Pages

Thursday, May 17, 2012

Bkk

Nih ada satu lagik tips.
Kalau tetiba hari hujan dan rasa macam tak berbaloi atau kedekut hendak membeli payung kerana sangat lah menjengkelkan hendak membawa payung ke hulu kehilir ...sila pakai plastic beg di kepala. Tadik hujan masa keluar dari stesen. Sila imagine how Panjang and I memakai plastic bag di kepala...macam tok sami pun ada. Macam pempuan giler pun ada. Dah pakai plastic kat kepala dan ketawa tak hengat dunia.

Kerana trip ini adalah trip the blind leading the blind, kami telah keputusan idea hendak buat apa, jadik kami telah pergi menonton wayang. Pandai kan dua orang?? Pergi tengok movie siam. Seb baik ada subtitle. Nama cerita dia chob like, chob apa tah ada love..macam gitu lah. Citer dia poyo sangat macam citer citer kat Msia.
 

Sebelum cerita tu start kan, selalu ada ..eee apa nama tu...trailer movies kan?? So ada lah dorang tunjuk trailers for citer Snow White and the Huntsman..macam best jek. Then .ada trailer citer seram Thai..tajuk dia I miss you. Terperanjatttttttt Mak Piah yer...cisss. Akak yang duduk sebelah Mak Piah ikut terperanjat bila Mak Piah melatah...hiks. Nak jatuh donut dia...hehhe. Sapa suh makan donut dalam gelap, kan?? Kalau jatuh, Mak Piah tak tanggung ok. Mak Piah tidak menonton filem seram ok. I dunch like. Sat sat dia bagi terperanjat. Aiyooo..I have a weak heart la wey. Kenooooooot!! Alangkan cerita Pontianak Gua Musang pun Mak Piah takut, nih pulak nak nonton cerita seram Thai.

Buat apa nak bayar 120baht nak menakutkan diri sendiri, kan?
Gi makan Saba Shiyoki takpe.Sashimi ke,kan??



Sunday, May 13, 2012

Cebok

Toilet kat Bangkok tak banyak yang ada hand bidet.
Takde bidet langsung banyak.
Jika mengalami keadaan seperti ini, maka tetiba skil  anak kapal terkeluar.
Sila bawa bersama botol kosong.
Isikan dengan air untuk mencebok.
Berbisnes lah seperti biasa.

Ini jugak adalah amalan yang bagus kalau anda menggunakan toilet di atas kapal terbang.
Masuk galley gi mintak dia tadahkan air kat pipe cuci tangan dalam galley.
Penggunaan botol yang 1.5 lt adalah digalakkan.

Sekian tips untuk hari ini.

Saturday, May 12, 2012

Greetings from BKK

Salam dari Bangkok. 

Saya dengan Panjang  selamat sampai semalam dijemput oleh rakan sejawatan yang jugak sedang bercuti di tanahairnya. Khobhun kha, Ey..kalau dak mungkin Panjang dan saya akan saling salah menyalahkan kalau tersesat sebaik melepasi ruang immigration di Suvarnabhumi. Saya akan menyalahkan Panjang kerana tidak mengoogle lokasi hotel dan Panjang akan menyalahkan saya kerana tidak boleh berkomunikasi dengan berkesan dengan pemandu teksi. :P Tapi kerana Ey adalah seorang rakyat tempatan, maka segala tugas berkomunikasi telah diambil alih oleh beliau. * pey cheeng ey nak errrk.. krek krung kheng pengg chuk nuii oii....lebih kurang macam tu la bunyik kata kata yang diucapakan oleh Ey kepada rakan sengaranya ketika memberitahu destinasi kami. Dan kami tiba di hotel dengan selamat walaupun melalui jalan yang amat jem kerana penerbangan kami sampai pada waktu kemuncak.

Lepas sampai dan check in, kami menuju ke Asiatique, untuk makan malam. Sebenarnya, saya sudah kenyang kerana telah mentekedarahristic di Restoran Nasik Kandar Lawood, berdekatan dengan sekolah Tamil dekat umah Mak Itam.  Sedapnya makan nasik kandar itu. Ayam gorengnya sgt marbeles. Kuah nasik kandar dan sayur kubis dan tauge itu sangatlah indah menawan rasanya di tekak. Atas kapal, saya tetiba rasa kopi yang dihidangkan adalah jugak sedaps. Entah kenapa. Dulu masa berkebaya hijau, saya dont remember if the coffee was that good.

Apa nak citer tadik..? Lupa. Teralit pulak.

