Pages

Friday, December 23, 2011

Amik dari internet.

"IF SHE'S BEEN FLYING FOR ONE MONTH"

She blushes at dirty jokes

She wants to marry a captain

She thinks that a flight attendant's work leaves her intelligent

She reads 'What Every Girl Should Know'

She thinks all men are nice

She wears her wings with pride...........

"IF SHE'S BEEN FLYING FOR SIX MONTHS"

She smiles at dirty jokes

She wants to marry a second officer

She thinks that a flight attendant's work leaves her fairly intelligent

She reads 'How to Win Friends and Influence People'

She thinks some men are nice

She wears her wings happily

"IF SHE'S BEEN FLYING FOR ONE YEAR"

She laughs at dirty jokes

She wants to marry a ramp agent

She thinks that a flight attendant's work leaves her intelligent enough

She reads 'The Art of Love'

She hopes some men are nice

She wears her wings doubtfully

"IF SHE'S BEEN FLYING FOR THREE YEARS"

She tells dirty jokes

She wants to marry a man

She thinks that a flight attendant's work leaves her a little intelligence

She reads 'How to Live Alone and Like It'

She knows all men are not nice

She still wears her wings

"IF SHE'S BEEN FLYING FOR FIVE YEARS"

She invents dirty jokes

She wants to marry

She would rather not have to think

She reads 'To Have and to Hold'

She would rather wear a ring

"IF SHE'S BEEN FLYING FOR TEN YEARS"

She is the girl in the dirty jokes

She wants to marry, "but after all, is it really necessary?"

She can't think

She reads 'Fact is Better Than Fiction'

She is glad all men are not nice

She wears a mink..



Thursday, December 22, 2011

Merry Xmas

a)Saya try resepi butter prawn dari blog orang.
Tak de jadiknya sarang sarang tu yer. Haish! Jadiknya macam scramble egg taruk udang. Hak hak hak. Imelda Marcos cakap sedap...lol. Rasa udang kata dia. Si Panjang pun cakap macengitu. Sudahnya, geram saya masukkan cornflakes jek. Makan situ! Duduk dendiam.
So far, resipi yang saya ikut banyaknya yang jadik dari DLL. Pun ada jugak saya ikut dari blog Ribbon.

b) Bilik saya macam tongkang pecah sejak beberapa bulan yang lalu. Nak bahagikan mana baju nak bagi anak sedara di kampung dan mana nak bagi kat orang yg tidak berumah di tepi jalan. Asal nak kemas jek, ada jek orang ajak chatting. Kemasnya bila? Asal nak kemas, kene call-up flight. Asal nak kemas jek, ada lak yang datang rumah nak beritu berini. So akhirnya saya tidur di bilik yang macam sarang tikus. Ok..okkkkkkkkkkkk...saya memang tak suka berkemas. SO my room is off limit. Si Panjang je yang selalu keluar masuk sebab Si Panjang selalu cakap, 'tak pe yanggg, kau kemas bila kau hendak.' Baik la awek nih.

c)Saya dapat email mengatakan syarikat tidak akan membayar kos tiket penerbangan pergi balik saya ke kampung halaman. Tiket disediakan setakat KLIA. Berderau darah saya membacanya. Kalau dorang boleh beri tempoh untuk booking tiket, mungkin saya akan memaksa anak cina Melaka tu untuk membelikannya dulu, tapi kalau dibagi last menet tak ke seribu tambangnya. Ohhhh syarikat ku yang disayangi... saya tidak mampu membeli teket last menet. Apakah saya akan duduk melanguk di lapangan terbang antarabangsa KL dengan tudung bropol ropol lagik. Sah!!!!!! kalau terjumpa bibik dr Dubai tu dia tau saya bohong saya bukan doktor.:P

d)Keluarga di kampung dah post gambar gambar pokok kitmes. Saya merasa sayu sedikit sedikit. Sudah biasa tidak bersama keluarga, tapi sayu ada sikit.. Anak sedara sudah tunjuk baju nak pakai gi gereja di skype, saya tumpang gumbira, sayu sedikit tetap. * lagu I wont be home for Xmas berkumandang. Imelda sudah gantung perhiasan krimas yang dibeli di kedai 5sr di ruang tamu dan pintu. Kerlip kerlip gambar santa claus...hehehe. Mood xmas sangat dia nih.

