Pages

Friday, October 23, 2015

Pokok

Dalam tahun tahun 2002 gitu aaah.. ada citer korea nih. Citer anak tertukar. Abang nya sayang sangat adik pompan dia. Then dorang tahu dia anak angkat. Budak pompan nih balik ke mak betul dia. Bercintalah dia dua nih kendian nya. Gitulah citer dia. Ada 18 cd tak silap.  Masa tu saya kerja ceo syarikat keluarga angkat. Berangaaaaaannnn CEO. So pepagi sebelum g kerja, saya melalak, mata bengkak sebab duk nanges tgk citer tu... balik makan tengah hari se cd lagi. Nangessss je kerja. 18 cd, 1 je yang cd bahagia. Yang lain menguras air mata. Adoiii...
Ada satu mende budak pompan nih cakap kat keluarga angkat dia, masa dia kecik tak silap. Dia kalau diberi pilihan nak jadi pokok. Sebab kalau jadik pokok tak kan kemana mana. Sentiasa di situ.

Saya teringat cerita nih. Cerita pokok. How pokok stays at the same place. Takyah pepisah dengan sekeliling. Errrr....kalau tak berlaku pembalakan haram dan penebamgan hutan ye.

Saya sesedih skets ari nih.

Kawan rapat saya berhenti reja ari ni. She opted to fly only for hajj.
Dalam menyokong keputusan dia, saya merasa kehilangan. Saya sayang dia. Dia sayang saya. I dont want her to leave neither does she. Keputusan ini kami persetujui bersama. Its is ok for her to leave but we will see each other all the time. Never far. Dah dalam zaman internet, komunikasi di hujung jari..apalah kan.

Hidupmacam ni lah.
Terimalah evolusi. People come and go in our lives. Nak berkepit kepit sampai mati sebab kita kawan baik, tak mungkin. Masing masing ada kehidupan. It must go on, kata omputih mana tah.

I have to learn to live without bergaduh pepagi apa kita nak makan. Apa kita nak buat kalau off sesama or to discuss other people's life choices..hiks.

Adik, I miss u already. Jagalah diri baik baik di sana. I wont be there to carry u home shud u partied too much. I wont be by your side to ensure u drink 3litres of water. I wont be there to cubit you kalau berbuat jahat.

Now I want to be a pokok.

Thursday, October 22, 2015

Pilih kasih.

Mungkin kalau adik beradik ramai, awak akan faham apa saya cakap.
Kalau anak tunggal, you might not understand.

Fitrah kita nih, we favor something or someone over another.

Adik beradik lebih dari dua, makin jelas kita tengok.
Mak sayang adik lebih. Ayah sayang kakak lebih. Nenek suka abang nombor 2 lebih. Atuk lak manjakan adik kita. 

Blessed are the parent whom able to love their child equally.

Dalam adik beradik hendaknya yang ramai, selalu ada satu anak yang mak apak lebihkan. Sedari kecik. Anak nih akan dapat the best part kalau makan ikan, dia akan dapat menan yang dia hanya perlu hentak kaki sikit je, or kalau dia dapat markah bagus di sekolah mak atau apak akan ulang ulang dan ulang sesambil menyindir anak anak yang lain.

Perkara ini membawak ke besar. Kenuri kawen anak kesayangan ini secara automatic and crosscheckednya akan banyak dibiaya oleh mak apak. Anak anak yang lain, mak apak bekap, tapi...idaklah lah semeriah dan seexcitednya mak apak buat u tuk anak nan satu ini. 

Dalam beradik kita, ada yang jaga mak apak. Ada yang tau alamat rumah, balik bila ada kenduri sahaja. Ada yang takat tefon mak apak hari hari, duit belanja tak kasi. 

Now.. 
Ada anak yang kasi duit belanja bulan bulan tak tinggal. Semampunya dia lah kan. Ada anak kasi sesekali. Tapi kalau anak yang jarang kasik nih kasik kat mak apak...mak apak dukkkk ulang ulang ulang dan ulang sampai it makes the anak yang tak pernah lalai dengan tanggungjawab dia tanya diri sendiri 'ehh duit aku nilai dia kurang eh dari nilai duit adik aku?' I guess everyone wants to be appreciated. Bukan hendak dibangga..tapi sekali dua cakap adik bagi dah aaah.. ni pakat makcik wok sekampung tau dan turut mencanang..canang tak abis duit dah abis pakai pun.. 

