Pages

Thursday, January 31, 2013

Ok.. bila nitestop Medina, ada dua hotel,kadang.
 Satunya untuk moslems di tanah haram.
Nak gi masjid Nabawi tu dalam doploh langkah dah sampai.
Satu lagik kat luar tanah haram.
Tapi crew crew nih suka duk hotel yang kat luar tanah haram tu.
Faham dak apa Mak Piah cakap nih?

So happened, satu flight nih.
Crew kene asing asing.
All the moslems gi hotel di tanah haram.
Yang non moslems duk di luar tanah haram.

Datanglah budak harabs nih cakap dia nak duduk kat luar tanah haram.
Dia cakap dia non-moslems.
Dalam hatiku ada was was, tapi dah dia cakap, who am I to argue?
Isi lah form hotel accomodation.
Submit.

Kejap lagik pegawai yang luluskan voucher bilik tu panggil MP.
Nih...budak nih. nama sekian sekian nih moslem kan?
Tak, MP jawab. Dia kata dia bukan moslem.

Ni moslems nih, ujar dia lagik.
I didnt say anything la kan.
Dalam kepala, matiklahhhhhh.

MP dengarlah dia tarbiyah kat situ.
I undersatnd apa yang dia cakap.
What can I say. Ter'naam naam naam jek lah kan.
Satu point nak kene ingatkan crew lagik masa briefing.
Crew nih kalau tak menyusahkan aku dan diri sendiri tak boleh ke?

Sekarang nama budak tu dah diblacklist di Medina.
Sok, dia masuk Medina lagi, I dunno what will happen to him.

Salahkah saya?
I feel bad about this.
*sigh*
jangan terlalu takut kalau kamu salah.

jangan pula kamu terlalu berani kalau kamu benar.

rasa kita sombong, kita jangan lupa sombong orang pulak.

rasa kita sakit, jangan lupa sakit orang pulak.

rasa kita punya marah, jangan lupa marah orang pulak.

rasa orang jek berhutang budi dengan kita, kita jangan lupa baik budi orang pulak.

jangan pikir hanya khianat orang. kita punya khianat bagaimana kat orang tu.

tidak.
saya tidak menyebelahi mana mana pihak.
saya tidak tahu hujung pangkal.
hanya menjadik kak nam.

suka pakai. tak suka abai. eh...berirama pulak.

* sesambil makan nasik keras yang telah dibuburkan. Makan dengan ikan bilis segenggam. Ikan masin dua ekor. nikmat manakah yang hendakku dustakan? Sakgi minum air2 botol sebab banyaknya sodium di dalam ikan ikan yang superb itu.*

Wednesday, January 30, 2013

Kaherah

Tetengah buat servis, masa tengah busy giler, ada pulak passenger nih pucat yang amat. Aduhhh duhhh..terus lah saya masuk ke watak seorang first aider berkaliber. Amek pulse. Loosen tight clothing jadahnya tu la. Amek air bagi minum sikit sikit. . Air baca baca sikit..hahah. Slowly kaler dia returned. Taklah terus kemerah merahan seperti dara dirisik di balik tabir,kan. But nampak dia ok lah. Tah sebab apa...blood pressure turun lah kut. Since dia dah nampak ok, takdelah saya gi page for medical doctor lah kan. Laki dia, terjerit jerit suh carik doktor. I said, sabarlah pak aji... tu mak aji dah ok tu. Dia bingkas bangun dan keluar dari seat. takde lah saya pedulik kan. Then continued lah service. Saay monitor jugak mak aji nih sesambil nengok crew buat service. She looked ok.

Saya geraklah nengok crew depan buat service,kan. Ehhh tetau pak aji dah di depan melalak nak jumpa kapten. Crew depan dah hyper dah. Dah berlawan lawan jerit jerit dengan pak aji yang nak masuk ke kokpit.  Pak aji tolak crew saya. Teruslah saya naik hantu jerit sekuat alam, jangan sentuh anak kapal saya! Ok..saya hilang sabar. Dah lama saya tak menjerit kat passenger. Nih hari memang saja nak carik bala. Tua tak tua...jangan kurang hajar lah. Ingat dia sorang ada sora kuat..meh sini! Mari aku kata!!!

I think in my past life, I was a death row warden. Hilang segala kesopanan dan kesusilaan. Jangan pikir crew semua bongok dan hanya tukang buat teh kopi sahaja. We learn few skills jugak. Dan so u know, tugas utama anak kapal ialah keselamatan. Bukan buat teh kopi! I dont blame him for the fear of his loved ones jadik mende tak elok, tapi kalau kau takut pun, janganlah jadikkan crew tu mangsa kau. It is ok to be afraid. Sapa yang tidak. Janganlah kau buat perangai nak tendang tendang pintu kokpit. baiklah kau duduk dekat mak aji, pegang tangan dia, buat penguat semangat ke caner.

Pas kene jerit, dia balas. Balas lagik woo. Jegil lahanat kat saya. Saya jegillah macam pocong kesetanan pulak. Jual, saya beli pak aji. Lepas tu dia diam. Dia diam, dia balik ke belakang nengok mak ajinya. Ada pulak doktor tetiba muncul dari mana tah, datang kat mak aji. Like what I did, doktor pun ameklah pulse dia. Saya buat jeling kekwat kat pak aji. Tu tak sama apa saya dengan doktor buat?  Bezanya dia doktor, saya hanya anak kapal oh anak kapal* tetiba ada nada anak singkong lak* Ofkos la dia tahu banyak, but janganlah ingat crew nih banggang sangat tatau nak check pulse.

I will not tolerate any kind of abuse towards my crew. Full stop.

Kapten dah nak suruh police amek dia kat gate, tapi that would be unkind. Orang nak gi buat umrah, sudah lah. But I swear kalau dia mengaruk lagik...tahulah dia nasib dia sampai di erpot. Dia diam, taknaklah provoke dia lagik. 10 mins later, kita orang landing...eh mak aji berdiri sebaik landing. *sigh*  Suka kau lah labuuuuuuuuuu....Tak kowser nak melarang dia dah. kalau brek mengejut baru akaiiiiiii!

Tuesday, January 29, 2013

cant wait for AND THE MOUNTAINS ECHOED!
Tolong la MPH ada buku nih sok hujung Feb nih. Please please please.