Thou shalt not weigh more than thy refrigerator.
Merry Xmas everyone.
Be blessed. x x x




Sunday, December 18, 2011

Agak agak

Kalau dah berikat perut, masa orang jemput dinner/ makan sekali, toksah la berlagak..yang nih tak lalu, yang itu tak sedap. Nak makan sedap je. Order yang paling mahal dalam menu, padahal si tukang bayar dan yang lain hanya order yang biasa. Pelangkung sekali baru akai! Order biasa pun kalau dah kat sini rega dia ala kambing setengah ekor ok? Tapi rileks la..toksah la berangan bila orang ajak makan sekali, toksahla take advantage. Tak pepasal si pengajak ada berasa seribu sesalan mengajak dinner sekali. Dari ikhlas nak belanja jadik muka kelat jap di meja makan. Kerlingan dah bertukar tukar dari hujung meja ke meja lagik satu, dan ada anggukkan halus mengiyakan, dia nih esok lusa takde la masuk dalam list untuk diajak sama.

Bila nak order macam sudah takde esok. Yelah dah orang call nak belanja dinner, perlukah order 2 appetiser untuk ko sorang? wahhh kata nak share, tak der yer. Dia pelahap sengsorang. Sapa nak makan kalau dah dibelek beleknya spring rolls dan smackdownnya chicken boxing tu? Dah samapi lak soup, digodeknya macam kacau rendang raya. Sapa nak makan lagik. Makanlah sorang. Dah tu tak habis. Dan pantang saya, orang membazir makanan. Becikkk. Bencik sebencik benciknya. Tak ke kene sedas dua di meja makan? I tried so hard untuk tidak mengaruk di meja makan. Tak baik mengaruk depan rezeki tapi, kadang keceplosan jugak. * nak tampar diri sendiri* Well, lebih baik dari mengata ngata setelah orangnya dah berlalu pergi macam si tukang bayo yang tak berneti ngomel. Takpe. After all, this person dah tahu, I am a total _____> * what ever word u think, is correct*

Ni kes yang tak dijemput pulak. And invited themselves to the party. Masa order, ohhh..I tatau nak order apa la. Sakgi makanan sampai, dia asik asik, rasa sikit leh? Orang tu puya dia rasa sikit. Orang nuu punya dirasa sikit. Orang nih punya dia rasa sikit. Mine puya, ha takpe, awak makanlah semua lambchop tu, saya dah kenyang. Kenyang tak kenyangnya saya, saya dah meluat nak makan sebab meluat dengan perangai yang macengitu sampai hilang selera. Sudahnya dia, dah kenyang lah pulak rasa makanan korang.Siap keluar statement, I dont think so I can eat no more. Cam harjads tak???

Dah lah tak nak spend duit untuk tapi kalau cerita, ooohh dia pergi makan dekat XYZ restaurant yang terbaik di dunia. Makan itu, makan ini. Dia frequent tau, kat restaurant tu, walaupun semua pun tau restaurant tu nak pergi kenelah booking atleast 3weeks before dan pentingnya, dia sangat kedekut. Hidup jadik crew, roster tak menentu, ingat boleh ke main terjah jek temapt yang disebutkan... blah laaaa.

Oooh dia makan mende kat restaurant ZYX sebab restaurant tu sangat fresh meat dia. I have to stop myself from asking, errr..masa awak order lambchop tu, kene gi kandang kambing ke nak pilih kambing bebiri mana awak nak? Alah macam restaurant yang jual seafood tu, ikan duk berenang renang, ketam duk panjat memanjat dalam aquarium. Sangat tak koser ok?

Meluat dengan kununnya hanya makan di restaurant itu ini kerana situ jek la yang served the best food. Pooooorrdah! Sedangkan ada saksi mata cakap, kalau pergi villa orang nih, hanya ada instant noodles jek. Tu pun agaknya yang beli 5 paket, dapat sepeket free. Kalau takde free, agak dia tak beli punya...hak hak hak jahatnya saya. Boleh jalanlah kalau berangan berangan lelebih. Agak agak lah wey. U hardly spend a penny for food,lagik nak cakap besar.

