Kawan yang baik adalah perhiasan.
Berkawanlah dengan orang yang merasa terharu bila kamu sekadar masak nasik yang digoreng dengan perencah nasi goreng cina maggie, dia makan dan mendoakan kamu diberikan rezeki yang berkah walaupun agama dan kepercayaan mu berbeza. Dia tidak pernah berkata, kau kafir, takleh nak makan kau masak, berdosa. Dia tahu kamu masak dengan seikhlas hati dan sekuatnay kamu memastikan segala yang dimasak mengikut agamamu.
Berkawanlah dengan orang yang mengasihi binatang tanpa prejudis. Mereka ini akan melihat mu begitu. Bukanlah maksudnya dia melihat kamu macam binatang jugak..lol. Maksudnya kalau dia tak pilih binatang itu binatang apa dia masih ada rasa kasih kerana ia bernyawa. Nyamuk, lalat, lipas dan tikus tidak termasuk lah...hehe. Tu perosak.
Berkawanlah dengan orang yang tegur kamu dulu sebelum keburukkan mu terponggeng di khalayak ramai. Dia tidak mahu kamu dipermalukan. Dan dia menutupi burukmu dan sentiasa mengingati kebaikanmu. Dia mahu mengikut perangai baikmu dan menjauhkan diri dari berlaku buruk sepertimu waktu dulu. Dan sebaliknya.
Berkawanlah dengan orang yang berdiri di sebelahmu walaupun dia tahu kamu sebenarnya salah. Dia mencaci makimu di kala bersendirian denganmu. Dia juga menghantuk kepala mu ketika kamu berbuat salah.
Berkawanlah dengan orang yang lemah lembut sikapnya. Nanti kamu akan bisa belajar darinya bagaimana mahu berlembut walhal kamu seorang yang keras sikapnya. Kan keras keras kerak nasik...sok lusa lembutlah.
Berkawanlah dengan orang yang bila kamu tanyakan sesuatu, dia akan cuba sedayanya mencarik jawapan supaya kamu faham kenapa itu begitu, ini begini, ono begono.
Berkawanlah dengan orang yang memberitahumu perkara yang tidak kamu sukai dan mengajak kamu berfikir apakah ada kebenaran, walau sedikit di dalam cerita itu. Merefleksi diri, kekdahnya.
Berkawanlah dengan orang yang berselisih faham denganmu dan dia mengalah kerana tidak mahu terus terusan berbalah. Ada kebaikan dalam dirinya yang harus kamu ikuti. Ada yang boleh kamu pelajari.
Berkawanlah dengan orang yang suka tahu apa betul atau tidak ceritamu bukan sekadar mendengar dan mempercayai mu seratus peratus.
Berkawanlah dengan orang yang membuatmu ketawa. Dia membawa nikmat hidup untukmu.
Berkawanlah dengan orang yang apabila kamu hulurkan bantuan dia akan membalasnya dengan membantu orang lain pula:-)
Berkawanlah dengan orang yang melindungi kita bila berlaku perkara perkara yang boleh memudaratkan kita. Contohnya, bila hendak membeli kain cadar selimut di IKEA, dia cakap toksah Piah. Yang kau punya beli kat Pakistan lima tahun dulu masih cantek. Lembut pulak tu. Dia mengingatkan kita tak yah nak menambahkan koleksi sebab sok lusa kene balik, payah nak mengangkutnya. Kita pun pakailah yang ada. Tersedar yang kita dah ada selimut yang cukup. Takyah nak berkoleksi bagai. Nak bertema tema arabian night, safari night atau berkelambu kelambu kalau tak de nyamuk kenapa?
MP,
ReplyDeleteNapsu mengatasi segalanya kalau tiba bab shopping. Nasib ada kawan yang tolong ingatkan beli cadar ikea adalah pembaziran syaitoonnnnn
FA:
Deletesaling berhasutan...lol. Kami balik setelah membeli bekas makan 12sr sorang...senang hati...lol.tetapppppp yerk...:P
Muahahahah.
x
MP
DeleteTak dapat cadar dapat bekas makan pong jadi la ye. ye kita perempuan begitulah ada aje nak dibelikan dan excuse utk diberi kepada suami (in my case lah) hehehe.