Balik semlm agak lambat. Pukul 10 macam tu sampai di hotel balik. Bergurau senda dan mengutuk Monte Mon dan The Other Piah kerana mereka tidak mendapat cuti bersama sama  dengan Panjang. Banyak jugak cerita ceriti kami kerana sudah tidak bersua muka selama 8 hari. Kalau di Jeddah, hari hari mengadap. Hiks..

Saya bangun subuh juga kerana Panjang tidak melekakan sembahyang nya. Sambung tidur dan saling mengingati bahawa, kami ada temu janji di Chatuchak Market ( Market Hujung Minggu ) dengan seorang lagik rakan sejawatan yang berada di bumi Siam ini. Dia nih dah pencen dan dah bertaraf penduduk tetap di sini.

Wahhhhhhhhhh....akak datang dengan baju pink dan berjeans ala flower power ye....Comel giler. Dia sampai sampai dah cakap, Kau diam Piah...!!! LOL.

Kami terus pergi makan. Dah meeting point pun di Food court JJ Mall bersebelah pasar minggu tu...makan lah kan. Sedap mak aiiiii...tomyum dia. Panjang makan Phadthai * tah tatau macam mana nak spell*
Then diaorang makan pulut dengan durian ni. I dont eat durian in any other form other than the buah itself. Nak dia pengat ke, cekodok ker, eskrem ke apa ke...takleh aaa. So dua orang tu makanlah berdua. Kuatnya bau durian tu. Me no like. Masam jek muka Panjang kena habiskan. Hiks. Sorry Yang, seryes kenot.

Jejalan dalam pasar tu dalam 2 jam lebih. Panas aaa sikit. Ok..panas membasahi belakang. Kami berdua dah mula tak selesa. Penat nya lebih aaa kalau hari panas. Panas Bangkok dengan panas saudi lain aaa. ***berangannnnnnnnnn***

I got myself 4 bag sandang kain  macam yang monk monk buddhist tu pakai. All the plain colors yang selalu I asked for from those who came to Bangkok, tak pernah dapat. Hari nih cita cita saya tercapai. Panjang mencapai cita cita dia nak beli asam jawa tanpa bijik. Gumbira berdua. Si Power Flower, dapat penat. :P HEhehehehe...

Sebab dah penat berjalan tanpa arah dalam pasar tu, muka pun dah kusam dan masam, kami beransur lah. I wonder, manalah budak budak yang datang sini selalu dapat mende yang cam best best, but bila saya gi ...tak de pun yang best...:((  baju semua size macam katik katik jek.

Sebelum balik, kami gi makan nih...dekat Khampeangphet Mall, * sebelah MRT station tu*
Som Tham. Kerabu betik. Dia bubuh ketam ker kulit ketam...I am not sure. sedap aa jugak. Still..must remember esok tak mo ketam ketam bagai nih.

Errrrrrr....Saya dah penat sangat. Esok sambung yer..

Nih...Anggerik., thank you for the tips tau.


Friday, May 11, 2012

Belasungkawa

Turut berdukacita sedalam dalamnya atas musibah jatuhnya pesawat Sukhoi Super Jet 100 yang mengorbankan semua penumpang dan anak kapalnya.
Semoga semua yang terkorban mendapat tempat yang baik di sisi Tuhan, diterima amal ibadahnya.
Dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan keikhlasan dalam menempuhi waktu sukar ini.


:(


Thursday, May 10, 2012

4mins

Kes Ira yang pukul anak tu...iskkkk!
I keep on wondering what made she did what she did to her baby.
And saya lebih geramkan org yang amik video tu yang cakap..dah lah Ira...dah la.
I just felt, she cud have done something instead of amik video sampai 4min of the incident. Maybe she did after the video taking, but .....4mins lama la wey.
Tapi siapalah saya...I was not there.
So nak cakap memang senang.
Bila kita berada di crime scene, we do not know how we wud react.
Let us pray for our own sanity that we know what to do shud we be faced with those kind of situation.
And most of all..we dont go crazy like the child's mum.
Bila kita tengok orang macam tu, it is easy to say stuff and condemn, but most of the time, what we fail to see is the problem which is deeper.
Sakit mental.
I dunno la kalau mak budak tu ada sakit mental ke apa ke..walaupun my suspicion is strong that she had one. Dia dah kene tangkap pun.
Dah kene hukuman 18bulan kalau tak silap. Kalau silap, maafkan hamba. Rasanya mak budak tu sedar apa yg dia buat salah, I hope la.
Anger is a bad master.
Harap jangan kita naik hantu jadik macam gitu.
Worst still to hit/hurt those who are incapable of defending themselves.


