Pages

Friday, March 30, 2012

dompet

Last sekali nengok my wallet ialah masa bayar beli daging kat supermarket.
I think I mustve left it pas bayar.
Ini kali entah ke berapa I lost my wallets.
Wallet yang hilang bebaru nih hadiah dari Panjang.
Dia beli dua.
Satu dia, satu untuk saya.
Isssskkkk di situ.
*nasib baik bukan wallet yang saya terpaksa menabung sebab nak beli.*
Dalam wallet tu ada 5 mende jek.
Satu crew ID lama saya, Compound ID, bank card, duit yang cukup untuk membeli samsung S11 dan gambar Pink Floyd, my side kick.
iskkkkk! Mungkin saya lupa untuk bersedekah, so... I guess, some thing up there send me a gentle reminder macam nih.
ID lama tu ok sebab dah expired.
Compound ID tu bermasalah sikit.
Kene buat baru. But I have another one in my other wallet.
Paling menyesakkan ialah my bankcard.
Nak buat bankcard baru di bank sini memang menjengkelkan.
Mecikkkk I!

To the person yang jumpa my wallet I have 2 things.
Satu, kalau orang yang jumpa tu tau as in nampak dan tahu I am the one yang jatuhkan wallet tu kendian dia tetap amik, it is haram.
Dua, if the person yang jumpa tu betul betul terjumpa, saya ikhlaskan duit dalam tu.
It is halal.

Kenapalah pelupa/sengals macam nih?

Friday, March 23, 2012

lagi

Pakcik Iran nih kene angina masa crew baru tolak troli nak hidang breakfast. I have strong feeling pakcik tu terkujat nengok rupa omelette yang dihidangkan. Doctor arrived at the scene as soon I put the passenger in semi-recumbent position dan membuka kancing baju pakcik tu. Loosen tight clothing katernyer. Banyak bulu dada pulakkkkkkkkkk...Saya dah terfikir sakgi, kalau kene pakai defibrilator, harus lah saya jadik pencukur bulu dada. Saya adalah pisau cukur..bukan pencukur bulu dada. Aiseymannnnn!!!

Jadiknya saya hanya membuat buat sibuk dgn hanya memakaikan oxygen mask.
I am sooooooooooo glad there was a doctor onboard, jadi saya tidaklah perlu menggunakan bahasa Melayu dan body language untuk berkomunikasi ayam dan itik dengan pakcik dan isterinya.
Lagi best doktor tu ada sendiri Nitroglycerin.
Bini pakcik je saya kene tenangkan sebab dia dah mula meraung.
Saya cakap melayu jek dengan dia, Acik, jangan jejerit, nanti saya panik. Dia fahamlah gamaknya, dia berneti kejap meraung. Muka dia konfius siot!
Mungkin dia pikir, eh...aku nih reti farsi saja, nih crew gila nih cakap bahasa apa?
Tapi pe pun, saya berjaya mendiamkan dia dgn menkonfiuskan dia dgn bahasa ibunda jugak sedikit sedikit. She calmed down which make it easier for the doctor and me to attend the husband. Dan dia tak ganggu la doktor tu check check nonsense kat laki nya. *Laki makcik yang meraung, bukan laki doktor, doktor tu jantan*

Passenger got better tapi tetap pakai oxygen sampai we landed in Isfahan.
I thanked God sebab I dont have to go thru another experience where passenger died in my arms.

Sampai di Isfahan, ada doktor tunggu. Hensem wo...!
Sebab doktor tu cakap english slang Farsi pekat, masa dia cakap eletrogram ke mende, I heard he said electro-viagra.
Saya telah 'I beg ur pardon?' 2 kali.
Bunguk ke dak??
Sebab termalu dengan diri sendiri, saya terus jalan ke depan dan keluar pintu untuk menghirup udara segar sambil menunggu pakcik tu dibawak keluar dr kapal.