Monday, January 28, 2013

Bawani* sajek pilih nama nih sebab femes*

Bawani: ada crew thai sorang dalam flight tadik Piah. Cantek kulit dia.
MP: dia pakai apa?
Bawani: grapeseed extract brand mende tah.
MP: oooh.. gi tepon dia suh ikut kita gi downtown petang nih tunjuk.
Bawani: Aaa ah..ok. Kalau dia taknak cam mana?
MP: Kita tipu tipu dia lah..cakap nak ajak dia makan nasik goreng kat kedai tomyum downtown..
Bawani: kau memang pandai!  Tapi cukup ke duit kita dua nak beli mende tu?
MP: Kalau lebih dua puluh riyal je, kita pecut larikkk laju laju lah...nak tunggu pe lagik. Duit tak dak.
Bawani: memang ko nih setan!
MP: Atau kalau ko berani mintaklah bayar installment. Nak cantek,kan?
Bawani:.......

Dua orang tau duit takdak...lagik nak gegatal.

Jap gi dua orang nak gi meredah ribut pasir nak gi beli grapeseed tu. Heret budak Thai tu sekali. Hik. Sebbaik guwa berniqab.





Sunday, January 27, 2013

Persengketaan jelas dan nyata di laman sosial.
Tentang agama, tentang politik dan pelbagai perkara.
Like everyone else, I have friends from both sides.
Yang ngata ttg agama,pegangan dan fahaman politik orang itu dan ini

Saya tanya kawan, yang nak melalak sangat kenapa?
Perjuangan kata dia.
Perjuangan perlu ke dengan segala kata kesat where his kids & his friends is in his friend list?

Dia lupa gaknya saya tidak satu aliran, tidak satu kepercayaan.
Tapi saya hormati pendapat dan perjuangan dia.
Yang saya kurang suka ialah apa yang dilalakkan itu boleh menimbulkan kebencian pada perjuangan/pegangan dia.
Walhal apa yg dijuangkan itu mungkin benar, mungkin tidak* this I shall not comment, saya jahil*

Sudah lah. Menjengkelkan sungguh.

Kita ikut jalan masing masing. Sok mati, what we did in our life echoes in eternity should u believe in those.

I leave u with peace.
idsfjdfhdskl;fjsdhfjksdhfjdsbfjdsbvjnjcnsaodosjfisdf dsmcksmdkfdsmkfjasihfcudgcdsckdsnkcdshcuhdzkcnskancksdcfkdsjvkdhsvfdjskfdkshvcjdnvcmn bcv.Zlspdlapdkoaejrejfdjskfndkvn...

apakah?
 Pepagai bangun saya merasa ceria yang amat dan menekan keyboard fefeeling cam orang kerja menaip di ofis. Hik hik hik. Alahhhhhh berangan sesekali ok per. Sekiteri cengitu...wahhhhh sangat!
Ok now u guys know how f*&^ed my  head is. LOL

Kalau saya bukan pemanas makan dan pembuat air, kalau saya sekiteri, saya berangan menaip macam gitu. Macam best kan.

Anda yang sekiteri, cer komen. I bet u have stories to tell, too.
Yang bukan sekiteri, cer ikut berangan. Type lelaju macam MP uat. Heheheh.

Lemah semangat kami tengok roster.
Kaherah 5 kali.
Mungkinkah kami berjodoh dengan firaun?
Depa request nih kami pi  Kaherah banyok kali.

I want my mommy!

Friday, January 25, 2013

WHY?

Kadang ampa naik kapai, ampa ada dapat seat yang dekat bulkhead,kan?
Seat hat di bulkhead nih biasa dia meja takdak.
Meja dia meja lipat. Meja lipat nih dibubuh dalam tempat taruk tangan.
Hat time nak pakai meja, tarik di hujung ada cam tali sikit, tarik dia tadaaaaaaaaaa....ampa dapat meja lipat.
U get the picture?

Nak buh gambaq, blogger nih suka benggong, tak mau upload gambaq.I dunno why. Dulu elok leh upload, la nih buat perangai. *sejak kami cuba upload video kami duduk dalam kokpit take off dengan marka kami tapi sampai ke sudah tak dan*

Ok cerita dia macam nih.
Biasa masa decent, dah nak landing dah nih, meja semua kene kembalikan ke tempat asalnya. Bulehhh pulak swinging bowl satu dalam kapal kami nih gi jatuhkan talipon dia kat dalam pat meja lipat tu!!!!

Why laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????????
Dah 40min engineer kapal nak bukak seat tu. tak pepasal.






eloooos.
Carik makan nih memang penat yer. Buat dua flight ke Kaherah.  Dua ok! Dua hari berturut turut. Short flight. Dari Medina. Flight sejam sengah. Mak aiii yai. Dua tiga hari sebelum flight tu, saya dah bernazar dah. Mintak ditukar kapal. Kapal yang rostered for the flight, oven dia adalah macaslahanas. 45mins baru panas meals. Matiklah nak panaskan meals yang berlambak. 450. Satu round meals leh panaskan 254 bijik. Kene rajin galih galihkan meals tu. Kalau dak meals yang kat tengah tak panas. Kejung.  Nampak kat roster, saya dah stress semacam. Cam ner nak buat??? Kadavaley. Terdetik hati saya nak report sick for the flight. Tapi seperti biasalah. There will always be something yang akan membuat pergi dalam keterpaksaan. Yaaaaaaaah. Kawan yang baru balik dari bercuti rupanya dalam flight sama. Dia pujuk pujuk. Dia kata we wil have fun on the flight and masa layover leh mengossips. Berat hati nak gi. Ngenangkan kapal yang sangat mencabar dari segi fiizikal dan passengers yang leh buat hilang akal.  I forced myself to operate the flight.

Tanyalah crew kurma.  Bapak punya menderita kalau nengok roster dapat Kaherah.

So we deadheaded ke Medina. Sector dia Medina - Kaherah - Medina. esoknya Medina positioning operate Kaherah- Jeddah. Sweeeeeeeeeeeeeeet!