Awak tu crew sama macam semua yang di meja makan tu, toksah berangan lelebih walaupun berangan itu free, bak kata blogger DLL yang sedang buat PHD itu. I can tell you one incident, kita orang fly sekali. Bila saya nak gi makan, nak ikut. pastu, I-tak-makan-I-temankan-you-jek. Apa kejads??

Eeeeeeeee...tak koser sangat.

Saturday, December 17, 2011

satu hari

I flew with some friends.

Dapat lak connecting room kat hotel dengan kawan, apa lagik party la yerk. Satu bilik untuk tidur, satu lagik untuk party.

Feels funny sebab, dulu I drink with them, now I just sat there and chatted to everyone who came. Errrr..tak chat la sangat sebab..orang party , saya duduk dengan laptop main cityville dan makan dan gelak gelak gedik. The hotel ni ada menu kepak ayam goreng berbijan. Teringat lak dekat DLL- http://mysinfulobsession.blogspot.com/ yang ada ada banyak bijan. (* tetappp tak reti bubuh link blog *)
Maka partylah semua mereka yang hadir beberapa jam. Saya yang main cityville tetap tak naik naik level lagik. Citt!

Then, dorang gi another hotel nak sambung party kat sana. I didnt go. Alasan bernas, saya tak tidur lagik sejak landed yang pickup pukul 3 pagi. Penat. Main cityville takpe. Yang lain penat. Kene gak carut sebakul dua. But I was really tired dan I doubt I will enjoy the party la. Saya kan antisocial dah tetua nih.

Pergilah dorang berparty di hotel yang lain. Saya main cityville di dalam keadaan yang aman dan tenteram. Crew yang dapat bilik sebelah tu, balik after few hours. Dorang ingat saya dah tidur, idak yer..duk melanguk membina kota angan angan di FB lagik. Ordered lagik makan dan minum di bilik. Haissshh!

Well, dah kawan tu balik dari sessi minum, sah sah lah merepek repek cakapnya kan?
Segala cete mak nenek semua keluar. Pendek kata segala masalah dia dalam dunia dari kewujudan dia dan segalanya dicakapnya. I have learned that people often tells the truth bila kepala dah tak betul, under the influence of alcohol. Layan jek la. Macam ni gaknya dulu masa I used to drink. Sangat mengjengkelkan, kan.

Antara cerita yang menarik adalah cerita juruterbang di hujung compound yang kacak itu. I found out yang juruterbang cohomel itu seorang haji Bakhil. Demmmmmmmmmmm!!! Dah saya takleh jadik stalker, secret admirer dia dah. Demmm demmm demmm... terus jadik tak minat dah.

Pun cerita di pesawat ada hantu. Di lorong nak pergi ke crew room di certain airport tu ada crew amik gambar ada lak gambar budak lelaki kecik tak pakai baju cam ropa hantu kat dalam TV tu. Ayooo yooo... ngeri wey.

Dengan ini say amengucapkan tahniah kepada diri sendiri yang sudah tidak menyentuh alkohol. Saya rasa macam perempuan suci jek...hahahahhahahahaha.

Take care peeps.

Sunday, December 11, 2011

mintak duit

My 19years old niece beritahu, semalam masa dia keluar makan dengan kawan dia, she was approached by a man. Mintak duit buat tambang bas balik Johor. Dalm poket dia ada hanya 30rm. Lelaki tu mintak kat dia 20rm. Dia cakp kat lelaki tu, jangan tipu sebab aku betul betul kesian. So she gave him the 20rm. Tah ye tah tidak, Tuhan jek yang tahu orang tu betul ke nak buat tambang balik atau saja nak pauuu duit my niece. Tapi setau saya, tambang ke Larkin ialah 25rm. Dia ada 5rm lagik la kut. Bersangka baik.

Baiknya anak sedara aku sorang nih. Kesian kat orang. I admire her for that. At the same time I felt dia dah kene tipu. But I am glad for two thing. One sebab anak sedara saya nih baik hati dan nak tolong orang walaupun stranger. Two she is not harmed. Hendaknya dia kata taknak kasik, kalau orang tu tetiba ragut dia ke...tolak dia ke...tak ke susah. I am glad she is ok.

I have my own fair share of experience macam nih. I gave. Sebab awalnya memang kesian. Kendian..masa kalikedua kene, I thought baik bagi jek dari kene musibah. Kita tak tau orang tu akan buat apa kalau kita tak bagi.