On the way back to Medina, syukur, takde kejadian yang tidak diingini.
Passengers semua baik baik.
Near my jumpseat ada satu baby girl yang sangat comel.
Sejuk mata memandang. Saya gacah gacah dia. Dia ketawa. Ahhh a blessings! Kalau bukan sebab budak kecik comel nih, saya rasa saya mesti tarikkk satu dengkuran di jumpseat masa landing di Medina Munawarah.

Balik rumah, saya masak.Itulah dia yang saya masak di entri dibawah. Ingat nak buat satu entri jek..tapi saya sudah tatau macam mana nak selit cerita angina prectoris nih dengan laksa johor.

Take care of ur heart!

Thursday, March 22, 2012

main campak campak


Daun kesum yang froZen. Pasar chowkitt mari.
Ada santan dr Msia jual kat sini.


I made this paste. Harusnya jadik sambal udang kering..somehow it end up jadik pernecah mee goreng dan digunakan dalam masakan hari ini.









Banyak nih gua pakai.



Hat nih jugak.

Takdek la bubuh semua nih, pakai dalam satu senduk jek.


Goreng tanpa minyak.






Instead of rebus ikan ...masuk lam oven. Tak sesusah nak basuh periuk. Buang jek foil tu pas pakai.
Instead of pakai ikan tenggiri, saya pakai ikan nih. Kembung kut...:P> ****I told Panjang I will make it from tenggiri tapi saya ada kehebatan auta yang kuat...I changed my mind sebab macam sayang lak kalau pakai ikan tenggiri kalau tak jadik, cemna>>???****

Blend cabai. Masak sambil hisap rokok adalah menyedapkan masakan.


Nih asam keping. Kaler dah jadi sgt itam. Tu jek yang ader, so bubuh. Asam dia masih ok.


So far, kerisik jenama nih lom pernah mengecewakan.




Tak cukup condiment dia. Ini jek. Lobak tak dak. Taugeh tak dak. Samabl belacan takdak sebab I dont take sambal belacan.


Kuah dah memekat. By this time, dah malas nak amik gambar. Segeti rebus jek ikut instructions.

Siaplah laksa johor saya.

Monday, March 19, 2012

Nak best je.

Few nights ago, I went to Chapter, yang Msian Restaurant dekat Mall of Arabia dengan The Other Piah. Yang bakery dia dah bukak dah. Beli la kuih bakar. Kureng sikit aaa rasa dia. Kendian kita dua orang order Teh Tarik dan satay. Mahal lah for rasa yang erkkks! Teh tarik satu gelas SAR20. Satay 10 cucuk SAR45. Presentation menarik lah, rasa kurang. Dah nama fine dinning. I paid for the fine dinning experience le gamaknya. Again, mungkin barang2 mentah dia tak cukup.

Muka chef kat dalam garang giler dengan crew kitchen. The Other Piah cakap, tu macam kau atas kapal. LOL. Oh I must remind myself to be more gentle.

So, next time kalau gi MOA, I think I will still be eating at TGIF. At least I know it will worth what I am paying for. Chapter, I wont be visiting anytime soon. Lelebih lagik nak gi dengan kengkawan yang hobi bersama adalah mengutuk ngutuk. Kengkawan mari saya masakkan di rumah. ( kondifen selangit ok! hahhahaha). Selaraskan hari cuti.

Tempat yang disyorkan untuk pergi dengan bakal bakal kekasih. Boleh beraksi manja menguis nguis makanan kerana makanan adalah agak erkkk!

* * * * * * * * * * * *

Ayam Bakar tersedap di Jeddah neh, adalah di Mr Sate. Not some fine dinning place, dekat Sharafeyah. Sambal dia sangat marbeles. Auw wak auwww sangat. Hambek sambal tuang direct atas ayam, gaulkan..adeshhh! Nalarerkkkke sangat. Bakso sup dia pun sedap. I kinda Indonelized dah. Bakso tu toksah bubuh mihun(ke suhun*?) takat bola bola daging dan sup dan bawang gorengs. Makan dengan tu ayam bakar. Enakkk dong! Tak mahal pun. Ayam Bakar dgn sambal tu kalau tak silap dalam SAR12 Bakso 8 kut.