The day of departure by kapal diubah. I got a better aircraft. Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa....treus semangat nak gi kerja. Siap sebelum wake up call, ok. And I have to pay my nazar. :-) which I am happy to do. Dah dapat kapal ok..sap sap soii aaa. Syukur, my flight went well. Crew buat perangai sikit sikit tu biasa. Dan as m uch as I try to be profesional, this flight I chose my crew dalam satu zone. yang lain, lantak ampa.

Satu beban dah lepas, and I find myself gliding thru the cabin. Passengers lak dapat yang ok. Ada lah sorang dua tu memekak tapi I dont seem to hear his complaints. Saya senyum sahaja. Cakap lah apa pun, komplen lah sampai lembu pulang sore, oven saya ok, I am ok.
Hilang segala tok nenek stress.

I wanna dance ...and love and danceeeeeee..and love * nari gedik gedik lagu JLO*

Have a good weekend people. Remember , Monday will be ur punishment. :-)
my face is a mask, which with or without my consent, conceals my real natures from others. W.H Auden.

Tuesday, January 22, 2013

Run

Nak puaskan hati semorang nih susah. macam selimut pendek.
Tarik ke sini, sini dah cukup selimut, sana pulak terponggeng.
Dan sebaliknya.
Sampai bila nak begitu yang akhirnya koyak selimut tu.
Bila dah koyak nak cantumkan balik payah.
Dijahit sekalipun it wont be the same.

Seneutral apa pun kita, bila kesenggol, payah nak jadik neutral.

When u get so involved, it is hard to walk way, sekalipun walking away adalah jalan selamat.
When u walk away, u get accused of jadik kawan masa senang, masa berkecamuk u ran.
Urffff!
Did it ever occcured to these people that letting thing settles by it self when there is nothing can be done, apart from waiting for time to heal the pain?
If u have a better idea, beritahu so sesama leh betulkan keadaan.
Kalau tak, diam.
It is better dari memburukkan keadaan.
Banyak ngat cakap kang, lain pulak maksaklah yang timbul.

run Forest, run.

p.s
Dalam berkawan kita banyak perkara nak kene jaga. That semua pun tahu. Nak terima apa adanya, kita sakit hati dia sakit hati. Cakap salah, tak cakap salah.
One of the things yang selalu memecah belahkan persahabatan ilaah pilihan hati. More often than not, kita tak setuju dengan pilihan kawan kita. We feel that he/she could do better, sebab kita tau kawan kita baik. Tanyalah sang kawan pada kita, what do u think of my new GF/BF. Berhati hatilah ini soklan boomerang. Sebab orang yang sedang dilamun cinta tu rasa dia, dunia itu milik dia. Semua indah belaka. Dan sekarang saya menerima padahnya kerana berani bercakap.

Demmmmmmmmmmmmmmm!

Friday, January 18, 2013

Buaya dan cantek

Bu balik berjakuzi bersauna bersteam bath dengan kengkawan. Helemmmekk. Pat kita orang duduk nih can recreational centre tu bagus sangat la. Gym lengkap. Ada treadmill tu, ada mende yang angkat angkat ..yang duk uat kayuh kayuh beskal dan yang kayuh kayak, eh? Apa ntah. Saya tau mesin yang nama treadmill jek. Hehhe lelain, idak leh tau, Hehe. Ada nama dia kat situ, tapi MP kalau giu gym pun takat berjalan lenggang lenggang kubis jek. Tu pun gi sebab nak menayang kasut sukan. Ngeh ngeh ngeh.

Mandi di gym tu sedap. Air dia lain dari air kat rumah. Kat rumah air cam kalau dah kering kan, dia cam ada residue gitu. Kalau yg gym, air dia macam segar semacam. kata budak budak nih, air kat gym tu better. Saya? Mana lah saya ada ilmu pengetahuan mende mende cengini. Kat kampun, mandi sungai. cuci baju semua kat pelantar. Air kaler keruh keruh sikit kalau terlampaun kuat cedok. Kalau sungai yang besar, erkkk ada buaya. I am not kidding. Ada orang mati kene tangkap dengan buaya di kampung berdekatan. Cuak okeh. Orang pun dah tak turun carik ikan. Kampung MP takde air lagik. Letret ada since 2000.

Apa nak citer tadik? Suka larik topik.
Mas amandi beramai ramai tu, terdengarlah keluh kesah masing masing. I hate my stretch marks. I hate my thighs. I hate my tummy. I hate my nose. Semuanya lah ada jek mende yang tak suka di badannya. Sedangkan dorang nih lelawa. Kalau saya lelaki, saya dah molest dah bebudak nih. Nak macam yang kita hendak mana de? Berselesalah dengan diri sendiri. U see, kadang kita nengok orang cantek, kita rasa tak adil. Kenapa aku tak cantek cam dia? Tahu tak yang cantek tu ngk yang lain pun ada gak rasa dia kurang. I tell you, my friend yang cantek sangat pun ada cakap there is somethinga bout her yang dia tak puas hati. And yes, dia sangat cantek. Mata saya lah ye.

Emang dasar manusia ya..ga pernah puas. Kita dah bagi semua deria cukup. Dah lah. Mungkin rezeki kita  takat tu. Dah. Accept it. Kalau kita hendak tengok kurang diri kita, banyak kurangnya. Rambut tak lurus lah. Kaki pendek lah. Lengan besar lah. Perut buncit lah. Montot..errrr....yer montot lah..

Mmmmm jangan pikir gitu lagik.  Kita sendiri dah hina diri macam tu, kalau orang mengeji kita tak leh nak kata apa. Memang semua orang nak kelihatan cantik. But rupa cantik is not the only thing that boleh dikagumi. Awak boleh jadik orang yang baik dan that is ohsem! I am not going to talk about inner beauty. I dunno that much about it. Mine is not that pretty. Hik.

Accept urself. Be thankful. Deria leh guna lagik,kan.

p.s ada org datang lak. kalau kang ada mende nak digosip MP up entri lagik. for a while I willl listen listen listen listen listen ada orang nak speak. Hik.

Wednesday, January 16, 2013

meley-park.

Feeling better masuk petang sikit.
Took prospan for my cough. Relaxon & cataflam for sakit belakang. Kalau batuk batuk, tangkap kat belakang. Terkucil I dunno how many times.

