Pages

Sunday, September 29, 2013

Wan yang jahat

Saya ada kawan.
Nama dia Wan.
Tak jumpa lagik, tapi suatu hari bila bersua dia akan dicarutkan.
Percayalah.
Dia duk Londong nuuu.
Dia suka Johnny Bravo pakai ihram.

Wan...Jodoh itu milik saya dan Farid Kamil.
*fefeeling Dahlia bte Darius*

Aking, tolong carutkan Wan. 

Ktengsbai.

Rahima

Sesejak dua tiga menjak nih, ramai crew baru.
Kalau ada 3 crew lama, saya dah bersyukur dah.
Atleast ada orang tolong monitor bebudak baru nih.
Kalau dak, mendapatlah service tunggang langgang.
Tah hapa yang diajar masa kelas service dorang nih, saya sungguh tak faham.
Saya kadang tergeram ada gak nak terkeluar, korang diajar masuk tangan dalam poket ke dalam kelas servis kalau tak tahu nak buat apa eh?
Tapi saya haruslah menyabar kerana suatu masa silam dulu saya jugak seperti bebudak baru nih.
Cumaaaaa.. saya ada lah inisiatif tengok dan belajar.
Takde masuk tangan dalam poket seluar.
Mungkin jugak disebabkan budaya kerja di cap wau itu sendiri tidak mengizinkan berwenang selagik tak siap kerja.
Kerja tak siap, saya yang SIAP jap gik.
Ini singguh berbeza dengan bebudak paku pakis ( istilah ini diajar oleh Captain Aking) nih.

So .. saya gi la kerja.
Satu paku pakis nih, agak annoying lah jugak.
Ok...saya kurang sedikit bercerita tentang diri, lelebih lagik kalau saya tidak selesa atau kenal orang itu.
Yang rapat dengan saya pun, tidaklah tahu banyak mana tenatang saya. I have nothing to share anyway. Sekadar penolak troli.
Apalah cerita saya pun.

Sekadar hi bye di jalan di compound, itu tidak menjadikan kita kawan.
Tapi kerana sebahagian dari tugas saya ialah melayan kerenah crew, makanya saya dengan paksa rela mendengar lah, dan berbual lah dengan bebudak nih.

Ada yang saya hendak siat siat ada yang yang saya hendak sekeh.
Evil nya saya.
Masa saya berfikiran jahat tu idaklah say apikir saya evil, nih dah balik umah nih, saya baru terasa.
Evilnya.
Napalah saya macam nih?
Oerang tu cuma hendak berbual kosong.
Dan orang tu pun tak tahu yang saya kurang bijak berbasa basi.
I avoid small talks. I am just not good at it.
To some, I came up as this Piah of Arrogant.
Tapi idaklah saya sesombong The Other Piah.
Dia stuck-up,kan Aking?
LOL.

 Dalam reramai nih,  ada satu paku pakis nih.
Kengkawan saya dah cakap, nih esok awak fly dengan dia nih awak cakap dengan dia pasal beg troli dia ye Piah. Dah lusuh sangat.
Macam tak sesuai untuk digeret di erpot by a cabin crew.
And true enuff, bila fly memang beg dia lusuh.
Saya dah berkira kira nak cakap dengan dia bila dia datang nak berbual dengan saya.
Saya dengarkan apa dia nak bualkan... then sakgi saya akan masukkanlah ayat ayat nak suh dia tukar beg. 