I need to take Montek, she had been whining about it, sebab saya dan Panjang pergi tu hari tanpa dia. Montek tak gi lagik. Sehari dua lagi yer Montek, bila semua ada kat base. Tatkala sandstorm berenti. Sandstorm teruklah dah 4 hari. Dusty giler.

Sial datang dengan kengkawan atau kekasih yang sudah mengenali hati budi. Makanan adalah sedap dan boleh buat adegan cubit mencubit. Cubit ayam atas pinggan. Lepas tu tersengaja melanggar langgar lengan ketika melakukan aksi mencubit ayam di pinggan kekasih. Heheheh. Saya bercakap dari pengalaman. Hak hak hak.


* * * * * * * *

Japanese Restaurant yang okay ialah OSAKA. Dekat Rawdah District. Sashimi dia marbeles. Ada 50keping satu 'boat' tu. Ahhh..sungguh girang hati beta! Satu kapal sashimi tu adalah SAR350. Timbul rasa bersalah saya kepada emak di kampung kerana itu adalah jumlah yang sama adalah groceries emak sebulan yang saya tak hantar lagik bulan ini.

Miso sup pun rasa miso sup. Cawanmushi pun rasa cawan mushi. I dont remember berapa. Lama tak gi kerana Montek dan Panjang kurang menyukai makanan Jepun. Sikit sikit "apa-ini-kakak?" Mana nak makan mana nak menjawab soklan dia dua.

Ada satu lagi dekat hotel Crowne Plaza, restaurant dia nama SAKURA. Ok jugak. Ni jek yang ada gambar. I still prefer OSAKA la. Ada private room. So leh makan bersama pasangan tanpa ikatan yang sah. Boleh ringan ringan. EH!



Ini rega dia SAR166. Dan itu jek yang ada atas boat tu. Mende mende putih tu adalah alas sashimi tu. Lobak ke mende apa tah. Nama pun dah kat hotel, so agak mahal. Tapi ok lah makanan dia. I dont feel cheated.

Sunday, March 11, 2012

Cantek

" Lama nya tak jumpa, kau makin itam eh??"" Lama tak jumpa, gemuk lah kau" or "lamanya tak jumpa muka kau dah banyak wrinkles" seupamanya.

Kenapa selalu ada menyentuh soal fizikal. Takde sapa rasanya suka dengar kekurangan diri dijadikan ayat pembuka bicara. TAK DE SAPA. Apa yang sedapnya kalau buka topik perbualan dengan mengucapkan benda macam tu? Buat orang hilang mood nak berukhwah dan sesekali kalau yang dikomen woke up at the wrong side of the bed tak pasal bergaduh.

I dont really get this kinda comment sebab those who have been around me knows, mesti kene barang sebakul dua maki dan caci balik kalau keluar ayat banggang macam tu. Yeah..I am bad.

See, on people's weight, color of the skin ...errr cam anugerah Tuhan, I try not to comment. I dont do it becoz I cant do anything about it nor do I have the right to make other's feel bad by saying such things. Semua pun nak cantik, tapi kalau dah takat tu bahagian kita, ya...sudahlah. Jangan pulak kita memandai mandai mengomen orang yang kita rasa tak cantik. Mata kita tengok tak cantik, mungkin orang lain nengok cantik. Rasa kita cantik, kut kat orang lain tidak. Contohnya, Mentadak cakap saya cantik, pakai lah baju macam joker (baju hijau oren kuning pastu pakai tights kaler biru tua, macam joker kan??) saya tetap cantik, sebab Mentadak sayang saya. Tapi pada mata Gigi Buruk, saya ialah muntah-nengok. Dan yes, Gigi Buruk sudah saya maki light light.