I spent the whole day meriangkan hati dengan menonton Ellen DeGeneres dan melistenlistenlistendi youtube. Ellen always brings me a sense of joy. Sekarang rasa nak gunting rambut pendek macam dia pulak. Hiks!

Blogwalking sekejap, ingat nak membalas balas ziarah. Then kekelik link sana sini. Saya terpaku (pilihan ayat yang memberansangkannnnnnnn) melihat gambar saya terpampang di salah satu blog yang saya kunjungi. Ayoooooomaaa...Entri lama seorang rakan. I knew she had a blog, tapi dia tak pernah cakap pun ada menaruk gegambar kami bersama sama di sebuah pesta muda mudi. Saya pulak memanglah tidak bertanya apakah add blog dia sebab apa eh...? I dunno. I just didnt ask. And yes, saya baru terjumpa blog dia hari ini. Didnt pay attention all this while when she screamed she have a blog. Kekwattt kan MP.

Sekarang saya tak tahu macam mana nak cakap dia suh turunkan gambar itu. Or shud I do what I always do, cakap direct jek. TURUNKAN gambar saya? kalau tidak terimalah akibat dari perbuatan itu? Dia mesti tanya pehal pulak...sebab bukan gambar atau majlis yang tidak sopan,kan? Takde la saya ke majlis yang tidak sopan. Berlaku tidak sopan..naaaa tu beda lagi dong ceritanya.

Saya sebenarnya cuak bila tahu ada rakan di sekeliling saya yang berblogwalking. Seryes. Tah apa yang saya takutkan pun tak tahu. Mungkin I am just comfortable tidak dikenali sahaja. Tada mende lain. Off course.. kadang saya kepingin jugak kalau kalau ada kesempatan, I want to hang out with u guys. Pekena nasik lemak ke..nasi kandar Lawood kah, pekena ikan bakar Jalan Bellamy kah..dak..? Teringin jugak saya hendak bertemankan bukan crew set saya yang menjengkelkan saya di flight tapi bila nitestop di KL dia lah dulu memintak hendak keluar bersama dengan saya. Dah aku taji atas kapal tetap mereyeh nak keluar dengan aku. isssskkkk!

Pun jugak saya hendaklah kadang makan berteman. Kalau makan sengsorang ralit nengok sushi tu berbondong bondong lalu depan muka, tak ke berpinggan dicekau. Pas tu mulalah terberetas seluar atau tak leh bangun sebab sedap menyental.Tu tak masuk garu kepala..aku tadik amek pinggan kaler apa mahal ngat nih...hik hik hik. MAkan sorang best sebab tak de orang akan berkomentar tentang berapa banyak ang telan. heaven u ols. takde kekomen menyakitkan hati like... makanlahh kau kan lama tak jumpa sushi. or banyaknya kau makan..kau lapar sangat ke? Bahabikkk! Makan jek. Sungguh sennag hati beta. Tapi yelah nama nya manusia, nak gak bercerita cerita masa makan dak. It just help to know that u r not so weird that u have someone to eat with.

Say teringat satu cerita nih. lama duluuuuuuuuu...lama dulu. Saya duk sengsorang minum kopi di starbuck. Tetiba satu mamat nih datang dan tanya kalau dia leh duduk sekali dengan saya sebab dia rasa weird duduk  minum sesorang. Muka macam familiar giler.  Say pikir nih mesti crew yang pernah fly. Dia introduced himself. Nama pun familiar. Crew lah kut. Kami berbual bual selama lebih kurang sejam, I have to excuse myself. Dia bagilah number dia. I said I will call. Masa duduk duduk tu saya terperasan lah orang cam pepandang. But who cares. Dia segak. bangga sikit dlm hati ada jejaka tetiba nak duduk satu meja dak. As I exit, budak starbuck tu tanya "akak dah lama kenal dengan pelakon/model ********* tu ker?" I am like WHAT????? yasalammmmm... patut muka familliar. Ngok betul. Yang tadi beriya borak how can it didnt occur to me dia adalah pelakon/model. At one time dia nih femeslah jugak. Berlakon drama adn few commercials. Sekang dah suam suam kuku gak nya. No, I didnt call him. Saya pencinta yang setia. Lagipun I dont think he was interested becoz I is bongok.

What was I going to say? Maybe someday, kalau keadaan memaksa, I will private this blog as I do my previous blog. I will keep u guys posted and invite memana yang nak. Ok?

Lagik satu, kalau ada sesapa tahu mana saya leh order karipap beku, tinggal goreng jek, rendang tok dan popia otak otak yang sedap, dan any othe rkuih muih,leh rekemen dak? Saya bukanlah nak beli sampai berpuluh puluh kilo. Cukup sekadar masuk dalam beg trolley kerja saya untuk dihangkut balik ke sini. Delivery kat KLCC. Duit minyak kang MP bayo lah. Nak collect agak payah kerana waktu yang terhad di KL. 26 jam cengitu. Kalau lama mungkin saya gagahkan jugak lah kan. Now u pray I get the 4 days 3nite in KL nyer trip yerk.

Salam manis dariku untuk dirimu!

Tak mau

Terbangun sebab batuk kokol. Flu dan batuk lah pulak. Standby 7 pagi sampai 7 mlm la plak. Saya call, report sick kul 0450 pagi. Kutlah kan..tepat tepat kul 7 pagi dia call up suh gi kerja tak naya kene explain kenapa tak report sick lebih awal kalau tau dah tak sehat.

Oooooo..report sick yer..semalam kemain pergi berdinner bagai dengan kengkawan. Truth is.. I didnt really feel like it malam tadik nak gi dinner, tapi mandangkan The Other Piah merengek dan kemungkinan mencuci mata adalah besar  I dragged myself. Turned out it was a lovely evening. With all the mean girls. LOL.

Ofkos duk beramai ramai tu, banyaklah menambahkan pengetahuan. Masa dinner tu, semua orang punya fon berdering dering. Operation call setiap kami yang duduk di situ. Mintak tolong nak suh gi some extra flight. Semua tak angkat fon. Yerp..we are mean that way. Ada ke sapa nak nak gi ? Tidak yer. Tiada antara kami yang sudi kerana semuanya baru balik kerja dan masih tidak legal untuk operate. Semua orang penat. Saya? Dont even think of it! Ada 17 miss calls. Mereka tahu saya tidak wajib menggangkat tefon waktu bukan standby. They cant do no nothing to me tentang roster. Kut esok dia dendam eribadi, merasalah saya, kan???

