Pages

Sunday, April 29, 2012

Sila lah

Perangai perangai orang masa buat recurrent class

Mesti ada yang kerja dia melaram.

Contohnya saya...hahahha. Entah masuk tah tidak lectures tu perkara kedua. Yang penting datang kelas sure pakai baju yang sepuluh kali pakai taruk balik tukar lain. Tahhhh...habit pempuan gaknya. Yang vain la...lol yang tak vain, pakai sarung jek. Which I always did in the previous years. Dah tua tua nih, rasa nak melaram entahhhhh... Kasut harus lah tinggi melangit bagi tongek lebih...hahahahah. Ingat kalau lunch break tu lebih dari sejam sure nak tukar baju lain...kasut lain apakan daya, masa mencemburuiku.. I am a pysho! I know...I know...apalah nak dilaramkan but hey..sesekali jek. tahun dulu dulu, saya mesti datang dengan berkemeja bertali leher bagai mengalahkan budak lelaki...this year jek buang tebiat berdress bagai. I collect starbuck nyer tumbler, sajek lah..menayang nayang gi kelas bekal air. Kunun saya tak pakai cawan kertas sebab saya prihatin dengan environment. Uwerksss!!. Muhong semua tu...dustaaaa!! Saya suka menunjuk harta kekayaan saya yang berupa starbuck tumblers tu. Ngeh ngeh ngeh.

Dalam kelas, mesti ada yang dialah yang terer...ini ada beberapa dalam kelas saya tahun nih. Meluattttt yang amat. Ohh dialah ikut procedures di atas kapal. Sedangkan nan hadooo! Cakap memang best...Apa yang dibincangkan, dia jerrrrrrrr yang selalu buat di batas batas company satndard. Tak pernah alpa lah. Itu kalau ikut cakap dia lah...kalau ikut apa yang dia buat di aats kapal, dia nih tak layak pun jadik crew. Brengsek giler atas kapal, tapi dalam kelas macam best. Cihipek!!! Sesekali saya bagi jelingan manja, dan tersentak jugak dia dari berangan dia. Kang bukak mulut bukak pekung lu baru tau...ngeh ngeh ngeh. I am bad, I know. I waited for this person to bukak mulut yang aneh aneh..memang saya bagi barang sebakul dua. Mujur dah kene jeling mengisyaratkan lu diammmm, dia faham dan kuncup macam payung.

Bila buat kerja kumpulan, ada satu nih, dia jek nak bercakap. Tak bagi langsung orang dalam group dia peluang. Porrrddddddddahh! Wey, kok yer pun, it is courtesy la nak bagi orang lain peluang mengutarakan buah pikiran dia. Nih dia lah yang tulis kat manila kad ...dia lah present, dialah yang tak berenti membebel. Meluat aiiiiii.. Ini bukan group saya. Group saya main tolak tolak. Kau lah buat, aku dah tulis,. Kau lah present sebab aku dah bagi idea. Heheheheh. Me?? Berdiri tegak macam patung cendana. My time dah over. It is nice to have young ones presenting their ideas. I can learn from them. Kalau sesangkut, back up lah kan. . Jangan risau, I got ur back buddy. Kan team work?

Ada homework jek, pepagi sure kene kejar sebab kawan nak tiru. Malam abis kelas patut buat homework, dorang terbongkang gaknya tidur..tak buat. Pagi pagi terhegeh hegeh nak buat.  Saya tak meniru dari rakan sekelas, tapi saya telah tanya Panjang sebab Panjang buat kelas sebelum saya. Hiks. Satu jekkk!! seryes..satu jek yang saya tanya Panjang cam ne nak buat. Dan sesungguhnya itu adalah perbuatan yang salah kerana Panjang telah tidak membuat kerja sekolah dia kerana sibuk bercintan cintun. Dan tah kenapa...yang satu saya tak buat tu lah yang instructor tanya saya di khalayak ramai. Tak leh nak putar alam..sebab itu berkenaan muka surat berapakah adanya informasi yang ditanyakan. :P Mati kudasai!