Kalau tak de mende nak buka topik, sila cakap pasal cuaca. ooohhh topik ini boleh pulak menjurus ke " huduhnya kau pakai shorts, kaki/peha kau besar..." Uargghhh! Yang low-self esteem tu buleh depressed tau kalau silap hari bulan. Tak baik.

Friday, March 9, 2012

Nak rm35000, pls.

http://www.helpandhopecommunitycare.com/#/special-project/4560429502


Tu hari dah nampak dekat blog DLL but I didnt know how to do the link. Ada hari link tu saya bubuh, jadik, ada hari macam gini la...tak jejadik.

Nak rm rm 35000 jek. Help me?? Bagi lah berapa berapa. Wud be nice if u can bagi selepuk RM35000 but I would appreciate if u can help with whatever amount.. Ada options kalau nak bayar dengan PAYPAL atau kalau takde macam saya, sila click NO paypal account.

Semuga Tuhan memberkati.

Wednesday, March 7, 2012

Bluwerks!

Saya jarang mencurah perasaan di FB atas sebab ramainya yang that need NOT to know what a nasty person I am. Sikap panas baran saya sangatlah buruk. Kalau saya marah macam mana pun, FB is a no go outlet. Tak perlu membuka pekung di laman sosial itu. But I lost it bila The Other Piah punya ex bf gunakan wall saya untuk menyindir nyindir The Other Piah. I blasted on FB suh dia jangan hang dirty laundry dia on my wall. Nak buat kat wall sendiri. Dari takde masalah dengan saya, sekarang dah jadik bermasalah. Saya pulak memang tunggu jek dia cucuk.
Let it be some entertainment for people who love gossip more than they love rice. nak sangat attention, kan?? Hambeeeeeeeeekkkkk!

Lu pehal nak bubuh kat wall guwa? Tulis la at wall lu sendiri. I had stated clearly to him, The Other Piah is my friend. Biar dia salah, apalagi kalau memang saya tahu dia betul. If she is in the wrong, how I deal with her will be in private. Kami akan bertekak berdua. We have done it many times kalau ada masalah. Baik masalah dari The Other Piah atau dari pihak saya.

Saya dah cakap dah kat ex dia, kau ada masalah dengan The Other Piah, kau settle la dengan dia. Kenapa depan dia kau macam tunggul, but the moment she is out of sight bisa bisa 100 sms kau hantar??? Kenapa nak ugut itu ini, tapi bila The Other Piah depan kau diam jek? Now, kau dah ada gefren baru, go on la. Yang kau nak mengungkit ngungkit kau support The Other Piah tu pehal? Siap mintak balik segala bagai yang kau bagi dia??? Eh ...hello, saiko ke apa kau nih?Pakkal The Other Piah tak de buat teteksilikon, kalau dak dia mesti mintak balik silikon tu nak tepek kat gefren baru dia. Kalau dia pernah bagi darah, kalau yer...agak gak dia mintak balik dak>?? Haaa..buleh bayar installment,bulan bulan datang haid, bagi kat dia pad yang penuh darah tu. Hiks!

Ugut ni nak buat report kat office nak buat cerita The Other Piah curik duit dia. Hadoi laaa...Ada ke duit in the first place?? Eeeeeeeeeeeee...Bila The Other Piah cakap dia dah tunggu kat depan office tak datang pulak. Porddddddahhhhh!

Seryes, I dunno what did The Other Piah saw in this man sampai 6 tahun berpacaran.. But again, love is blind la kut.