She started with apa dia buat sebelum dapat jadik krew.
She does laundary kat rumah orang kaya.
Dia g sekolah.
She is among the lucky one, she said.
Tempat dia, perempuan masih dihalang dari pergi sekolah kerana masyarakat dia memang menghalang atau mungkin tak membolehkan budak budak  pergi ke sekolah  kerana kesempitan hidup.
Dalam banyak kisah kisah hidup yang dia cerita, nafas saya tersekat bila dia beritahu saya dapat makan kacang tanah itu satu kemewahan.
Dia dan adik beradik dia akan dapat makan kacang tanah dalam segenggam sorang masa eid sahaja.
Itu pun selalunya kat rumah orang.
Rumah dia susah sikitlah nak dapat, kata dia.
Sekarang, dia kata dia leh makan kacang tanah sebanyak mana yang dia nak.
Tak ke tersekat airliur kat kerongkong dengar tu?
Piah, now I like almonds. They are nicer than peanut.
I bought  2 kilos when I did Islamabad for my sisters at home.
Tersayat hati saya.
Dia cakap lagik, katanya dalam batch dia, ramai yang dari keluarga orang susah.
Datang mencarik rezeki di tanah asing sedangkan seluruh kehidupan mereka sebelum ini hanya bnerkisar kepada keluarga dan menunggu untuk dijadikan isteri.
Some in her kampung dikahwinkan pada usia 10, 11 tahun to men yang jauh lebih tua. Berlipat kali ganda.
 How sick is that?i
Yes, say ada cerita tentang budak permepuan yang kene kawin when dia tak baligh lagik. Nantilah. Bukan entri nih. Next one, I hope.

Berbalik kepada budak paku pakis nih, saya cakap dengan dia, sekarang dia hanya ingat dia diberi  peluang mengubah hidupnya, ambilah peluang sebaiknya untuk itu. Ingat kat mak ayah, kesusahan di kampung, jangan terlena dengan bisikan bisikan syaitan. Hidup jadik crew nii cabaran dia hebat jugak.

Dia angguk.

Oh ya.. saya cakaplah tentang beg dia.
She said, nanti gaji dia beli beg yang lain. 

Moga langkah mu sentiasa di dalam mencari keredhaan yang maha esa. 

Wednesday, September 18, 2013

Update

Setakat hari ini, roster saya masih belum mengizinkan saya untuk berjalan di walk of hope bersama sama. Tapi mungkin kalau sungguh bagai dikata, yang katanya saya kebal dan berstatus pujaan ramai, mungkin saya akan sampai jua. Nihhh... akan saya tuntut ye janji janji sushimu, Kiah dan Esahbella!

Pledge to walk and sweat it alone or in team at 3km for RM 30 per person or brave the 5km for RM 50 per person. Better still, form your own team of a minimum of 5 for RM100 and RM15 for additional team member (this can also be your cat or your neighbour’s maid) only for either 3km or 5km challenge. Make time for what matters. Sign up now at



Saya amat mengalakkan ( ga alip mim pang ngat ayat nih ) awak join walk of hope. Ini bukan sekadar  awak akan menikmati udara segar, atau gegadis berlenggang lenggok di Taman Wetland itu, it is more than that. Semoga huluran yang bagi untuk menyertai aktiviti ini diberi keberkatan. Dan diberi keinsafan yang kita beruntung masih diberi akal dan minda yang sehat.

Tidak semua orang beruntung.








Wednesday, September 11, 2013

Nak share gbr kat erpot bumi anbia nih pagi tadik. And lembaps semulajadi saya telah tidak.mengizinkan. MasyaAllah sangats. Nanti i try balik. And agenda tersembunyik ialah i want to have an entri bertarikh hari nih.

Nnt saay sambung. Pakai lefon update nih cam tak best aaaa.

Namaaste form New Delhi.

Saturday, September 7, 2013

Kelat

Salammmmmm...

Pertamanya, saya mulakan entri ini dengan kata berunsurkan kebencian kepada JessicaKiah dan Esahbella yang sekarang berpoya poya di ibu negara.
Dua orang makan sambil membayangkan muka kelat saya mengenangkan kelazatan makan bersama bersulamkan cerita ceriti yang menarik dan keji, kan?
Yes, saya adalah meluat mengenangkan nasib saya yang tiada dapat beriadah bersama.
Know that saya amat sepi di sini.
Wassap pun tiadalah berbunyik kerana dua orang nih sibuk melerai rindu.
Hetchu, BOTH!