Dalam kelas saya nih, ada satu yang saya tak berkenaan. Ada kes masa fly dengan saya sedikit masa lalu. Ok saya berdendam. Saya juga ada sedikit hati yang kehitaman. Dia nih menjengkelkan la. Dalam kelas asik nak mengomplen itu ini. Mual laaaaa. Instructor cakap dia la mengiyakan beriya iya. Sangat Kak Nam. Mecik I. Nampak ngat membodek nya. Eeeee meluat. Ok..I am bias. Memang saya tak suka dia. Saya tak suka orang melampau lampau sangat bodeknya. Cit! Masa dalam kelas, tiap kali dia menonsense, saya mesti pandang sorang lagik budak Malaysia, dan budak Mesia nih faham sangat. Saya dah menghasut dia tak suka si Bangla nih. Ada satu kali kami berpandangan, budak Mesia nih buat muka meluat, macam terkantoi dgn Instructor...lol dia pura pura menguap. Saya tak kantoi sebab saya muka selamba. Macam takde apa. Hiks!

Banyak lagik nak mengata pasal budak budak kelas saya, tapi The Other Piah ajak dinner kat restoran sambil bertukar gosip dan mengutuk orang kiri kanan. Macam siakkkk perangai dua orang. Ok Double Piah nak gi makan makan.

Oh... oh..saya lulus dengan sangat cemerlang exam hari ni, Answered 75 question dalam masa 7 minit, cumanya tahun ni saya nomor dua keluar dari kelas. Saya lebih suka dapat nomor satu keluar kelas. Tahun nih crown saya dirampas. Cissss!  Tak pe esok masih ada...macam citer Jins Shamsuddin. Esok First Aid. Nak dapat nomor satu habiskan exam. Hak hak hak...sekang kamu tahulah betapa bongoknya saya.

Saya sangat memahami kalau awak mual dgn entry ini.





Friday, April 27, 2012

Kelas

Slept early last night. Bangun sebelummmm subuh dah nih.
Hari nih start recurrent class. Safety, first aid bagai tu la.
For the past few days yang cuti ni, I went mall-hopping.
Semua yang akan buat recurrent class nih menyibukkkk gi mall beli baju.
Saya gi beli daun basil, sayur dan ayam saja.
Bukannya patut belek buku manual yang tebalnya 3 inci tu ke?

Saya? ...nak pakai beles matessss pelezes macam bulu matesss pelezesss pelakon yg asik keluar majalah sebab cantek* tapi drama apa dia berlakon eh?* Baru lah berat mata memandang, kan?? Kalau tertidur masa kelas berjalan, agak agak kalau salahkan gam bulu mata pelesu ok dak?
Keleeeechekkkk* Amik gambar,  upload terus. Kelecheeeeeekkk*

Ohhh...pakai baju cantik pergi kelas lebih penting..sebab kang nak tayang tayang kat FB. Kalau artis ada red carpet event macengitu...crew pulak red carpet moment memang sewaktu buat kelas nih. Memasing menayang harta kekayaan *lol*. Kalau buleh, nak kelas bersambung sampai berhari hari supaya boleh mengeluarkan koleksi handbag macam Kak Ros mengelek Birkin..EH!

Keleeeechekkkk* Amik gambar lagik. Kelecheeeeeekkk*

Kang lepas kelas, saya akan menceritakan beberapa perangai orang masa buat kelas recurrent saya.
Dari pengalaman lalu saya, akan banyaklah soklan yang ~macam mana kau boleh pikir nak tanya soklan tu eh?~ in the class kejap kang.

 Di pemikiran saya yang cetek ini, pakai baju cantek mesti leh jawab soklan dengan jayanya. Instructor pun segan nak tetanya lelebih sebab baju cantek, kan??Kannn kann??


Tuesday, April 24, 2012

Cheating death

Remember tu hari saya balik dari Islamabad, kan>? Yang I posted about passenger yang nama dia Butt tu?

Sebab terlalu penat balik flight tu saya terus tidur.. Esoknya, saya terkujat dapat tahu, ada kapal B737-200 Bhoja Air terhempas about 10 km dari airport sebaik sahaja kapal saya berlepas landas dari Benazir Bhutto* vulgar siot nama nih*. Meremang bulu roma ok?