Monday, March 5, 2012

Side

Balik dari flt semalam almost midnite. Hari ni I have pick up at midday. AKtiviti penuaan dah mula menunjukkan diri. Penatnya ya ampun. I slept at abt 2 am setelah berpoya poya online menkomen di sana sini. Ingatlan kalau tidur lambat semalam, saya akan bangun dalam kul 10 pagi. So I get like 2 hrs to prepare for the flt. Tidak ye.....I got up at 6am. Yasalllllllaaaaaaaaammm. Apa nak jadik nih? Nih la maksalahnya, I am a morning person. Subuh jek, automatic my body clock will tell me to get up. Cant sleep even I forced myself. Cuba kalau I have pick up at 7 am, ada mata nih nak bangun??? Ada??? Hai lahhhh..

Bangun bangun terus goreng spaghetti ingatkan nak buat bekal gi flt. I am scheduled to fly with my buddies. 4 of us. So I am more than happy to cook jadik takyah lah makan aircraft food yang dah dibeku dan nyahbeku itu. Selesai masak, Montek bitau, flight canceled. Tapi belum official lagik. It got canceled and my set jadik standby. 1300hrs to 0100. Urfff! I was a bit irritated sebab esok is my off days. Kalau kena call-up, kira hanguslah my days off. And for it to be replaced, I will need to fight for it. And Operations akan berdendam. Hiks! I know them to well. Next standby, I will be the first to be called.

So standby till 1am I was. Today, so happened, Si Panjang, Montek and The Other Piah is in base. Planned to have dinner kat Italian Restaurant. Si Panjang passed sebab ada date dengan I-dunno-why and Montek nak spend time dengan boifren dia yang akan pergi bercuti esok. So tinggal saya, The Other Piah and Mutiara. We go on with the dinner plan. Montek cakap takde aircraft so chances tipis la nak kena call up. Hiks...gumbira la.

I was still in pyjama when The Other Piah datang jemput. Dia proceed dulu sebab Mutiara dah tunggu dengan the others kat restaurant. Saya gi kendian lah. Sampai di restaurant, dah tutup pulak. I forgot hari ni hari ahad. Yang bukak, Chinese Restaurant kat sebelahnya. Adoiii..I dont really like to eat there. Makanan dia tak berpaa nak sedap. Tukang masak memang dari tanah besar Cina, tapi rasa masakan dia agak berlainan dr restaurant cina tempat lain.

Punyalah bercinta nak masuk restaurant sebab ramainya jejantans tengah tengok bola di skrin besar dekat pool. And of all the nites, this is the one I choose to wear my sky high heels. Hendaknya tergolek kat depan pilots tu semua, tak jadik bahan till the next century? Iskkk..nak patah balik, adoii...Saya gagahkan diri dan buat derkk jek. Jalan berlenggang lenggang kobis lalu depan jejantans nih semua. Tak pandang kiri kanan, jalan masuk kat dalam restaurant where the rest of the girls were waiting for me.

Setelah sessi puji memuji memasing nampak lawa, dorang start makan. Saya terkebil kebil becoz seriously I dunno what I wanna eat. Isssssssskkk! Kalau kat Italian Restaurant tu,,,dah sah sah I know what I'd like. Grilled Lamb Chop. So salad it is. The Other Piah ordered Mixed fried seafood so we all can share. Mix seafood nih cekodok seafood. It was ok. Cekodok...mana tak sedap.

Dah perempuan semua, pelbagailah cerita kan? Saling bagi motivasi untuk kengkawan dan diri sendiri. Antara banyak banyak cerita tu, cerita yang tak sedap dengar adalah cerita kirim barang. Ratih* BNS, bitau masa dia balik dari cuti tu hari, Lila*BNS mintak tolong dia bawakan ubat dari Jakarta. Si Lila cakap, kang family dia datang hantarkan ubat kat si Ratih untuk bawak balik. Ratih cakap ok.