U see, ini semua disebabkan perancangan yang sangat tidak ada di department jadual. Now..rasakan.
Most of us dah penat menolong dorang menyetelkan kebongokkan dorang. Planning hancus, orang lain jadik mangsa. So far kalau tak cukup crew sebab planning dorang yang bongok, ada lah yang dengan baik hatinya akan membiarkan diri menjadi mangsa. Tapi sampai bila Yong?? Dah bertahun buat roster, tetap bongok. Yang sakit ati tu bila dimanipulasikan rest period in base, out base. * nih nanti MP terangkan yer *

Sekarang waktu rest period saya. Jangan ganggu. Esok kalau doktor bagi satu hari jek cuti, u can call me for flight. Anyone of it, I wont argue. Not even a word of rebel.

Tuesday, January 15, 2013

 LISTEN LISTEN LISTEN.

saya teringat.
kalau kita melihat sesuatu yang tidak betul, tapi tidak berbuat apa, kita sama sahaja dengan si pelaku itu. tapi saya tidak berada di dewan itu. saya tidak tahu apakah tindakan saya kalau saya di situ. apakah saya akan bungkam juga seperti mereka?senang saya cakap, mudah saya mengatakan kerana saya tidak berada di tempat kejadian.
kebanyakan kalinya bila direnung kembali kita rasa..I shud have done that...shud have done this..

tidak semua tapi yang bertepuk amai amai?
*sigh*

Si dia ku.

Baru merasa cuti at least 30jam nih. Ini adalah dikernakan hari ini menghantar passport untuk visa renewal. Ini bermakna, esok atau lusa haruslah pulak bergegas ke bank supaya akaun yang hampir kosong itu tidak dibekukan. Beginilah nasib perantau di tanah gersang yang kaya raya ini. Kalau di tanah tumpah darahku, tiada kejadian kejadian sebegini yang harus dilalui. Lain pulak mende nya dak? Bergeram geraman dengan pegawai bank macam ....errr si dia yang memflashkan atm card memakai sari. Contoh ehhhh...lol.

Berblog walkinglah kita. Mereka mereka yang menceritakan itu dan ini. Dibawah ini saya sertakan contoh kenapa saya telah mengalami sedikit kemurungan di pagi yang damai ini kerana kehidupan mereka yang menariks setara saya telah menuang air sepanjang malam membawak ke pagi dan ke petang lagik.Oh saya manusia biasa. Memiliki kedengkian. Muahaha.

Contohnya kerana  si dia yang bercita cita menjadik nenek yang vogueh dapat makan ikan rebus.  Kalau tanpa gambar saya boleh taruk tangan atas dada dan himajin sahaja. TETAPI* jegil mata di sini* dia dengan tidak ada rasa bersalahnya mengupload gambarrrrrrrrr! Urfffff.

Contoh lagik, si dia yang berpoya poya dengan rakan rakan membeli peralatan dapur yang membuatkan saya tetiba rasa hendak membeli pisau baru yang sheksiii jugak. Please... pisau shesksi ok. Mecikkk aiiiii.

Contoh jugak, si dia yang fefeeling dengan gunting barunya dan mencantas wambut anaknya yang tidak benarkan komplen sama sekali...Please, kalau suatu hari nanti kita bersua, bawak gunting tu dan tolonglah gunting rambut MP sekali yang macam ekor itik di sana sini walaupun tinggal beberapa helai sahaja akibat rambut keguguran.

Contoh yer...contoh, si dia yang menghapdate tentang ibu yang pembohong. Dia membuatkan saya rindu nak balik. Nak jumpa emak walaupun dalam hati saya, saya tahu emak akan sedih tiap kali saya balik kerana dia teringin nak tengok saya bertulang rusuk. I am sorry mother. Heck..I will just marry anyone so u wont be worried no more. * cakap jek nih..lol* sok lusa bergaduh lagik dua orang kalau ada cecalon. hiks.

Contoh yer,,hik hik si dia yang tidak menghapdate kerana mungkin sibuk mengajar bibik barunya membuat kerja kerja yang rasanya akan menambahkan kerja kerja rumah yang sedia ada..:P

Contoh ehhh..contoh, si dia yang pergi makan makan dengan chef chef. Sila mengkongsikan tips tips dari chef  chef itu. Please...please pretty please. . Ilmu nih helok kalau share...Ngeh ngeh ngeh.

Contoh jugek...si dia yang mengkhatamkan blog ini! Jadi takut saya dik...lol. Mende yang kamu jumpa? And by now, awak tahulah betapa ngok ngek nya seorang saya. Tapiii...bukan saya saja ada blog. Nanti saya akan membuat serangan balas. U wait ..u wait...:P Terima kasih tau. :-)

Contoh gak, si dia yang sweet yang selalu mensupport dengan caranya tersendiri. Susah saya nak mengata dia nih tapi one day..I will find ways to do it. LOL

Contoh lagik...si dia yang sibuk sekali dengan anak anaknya..yang pernah membuatkan saya berkongsi susu untuk cornflakes saya dengan kucing kucing yang duk meng-miaw miau miauuuuuuuuuuuuuuuuu di depan rumah. Percayalah saya tidak rasa bersalah dengan kucing itu tapi merasa bersalah pada awak!

There are few more blogs that I frequent in silence. Kadang keceplosan jugak mengkomen, tapi tak berapa berani nak mennaruk di sini well, kerana, saya tak mahu akan ada page di FB "kami benci MP". 

Ok saya akhiri entri ini dengan SALAM SENGGOL!!!

ini hapdate pas bangun tinton...juga contoh. si dia..perempuan berserban...lol yang membuat saya selalu ketawa kerana dia sempoi jek.

Saturday, January 12, 2013

Jargon

Belly Landing
Landing without main landing gear. Kes tayar tak keluar masa landing.

Cargo Hold
Pat dalam kapal yang buat sesimpan kargo, keranda, beg beg dan segala bagai.

