Pages

Friday, October 23, 2015

Pokok

Dalam tahun tahun 2002 gitu aaah.. ada citer korea nih. Citer anak tertukar. Abang nya sayang sangat adik pompan dia. Then dorang tahu dia anak angkat. Budak pompan nih balik ke mak betul dia. Bercintalah dia dua nih kendian nya. Gitulah citer dia. Ada 18 cd tak silap.  Masa tu saya kerja ceo syarikat keluarga angkat. Berangaaaaaannnn CEO. So pepagi sebelum g kerja, saya melalak, mata bengkak sebab duk nanges tgk citer tu... balik makan tengah hari se cd lagi. Nangessss je kerja. 18 cd, 1 je yang cd bahagia. Yang lain menguras air mata. Adoiii...
Ada satu mende budak pompan nih cakap kat keluarga angkat dia, masa dia kecik tak silap. Dia kalau diberi pilihan nak jadi pokok. Sebab kalau jadik pokok tak kan kemana mana. Sentiasa di situ.

Saya teringat cerita nih. Cerita pokok. How pokok stays at the same place. Takyah pepisah dengan sekeliling. Errrr....kalau tak berlaku pembalakan haram dan penebamgan hutan ye.

Saya sesedih skets ari nih.

Kawan rapat saya berhenti reja ari ni. She opted to fly only for hajj.
Dalam menyokong keputusan dia, saya merasa kehilangan. Saya sayang dia. Dia sayang saya. I dont want her to leave neither does she. Keputusan ini kami persetujui bersama. Its is ok for her to leave but we will see each other all the time. Never far. Dah dalam zaman internet, komunikasi di hujung jari..apalah kan.

Hidupmacam ni lah.
Terimalah evolusi. People come and go in our lives. Nak berkepit kepit sampai mati sebab kita kawan baik, tak mungkin. Masing masing ada kehidupan. It must go on, kata omputih mana tah.

I have to learn to live without bergaduh pepagi apa kita nak makan. Apa kita nak buat kalau off sesama or to discuss other people's life choices..hiks.

Adik, I miss u already. Jagalah diri baik baik di sana. I wont be there to carry u home shud u partied too much. I wont be by your side to ensure u drink 3litres of water. I wont be there to cubit you kalau berbuat jahat.

Now I want to be a pokok.

Thursday, October 22, 2015

Pilih kasih.

Mungkin kalau adik beradik ramai, awak akan faham apa saya cakap.
Kalau anak tunggal, you might not understand.

Fitrah kita nih, we favor something or someone over another.

Adik beradik lebih dari dua, makin jelas kita tengok.
Mak sayang adik lebih. Ayah sayang kakak lebih. Nenek suka abang nombor 2 lebih. Atuk lak manjakan adik kita. 

Blessed are the parent whom able to love their child equally.

Dalam adik beradik hendaknya yang ramai, selalu ada satu anak yang mak apak lebihkan. Sedari kecik. Anak nih akan dapat the best part kalau makan ikan, dia akan dapat menan yang dia hanya perlu hentak kaki sikit je, or kalau dia dapat markah bagus di sekolah mak atau apak akan ulang ulang dan ulang sesambil menyindir anak anak yang lain.

Perkara ini membawak ke besar. Kenuri kawen anak kesayangan ini secara automatic and crosscheckednya akan banyak dibiaya oleh mak apak. Anak anak yang lain, mak apak bekap, tapi...idaklah lah semeriah dan seexcitednya mak apak buat u tuk anak nan satu ini. 

Dalam beradik kita, ada yang jaga mak apak. Ada yang tau alamat rumah, balik bila ada kenduri sahaja. Ada yang takat tefon mak apak hari hari, duit belanja tak kasi. 

Now.. 
Ada anak yang kasi duit belanja bulan bulan tak tinggal. Semampunya dia lah kan. Ada anak kasi sesekali. Tapi kalau anak yang jarang kasik nih kasik kat mak apak...mak apak dukkkk ulang ulang ulang dan ulang sampai it makes the anak yang tak pernah lalai dengan tanggungjawab dia tanya diri sendiri 'ehh duit aku nilai dia kurang eh dari nilai duit adik aku?' I guess everyone wants to be appreciated. Bukan hendak dibangga..tapi sekali dua cakap adik bagi dah aaah.. ni pakat makcik wok sekampung tau dan turut mencanang..canang tak abis duit dah abis pakai pun.. 