Tah kenapa, Ratih kene re-pack balik ubat yang disuruh bawak tu. She realized that the casing tempat ubat dah diubah suai. Cuaklah dia nak bawak. Kalau ubat tu betul vitamin, takde masalah la. Bila dia tengok dah tampered, she called Lila bagi tau. Lila cakap apa tah, I didnt hear that bit. Only Ratih told Lila she wont be carrying the tampered stuff. Gila nak bawak?? Kalau apa apa mesti Ratih yang akan menanggung akibatnya. She took photos of it. I dunno la, apa pun yang Lila kirimkan, it is not right to do that. Kalau betul vitamin, kenapa nak tamper bagai? To me that is malice. Kalau apa jadik, kesian Ratih. Sangat tidak bertanggungjawab! Rasanya Lila nih ada aktiviti sampingan. Ada aktiviti sampingan, janganlah nayakan orang. Bongok!

There was also an incident a few years back. This crew, Alice pergi Surabaya. So kawan dia mintak tolong nak kirimkan susu dalam tin. She said ok. Sampai bilik, she noticed pasal apa tin susu nih berat sangat? Kat tin tulis 1.5 kg. Koq berasa tin tu berat semacam. Dia bukak, nengok tuhhh diaa...she found tu ubat. Macam jamu macam tu la which she suspected illegal stuff to carry to Saudi. Mungkin pil perancang sebab kat sini mende tu haram dibawak. She left the stuff. Tak jadik bawakkan. Macam mana orang boleh jadik sangat evil macam tu? Orang dah baik dah nak tolong bawakkan, and some just take advantage atas kebaikan orang. Evil, kan?

Many years ago, when I was flying private jet, ada satu crew nih buat mende yang hampir sama to me. Masa nak lalu airport security, he passed me his cigarette sebab beg dia masuk x-ray machine and I was behind him. Tanpa pikir panjang, saya masukkan terus dalam my handbag. Nothing happened. Sampai kat luar I gave him back his cigarette. Dia gelak gelak sambil bukak cigarette tu depan saya and told me, he had stashed his marijuana in it. I almost peed in my pant. I kicked him and cursed like a sailor. Kalau kene tangkap masa tu, saya hampir pasti ke tali gantung. Sangat harjads dia nih.

This incident buat saya sanagt phobia kalau ada sesapa kata nak tumpang barang. Jadiklah saya seorang yang sangat paranoid. Kalau boleh elak, saya memang elakkan. Kalau takleh, I make sure I open and check thoroughly before carrying it. Takut pisang berbuah dua kali. U people out there, please check kalau ada orang kekirim barang. Eloklah berhati hati. Kita tak tahu apa niat orang.

Be safe!

Saturday, March 3, 2012

Ya

When ur heart is breaking it is good to have someone u trust to be by ur side. Dengar cerita cinta awak yang tidak adalah kisah yang lebih parah* hahahah* dari kisah awak kinda whining. Yang awak adalah pencinta sejati bla bla bla bla bla. Why cant we accept that everyone have a love story to tell?

When some someone come to u with this, do we, unintentionally, take the opportunity to blabber about our previous failed relationship and makes the person who come to us feel( ke feels, eh?) more depressed?
I am trying my level best not to. I try as much as I can to 'dia busuk lah laa'...'bukan ensem pun' or 'kaki dia cagu lah wey'. Maaf this applies to those who hurt my friends only.

My buddy, The Other Piah is going thru a nasty break up now. My heart bleeds for her. Memang, The Other Piah nih menjengkelkan kerana dia sombong di depan orang, but in private, she broke down too. And she have my waterproof shoulder and my evil plans too in between the hectic flights. This is a really bad time for anyone have a heart break. Flights tengah banyak giler, dengan minimum rest in base or layovers, hati yang patah terpaksa taruk tepi dulu. I am hoping tengah taruk tepi tu, eloklah...mana tau sakgi dah taruk tepi leh lupa terus atau hilang macam kat mana saya taruk listik french-nude tu ari eh?? iskkk!