Masa nak flight briefing hari tu, memang kapten dah cakap we were expecting bad weather 1 jam 20 min sebelum mendarat dan out of Islamabad. And masa take off tu seryes kapal tu hari bergegar gegar, tapi sebab dah biasa and our flight deck crew were very experienced pilots, kita orang tak de la macam takut ke apa. We flew the B747-400, so kapal jumbo nih memang lah lebih gagah dari B737-200 Bhoja Air tu.

All 127 onboard, 121 passengers  and 6 crews perished in that tragedy. May God show mercy on them.
 Kapal tu terhempas dekat rumah orang, dan nasib baik, takde lagik selain dari yang atas kapal tu yang terkorban.

This is the second time macam nih jadik. Tahun 1995, waktu berkebaya hijau, kapal F50. The last sector sebelum kapal tu terhempas di Tawau,  saya yang hand over. Saya tgh makan bila the crew yang I flew ari tu called beritahu kapal yang kita orang baru turun tu crashed. Both cabin crew survived. 34 passengers and the pilot perished. May God show them mercy.

And..saya bencik orang suka cakap, biasanya kapal terbang kalau terhempas, it will happen in 3s. Mulut dorang nih capui laaaaa..

Safe skies to all my comrades in the sky!








Monday, April 23, 2012

cuti

Akhirnya..setelah fly berhari hari with minimum rest hours, saya cuti!!! Yeah yeah! I finally get my 5 days off. Kendian, akan buat recurrent class. 5 hari. So till my departure to pulau dewata, saya tidak akan menyarung uniform sehinggalah saya kembali ke base lagik bulan 6 karang. Ngeh ngeh ngeh. Riang hati ku badan bertuah...! Dulu masa arwah Sudirman nyanyi I think it was brilliant, now when I sing it, kenapa sound so bangkai eh>>?? Ooh sora hazab...
 




Saturday, April 21, 2012

Teringin

I am craving for :
1) nasik kerabu or the nasik dagang di Kampung Baru. Dont talk abt getting it in Dungung  ye Pok Deng. Mak Piah jegil kang.

2) nasik beringin dan satay di MUOR, and and....air pear ( seryes, ada air pear ni sedap dan hanya didapati di Muor)

3) rendang Tok, nih tak kira la..janji rendang tok yang kering tu confirm sedap. Ni kalau ada sesapa niaga rendang tok...pls let me know. I wud like to buy a few kilos untuk bawak balik ke bumi Anbia.

4) Acar buah yang kenduri kawin tu, tak kiralah sapa kawin.

5) Nasik kandar Lawood. Ni salah Mak Itam, Mak Itam yang bawak gi makan kat sana. I mencik U Mak Itam.

6) Rojak Kucey, Kuching.

7) Char Kuay Tiaw. Taugeh extra!

8) Laksa Sarawak my Kak Lang buat. * but I think mine is better...ngeh ngeh ngeh, my favourite niece yang cakap....*

9) Kaki ayammmmmmmm...oh demmmm! Ni tak kira, nak dia sup ke, nak dia kari ke, kacangma ke, atau dimsum.

10) Sayur bayam oooh em jee! Kak Long selalu masakkan nih sebab nih jek mende yang senang dia nak buat. Selalu 3 ikat beli kat pasar, saya sorang yang belasah. Bad manners!

11) mee kosong dgn soup campur Kuching. 

12) mee jawa...nih tak tau mana nak carik. I am talking about mee jawa versi sarawak. Yang dapat satay barang tiga emapt cucuk. Dulu when I was small, depan office ex-father nyer office, dekat pelabuhan in Miri town.