The  come mak apak bagi hadiah kat cucu.
The anak kesayangan punya anak berharapan besarlah akan jadik cucu kesayangan. 
Mak apak akan bagi hadiah. Lain sikit.
Dan jopan biasa ialah..alah mak ayah dia senang. Boleh beli sendiri sebab tu mak bagi budak budak nihhh aaa. 
C'mon lah.
Some of us dont teach our kid to discriminate. Ni mak apak kita yang ajar anak kita memilih kasih. Yang ni miskin, kita kesian dia lebih. Yang nu kaya, kita toksah bagi. Yes, kita yang tua nih faham. Yang budak umur 4-12 tahun ni tak faham ok???? Dia tidak lah faham atau tidak akan tanya kak sepupu dia dapat gelang emas, adik pompuan dia dapat 50rm sahaja di majlis hari jadi? Tapi anak ni tau hadiah tak sama. 

Mak apak kadang are more comfortable dengan certain child of theirs. It is understandable. I just think it is not nice to make the other child to feel less loved.

Thursday, October 15, 2015

Si polan

Haiii.
Suatu ketika dulu, saya pernah membebel pasal si polan nih.
Masa tu saya geramkan dia sebab dia selalu pinch makanan saya dan tak mo order dan bayar sepinggan makanan sendiri. Bebalik dia tak tau nak order..pastu amek lambchops saya. Saya ni kuat makan. Nak saksi sila tanya, Esahbella atau KyahraLydia. Pas dia amek amek tu, kita tanya awak order apa? Dengan selamba dia kata dh kenyang, bukan makan banyak pun.. sakit ati ai....

Ok. Some weeks ago saya dengan si polan telah berada di negara tetangga pada masa yang sama. Saya sampai 2 jam sebelum dia. Flight yang sebelum saya, ada gak sorang lagik kawan kita orang. Saya ajak kawan sorang ni keluar makan, dia tak hendak. Ok fineeeee!

Saya pun  pergi bersukaria makan di luar. Lepas makan terus nak balik. Masa tunggu teksi, saya teringatkan kawan tadik. Ahhhh.. saya cam oklah belikan nasik goreng. Saya terbeli 2. Hiks.. satu untuk kawan tadik, satu kut lah saya lelapar ke caner setara nak tunggu hari siangkan? Haruslahhh.

Sampai hotel tefon kawan tadi. Dia tak angkat. Dah tidur kut. Apa nak buat dengan nasi dua bungkus nih? Satu bolehlah.. dua? Saya hantarlah meset kat si polan. Dia call bilik. Saya cakap kalau nak makan nasik goreng datanglah. Tau dak dia jawab saya apa? Ai dah order room service. Saya pun oklah takpe.. sembang mengata krew krew sikit. Sikit je.... percayalah sikit tak sikit, 15 minit jugaks. Then tetiba dia cakap, takpe lah ai kensel lah room service, ai datang bilik you. I am likeeeeeee..yeaaaaaah right. Macam lah ko pernah nak kuar duit. Ingat room service tu boleh kekensel ke. Hendak pulak room service hotel tu laju giler service dia.

Dia datanglah bilik saya. Makan. Saya jahat ok..saya macqm jadik tak ikhlas sebab dia mengambil kesempatan mempamerkan dia best dan up diri order room service walhal nan hadooo. Tapi saya kene ingat jugak itu rezeki dia.

Bersembang sembanglah kita. Saya mengadulah kat dia, atm kad saya tak leh pakai. Semua atm tak terima atm card Malaysia. Dia cakap apa tau dak? Ai pun sama, ai semalam nak keluar duit 5k takleh.
Sakit nya hatiiiiiii saya. Sempat dia parking nak up sendiri!!! Bencik!

Dia tanya saya esoknya nak g mana? Lepas breakfast nak jenjalan ke?
Saya cakap saya nak g lunch kat satu tempat nih. But I want to eat alone. Kalau nak ikut, she have to sit on another table.

Amekkkkkk!!!!

Awak ada ke kawan macam nih?
Kedekut satu hal, dan semuanya dia best lah.

Monday, August 17, 2015

Hapdate

Maren, kawan hantar mesej kat wassap.
Tanya khabar. 
Saya jawab, saya ok.
Dia hantar message lagi, awak ok ke ok tak ok punya ok.
Sebab saya sedang berfeeling makan rojak saya jawab sepatah lagik. Ok.

Dalam 40 mins dia ketuk bilik.
Saya lak tengah berjejes airmata.
Dia masuk, saya sepantas kilat mengelap air mata.

