Pages

Saturday, May 24, 2014

Update

Saya berada di tanahair untuk beberapa ketika. Tidaklah saya mengembur gemburkan kepulangan saya kerana saya takut tidak terkejar nak berjumpa semua kengkawan.

Naik teksi.
Uncle cina teksi nih bagi jalan kat orang bagi keluar simpang.
Dia bukan bagi jalan sahaja, siap tengokkan jalan nak bagi kereta tu keluar.

Naik lrt ke Ampang Park.
Dua budak India, panggil saya.
Saya cuak dah.
Rupanya nak bagi tau duit saya hampir terjatuh dari poket belakang saya.

Berdiri dalam komuter, satu awek nih keding giler termengah masuk.
Muka dia pucat giler.
Satu budak pompuan bertudung berbeg beg bagai bangun bagi tempat duduk dia.

Di komuter station subangjaya. Satu budak lelaki dressing comel terkejar lif saya naik. Saya naik lif sebab saya terhegeh hegeh bawak 3 beg. Sebelum tu, kakak yang jual air kat tangga stesen komuter subang tu bagi suruh pakai lif. Saya tak tahu pun ada lif di komuter station, hiks. Thank you kakak.
Back to the budak comel. Dia tolong saya tarik b3g saya. I heard kawan dia cakap, oh ko lari tadik sebab nak tolong kakak tu.... dia kene usik lah kut sebab tolong saya lah kut.

Naik kete dengan kawan, dia berhenti di zebra crossing, bagi orang jalan. Kata dia, itu guna zebra crossing, kereta harus berhenti bagi orang jalan kaki melintas. Tak sesia duduk di negara orang putih, awak bawak balik budaya positif dia.

Di station klsentral, orang berbaris naik lrt.
Adalah berebut naik sesikit, tapi dalam berbaris jugak. I m impressed.

Saya temankan kakak hantar anak buah masuk matrikulasi.
Mendaftar di hari kedua.
Masa mendaftar, berduyun lah orang.
I saw a boy, tolong pelajar yang abru datang angkatkan beg.
Then lepas abis anak buah masuk dan settle, I saw the same boy tolong orang lain pulak.
Saya ada borak dengan dia.
Kenalkah dia.
Tak kata dia.
Saja tolong. Sebab dia dah masuk semalam. Dah settle.
So dari tak buat apa, gi tolong orang.
Bertuahnya mak bapak kau, nak.

Minum kopi.
Saya nampak orang nih abis isap rokok, dia kutip sekali pumtung rokok  yang bersepah dan buangkan dlam tong sampah. Orang nih bukan pekerja pembersihan di pusat membeli beli belah tu ye.

Di mekdonel, saya nampak orang bersihkan mejanya sendiri. Abis makan, buang sisa dalam tong sampah. Org mekdonel tu tinggal lapkan meja sahaja.

Sweet kan dorang dorang ni semua.



Saturday, May 3, 2014

Hapdate

Hai.
Saya tidak melarikan diri bersama jejaka dari Lombok seperti tuduhan liar JessiKiah.

Banyak mende jadik dalam tempoh selama tidak berblog ini.
Bermula dengan kebakaran di villa saya.
Yang mana habis dijilat api tu abis lah.
Yang tak kene makan dek api, kenelah bersihkan.

Saya pulak seorang pemalas yang amat.

Lucky for me, I have friends yang baik hati menolong saya membasuh basuh segala yang terselamat.
TIdak ada kata, be strong. Tiada kata kata semangat.
Yang ada..
Piah aku amek suitcase aku, jumpa kat villa kau.
nih Piah, baju tidur.
nih baju kau pakai setara waktu nih.
Ini berus gigi, ubat gigi, syampu dan sabun mandi untuk kau. Jangan komplen jenama apa atau perasa apa..lol. 
Office attire nih aku settlekan.
Yang lain sort outkan segala baju.
Segala barang dapur yang terselamat, Milone basuh dan sterilizedkan.

Saya redhakan apa yang jadik.
Mungkin saya ada kurang bersedekah atau saya diberi peringatan.
Benarlah, kalau Tuhan nak amek dari kita, sekelip mata.

Saya gi makanpaksa di rumah MonteMon masa rumah saya terbakar.
Kalau tak dipaksa pergi makan dengan dia tu hari, mungkin saya jugak rentung sekali sebab saya baru balik kerja.
Biasa kalau balik kerja saya tidur mati.
Saya bersyukur kerana hari itu patutnya Dumillah datang dan berehat dengan saya.
Tapi dia tak larat so dia tertidur di sofa rumahnya.
 Dalam keadaan biasa, sudah pasti kami bertengkar, tapi rupanya itu penyelamat nyawa kami.
Who would have known.

Begitu jugak awak.. selalu kita tak nampak hikmahnya, until.. errr in my case, villa saya terbakar.

Dont take anything granted.
Hargai hidup