13) kuihhhhhhhhhh .If anyone of u know a good one. Do let me know,  please.
  a) my all-time favourite kuih cara berlauk. Ni dulu ada org buat kat rumah, kat Damansara. Tatau mana nak carik
   b) kole kacang...kalau orang buat sedap, dia nyer taik minyak tu memang lah marbeles. Tapi nowadays, orang buat asal boleh jek. I have tried a few. Na-ah.
   c) seri muka, dulu pernah buat. Jadik...dan sedap..lol. Lama dah..I totally forgot how. Plus mana nak cekau fresh santan sini? Nih kene pakai santan betul bukan satang pekek atau satang ting. Yang bahagian atas dia kalau molek jek..tak berapa sedap. Yang sedap tu yg sentuh jek kemek. Tu betul kalau sentuh jek kemek.
   d) hehehe KUIH BAKOR..ohh kuih BAKOR.Kuih bako is horrific to my horrific thigh, but who is looking at my thighs anyway.

ok 13 items dulu, for now. I will go to the pathetic restaurant in the compound. 




Baca ok?

Sebab fungsi utama saya di atas kapal is to take care of passengers, here let me share this with u guys.
Who knows, it might help u or people around u. God forbid u have to deal with it, but if u, u at least have some idea on how to react.

STROKE: Remember the first 3 letters : STR

STROKE IDENTIFICATION:
During a party, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine and just tripped over a brick because of her new shoes. (they offered to call ambulance)

They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening. Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00pm , Ingrid passed away.)
She had suffered a stroke at the party . Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today.

Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead. It only takes a minute to read this...

STROKE IDENTIFICATION:

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Remember the '3' steps, STR . Read and Learn!
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster.
The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions :

S * Ask the individual to SMILE ..
T * = TALK. Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (eg 'It is sunny out today').
R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS .

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call the ambulance and describe the symptoms to the dispatcher.

NOTE : Another 'sign' of a stroke is
1. Ask the person to 'stick' out their tongue.
2. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke.

Vontots

I did ISB semalam. Masa dia nih tunjuk  boarding pass..I was like biar betul engkau nih nama macam gini. Tapi kita tatau lah dalam bahasa dia maksud butt tu apa, but seriously, I had to hold myself from gelak.

Dia naik dengan nenek dia yang partially blind. Saya tukarkan seat dia orang near my station. Sebab nenek dia. Kesian nenek dia jauh nak menapak kalau dia nak gi toilet ke nak minum ke.. I briefed nenek dia berapa seats untuk sampai ke exit in case of emergency and all that nonsense la.

I told the nenek nak pani, panggil jek, sebab saya dekat.  Hehehehe tak berenti dia nak mempani ye...lol. Tak pe, nenek dah tua. Saya ikutlan kehendak nenek. lagipun cuma pani jek. Saya bisik kat nenek, nenek, jangan jerit jerit...panggil sahaja. SAYA DEKAT!!! Kalau nenek jerit jerit nanti saya panik dengar nenek menjerit. Nenek geleng geleng, sangat trademark dari benua itu.

Ehhh...saya beri perhatian kat nenek, si BUTT nih leh lenaaaaaaaaaaaa sepanjang flight. Gerammmm jek nengok. Chaitttt! Butthurt eh?


p.s : I dont like this new blog system ...tak reti la...* geleng geleng*

mende ni?

errr...clicked dekat nu pe nama dia dashboard for blogger. Apa nih?? Macam mana nak guna nih? Adesh!

Tuesday, April 17, 2012

My Mak Men

Dia kakak emak saya.
Dia sangat cantik.
Dalam beradik emak, dialah yang paling cantek.
Her beauty was a legend.

She married her first husband when she was very young. He was so possessive and eventually become abusive. Mentally, that is. She already had her first child, my cousin brother, when she decided to walk away from that marriage.

Zaman dulu dulu, di Sarawak kalau nak mintak cerai haruslah pergi berjumpa Tuan Residen or was it Tuan DO, I dont remember. Masa dia mintak cerai tu, first husband dia cakap tak nak bagi anak. She bravely said the ex husband can keep the child. Tergamam semua orang masa tu. Takde sapa sangka dia seberani itu dan se-determine itu untuk divorce dengan laki nya. Bear in mind, that was in the 50's. Tuan Residen/Tuan DO tu yang orang putih tu sendiri terkujat! Disebabkan saya adalah anak sedara dia yang kepoci sangat, I did asked her, what made her did that, dia cakap, he is my son. He will understand, And he will find me when the time comes. And true enough, my cousin brother did look his mother up. :-)

