Disebabkan MP telah berhari natal bersama keluarga di bulan disember, makanya cuti Mak Piah ialah jatuh pada bulan April.
Ni ari, Mak Piah akan ke Riyadh dan seterusnya ke negara yang sekarang kecoh dengan cerita wayang anu....apa nama dalam Botol.
Sampah sarap sudah dimasukkan dalam koper.
Banyak lagik yang tinggal.
Bagage allowance dapat 40Kgs.
Uarghhh...
Then * pop * kat YM.
Ada sorang jejaka loadmaster yang balik naik flight sekali dengan Mak Piah.
Dia telah menofferkan bagage allowance dia sebanyak 40kgs jugak.
Hadiah sampingan, dia jugak mengofferkan untuk duduk di sebelah Mak Piah dari Jeddah ke Riyadh dan seterusnya ke green green grass of home.
Mak Piah kata ok.
Segera Mak Piah charge iPod, make sure battery full.
Muahahahahhahahahahhahahhahahahahaha.
Giler cam gampang perangai Mak Piah ,kan?
So dari Absodi ke green green grass of home dah settled.
Sekarang nak balik ke kampung halaman, naik lak MAS.
Erkkkkkkkkkkkssss.. dia bagi 25kgs sajork.
Walaupun Mak Piah jugak seorang anak kapal.
Tak de maknanye dia nak bagi Mak Piah extra bagage.
Tetiba muncul lak cik Nana seperti seorang kesatria berkuda putih.
Dah la cantek, baik, bijaksana,ada pulak baggage allowance 25kgs lagik...mana tak perfect.
Bertuah abang sedara aku memikat kau, kan Cik Nana?
Mak Piah akan menghadiahkan sepasang jeans yang terpakai berjenama MNG yang dibeli terus dari kilang nya di Bangladesh dengan harga 6 ringgit kurang baper sen tak ingat.
Mesti Cik Nana akan nampak ranggi ( muahahahahhaah ) memakainya nanti ketika kita mencurik curik keluar bila malam menjelma nanti.
Mak Piah mengambil keputusan duk di KL 3 untuk menguruskan beberapa hal sebelum balik ke kampung halaman.
Antaranya, mengecheck berapakah habuan dari ASB...* wink*
Agak-agak dividen dan bonus dia bolehkah Mak Piah memeli seutas jam tangan selalu buat Mak Piah terhantuk dahi kat cermin shopping mall beberapa kali??
Walaupun Mak Piah tau itu hanyalah khayalan seorang pemimpi.
Kendian, urusan perbankan yang lain, kerana wang haruslah dimasukkan ke dalam akaun dan tidak boleh diketahui kaum keluarga yang selalu pikir Mak Piah ialah bergaji 6 angka.
Muahahahahahahahaha.
Dan mengelakkan the Queen Mother bercita cita hendak menggantikan perabot usangnya atau sanak sedara yang berniat "membayar-balik-budi kengkawan-dorang-yg-dah-belanja dorang-dengan-membuatkan-Mak-Piah-membelanja-kengkawan-dorang".
Mak Piah nak balik dan makan mende mende yang DLL rindukan di negeri yang Mak Piah tak pasti, negeri dia ke laki dia.
Mak Piah spend seploh hari kut di kampung halaman dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi ..hak hak hak hak ....
Tengok cam ner.
Kalau ada politik wang best gak...leh dapat 30rm.
Gila murah harga undi Mak Piah.
Sebelum balik absodi, Mak Piah rasanya nak gi Universal Studio, tempat cik Ribbon.
Tu kalau ada rezeki.
Pun jugak Mak Piah ada bercita cita hendak ke Bangkok.
Nengok la cam ner.
Ini semua bergantung kepada keadaan ekonomi dan berpaa duit Mak Piah leh dapat dr Yb wannabes yang mungkin mahu membeli undi Mak Piah.
Ok.
Sekarang masa untuk Mak Piah nak berkemas apa yang patut dan masak bekal nasik dengan ikan goreng bersambal untuk bekal malam karang.
Makan kat kapal tu tak
Nanti Mak Piah bersiaran dari tanahair eh.
Nasik dagang Kampung Baru, Mak Piah sampai sakgi.
Lauk kaki ayam...adoiiii...tak sabor.