Tapi masaklahnye kan MP, adeke maknusia yg fits all the above criteria? I myself pun xberani dgn kompidennya nak declare yg i ado seme ciri2 yg MP sebut di atas.. Adola jugak satu dua kot.. tp xsemua :p
ReplyDeleteMasuk lift tekan butang sendiri mode (masuk bakoi angkat sindrik) lalalala
Happy new year MP!!
Silver:
DeleteThey dont have to be in one person. Mix and match kekdahnya.:-)
Takde semua sebab kita pun sama ada kurangnya.
MP pun join naik lift awak. Tekan berkali kali lak tu :P
x
MP, tmbah satu lagi, brkawan la dgn org yang masanya sntiasa ada utk kita,dan tdak prnah memalingkan mukanya pada kita walapun dunia tlah membelakangi kita..
ReplyDeleteIM:
DeleteYessssss* ni cakap sambil angguk angguk*
x MP
My dear MP,
ReplyDeletethank you for this post..
alhamdulillah dlm hidup i, i jumpa kawan-kawan mcm you mentioned cuma tang part last.. the contoh..hat yang tu takle pakai sbb masing-masing 2x5.. lagi sesi pujuk memujuk adalah..beli lerr.beli lerr..kalau tak beli nanti rugi..bukan selalu.. dah tak pasal-pasal i terembat handbag hahahah...
Blu :
Deleteakta hasutan semasa shopping harus diadakan nih...lol
ttak beli rugi, bukan selalu. Tapi kalau selalu diamalkan...haiyaa...cthnya: MP gi hari dgn kawan yang saling berhasutan..kami beli kentena sorang satu...LOL.
x MP.
MP,
Deletetu ler pasal..bila balik rumah after berjimba-jimbaan dengan kekwan haruslah buat muka inosen or more like muka sposen and terus sembunyi brg yg dibeli dalam lemari kan..
MP yang dikasihi ...
ReplyDelete... thank you for an enlightening elaboration ... maka ... berkawanlah dengan mereka yang arif tentang makna berkawan ...
much love :)
Real:
DeleteU r welcome. I know u have 'em quality.
x
Dear MP cayang,
ReplyDeleteTema arabian? Feeling2 menantu Raja Harab kah?
Untung Monte Mon dgn Panjang ada kawan macam u MP..
MM:
Deletefeeling binik nomot 18 raja harabs... gelap kelam kelam kelam sikit...LOL.
Untung ada...pasti. Sakit ati banyak jugak dia dua orang. LOL>
x MP
MP
ReplyDeletei ada sorang kawan cenggitu..memang i hangen dengan dia tapi sedar, she's the best and close friend forever..thru bad and good time..walaupun kita berasa sakit hati bila dia berkata-kata tapi ada kebenarannya...
LW:
Deletehangen tu perkara biasa dalam berkawan. At least u know her heart is in the right place.
:-)
x MP
saya nak jadi kawan kamu jugak
ReplyDeleteboleh ye?hehe
Irfa:
DeleteBoleeeeehhh...:-)
Irfa, nanti MP jawab kekomen awak yer. Gigih sungguh awak membaca meraban saya. Dan yes, ada rezeki saya akan bawakkan apa awak pesan. tatau zaman bila, saya akan cuba bila ada KUL flight.
x MP
hahaha..for info,tak semua blog saya khatam dari mula.hanya yg betul2 saya suka.sib baik dr 2010 je kalau dr 2006,mgkin ambik masa setahun utk khatam ;)
Deleteeh pasal tu gurau je..
itulah, kalau kita nak orang berkawan dengan kita tu ada semua tu, first sekali kenalah tengok kat diri kita sendiri dulu...
ReplyDeletetapi sebenarnya saya rasa, kawan baik adalah saling melengkapi...
:)
Cacah:
Deletepandainyerrrr...:-)
kita sendiri tu yang kene betul dulu, baru lah kita boleh jadik kawan yang baik.
x MP
sudikah MP kawan dgn NP walaupun MP cantik dan NP tak cantik?
ReplyDelete