Monday, May 7, 2012

Saya tidak suka oerner-orni sebab it took some friends away!

My friends on FB who have been friends since we all joined the airlines some donkey years ago are fighting. Yang sebelum kejadian saya-orner-kuning, awak-orner-lain-awak-orner-orni. Saya merasa sedikit sedih kerana perang di Fb kerana perbezaan pikiran ini telah memutuskan beberapa persahabatan. Some had been unfriend and blocked.   Some is avoiding each other when they happened to fly together. Nak sokong memana pun, sokonglah. Tidak menjadi masalah. Bukankah perbezaan pendapat itu membuat kita berfikir dan berfikir itu teman yang baik. Jangan berfikir yang aneh aneh macam errrr....sapa nama tu...pikiran dia hanya di kawasan reproduction areas sahaja. Namanya tidak boleh di ungkapkan di sini kerana mungkin dia ada tertaip keep dan keluarlaj blog saya di tempat taruk address tu kerana saya pernah menggunakan samsung galaxy note dia untuk melihat macam mana rupa blog saya di galaxy note.

Siapa pun yang disokong, kita punya alasan tersendiri. Betul pada awak, mungkin kurang betul di pendapat saya. Begitu jugak sebaliknya. Samalah macam kalau saya suka awak, tak semestinya awak suka saya. Mungkin suka, tapi maksud suka yang berbeza. Suka sebagai kawankah, suka sebagai kekasih kah, suka kerana dada bidang kah atau badan kekar kah. Atau mungkin kerana suka setelah trerpandang 'barang kemas' kah? EH!

Awak suka seseorang pemimpin kerana awak rasa dia lah yang paling layak atau dia membawa kemajuan pada negara bertuah kita. Awak suka yang itu kerana awak rasa peribadi dia molek, kerana pada awak pemimpin yang peribadinya tinggi adalah pemimpin yang harus diikuti. Awak rasa orang itu dan ini tidak layak kerana itu dan ini.

Pada saya, semua parti politik itu, apa nama  tu heh..ideologi itu bagus. Sangat bagus. Tapi kalau sekadar idea bagus, tidak dilaksanakan dengan apa yang dikatakan payah jugak. jadiknya tidak bagus. Saya sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya melakukan apa yang saya harus buat. Memangkah X  di hari pengundian. Sesambil nyanyi mari lah mari pergi mengundi...demm I love that song!

Saya tidak menyokong perangai rakan rakan di FB yang suka sangat menaruk status banggang yang menyokong mana mana parti dengan meletakkan gambar gambar seperti mee segera sup buntut, gambar perempuan yang kurang sempurna ( di mata si empunya FB) lalu di beri caption berkaitan dengan mana mana pemimpin, taruk gambar khinzir dan u name it la..that is malice la wey...Hak bersuara itu hak kita sebagai insan. Tapi perlukah kita bersuara dengan lantangnya di laman sosial itu dengan menghamburkan kata kata nista kepada pemimpin atau orang orang politik yang kita tidak suka seperti orang tidak berakal.
Hari mengundi esok, pangkah mana nak. Kalau menang, kita harapalah janji janji pilihanraay ditunaikan. Kalau yang kita sokong kalah, nanti next pilihanraya, kita pangkah lagik.Jangan memalukan diri sendiri dengan mengeluarkan status status yang banyaknya mencerminkan peridbadi sendiri. Kata hendak berpemimpin yang berbudi tinggi, janga lupa peribadi kita sendiri pun mau jaga.Paling tidak, takyah la mengadvertised kan di fb kita tidak begitu peribadi mulia sangat. Sikit sikit tak pe..hiks.

Orner-Orni = masa kecik saya tak reti nak sebut warna warni.

Sunday, April 29, 2012

Sila lah

Perangai perangai orang masa buat recurrent class

Mesti ada yang kerja dia melaram.

Contohnya saya...hahahha. Entah masuk tah tidak lectures tu perkara kedua. Yang penting datang kelas sure pakai baju yang sepuluh kali pakai taruk balik tukar lain. Tahhhh...habit pempuan gaknya. Yang vain la...lol yang tak vain, pakai sarung jek. Which I always did in the previous years. Dah tua tua nih, rasa nak melaram entahhhhh... Kasut harus lah tinggi melangit bagi tongek lebih...hahahahah. Ingat kalau lunch break tu lebih dari sejam sure nak tukar baju lain...kasut lain apakan daya, masa mencemburuiku.. I am a pysho! I know...I know...apalah nak dilaramkan but hey..sesekali jek. tahun dulu dulu, saya mesti datang dengan berkemeja bertali leher bagai mengalahkan budak lelaki...this year jek buang tebiat berdress bagai. I collect starbuck nyer tumbler, sajek lah..menayang nayang gi kelas bekal air. Kunun saya tak pakai cawan kertas sebab saya prihatin dengan environment. Uwerksss!!. Muhong semua tu...dustaaaa!! Saya suka menunjuk harta kekayaan saya yang berupa starbuck tumblers tu. Ngeh ngeh ngeh.