Seminggu lepas her divorced was final, Tuan Residen/Tuan DO came and asked for her hand! He was very impressed of how this kampung girl, stood up for herself. She agreed to marry him. From this second mariage, she got a daughter. My very pretty cousin. She is more a sister than a cousin to me. Some rather how, bila masa orang putih di Sarawak kene hand over to the locals, the marriage was cut short sebab my late grandma tak bagi dia ikut laki dia balik ke negara asal. Orang dulu dulu....*sigh* Takut makcik saay nih diseksa atau kene jual jadik hamba ke apa ke di tanah asing.

Being a good daughter, dia ikutkan kehendak my grandma. Took her a long time before she remarried. She was introduced to the third husband by my Kher. Kher yang kenalkan. From third husband, I got another four cousins. The third husband worship the gound that she walks on. Sweet, kan???

Kata emak, saya mewarisi banyak perangai nonsense saya dari dia. We have the same way of doing things. Emak kata, saya nih semua mende nak berprocedure...sebijik perangai kakak dia. Dan banyak perangai aneh aneh saya adalah sama dengan perangai dia. I used to hate it when mother says that. Then after sometimes, I realized, ada betulnya. Banyak actually perangai dia dengan saya yang sama. Terutama bab meroyan tak tentu pasal. Sayangnya, I dont have her legendary beauty. Isssskkk...hat nonsense dapat, hat lawa dia tak dek. Uwerks!

Today, balik dari flight, I read on newsfeed FB of her passing. I became numb. My niece left a message on my YM cakap ' nenek dah tak leh nak diselamatkan lagi'. Sesaknya nafas saya. I just spoke to her 3 days ago :(( on skype. Dia cakap, kesiannya aku tengok kau nih, duduk jauh jauh dari keluarga nak carik makan.

Dear Mak Men,
anakanda doakan Mak Men tenang di sana. Cukuplah derita Mak Men yang berulang alik buat dialisis kat sepital tu semua. Anakanda sedih sebab anakanda tak dapat balik untuk menghantar Mak Men ke persemadian.
Maafkan anakanda.

Monday, April 16, 2012

Paku buah keras

Selamat pagi dunia.....heheheheh. mangkit nih takdak pikiaq soal matikk dah. LOL. What a psycho-bitch I am!

Nih nak tanya..angpa ada dak orang disekeliling angpa yang mana 'apa pun ang buat/ ang cakap, I am RIGHT?'

I have one. I will call her, KakNamTequila. U can make out dr negara mana dia datang lah.
Takdir menentukan I got KakNam as my new villamate. Sistem perumahan di sini agak kacau. Grrrrr* Takde dah dak Imelda Marcos dan rakan rakan sekabayannya duduk dengan saya.

Sedikit masa lalu, I was a bit down. And so happened, KakNam Tequila berjaya membuat saya bercakap tentang what I was going thru. HAikkk...ingatkan dia nak dengar saya melampiaskan derita, eeehhhh...dia amik kesempatan lak nak menunjuk terer, yang dia hebat. Demmmmmmmm! Elok saya down sikit jek...dia telah berjaya menjerumuskan saya ke ruang yang lebih dalam...she made me feel I wasnt good enough for what I wanted. I was like...apa nih???? Janganlah tambah derita di dalam diri saya.

I made a mental note to self, untuk tak buat macam tu pada orang lain. Anyway, I got over it and take it as rezeki itu sudah tertulis.

Semalam, I had dinner outside the compound dengan kawan lama yang datang dari Dammam. Dah lewat la saya sampai rumah. Kul satu pagi macamtu, I found KakNamTequila dengan muka menderita dekat living hall. Saya tak sampai hati pulak nengok dia macam down. So I sat for a while, bertanya khabar. I was not sleepy anyway. **balik jumpa jantan memanglah tak sleepy,kan. Kah kah kah!**