Cruising altitude
a level maintained during a significant portion of a flight. Masa ni nak gegediks bertukar nomor tefon dengan passengers atau menggatal dengan para juruterbang yang hensems..EH!

Critical Phase
dari kapal push back, berlepas, mendarat, dan all flight operation below 10, 000ft . Ni selain dari cuaca kurang baik setiap seatbelt on. Masa nih selalu jadik kemalangan udara.

De-briefing
kumpul kumpul semua crew dan kendian bebel, kenapa ini tak buat, kenapa passenger dapat meal sejuk. kenapa itu, ini, ono.

Galley
part yang kalau kat office orang panggey pantry. Dah atas kapal, kenelah lain kan...lol. Tempat pepanas makan. Buat kekopi/teh , mengossip dan membetulkan celah bedah.

Layover
a period bila MP dan rerakan sejawatan( muahaha) berehat di destinasi. Biasanya duk hotel. Yang muda sikit berkinja kinja di bar dan kelab muda mudi. Yang berduit gi menjelajah boutique membeli evavies, paridah dan yang cengitu lah.

Obese
Penumpang yang keadaan fizikalnya boleh melambatkan pergerakannya, contohnya yang selalu dok komplen kena seat kecik walhal.... tu contohhh..contoh jek.

Silent review
Personal review of evacuation duties prior to take off/landing. Selalu banyak ngat review, sampai terlena. Ni buat masa duduk dalam shoulder harness yang masa critical phases. Pun jugak dalam diam berangan rangan banyak.

Ferry flight
Nih bawak kapal dari titik A ke titik B yang tak unfit for commercial operation. Kapal kosong macam tu lah. Samaada kapal nih nak dihantar ke satu pat yang kapal akan dibaik pulih atau dicat baru atau apa je..

Positioning flight
Ni kapal kosong gak, To bring an aircraft without commercial load. Nih biasanya kita orang buat kalau buat umrah flights. Gi kosong, wak balik penumpang atau..gi bawak penuh, balik kosong.

Deadhead
Yang nih ialahhh...travel nak gi kerja atau balik kerja dari satu airport ke airport yang lain. Gi kerja straight dari deadheadnya atau disuruh rest di hotel dulu sebelum gi kerja. Pun sebaliknya bila balik kerja.

Ok..paham dak? Tak paham sila bertanya. Semua pertanyaan akan dilayan secepatnya..hiks.
Kthanks bye!

Friday, January 11, 2013

take off

   Take off dari dek penerbangan.
Bangga, leh buat video take off. Kembang kempis hidungku.
Tak sesia ada hp leh buat video.
 
 
 

Tuesday, January 8, 2013

Ada bayu berbisik. Ada gerak hati mengatakan. Maybe I am wrong. And sure hope that is the case.

U are going thru a phase where u feel everyone and everything  is against you.
It is ok. It wont last forever. You are not a bad person, always remember that.
Tersilap perhitungan itu bukan satu kekurangan, itu satu pelajaran.

Untuk waktu ini u just sit there in ur telekung and ask God for peace of mind.

CRY!
JUST CRY and CRY till u cant cry no more.

You will be fine after that.

p.s U know who you are.


Monday, January 7, 2013

Berkawan kawanlah

Kawan yang baik adalah perhiasan.

Berkawanlah dengan orang yang merasa terharu bila kamu sekadar masak nasik yang digoreng dengan perencah nasi goreng cina maggie, dia makan dan mendoakan kamu diberikan rezeki yang berkah walaupun agama dan kepercayaan mu berbeza. Dia tidak pernah berkata, kau kafir, takleh nak makan kau masak, berdosa. Dia tahu kamu masak dengan seikhlas hati dan sekuatnay kamu memastikan segala yang dimasak mengikut agamamu.

Berkawanlah dengan orang yang mengasihi binatang tanpa prejudis. Mereka ini akan melihat mu begitu. Bukanlah maksudnya dia melihat kamu macam binatang jugak..lol. Maksudnya kalau dia tak pilih binatang itu binatang apa dia masih ada rasa kasih kerana ia bernyawa. Nyamuk, lalat, lipas dan tikus tidak termasuk lah...hehe. Tu perosak.

Berkawanlah dengan orang yang tegur kamu dulu sebelum keburukkan mu terponggeng di khalayak ramai. Dia tidak mahu kamu dipermalukan. Dan dia menutupi burukmu dan sentiasa mengingati kebaikanmu. Dia mahu mengikut perangai baikmu dan menjauhkan diri dari berlaku buruk sepertimu waktu dulu. Dan sebaliknya.

Berkawanlah dengan orang yang berdiri di sebelahmu walaupun dia tahu kamu sebenarnya salah. Dia mencaci makimu di kala bersendirian denganmu. Dia juga menghantuk kepala mu ketika kamu berbuat salah.

Berkawanlah dengan orang yang lemah lembut sikapnya. Nanti kamu akan bisa belajar darinya bagaimana mahu berlembut walhal kamu seorang yang keras sikapnya. Kan keras keras kerak nasik...sok lusa lembutlah.

Berkawanlah dengan orang yang bila kamu tanyakan sesuatu, dia akan cuba sedayanya mencarik jawapan supaya kamu faham kenapa itu begitu, ini begini, ono begono.

Berkawanlah dengan orang yang memberitahumu perkara yang tidak kamu sukai dan mengajak kamu berfikir apakah ada kebenaran, walau sedikit di dalam cerita itu. Merefleksi diri, kekdahnya.

Berkawanlah dengan orang yang berselisih faham denganmu dan dia mengalah kerana tidak mahu terus terusan berbalah. Ada kebaikan dalam dirinya yang harus kamu ikuti. Ada yang boleh kamu pelajari.

Berkawanlah dengan orang yang suka tahu apa betul atau tidak ceritamu bukan sekadar mendengar dan mempercayai mu seratus peratus.

Berkawanlah dengan orang yang membuatmu ketawa. Dia membawa nikmat hidup untukmu.