Dia terpempan gaknya tengok saya sedang teresak esak.
Saya agak macho ye.. macho macam apa nama tu..alaaahh  siapa tak ingat.

Awak kenapa tanya dia dengan muka seorang sahabat sejati.
I said, saya ok.
Dia cemas.
Bebel dan bebel dan bebel.
Awak macam ni lah suka simpan. 
Ni kenapa ni?

Saya jawab lagi saya ok. 
Memang saya ok. 

Awok kenapa???? Dia mendesak desak.
Dia start dengan dialek dia.

Saya tunjuk dia tab saya.

Nihhhh aaaaa tengah tengok iklan insurance Thai kat youtube.
Sedihhhh sambil nanges.

Saya kemudian telah dibalik dengan air coklat kotak yang dibawa sebagai pemujuk. 

Sakit tauuuuu.

Kalau ampa takdak reja, pi tengok. Kene baling sebab menangis teresak esak tengok, saya tidak bertanggungjawab.

Saturday, August 15, 2015

Penyakit

OCD.
Kawan cakap dia ada OCD.
Dia OCD mende nih.
Dia OCD mende tu.
Dia takleh kalau dapat bilik hotel yang begitu yang begini.

Dia takleh jugak ada orang buatkan kopi dia.
Nak kene buat sendiri.
Air panas nak buat kopi dia kene darjah yg takleh kurang dari 100 degree.
Pas hirup 5 kali, amek mug tu masuk ketuhar gelombang mikro.
Kene panaskan balik.

Dia pengemas orang nya.
Takleh dia kalau baju baru keluar dryer, jugak jugak dia lipat masuk lemari.

Well tu ocd ke?
Tah. Saya tak berapa tahu.
Sebab setiap orang tu ada do's and dont's dia.
Mende kita suka dan tak suka.
Saya kurang sikit berpantang larang..saya rasa lah.
Rasaaaaa....heheheh.
Saya harap saya adalah normal.

Sesejak kebelakangan nih, saya banyak dengar orang kata dia OCD ini OCD itu.
Penyakit berjangkit kah OCD itu?
Adalah beberapa kenalan kata mereka OCD
Saya tak berapa pasti, mereka tu OCD ke NPD.


Some saya dapati sekadar ocd depan kita.
Lelama lepak, then u realize tu bukan OCD.
Perkara lain. Hehehe.

Orang yang ada penyakit OCD ni kesian.
Sebab yang menghidap nih je yang tahu rasa macam mana.
I know one person yang telah disahkan secara klinikal, dia ada OCD.
Bukan dia je rasa sakit, kita yang disamping dia turut rasa keperihan dia.

If u think u have OCD, sila dapatkan khidmat kesihatan.
Its not a joke kalau bebetul ada penyakit OCD.
Dah namanya penyakit, kan?

Janganlah sesuka suki kata aku ada ocd, walhal ko tu banyak songeh!







Wednesday, August 5, 2015

Just one of those days

Once in a while you will find people who think other's life is better than theirs.
That other's life is sooooo much fun, so what we wish we are as successful, as brilliant or glamorous to say the least.
No, I am not talking about the life people portrayed in social media.
In real life kinda thing.

In social media, its a different thing.
We admire people who takes amazing pictures.
I think that fella who followed his girlfriend, now wife, shots are super cool.
Or that chic who made the street beggars look good in every shots.
Or that roti canai and the kuah that me sometimes want to lick my phone screen and secretly hate the person who uploaded it.

I bumped into an old colleague in the streets of Paris.
Havent seen or heard of her since I took off the kebaya ijau.
So we decided we could do lunch in Champs Elysees.
My favourite restaurant, gituuuuu.
The sun was burning, but hey it's Paris.
Why not?

We talked of everything.
Past boyfriends, off course.
Hahaha.
Passings of mutual friends.
Sobs.
Then, come to what we are up to nowadays.

I am happy for her that now she settled down after the jilake of boyfriend she had back then.
He is so ...errrr..jilake,still.
Good riddance!

I smiled when she said she envied me.
In the good way, off course.
I am this and that, according to her.
I thanked her.

Tonight, I thought of that lunch.
And, I realized I am a loser.
A big one.
No, I dont want a you-are-doing-fine kinda word or is it words?
See..I dont even know that.
Hiks.

At times, I wantttttt to swinggggggggg fromm the chandelierrrrrr.....!
Frooommmm the chandelierrrrrr.

Thursday, July 30, 2015

Perihal minum teh petang

Duduk berdua minum teh. 
Ada beberapa kawan lgi dok on the way ..on the way nak datang.

