Pertamanya, saya mulakan entri ini dengan kata berunsurkan kebencian kepada JessicaKiah dan Esahbella yang sekarang berpoya poya di ibu negara.
Dua orang makan sambil membayangkan muka kelat saya mengenangkan kelazatan makan bersama bersulamkan cerita ceriti yang menarik dan keji, kan?
Yes, saya adalah meluat mengenangkan nasib saya yang tiada dapat beriadah bersama.
Know that saya amat sepi di sini.
Wassap pun tiadalah berbunyik kerana dua orang nih sibuk melerai rindu.
Hetchu, BOTH!
Keduanya saya meluat dengan bahagian penjadualan.
Saya dibubuh on standby duty.
Dari 7pagi sampai 7malam. Ada flight KL.
Saya lefon operation center, kut lah ada ruang untuk saya pergi bertguas ke tanahair.
Ada dia nak bagi saya???
Tidak yer.
Saya hanya melanguk di villa melayari internet dah 2 hari.
Penerbangan ke KL tanpa krew malaysian semalam.
Ati panas ok!
Hari ini...ada flight KL...saya??
Saya melendutkan sofa membaca blog artis berserta komen komennya sekali.
Yelahh kan isu panas sekarang, buah hati diberitakan berskandal dengan binik orang.
Haruslah mengikuti perkembangannya.
Mujur KakLongEda berdiri teguh disamping buah hati ai itu.
Terima kasih KakLongEda.
Ketiganya, saya bermuka kelat jugak kerana balik balik muka yang sama dapat flight ke KL.
Saya dihajar ke negara yang peratus orang kene sakit ginjal sangat kurang kerana penduduk nya gemar meminum air putih tanpa henti selama 5 jam penerbangan.
Dua tiga flight nanti hilang lah slang Indo saya dan mungkin leher saya akan menjadik jinjang kerana cakap bergeleng geleng.
Berkemungkinan besar sikit hari lagik, bila tidak bertugas saya akan pakai bintik hitam nadeek kat dahi nih aaaah.
Kutlah terserempak dengan Arjun Rampal.
Somels tau Arjun Rampal.
Mata sayalah kan.
Keempatnya, saya telah dipandang dengan pandangan keji kerana semalam saya terlepas mesyuarat. Mesyuarat tu takdelah wajib hadir.
Tapi dalam kata tak wajib hadir, mendapatlah jugak saya kerana tak pergi.
Saya semalam tak check email syarikat.
Sebab pa..saya ralit membaca buku baru.
Tadik masa gi supermarket membeli air kelapa cap Laguna, saya telah diperli oleh rakan sejawatan.
Saay senyum manis jek.
Purak purak gila.
Saya mintak resepi breakfast pancake kat dia.
Ok fineeeeeeeeeee, kan?
Takde kudrat nak menerangkan yang saya sebenarnya dapat tahu ada mesyuarat tu, pada pukul 7 malam sedang mesyuarat dijadualkan pada pukul 10sengah pagik.
Ada lah saya cuak cuak sikit.
Hiks!
Kelimanya, takde kelimanya.
Kang ada mende, saya membebel tanpa pekdah lagik.
Blh bygkan bagaimnkah kelat, masamnya muka MP..
ReplyDeleteAlolololo.....
Jolie pn x ikt skandal itu..Td tgk melodi ja..Adiputra x nk jwb cal...
~Jolie~
2 hari berfamily day xde line internet
ReplyDeletebanyak stori artis yg sy miss.huhu
Hi MP
ReplyDeleteLama tak bertanya khabar. hehehe...
xoxo
Sian kaklong eda kan...mesti dia menangis dlm hati tu...I tau sangat..;(
ReplyDelete