Berkawanlah dengan orang yang apabila kamu hulurkan bantuan dia akan membalasnya dengan membantu orang lain pula:-)

Berkawanlah dengan orang yang melindungi kita bila berlaku perkara perkara yang boleh memudaratkan kita. Contohnya, bila hendak membeli kain cadar selimut di IKEA, dia cakap toksah Piah. Yang kau punya beli kat Pakistan lima tahun dulu masih cantek. Lembut pulak tu. Dia mengingatkan kita tak yah nak menambahkan koleksi sebab sok lusa kene balik, payah nak mengangkutnya. Kita pun pakailah yang ada. Tersedar yang kita dah ada selimut yang cukup. Takyah nak berkoleksi bagai. Nak bertema tema arabian night, safari night atau berkelambu kelambu kalau tak de nyamuk kenapa?

Saya pandai! Sangat!

Helloooooooo....selamat pagiiii... ceria lak hari nih.
Ceria apanya.
Balik flight semalam tengah malam.
Penatnya yang ampun.
Set alarm.
Pagi ada flight pick up pukul 7 sengah.
Saya kira dari rest hours. Cis! Saya legal lagik nak operate flight esok.
Bangun kul 0645.
Siap siap. Kul 7 15 saya menapak dari rumah nak gi office.
Masuk office nak amik paperworks.
Budak Operation pandang saya.
Nak gi mana, Piah?
Gi kerjalah, takkan nak gi pasar ikan dalam uniform jawab saya dengan bitchynya.
Flight awak pick pukul 7 sengah pagi local time.
BESOK.Piah.BESOK. 8th January 2013.
 
Saya sangat pandai!!!


Saturday, January 5, 2013

Dari Hongkong

Ini untuk kamu yang semalaman tidak tidur menanti dia mengirim khabar. Check check paginya telefonmu tiada satu text pun darinya.
Kamu yang berusaha sebisa mungkin untuk melupakan dia, bangkit dari kekecewaan tapi setelah berbulan bulan dia pergi, kamu berlari ke arahnya saat dia menlefon kamu kembali seperti dianya tidak bersalah sepicing pun.
Kamu yang berderai airmata kerana tahu hatimu akan terluka lagi pada saat kamu meletakkan gagang telefon.
Kamu yang menabahkan hati bila dia cakap dia nak jadik kawan sahaja. Kendian esok dia kata dia cintakan dan merindukan kamu dan lusanya dia menghilang lagik. 
 Ini untuk kamu yang menerimanya kembali dengan harapan, dia akan berubah. Dan mungkin kali ini berbeza. Lain kut...
Kamu dengar kengkawan duk cakap kamu nih bongok kerana mahu beri peluang ke 2, ke 3 ke 747 kalinya. 
Kamu dengar sekejap jek kata nasihat kengkawan. Kendian cecurik keluar nak gi jumpa dia. Jumpa dengan beralasan, hanya kawan sahaja. Teman tapi mesra cengitu lah. Berapa lama pun?
Kamu tersedar, kamu  sudah terponggeng lagik.. Sebusuk mana pun di masa lalu, kali nih lain. Lainn...lain dari mana? Dari Hongkong?
 
Selamat malam kamu.

Friday, January 4, 2013

Dari LHR ke LHE

Flight pagi tadi yang berbekal mihun tapi makan bekal Monte Mon bermula dengan baik. Crew cam best best kecuali budak harabs yang hazab satu. Which nanti nantilah I story mory. Flight nih, saya operate satu sector sahaja. Bawak penumpang setakat ke Riyadh. Then ada crew change. Set lain bawak mereka ke tanah  meludah  tumpah mereka.

Passengers. Transit passengers. Mostly dari London. British passport yer kengkawan. Born and bred in England, walaupun kepala tergeleng geleng maintain. Mana nak turun geleng geleng melainkan ke darah keturunan yer dak? Masuk nih, pegang passport pasti. Kan passport kaler biru. Accent haruslah sepekat anak Dr Lurpak. Mungkin mereka dari area area Bristol jugak. Hiks.

Masuk masuk dah kekwat. Hari hari dah ngadap dorang nih. Dah jadik makanan hari hari. We are from London manjang. Sejak azali, kan Aking, kan? * nok buh link, iya dop tubik* Seryesly, tak de crew yang kesah kamu dari London ke, dari Lundu ke dari Ougadugou ke..Sebab hat mana yang masuk kapal cakap sedemikian memang akan mendapat cop. Cop apakah tergantung kepada which side of the bed the crew got up to operate that flight la, kan? Silap haribulan, dapat menu istimewa.

Oklah. Tengah buat announcement, nengok lah cam ada hal kat bahagian depan. Saya gi depan lepas satu crew called me ada British passport buat hal. Passenger mengamuk. Dia marah marah sebab dia kata dia beli tiket direct flight ke Lahore bukan flight yang ada transit. Ground staf harabs benggoong nih cakap apatah kat dia yang flight dia direct ke tah camner, naik kapal announcement kata transit flight di Riyadh. Pintu baru dah tutup nih. Dia suruh bukak pintu sebab dia nak turun dan tampar ground staff yang cakap bohong, kata dia. Crew cakap kat dia nak bagi dia surat komplen suruh dia tulis komplen dia lah.Pintu dah tutup. Bukan cam pintu kedai 24jam leh keluar masuk sesuka hati.  Dia cakap kalau tulis surat pun leh buat apa. Saya pun jawablah. Kalau menjerit jerit macam orang hilang akal pun tak leh nak buat apa. Dah memang schedule flight tu macam tu. Diam kejap dia. Merengus kuat kuat yer dia...setan tul. Alat kelamin dialah.

After atke off, dia memekak pulak pasal aircraft food. Crew panggil saya lagik. Dorang nih....iskkk! Kalau saya hilang geram, satu hapah tak guna. Dia cakap makanan macam dalam penjara. Tak ke statement reflek saya keluar...tak pernah makan dalam penjara encik, saya tak berapa tahu. Hambekkkkkkkkkkkkkkk neraka berdarah betul!!!! Duduk kau situ dendiam. Jangan kacau crew nak buat kerja. Flight cuma sejam 5 minit. Orang lain nak makan belpes. Bukan dia sorang je nak kene layan.

Sesungguhnya saya faham kemarahan dia. Tapi janganlah campak ur anger at the crew, setannnn. We understand ur frustrations. And dear dear passengers, more than u, we want to have a good flight. Kalau mengamuk macam tu, satu hapah tak dapat. Percayalah. Dapat maki seranah masa orang hidangkan makanan tu adalah.