Keduanya saya meluat dengan bahagian penjadualan.
Saya dibubuh on standby duty.
Dari 7pagi sampai 7malam. Ada flight KL.
Saya lefon operation center, kut lah ada ruang untuk saya pergi bertguas ke tanahair.
Ada dia nak bagi saya???
Tidak yer.
Saya hanya melanguk di villa melayari internet dah 2 hari.
Penerbangan ke KL tanpa krew malaysian semalam.
Ati panas ok!
Hari ini...ada flight KL...saya??
Saya melendutkan sofa membaca blog artis berserta komen komennya sekali.
Yelahh kan isu panas sekarang, buah hati diberitakan berskandal dengan binik orang.
 Haruslah mengikuti perkembangannya. 
Mujur KakLongEda berdiri teguh disamping buah hati ai itu.
Terima kasih KakLongEda.
 Hik dia KakLong lah... binik berfantasi nomor kendian macam saya harus lah panggil KakLong, kan? 

Ketiganya, saya bermuka kelat jugak kerana balik balik muka yang sama dapat flight ke KL.
Saya dihajar ke negara yang peratus orang kene sakit ginjal sangat kurang kerana penduduk nya gemar meminum air putih tanpa henti selama 5 jam penerbangan.
Dua tiga flight nanti hilang lah slang Indo saya dan mungkin leher saya akan menjadik jinjang kerana cakap bergeleng geleng.
Berkemungkinan besar sikit hari lagik, bila tidak bertugas saya akan pakai bintik hitam nadeek kat dahi nih aaaah.
Kutlah terserempak dengan Arjun Rampal.
Somels tau Arjun Rampal.
Mata sayalah kan.

Keempatnya, saya telah dipandang dengan pandangan keji kerana semalam saya terlepas mesyuarat. Mesyuarat tu takdelah wajib hadir.
Tapi dalam kata tak wajib hadir, mendapatlah jugak saya kerana tak pergi.
Saya semalam tak check email syarikat.
Sebab pa..saya ralit membaca buku baru.
Tadik masa gi supermarket membeli air kelapa cap Laguna, saya telah diperli oleh rakan sejawatan.
Saay senyum manis jek.
Purak purak gila.
Saya mintak resepi breakfast pancake kat dia.
Ok fineeeeeeeeeee, kan?
Takde kudrat nak menerangkan yang saya sebenarnya dapat tahu ada mesyuarat tu, pada pukul 7 malam sedang mesyuarat dijadualkan pada pukul 10sengah pagik.
Ada  lah saya cuak cuak sikit.
Hiks!

Kelimanya, takde kelimanya.
Kang ada mende, saya membebel tanpa pekdah lagik.

Friday, September 6, 2013

Takde teduhan kasih bagai yer


Letting go is never easy.
Having heart broken is not something I wish on anyone, hatta krew yang  telah menjengkelkan tu ari. Grrrrrrr!
I did though, being me, cursed him in my silence that dia dapat flight yang teruk..lol.
Ngeh ngeh ngeh.
Or dia dapat passenger/passengers yang bongeks macam perangai dia.

I know what heart break is.
Kalau saya celik tenet, mungkin saya jugak akan mengupload video ke youtube, menangis teresak esak menyanyikan lagu Nobody Knows ...( ok basi...nak buat cam anak dara yang bofren dia orang kutuk kata Bangla...jahat dorang nih).

Dalam melalui saat saat itu ( ayat pilihan yang lehenerdz nih ) saya bersyukur dengan adanya teman teman yang biarkan sahaja saya dengan tidak bertanya itu ini.
There are days where I feel like semua berkonspirasi menentang saya..
Termasuklah mamat yang hantar air minum gallon kat rumah saya, atau burung yang berkicau atau susunan oren sankis kat supermarket yang saya gi.

I slept like 20hours.
Penat balik kerja tu memang..tapi hati yang diratah sendiri itu , I like to do that in the dark.
To a point , maybe I was depressed.
I just didnt know it.
Sometimes I just sat there and look at my bottle of water macamlah botol air mineral tu satu keajaiban. Fikiran saya entah ke mana.
Saya rasa macam hidup macam orang lain bila saya berkerja sahaja.
Apa nak buat, kerja kalau saya hilang jugak, matikudasai lah kan.
Yang saya ingat satu jek, mak kat kampung saya nak bagi makan apa kalau saya tak kerja. Kami tiada harta atau tanah berekar ekar macam anak ketua menteri yang dituntut di mahkamah syariah oleh ex wifenya.
Air paip punnnnnnn takdak...apa cita nak feeling kau patah hati bagai kan?