The  come mak apak bagi hadiah kat cucu.
The anak kesayangan punya anak berharapan besarlah akan jadik cucu kesayangan. 
Mak apak akan bagi hadiah. Lain sikit.
Dan jopan biasa ialah..alah mak ayah dia senang. Boleh beli sendiri sebab tu mak bagi budak budak nihhh aaa. 
C'mon lah.
Some of us dont teach our kid to discriminate. Ni mak apak kita yang ajar anak kita memilih kasih. Yang ni miskin, kita kesian dia lebih. Yang nu kaya, kita toksah bagi. Yes, kita yang tua nih faham. Yang budak umur 4-12 tahun ni tak faham ok???? Dia tidak lah faham atau tidak akan tanya kak sepupu dia dapat gelang emas, adik pompuan dia dapat 50rm sahaja di majlis hari jadi? Tapi anak ni tau hadiah tak sama. 

Mak apak kadang are more comfortable dengan certain child of theirs. It is understandable. I just think it is not nice to make the other child to feel less loved.

Thursday, October 15, 2015

Si polan

Haiii.
Suatu ketika dulu, saya pernah membebel pasal si polan nih.
Masa tu saya geramkan dia sebab dia selalu pinch makanan saya dan tak mo order dan bayar sepinggan makanan sendiri. Bebalik dia tak tau nak order..pastu amek lambchops saya. Saya ni kuat makan. Nak saksi sila tanya, Esahbella atau KyahraLydia. Pas dia amek amek tu, kita tanya awak order apa? Dengan selamba dia kata dh kenyang, bukan makan banyak pun.. sakit ati ai....

Ok. Some weeks ago saya dengan si polan telah berada di negara tetangga pada masa yang sama. Saya sampai 2 jam sebelum dia. Flight yang sebelum saya, ada gak sorang lagik kawan kita orang. Saya ajak kawan sorang ni keluar makan, dia tak hendak. Ok fineeeee!

Saya pun  pergi bersukaria makan di luar. Lepas makan terus nak balik. Masa tunggu teksi, saya teringatkan kawan tadik. Ahhhh.. saya cam oklah belikan nasik goreng. Saya terbeli 2. Hiks.. satu untuk kawan tadik, satu kut lah saya lelapar ke caner setara nak tunggu hari siangkan? Haruslahhh.

Sampai hotel tefon kawan tadi. Dia tak angkat. Dah tidur kut. Apa nak buat dengan nasi dua bungkus nih? Satu bolehlah.. dua? Saya hantarlah meset kat si polan. Dia call bilik. Saya cakap kalau nak makan nasik goreng datanglah. Tau dak dia jawab saya apa? Ai dah order room service. Saya pun oklah takpe.. sembang mengata krew krew sikit. Sikit je.... percayalah sikit tak sikit, 15 minit jugaks. Then tetiba dia cakap, takpe lah ai kensel lah room service, ai datang bilik you. I am likeeeeeee..yeaaaaaah right. Macam lah ko pernah nak kuar duit. Ingat room service tu boleh kekensel ke. Hendak pulak room service hotel tu laju giler service dia.

Dia datanglah bilik saya. Makan. Saya jahat ok..saya macqm jadik tak ikhlas sebab dia mengambil kesempatan mempamerkan dia best dan up diri order room service walhal nan hadooo. Tapi saya kene ingat jugak itu rezeki dia.

Bersembang sembanglah kita. Saya mengadulah kat dia, atm kad saya tak leh pakai. Semua atm tak terima atm card Malaysia. Dia cakap apa tau dak? Ai pun sama, ai semalam nak keluar duit 5k takleh.
Sakit nya hatiiiiiii saya. Sempat dia parking nak up sendiri!!! Bencik!

Dia tanya saya esoknya nak g mana? Lepas breakfast nak jenjalan ke?
Saya cakap saya nak g lunch kat satu tempat nih. But I want to eat alone. Kalau nak ikut, she have to sit on another table.

Amekkkkkk!!!!

Awak ada ke kawan macam nih?
Kedekut satu hal, dan semuanya dia best lah.