Dalam kelas, mesti ada yang dialah yang terer...ini ada beberapa dalam kelas saya tahun nih. Meluattttt yang amat. Ohh dialah ikut procedures di atas kapal. Sedangkan nan hadooo! Cakap memang best...Apa yang dibincangkan, dia jerrrrrrrr yang selalu buat di batas batas company satndard. Tak pernah alpa lah. Itu kalau ikut cakap dia lah...kalau ikut apa yang dia buat di aats kapal, dia nih tak layak pun jadik crew. Brengsek giler atas kapal, tapi dalam kelas macam best. Cihipek!!! Sesekali saya bagi jelingan manja, dan tersentak jugak dia dari berangan dia. Kang bukak mulut bukak pekung lu baru tau...ngeh ngeh ngeh. I am bad, I know. I waited for this person to bukak mulut yang aneh aneh..memang saya bagi barang sebakul dua. Mujur dah kene jeling mengisyaratkan lu diammmm, dia faham dan kuncup macam payung.

Bila buat kerja kumpulan, ada satu nih, dia jek nak bercakap. Tak bagi langsung orang dalam group dia peluang. Porrrddddddddahh! Wey, kok yer pun, it is courtesy la nak bagi orang lain peluang mengutarakan buah pikiran dia. Nih dia lah yang tulis kat manila kad ...dia lah present, dialah yang tak berenti membebel. Meluat aiiiiii.. Ini bukan group saya. Group saya main tolak tolak. Kau lah buat, aku dah tulis,. Kau lah present sebab aku dah bagi idea. Heheheheh. Me?? Berdiri tegak macam patung cendana. My time dah over. It is nice to have young ones presenting their ideas. I can learn from them. Kalau sesangkut, back up lah kan. . Jangan risau, I got ur back buddy. Kan team work?

Ada homework jek, pepagi sure kene kejar sebab kawan nak tiru. Malam abis kelas patut buat homework, dorang terbongkang gaknya tidur..tak buat. Pagi pagi terhegeh hegeh nak buat.  Saya tak meniru dari rakan sekelas, tapi saya telah tanya Panjang sebab Panjang buat kelas sebelum saya. Hiks. Satu jekkk!! seryes..satu jek yang saya tanya Panjang cam ne nak buat. Dan sesungguhnya itu adalah perbuatan yang salah kerana Panjang telah tidak membuat kerja sekolah dia kerana sibuk bercintan cintun. Dan tah kenapa...yang satu saya tak buat tu lah yang instructor tanya saya di khalayak ramai. Tak leh nak putar alam..sebab itu berkenaan muka surat berapakah adanya informasi yang ditanyakan. :P Mati kudasai!

Dalam kelas saya nih, ada satu yang saya tak berkenaan. Ada kes masa fly dengan saya sedikit masa lalu. Ok saya berdendam. Saya juga ada sedikit hati yang kehitaman. Dia nih menjengkelkan la. Dalam kelas asik nak mengomplen itu ini. Mual laaaaa. Instructor cakap dia la mengiyakan beriya iya. Sangat Kak Nam. Mecik I. Nampak ngat membodek nya. Eeeee meluat. Ok..I am bias. Memang saya tak suka dia. Saya tak suka orang melampau lampau sangat bodeknya. Cit! Masa dalam kelas, tiap kali dia menonsense, saya mesti pandang sorang lagik budak Malaysia, dan budak Mesia nih faham sangat. Saya dah menghasut dia tak suka si Bangla nih. Ada satu kali kami berpandangan, budak Mesia nih buat muka meluat, macam terkantoi dgn Instructor...lol dia pura pura menguap. Saya tak kantoi sebab saya muka selamba. Macam takde apa. Hiks!

Banyak lagik nak mengata pasal budak budak kelas saya, tapi The Other Piah ajak dinner kat restoran sambil bertukar gosip dan mengutuk orang kiri kanan. Macam siakkkk perangai dua orang. Ok Double Piah nak gi makan makan.