Crew yang kene serve aisle dia cakap, mula mula naik tadiknya, dia dah cakap kenapa tak de label cakap watch your steps masa nak naik kapal. Kat London sana ada, kat sini kenapa tak de. Kat sinun ada itu ada ini. Orang kalau mende apa tak puas hati semua mende tak kene, tak betul. Told the crew not to take it personally lah kan. Bukan dia marah kan kita, tapi image cap kurma tu yang dia marahkan. It has nothing to do with us. Cuma kita adalah pat yang dia rasa boleh lampiaskan marah, dia buhh aaa. Lagipun pas sampai Riyadh, our flight dah abis. Nasiblah crew yang akan bawak ke Lahore nantinya.

I am pretty sure dia akan komplen pasal entertainment system yang dicipta pada zaman Anarkali itu. Pasal seat sudah hampir pasti. Flight ke Lahore akan memakan masa lebih kurang 3jam 45 min pada paras ketinggian 35ribu kaki. Banyaklah mendenya nanti. Orang tengah marah.

And I always see a person of how he treats other who cant do anything for him. And remember this, it is ok to angry but it is never ok to be cruel.

Thursday, January 3, 2013

sarapan

masa kecik kecik, mak tinggalkan saya dengan adik nasik goreng kosong dengan air kopi bawah tudung saji plastik kaler merah yang besar. mak dengan kher gi pergi menoreh getah. adik beradik lain pergi sekolah. kami ok sahaja. adik selalu makan nasik goreng tu.saya minum kopi. tak lalu kalau nasik goreng sejuk. kopi sejuk tak pe. gembira sahaja berdua. kami tak tahu pun apa itu kemiskinan. tak miskin lah kut. ada nasik ada air kopi. mungkin sebab itu kut, saya bencik bila semeja dengan orang membazir makanan.

saya teringat ini bila membuka blog Real

p.s this was before saya diambil sebagai anak angkat pak sedara saya yang kaya itu.

Wednesday, January 2, 2013

pikonik

Dua hari lepas dapat roster bulan nih. Gumbira tiada terkata sebab I will fly with Monte Mon and Panjang. Short flight jek pun. Gi operate ke Riyadh then menempel kat Riyadh tu 3 jam tunggu flight untuk deadhead ke Jeddah. Dah plan nak berpiknik dah kat King Khalid Intl Airport tu... Monte Mon dah diorder untuk masak ikan tongkol berlado dan nasik. I will cook kalau tak patah belakang balik flight hari nih tadik. Panjang biasalah..kene buli bawak segala kelengkapan piknik dalam beg dia. Beg Monte Mon dah penuh dengan cermin muka dia dan make up sahaja. My beg penuh dengan segala tok nenek paperwork...so Panjanglah kene, kan? Lagipun dia muda dan kuat. LOL. Panjang pasrah lah sebab tak masak, kan?

Tadik dalam flight adalah 5 crew from my set, esok subuh akan fly again with me. Ada satu crew nih, dengan sora macam mengajak masuk kelambu ropol ropol, Piah, esok kita fly sama lagik. Kau bawak makan yer... I said bawaklah sendiri sebab esok MP akan fly dengan Monte Mon dan Panjang. Kami mesti lah bawak bekal nasik seperiuk dan lauk pauk secukup bertiga sahaja, ujar saya.  I cant say much sebab Monte Mon yang akan masak kan. Wahhh tarik muka dia ye. Monte Mon tak suka dia sangat. Panjang pun kurang berkenan. Me? takdek lah suka, tak suka pun dak. Neutral, gitu. Ada lah perangai gedik dia nih yang MP kurang berkenan tapi dia tak kacau pun MP ,so idaklah saya nak menyekeh ke apa ke. But I know, si sora ngajak masuk lam kelambu nih memang ada penaya Monte Mon jugak dulu. Monte kat dia pun leh masak, bukan tak reti. Hok orang dia nok, hok dia simpan. Mana buleh...LOL.

Disebabkan esok nak berbekal and I am too tired to cook, I went to The Other Piah nyer rumah, kut lah dia masak lauk ke apa ke..buleh songlap buat bekal. Nan adooo... The Other Piah kene call up pulak. Abis dah gi umah dia, takkan nak balik tangan kosong. Bukak fridge dia...eh ada telur masin dah rebus. Harus lah disonglap. Lagipun telur masin tu dari zaman kerajaan Majapahit, so takut expired sok lusa. Ngeh ngeh ngeh...sungguh senang hati beta...LOL The Other Piah sebab berlaki orpohtez, berangan tak makan nasik. Luku baru dia tahu benjol ke idak. Kami selalu jugak mengumpat dia sebab berangan berlaki orpohtez nih...and dia tak dulik pun. Pedulik ke dia adik adik nya ini mengata? Lagi dia suka.

Anyway, ku sangka kegembiraan berlanjutan tau tau Panjang kene call up for extra flight pulak ..tah kemana tadik kata Monte. Hancur lah harapan nak membuli Panjang bawak makan segala esok . Esok MP bawak telur masin dua bijik jek lah. Kalau Monte tak bawakkan nasik... saya akan mengunyah telur itu perlahan lahan. CErah peluang nampaknya akan makan telur masin ngan fries atau burger sahaja esok.

Ketulahan nak membuli orang.

Tuesday, January 1, 2013

Happy new year

Party sambutan tahun baru semalam ada nasik mandhi kambing.
Kambing gedabak sekor ok.
Mungkin kambing gurun, mungkin jugak kambing biri- biri.
Tah.

Alamak sedaps sungguh.
Bukan sebab lapar balik menoreh.
Memang sedaps.
Tak makan mende lain.
I had like 5 sudu nasik dia.
Kalau nasik putih mau tambah 5 kali.

I am not a big fan of nasiknya, but kambingnya ye.
Nak lagik tapi lemak kambing tu..u know I know lah.
Lagipun sambutan tahun baru.
Sakgi nak berlaga pipi ceciyom  berucapan ker... lekattt lemak kambing nuu..heheh tak senonoh rupa dia nantinya.
Kan winter, lemak tu nanti beku di sekitar pipi dan akan sangat obvious, macam keputih-putihan lak .. hik hik

Selamat Tahun Baru.