Tuhan.

Tuesday, February 19, 2013

Diingati

Berblogwalking lah kita.

Entry seorang yang bercita cita nak jadik nenek yang vogueh. Dia kata, tak semena2 kita semua ada sikap prejudis pada mereka hanya kerana sorang bangsa indonesia yang mempunyai otak yang tak berapa nak okay tu. 

Kata kata ini telah menghantukkan kepala MP.
Syukran, ya habibty.

Kadang bila kita terbawa emosi, kita bakar kelambu kerana nyamuk seekor.




Sudah sudahlah

Kan bagus kalau kita boleh bersahabat seperti dulu?

I miss those days girls, bila kita bertiga saling berpandang dan memahami apa maksud pandangan itu.

Where we sing, kau kontrol dengan sore kelaut, dia menjadi penarinya dan aku menyanyi tanpa mekropon sebab kalau buh mekropon tetiba sore aku jadik sore kepit?

Sekarang bila dia datang bawak milo dan gula gula susu cap arnab segala aku, kau duduk di bilikmu menunggu giliran aku datang berkunjung. Bila aku ke bilik kau, dia pulak tunggu sessi penyerahan barang kiriman dengan kau selesai. Korang dedua tahu aku datang sebab nak jumpa korang berdua.

Bila aku nak makan dengan kau aku kene makan sikit sahaja, sebab kejap lagik aku nak makan jugak dengan dia. Tak ke terserlah mentekedarahristic aku makan dua kali? Aku meluat dan bencik korang berdua bila aku terpaksa makan mende yang sama berulang sebab kau dan dia suka makan mende yang sama. Hujung hujung aku kene makan kentang goreng 2 batang sebab dah sengkak makan 1st session.

Kau tahu tak aku bencik bila aku nak mengumpat bercerita aku kene cerita dua kali mende yang sama. Sebab satu sessi dengan kau. Satu sessi dengan dia. It is exhausting.

Aku tahu dia dah tak marah kau. Aku pun tahu kau dah maafkan dia. Dah acapkali aku bilang ke korang.

Korang tahu kan betapa susahnya aku nak cakap dengan korang and terpaksa tak sebut kau atau dia masa aku nak bercerita. Sebab hobi ko dua sama, menjuih bila aku sebut salah satu.

Aku rasa macam aku tahu jek rasa jadik lelaki yang kawin dua. Korang lah binik-binikku.

Bila lah korang nak berbaik dan bercakap? Dah 8 tahun dah. Bukan suh korang comolots balik. Aku malas nak sebut bnyak kali sebab ko dua suka pulang paku buah keras kat aku pasal mende nih. Tapi kes aku lain. Hiks!

Saturday, February 16, 2013

Help? Please

Anak gadis saya berusia 21 tahun.
Dia ada fotofobia.
Awal pagi dia nampak blur.
Malam selalu tak berapa leh nak lihat.
Yang nih MP suka, sebab takde chance dia nak berpeleseran di kelab malam muda mudi. Hiks!

Mata sebelah kiri 125.
Kata dia mungkin naik lagik.
Kanan ok, biasa sahaja.

Takutlah sekolah dia terganggu sebab rabun silau dia nih.
Takde orang lain dalam family ada mende nih, selama saya tahu la.

Sapa ada info, boleh beri tahu.
Dah google, tapi dapat hanya penerangan sahaja.
Rawatan dia sikit sangat info.

Or if u can recommend an ophthalmologist?

Mak Piah sekadar first aider.
Mende mende complicated nih, elok kita 'page for medical assistance', kan Aking, kan?

Friday, February 15, 2013

Take your seat for take off

dari dek penerbangan
waktu berlepas
 gelap sikit
takleh pakai lampu kat dalam dek penerbangan
nanti tower control nampak
Sham dari Hawally dah tunaikan janji yerk.