Bolehhhhh. Hehari yang saya x berkerja, mengopi teh lah saya.
Dah saya duk pulak di tebing sungai yang terkenal dengan acara melepak di kafe kafe. Secawan kopi sekeping kek, kat kampung leh dapat ayam seekor tambah setengah ekor, cukup makan sekeluarga. Ni jangan sampai mak di kampung, tau, tak cukup tanah saya kene bebel nanti. Mak tak berapa nak faham konsep perangai saya nan satu ini. 

Some frens yang lepak, lama gak tak jumpa. 
Ada yang dalam belasan tahu  tak jumpa. Or yang pernah sesama time
berkebaya ijau nampak peha bila ai melangkah ala ala..aku lah yang santek lalu di erpot..walauponnnnnnnnn..ampa isikan lah dot dot tu.

Awal dah saya pesan, nak lepak buat cara lepak. Nak men tefon, saya tak berapa nak join. Almaklumlah tefon saya, tefon lama. Cover lah weyyyy. Mahai ok. Beli masa baru baru keluar dulu. La ni, dapat lah berapa sen kalau nak tukar tambah. Tak kene gelak dengan padayapa yang kerja kedai tefon tu pun  kira ok. 

Sampai je saya nak baran.
Musim panas nih darah kuat mengelegak lah saya rasa.
Mana tak baran.
Kopi sampai amek gambar. Post.
Makaron sampai. Post.
Taulah makaron tu tersohor dan terhebat kekdahnya. 
Bolehhhhhh. Why not. 
Check in pulak.
Kene lah group wefie ke nama apatah amek gambar reramai pakai batang ala Divagila yang tak berenti ngamek gambar sendiri tu.
Monopod?

Diselang gelak ketawa. 
Saya dah ... Miss Selfie, mwh aaa borak, letak aah tefon ang.
Haaa.. ok ok kata dia. 
Saya dan kekawan dah cerita pasal pasenggers yang buat kita nek hantu atas kapal ke rumah warga tua, Miss Selfie terus duk situ sesenyum pandang tefon. Skrol naik turun. Ingatkan dia berwassap. Manalah tau kut ada hal yer?

Ehhh nakharunnnnn..dia amek selfie, pas tu duk layan tengok selfie dalam camera roll dia. Kejap kejap masuk fb, tengok news feed. Kejap gik kat setagrem, sakgi masuk fb balik, masuk camera roll dia balik. Ulang empat atus doblas kali. 
Kita ni tak diumpamanya duduk depan dia. 
Ini saya namakan ga alip mimpang.

Ko dah kenapa, Miss Selfie?
Saya abiskan minum kopi. 
Pakkal kopi dan makaron mahai, nak tinggai rugi.
Nak bungkus, segan.
Saya bangun dan tinggalkan Miss Selfie begitu sahaja.
Naik metro, balik.

Kowswerrrr sungguh. 
Gi duk sengsorang.
Mainlah tefon sanaaaaaaa.

Geram ai tau.

Korang jangan buat perangai sama macam dia.
Perangai..kami sangat santek dengan applikasi 360, jadi kami harus sentiasa amek gambar kami dan menatapnya tak renti.
Walhal, in real life, tak berapa nak hado. 
Hado lah jugak, sebab saya meluat, jadik nan hado.

K. 
Saya ucapkam terima kasih sebab melayan saya meroyan.

Wednesday, July 22, 2015

Dah


Macam selimut senteng. 
Tutup kaki. Dada terdedah. 

Macam makan kuih raya yang ada perasa lipas di rumah bakal mertua. 
Nak luahkan, salah. 
Tissue lak jauh dari tempat kita duduk. Orang lak ramai berhimpit kat situ
Nak telan, sanggupkah?

Perasaan ni rasa macam apa nak describe.

Macam lehernerddzzzzz, ok?

Saturday, July 18, 2015

Cermin

Besar kan cermin bilik saya?
Now...

Cemana perasaan kalau tetiba tengok cermin tersebut, the reflection dah senyum kat kita?









Pesanan penaja, jangan baca buku cerita hantu kalau duduk sendiri di rumah agam. KALAU ANDA PENAKUT MACAM SAYA.

Saturday, July 4, 2015

Amacam?

                                  Gi disneyland few days ago.
                                           panas berdahang.

                                  Nih gambar amek kat sana.
                     ko sudi, gi buh kapsyen kat ruangan komen.

Kau mampu cemgini Esahbella dan KiahLydia?

Ni kaki saya. 
Sedap kasut ni pakai.

Sekian.