Oh... oh..saya lulus dengan sangat cemerlang exam hari ni, Answered 75 question dalam masa 7 minit, cumanya tahun ni saya nomor dua keluar dari kelas. Saya lebih suka dapat nomor satu keluar kelas. Tahun nih crown saya dirampas. Cissss!  Tak pe esok masih ada...macam citer Jins Shamsuddin. Esok First Aid. Nak dapat nomor satu habiskan exam. Hak hak hak...sekang kamu tahulah betapa bongoknya saya.

Saya sangat memahami kalau awak mual dgn entry ini.





Thursday, April 26, 2012

Kelas

Slept early last night. Bangun sebelummmm subuh dah nih.
Hari nih start recurrent class. Safety, first aid bagai tu la.
For the past few days yang cuti ni, I went mall-hopping.
Semua yang akan buat recurrent class nih menyibukkkk gi mall beli baju.
Saya gi beli daun basil, sayur dan ayam saja.
Bukannya patut belek buku manual yang tebalnya 3 inci tu ke?

Saya? ...nak pakai beles matessss pelezes macam bulu matesss pelezesss pelakon yg asik keluar majalah sebab cantek* tapi drama apa dia berlakon eh?* Baru lah berat mata memandang, kan?? Kalau tertidur masa kelas berjalan, agak agak kalau salahkan gam bulu mata pelesu ok dak?
Keleeeechekkkk* Amik gambar,  upload terus. Kelecheeeeeekkk*

Ohhh...pakai baju cantik pergi kelas lebih penting..sebab kang nak tayang tayang kat FB. Kalau artis ada red carpet event macengitu...crew pulak red carpet moment memang sewaktu buat kelas nih. Memasing menayang harta kekayaan *lol*. Kalau buleh, nak kelas bersambung sampai berhari hari supaya boleh mengeluarkan koleksi handbag macam Kak Ros mengelek Birkin..EH!

Keleeeechekkkk* Amik gambar lagik. Kelecheeeeeekkk*

Kang lepas kelas, saya akan menceritakan beberapa perangai orang masa buat kelas recurrent saya.
Dari pengalaman lalu saya, akan banyaklah soklan yang ~macam mana kau boleh pikir nak tanya soklan tu eh?~ in the class kejap kang.

 Di pemikiran saya yang cetek ini, pakai baju cantek mesti leh jawab soklan dengan jayanya. Instructor pun segan nak tetanya lelebih sebab baju cantek, kan??Kannn kann??


Monday, April 23, 2012

Cheating death

Remember tu hari saya balik dari Islamabad, kan>? Yang I posted about passenger yang nama dia Butt tu?

Sebab terlalu penat balik flight tu saya terus tidur.. Esoknya, saya terkujat dapat tahu, ada kapal B737-200 Bhoja Air terhempas about 10 km dari airport sebaik sahaja kapal saya berlepas landas dari Benazir Bhutto* vulgar siot nama nih*. Meremang bulu roma ok?

Masa nak flight briefing hari tu, memang kapten dah cakap we were expecting bad weather 1 jam 20 min sebelum mendarat dan out of Islamabad. And masa take off tu seryes kapal tu hari bergegar gegar, tapi sebab dah biasa and our flight deck crew were very experienced pilots, kita orang tak de la macam takut ke apa. We flew the B747-400, so kapal jumbo nih memang lah lebih gagah dari B737-200 Bhoja Air tu.

All 127 onboard, 121 passengers  and 6 crews perished in that tragedy. May God show mercy on them.
 Kapal tu terhempas dekat rumah orang, dan nasib baik, takde lagik selain dari yang atas kapal tu yang terkorban.

This is the second time macam nih jadik. Tahun 1995, waktu berkebaya hijau, kapal F50. The last sector sebelum kapal tu terhempas di Tawau,  saya yang hand over. Saya tgh makan bila the crew yang I flew ari tu called beritahu kapal yang kita orang baru turun tu crashed. Both cabin crew survived. 34 passengers and the pilot perished. May God show them mercy.

And..saya bencik orang suka cakap, biasanya kapal terbang kalau terhempas, it will happen in 3s. Mulut dorang nih capui laaaaa..

Safe skies to all my comrades in the sky!








cuti

Akhirnya..setelah fly berhari hari with minimum rest hours, saya cuti!!! Yeah yeah! I finally get my 5 days off. Kendian, akan buat recurrent class. 5 hari. So till my departure to pulau dewata, saya tidak akan menyarung uniform sehinggalah saya kembali ke base lagik bulan 6 karang. Ngeh ngeh ngeh. Riang hati ku badan bertuah...! Dulu masa arwah Sudirman nyanyi I think it was brilliant, now when I sing it, kenapa sound so bangkai eh>>?? Ooh sora hazab...