Now she is going thru exactly what I went thru when she menunjuk terer to me a while back. Seryes, saya simpati. I know how it feels to want something u think u deserved. So I listened for a while. Takpe lah..tu hari dia buat saya rasa tambah sedih, I dont have to do the same. Dok ingat nih dalam kepala, biarlah orang buat kita, janji kita tak buat orang. I just listened to what she wanted to say. Ermmmm...ermmm dan err..yes..yes...angguk sikit sikit. * feeling saya seorang yang memahamilah sampailahhhhhhhhhhh....dia menunjuk terer lagik. I was like...hahhhhhhh?? U gotta be kidding me!!! I got fed-up and bagi pulangkan paku buah keras aaaa...light light jek. I said, 'what ever I say, you are always right.!' Tak tahan lah wey. Dia jek yang terer, dia jek best.
I said my good night and went to my room. Duduk kau situ sulking the whole night!!!

Saya kesian jugak, tapi orang putih nih memang tak leh layan sangat. Kang semalaman saya tak tidur mendengar cerita kehebatan dia.

Saturday, April 14, 2012

Sesekali.

Balik awal pagi tadik dari Tehran.
Ada 13 wheelchair. Passengers yang dah tak larat nak jalan and going for umrah.
Terdetik dalam hati when I look at this people, esok aku dah tua macam nih la.
What will happened when I am old and withered.
I have no one but myself.
Who will take care of me. Tak de anak, tak de laki.

What should I do when I am old and have no more value to this world?
Sapa nak jaga grumpy old women who once thought she has everything in this world to look forward to?
Ap yang akan aku tinggalkan untuk dunia nih?
Nothing.
Maybe my kids as in my nieces/nephew will think of me lovingly as I have colored their lives, giving advices when they go thru all kinds of situation yang dirasakan dunia akan berakhir or help to buy printers for their assignments?

Jika ada umur, semua akan merasa tua. Just I dont want to jadik org tua yang menyusahkan orang lain. When the time come, maybe I will resolve to do what need to be done. I will go quietly. Once in a while..when I go thru websites of people who died commit suicide. NO...it is not because of my recent turmoil, no I am not thinking of doing it now. When I am old and useless.
Itu pun kalau ajal tak menjemput sebelumnya. I want to die before I become a burden to anyone. I am not afraid of getting old, dont get me wrong. the part yang tak berguna lagik tu yang tak sanggup.

I spoke of it to one of my confidant. Dia kata I am ridiculous. And told me stuff from religion point of view. I understand. Dia kata tanah tak terima orang yg take their own life. I am just wondering, what if u have no more purpose in life>? God would understand my reason. Nak hidup segan, mati ?

The afterlife tu yang tak abis pikir. I am just afraid I wont see my father, my favourite uncle and my grandma. Tu jek.

Kher, Pak and neney, I miss u guys.

Thursday, April 12, 2012

Plan

Tickets for my rendezvous dah ada di tangan.
Rasa cam ong kaya lak...patah hati jek gi bercuti menenangkan fikiran, best kan?
Dulu broke up dengan PJ, I went to Paris.
Alasan semata itu semua.
I am going for a getaway soon with Panjang.

Ni tengah busy carik hotel accommodations lak. Suh Panjang buatkan.
It's a foreign land where I have never step my foot on. Panjang pun first time.
Macam cuak cuak nak pergi, but I want to do this.

Semuga pantai pantai nan indah itu tidak terganggu dek Tsunami.
If it does, then pray for my sorry soul.

Btw, teket MAS sangatlah mahal, but that is the only route yang Panjang can join me from Jakarta.

Monday, April 2, 2012

burn baby burn



IN a perfect world, when he's with her, he would be wishing he was with me; when he looked at her, he would be looking at me; when he smile at her, his smile would be for me; when he thought about someone, he would be thinking about me. IN a perfect world, he would realize that she wasnt the one he was supposed to be with and I would be standing here waiting for him still when he knows this. But it isnt a perfect world and people do get hurt, you smile when you feel like crying, you go for your flights, you act like you're ok when you're falling inside and you HAD to let it go. You move on, because there's nothing else you can do.

The love that last the longest is the love that can never be.

MAY THE BRIDGES I BURN LIGHT THE WAY.
~MP March 2012~

sakit, bodoh!!!