I have seen too, dekat komuter di Nilai, mamat india nih, muka kesian giler. Gossssshhh muka dia betul betul muka kesian. Dia mintak duit kat orang lain lah masa tu..not to me..but I saw dia mintak duit tu. Then a few month later I saw him again, doing the same thing. I guess nih modus operandi dia lah lepak kat stesen tu mintak duit kat orang buat tambang.

Macam macam tektik orang nak mintak duit. They will come to u dengan muka kesian giler, u give. Elakkan bersendirian. Tu yang selalu diapproach oleh mereka mereka ni.
Kita tak tau kalau mereka berkerja sendiri atau berkumpulan. dan pls pls dont ever be rude. Takut kalau dia naik hantu dan cederakan kita.

I dunno kalau orang lain ada gak pengalaman macam nih.

And to the person yang anak buah saya bagi duit tu hari, it is halal if u are really in need.

Macam mana nak combat mende mende nih eh?

Friday, December 9, 2011

Tentang dorang tu hari

Upadate tentang crew yang kene tangkap di mall tu hari.

Dua orang nih pergi mall. Jalan asing asing.
Tak jauh la dari masing but tak jalan sama.
Masuklah waktu solat.
Yang pompuannya baru lepas beli makan di food court.
Yang lelaki tgh siap nak pergi solat di area sembahyang.
Tetiba dia ditegur oleh seorang lelaki arab 1.
Orang tu tanya dia, tu madam kah??
Yang lelaki nih bendul jawab, bukan, tu kawan saya.
Lelaki arab satu bagi isyarat dekat lelaki arab2.
Laki laki arab2 terus dekati si cewek yang rambut mayang mengurai, dan dihangkutlah mereka ke balai. Ternyata lelaki arab1 dan 2 itu religious police.

Si cewek sudah kene sign confession in bahasa arab yang dia tak tau apa mende yang dia dah sign.
Yang cowoknya itu, sudah dibebaskan. Mungkin masa ni tengah pack barang untuk segara dipulangkan sebelum kes ni berpanjangan. Lucky, dia nih crew. Urusan dia dipulangkan tu cepat dapat dibuat.

Sekarang nih masalah dengan si cewek ini.
Based on past experience, kalau pompuan kene tangkap selalunya dicharged as sharmutah. Sharmutah ialah perempuan tidak bermoral. Menjual diri.
Stakat nih, takde berita lagi dari si cewek yang masih di tahan. Saya masih lagik di luar Jeddah, lom tau lagik. Harap harap sampai sok, si cewek nih dah bebas dan segera dipulangkan. I am afraid for her, especially dia dah sign some black & white and not knowing what she signed for.

Tu hari saya ada tegur budak permpuan nih pakai short dengan tank top dalam abaya. Pakai abaya pun janganlah pakai short kat dalam. Kalau kat tempat lain selain bumi arab mungkin buleh lah sarung jubah tu dan that's it. Here, janganlah sesekali. Pakai seluar panjang. Pakai baju lengkap. Jangan amik pandah sambil lewa. This might be small thing for some but it can get us into unnecessary trouble.

Take care.

Thursday, December 8, 2011

Tukar tukar

Habibyyyyyyyyyy!Lalalallalallalallalaallalallalalallalalalla..

Semalam deadhead dari Jeddah ke Medina.
Sampai sampai Medina takleh check in sebab rooms semua penuh. Melanguk kat crew room selama 4 jam. Saya bukak bekal, lauk daging berlado. Makan dengan crew lain. Yang tak bawak bekal order KFC. Saya dah terkena tunggu KFC nye delivery sampai call time tak sesampai. Semalam sampai after 2 hrs budak budak tu.

Kalau delay dapat bilik, maknanya my flying limitation terjejas. Dah rasa rasa macam akan terjejas. Barang barang untuk cik Nana dah siap. Beg berat giler nih. Teket Ombak Rindu nak nengok Hariz dah book.

Aoakan daya, konfemmmm, my KL flight diremove. Instead, flight saya diperalihkan ke Surabaya. My set is only legal to operate Surabaya yang departure dia kendian dari KL flt. Set lagik satu dimasukkan to operate KL. My set gi Surabaya. Danggggggggg!

I am chanting.
* it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,it pays the bills, it pays the bills, it pays the bill,*

Maafkan Piah, cik Nana.