Siti Nurbaya is still mending her heart too. Teruk jugak dia kene kali nih dengan si Rentung tu. Macam orang hilang semangat nak hidup. Senyum tak lekang, but she suffers a lot. Oh my Baya, my sweet Nurbaya. I think she lost weight too. Paling tak 200grams. Hiks. Mwahhhh! nanti pakai bikini nampak cantik, kan??? eheheheheh.

Mutiara, si gadis cantik dari tanah jawa, datang bertemu saya untuk mencurah isi hati kerana cinta terhalangnya kerana agama menemui titik noktah. Dari awal, dah memang tahu tidak akan bersama tapi menurut runtunan hati untuk mempertahankan rasa di dada. Telah saya ingatkan dulu kepada Mutiara, ini semua akn terjadi. I told her my story of the no-go relationship becoz of religion. Mungkin kerana masih muda dan dunia dia padang pasir nih memang sangat kejam dan sunyi kalau tidak ada sesiapa, Mutiara gagahkan diri, walau tahu rintangan yang akan datang. Mengulit cinta yang sebenar benarnya akan membawa kepada kehancuran hati dan perasaan.

Mutiara pulang ke kampung halaman bebaru ini. Dia beritahu hasrat sang kekasih untuk masuk meminang. Keluarga berbincang. Abang Mutiara kata, sebelum kamu bertanya, kamu sudah tahu jawapan pihak keluarga. Ibu berkata, kalau kekasih kamu mahu mengikut agama kita, ayuh, bila saja, segera dilangsungkan pernikahannya.

Saya teringat ketika ada acara makan malam bersama. Semua datang berkapel kapel. Kalau sebelum makan, pasti berdoa,kan. Semua berdoa sebelum makan. Ikut agama masing masing. Offcourse, eh bestnya, boleh berdoa sebelum makan bersama sama walaupun agama berbeza di meja yang sama. So sweet, macam tu la. Sweet and menyakitkan pada masa yang sama.

Februari 2012, me no likey.

I am going to back to sleep now sebab sakgi nak gi menyembah cart mencarik rezeki. Ada 4 jam lagi before pick up.

It's quite IRONIC that in life, the person that brings out
the best in you and makes you STRONG is actually your
WEAKNESS .... ♥ ~

Thursday, March 1, 2012

Karma

Hehari saya duk nengok ornag duk post pasal karma. Sangat menjengkelkan. Sesikit cakap karma...sok org tu kene karma, org ni kerna karma. Macam yang duk bercakap pasal karma tu tak berkarma. Saya meluat dengan orang selalu cakap..kau buat aku eh...esok karma will bite u back. Eeeeeeeeeee... u are making it sounds like...like u are the inesen tapi orang tetap selalu menjadikan awak tu mangsa. Puh-lease....maybe in some cases u r really innocent, but I am quite certain u have ur hands on the pie too.

Renunglah diri sebelum mengkarma orang sana mengkarma orang sendiri. Sakgi orang tu tak dikarma, awak lak kene karma. Baru akai!!!

Speaking of karma, sekarang saya sudah kena karma. Or orang kampung saya cakap TULAH.

Ha....bencik sangat Arab, my I-will-never-do-that stuff, takde-nye-aku-nak-macengitu, I finally have the taste of my own medicine. Cakap besar,kan? Hambekkkkkkkkk kau Piah. Tak rasa macam nasik tu macam rasa pasir masuk mulut tak lalu makan>> ok ini sadis dan tipu sikit sikit. Yes, sakit. Saya melihat ketulahan saya kali ini sebagai karma. Lenkali, never say never. Itu yang kita tak hendak dan kununnya tak akan buat, itu lah esok dapatnya. Hambeeeeeeekkkk aku kata!

Yes, my heart has been broken. Karma kurma.
Kata The Other Piah pada saya, makan tu TULAH mu.

I will be ok, I know. Dan saya akan bencik Arab lagik. Hiks*tak sesedar rupanya*

Ya hati ikhlas lah hati.

* makan nasik berulam jantung*