Macam orang lain, namanya pun manusia, saya pernah berharap untuk bersama ke hujung nyawa.
Tapi apakan daya, jalan kami sudah bersimpang.
Di manakah silapnya?
Takde silap.
Hanya satu yang saya tahu, perasaan tu pudar sedikit demi sedikit.
We tried to make it work, but somethings are just not meant to last.
The on off relationship took a toll on both of us.
The only thing yang buat kami ber'on off' was we didnt date anyone else masa off atau on itu.
Kesetiaan nih adalah satu hukuman sebenarnya.
You just dont want to decide to break off  knowing it is not fair for the other party.
Sebab dia masih disitu, walaupun sudah tiada kemanisan dalam relationship tu.
Erkkk...I hope u guys faham apa yang saya cuba cakap nih.
Hambar.
Ada macam tak de, takde memanglah takde.

I braced myself for the impact.
But when it finally hit, it was a lot harder than I thought.
Sedangkan saya yang beralah untuk mengakhiri sesuatu yang tidak akan ke mana.
Lebih memedihkan dan menyaratkan hati saya ialah bila ibunya ikut campurtangan.
Maafkan saya, mak the x-file, saya tidak mahu lagik digantung tidak bertali ( I dont have the word for the relationship status ).
Dia sudah membuat keputusannya, dan saya telah buat keputusan saya.
Keputusan muktamad...heheh macam dalam rancangan sapa nak jadik jutawan jek.

Kengkawan kata rugilah saya melepaskan dia pergi.
Hilanglah segala keistimewaan yang saya dapat selama ini.   
Apa yang yang dorang lupa, saya telah berikan 5 tahun dari hidup saya untuk dia.
Macam mana saya menahan diri dari berpoya poya dengan orang lain kerana saya ada dia.
Dia pun sama jugak.

Let me share with you his last text:

How can you love someone so much but not know how to love them?

******


I am ok.
I am just being melancholy sebab harijadi dia akan menjelang pada 08 09 nih.
Pun jugak sebab fikiran saya bercelaru sebab saya hendakkan penjelasan kenapa Adiputra berkiriman gambar angrybirdnya  dengan binik orang.
Ok fineeeeeeee Adi!!!
Erkkkkkks!

Monday, September 2, 2013

Update!

Walk of Hope , sessi berjalan bersama Kiah Kasut Merah akan berlaku pada 29th September 2013 nih.
Untuk pendaftaran, sila ke klik di sini.

Pasukan Mak Enon, anda sudah ready?
Pasukan Rumah Biru...prektis dah buat?
Pasukan mereka dan ahlil sekeluarga bagaimana? ;-)

Pasukan Kiah Kasut Merah harus lah dah setiap hari membuat latihan lari setempat....jum racing! Hiks.
On ur mark, get set, JOM!!!!!!!

Sunday, September 1, 2013

Update

Juih juih mulut ala Angelina Jolie.
Errr..dia tak juih sangat kut.
Sebab aslinya dia memang cantek.
Buat aksi model, jeling sikit kat tepi.
Kunun photoshoot.
Haihhhhhh!
Buat tongek ala Bar Rafaeli dekat cover magazines.

Selfies nih antara mende yang  membuatkan Mak Piah menjadik seorang pengutuk setiap kali nengok di laman sosial.
Amek lah gambar yang kurang beraksi gewdiks, boleh?

Ada orang memang dilahirkan cantek zahirnya. 
Kaya sebab cantek pun dorang.

Kita yang biasa biasa nih toksah tiru lah.
Tak kena rupa nya.
Agak agaklah wei!

Sesilap jadik pemangkin orang mengutuk.
Salah seorangnya, MakPiah nih lah.
Toksahlah banyak noooo selfies.
Sehari sekali ok.
Lebih orang meluat.