Wednesday, December 7, 2011

Kene tangkap

Bulan lepas, ada keluar memo pasal tak leh gi mall of Arabia. Banyak muttawa dan tidak dibenarkan pergi ke situ dengan bukan mahram.

Sebabnya, ada crew Tomyum nih kene tangkap berlepak bersama sama bukan mahram. Kene tangkap dengan muttawa. Bawak gi balai segala. Nasib baik sempat info kat office. So pasukan penyelamat dihantar untuk menolong membebaskan dorang.

Before dorang yang seramai 7 budak tomyum nih kene, ada satu crew dari seberang kene tangkap dengan boifren dia yang berasal dari negara isteri Tok Uban di mall yang sama. Yang nih parah sikit. Tah cemna minah nih kene sign confession letter. Dia macam kene paksa sign sedangkan dia tatau apa yang dia sign. Rupanya surat tu tulis dia kene rogol di mall. I dunno napa leh bertukar cerita macam tu, sedangkan dia ditangkap oleh muttawa tu di family section tengah melahap burger dengan pak we dia. pasukan penyelamat telah berjaya mengeluarkan dia dari lokap di sini dan setelah beberapa ketika, dia dihantar pulang untuk menyelamatkan dia dari mendapat lebih masalah.Memang salah dia keluar dengan bukan mahram. Harusnya keluar pun dengan sesama perempuan. tapi yelah...karipap karipap cinta gamaknya.

Ni baru kejap ada lagik krew dari seberang kene tangkap di mall yang sama. Di family section jugak. Haishhhhhhhhhh! Katuk kepala dorang nih baru tau. Dah keluar dah memo cakap mall tu off limit TETAPPPPPPPPPPPP nak pergi laki pempuan. Ingat nih Las Vegas ke? Tatau untung nasib dorang dua nih. Kenapalah degil sangat? Dah cakap takleh gi mall situ...nakkkk jugak. Sekarang sapa yang susah?? Mereka dan keluarga mereka jugak. Harap mereka tak de pengalaman yang buruk dan selamat balik ke compound.

If u r in Jeddah, jangan pergi mall of arabia unless with ur mahram. Nak gi sesama perempuan tak pe. Tutup aurat. Pakai hijab. Kalau tak sesak napas, boleh pakai niqab. Elakkan berbual dengan lelaki yang bukan mahram. Ini tanah orang, kita kene lah ikut undang undang dia. Dia cakap tak leh ..takleh aaa..Ikutkan saja.

Kata dulang

I am irritated with person(s) yang duk post pasal this person that person from pembangkang/government. Sokong mana ndak. Pangkah mana ndak. Go ahead. Make the difference.

Maksaklahnya, nak mengata orang itu menyontot, AWAK nampakkah adegan Omega-time-is-up-with-cina-doll? Atau sekadar mendengar and convinced by other people stories abt some other people yang awak tak sokong? Maksaklah dia menyontot ke idak..itu antara dia dengan Tuhan. Kita yang tak nampak nih, toksah pung pang lelebih. Sama macam harta Ismet Ulam Raja di Turkimenistan, Askan, Goaheadgostan. Orang cerita ceriti, kita percaya bulat bulat dan start having perceptions ..ohh dia nih makan duit rakyat, bla bla bla.... Dosa orang makan duit rakyat, dosa orang menyontot atau rela disontot..itu dosa dia. Dosa kita mempung pang cerita itu, itu DOSA KITA. Usahlah ooooiiiii.

Ok I admit saya ada gak mengata Tok Uban bila Tok Ubat kawen dgn pramugari usia 28tahun tu. I did. But not becoz of my political views, but ...heyyy mere mortal I am, jeles awek tu dapat laki kaya.

Friday, December 2, 2011

arrrrhhhhh!

Mende yang saya kurang suka waktu winter ialah : sejuknya mak ai masa duduk atas toilet bowl! Dah tau toilet bowl tu sejuk, tapi it never fail to jolt my systems bila mata cepek sebelah bangun tetengah malam gi toilet. apakah dikau merasakan apa yang saya rasakan?

Samalah seperti, tunggu roti keluar dari toaster. Ngadap mende tu..sakgi "pop" dah siap, tak Kusssssssssssssss semangat!

Or maybe it is just me?