Pages

Saturday, December 26, 2015

Sarapan

3 minggu yang lalu, sewaktu saya di luar pengkalan, ada kapten meninggal kerana renjatan eletrik di kediamannya. Tak banyak details yang diketahui just kene renjatan letrik. Pengkebumian dijalankan lepas autopsi. Kapten tu tinggalkan seorang balu. Anak, saya kurang pasti, kerana berlainan fleet dan saya tidaklah kenal dengan  kapten tersebut. Mungkin pernah berselisih bahu. Entah.

Dari meja sarapan pagi, saya diberitahu bahawa sang balu ditahan polis 3 hari lepas. Sang balu dituduh merancang kejadian renjatan elektrik yang meragut nyawa mendiang. Laporan autopsi dikatakan ada unsur unsur diracun.

Diruangan akhbar obituary, nama isteri tidak disebut. Hanya ada nama ahli keluarga si kapten. Nama mak dan paknya, adik beradik sahaja. Family si kapten yg taruk di surat khabar.

Memuncung krew cerita kata, mereka mengesyaki sang balu sebab setelah upacara 9engkebumian, keluarga si kapten tidak diwelcome lagi di rumah sang balu.

Sebab apa tidaklah diketahui, i suspected, sang balu mahu diberikan ruang untuk meratap kematian suaminya dan tidak mahu diganggu dengan pelbagai tuntutan keluarga si mati.

Semasa hayatnya, memang si isteri tiadalah hubungan yg overly mesra dengan keluarga mertuanya, dah orangtu takde, menjarakkanlah lagi ye dak?

Keluarga si mati dengan secara terbukanya mengecam dan menuduh nuduh si balu merancang kematian tersebut.
Tidaklah diketahui sejauh mana benarnya, tapi its very damaging lah. Saya diberitahu the husband and wife elok ja semasa hayat. Gaduh gaduh itu asam garam, but theynwere ok when he died.

U see, my dear, tragedies pulls people together.
So does money.

Saya berharap semoga kebenaran akan timbul.
Ngeri kan?




Friday, December 11, 2015

Saya berjaya menahan diri dari mencerca orang semalam.
She hurt my feelings.
So I wanted to retaliate by saying some hurtful things.
But I stopped myself. 
Dari mana datangnya kesabaran itu, I really dunno.

Niari. Saya kene luahkan kepada rakan karib saya di group wassap. Tapi sapalah nak dengarkan. Jadi anda yang tanpa sengaja singgah di blog inilah membacanya.

Saya memang takkan puas hati kalau tak cakap apa saya nak cakap.
Here is what I wanted to say.
*Awak dapat duit dari bofren awak yang laki orang.
Memanglah tak risau nak pakai duit sebab senang dapat*

Memang saya bernasib baik.
Nasib baik kita berbeza.
Awak dengan kemewahan melimpah.
Bofren bagik.

Saya hanya dapat menyusur tebing sungai Seine menghiburkan hati kalau gelisah atau fefeeling model atau hendak humblebrag  kepada sedara mara yang menjuih juih sebab saya adalah amdartu.

Nak nagessss aaaah!

K bye.

Mende mende yang cemginilah kenapa saya hendak remain  anon.
Yang kenal saya di luar, jaga lah ke-anon-an saya.



Friday, December 4, 2015

Kain

Ada orang suka cakap, eh..i tak jaga tepi kain orang.
Dialah memfollow segala media sosial orang yang dia tak jaga tepi kain orang yang dia tak minat nak amek tau.
Dah namanya tak jaga tepi kain orang, kannnnnn?

Ada orang suka cakap, eh.. i tak campur hal ye....setelah dia bertanya segala menyeluruh cerita yang dia tak nak campur. 

Ada orang suka cakap i tak amek pot lah... dan masa yang sama bertanya itu ini kendian merumuskan dia tak amek pot. 

Lepas berkata kata demikian jugaklah dia akan bercerita betapa dia tidak menjaga tepi kain orang yang robek kerana kain orang tu robek sebab tersangkut masa jemur kain tepi pagar. 
Tak amek pot, tapi tau pulakkkkkk kain orang tu robek sebab tersangkut sebab nak cepat cepat kerana dek laki dah start enjin kereta sebab nak gi kenduri di belah belah Ijok, Kuala Selangor sana.
Jugak tahu bahawasanya kain yang robek itu dibeli di pekedai pasar baru di Serikin yang didatangkan dalam 8 kaler berberbeza. 
Jugak tahu yang semasa pergi beli kain tersebut orang yang tak dicampurhal  itu pergi membeli belah di pasar Serikin itu bersama sedara ipar duai dia yang berjumlah 3 orang dan mereka kekongsi membeli kain tersebut, sorang satu corak lelain dan bayar duit minyak secara tong tong.

Punyalah tak jaga tepi kain orang. 
Punyalah tak campur hal orang. 
Punyalahhhhhh tak amek pot. 

Tanyaah diri sendiri. 
Apakah kita benar benar tak amek pot, tak campur tak jaga tepi kain orang, takde masa nak melakukan perbuatan demikian tapi kita sebenarnya sangatlah kepociiiiiiiiiiiiii!

Apakah kita berkata kata demikian  kerana kita hendak merasa kita adalaah lain sedangkan, kita tahu bahawasanya kita jugak adalah kepoci? 

We meet this people everyday.
You might surprise yourself that its actually kita sendiri.

Lepas tu jangan merempan lak kat media sosial bahawasanya mengkepoci itu adalah amalan syaitan dan kita menggoogle untuk mencari kata kata mutiara untuk di statuskan, yer anak anak.

On a different note, saya merasa kesian bagi p8hak gadis cantek yang telah ditroll gara gara tersalah ertikan maksud KimK di ig beliau.
Maafkanlah dia. 
Khilaf mungkin.
Tapi saya mengerti kenapa dia merempan. 
She love her friends. 
Yang selalu dijadik bahan kerana kita yang tak jaga tepi kain orang ni suka menjuih bila lihat orang yang tidak 'sesempurna' kita atau diva pujaan hati Makji Esahbella dan KyahLydia.
Sebagai rekod, saya bukan peminat tegar gadis cantek itu, tapi saya akui dia cantek. 
Sangat actually.