Pages

Sunday, September 29, 2013

Rahima

Sesejak dua tiga menjak nih, ramai crew baru.
Kalau ada 3 crew lama, saya dah bersyukur dah.
Atleast ada orang tolong monitor bebudak baru nih.
Kalau dak, mendapatlah service tunggang langgang.
Tah hapa yang diajar masa kelas service dorang nih, saya sungguh tak faham.
Saya kadang tergeram ada gak nak terkeluar, korang diajar masuk tangan dalam poket ke dalam kelas servis kalau tak tahu nak buat apa eh?
Tapi saya haruslah menyabar kerana suatu masa silam dulu saya jugak seperti bebudak baru nih.
Cumaaaaa.. saya ada lah inisiatif tengok dan belajar.
Takde masuk tangan dalam poket seluar.
Mungkin jugak disebabkan budaya kerja di cap wau itu sendiri tidak mengizinkan berwenang selagik tak siap kerja.
Kerja tak siap, saya yang SIAP jap gik.
Ini singguh berbeza dengan bebudak paku pakis ( istilah ini diajar oleh Captain Aking) nih.

So .. saya gi la kerja.
Satu paku pakis nih, agak annoying lah jugak.
Ok...saya kurang sedikit bercerita tentang diri, lelebih lagik kalau saya tidak selesa atau kenal orang itu.
Yang rapat dengan saya pun, tidaklah tahu banyak mana tenatang saya. I have nothing to share anyway. Sekadar penolak troli.
Apalah cerita saya pun.

Sekadar hi bye di jalan di compound, itu tidak menjadikan kita kawan.
Tapi kerana sebahagian dari tugas saya ialah melayan kerenah crew, makanya saya dengan paksa rela mendengar lah, dan berbual lah dengan bebudak nih.

Ada yang saya hendak siat siat ada yang yang saya hendak sekeh.
Evil nya saya.
Masa saya berfikiran jahat tu idaklah say apikir saya evil, nih dah balik umah nih, saya baru terasa.
Evilnya.
Napalah saya macam nih?
Oerang tu cuma hendak berbual kosong.
Dan orang tu pun tak tahu yang saya kurang bijak berbasa basi.
I avoid small talks. I am just not good at it.
To some, I came up as this Piah of Arrogant.
Tapi idaklah saya sesombong The Other Piah.
Dia stuck-up,kan Aking?
LOL.

 Dalam reramai nih,  ada satu paku pakis nih.
Kengkawan saya dah cakap, nih esok awak fly dengan dia nih awak cakap dengan dia pasal beg troli dia ye Piah. Dah lusuh sangat.
Macam tak sesuai untuk digeret di erpot by a cabin crew.
And true enuff, bila fly memang beg dia lusuh.
Saya dah berkira kira nak cakap dengan dia bila dia datang nak berbual dengan saya.
Saya dengarkan apa dia nak bualkan... then sakgi saya akan masukkanlah ayat ayat nak suh dia tukar beg. 

She started with apa dia buat sebelum dapat jadik krew.
She does laundary kat rumah orang kaya.
Dia g sekolah.
She is among the lucky one, she said.
Tempat dia, perempuan masih dihalang dari pergi sekolah kerana masyarakat dia memang menghalang atau mungkin tak membolehkan budak budak  pergi ke sekolah  kerana kesempitan hidup.
Dalam banyak kisah kisah hidup yang dia cerita, nafas saya tersekat bila dia beritahu saya dapat makan kacang tanah itu satu kemewahan.
Dia dan adik beradik dia akan dapat makan kacang tanah dalam segenggam sorang masa eid sahaja.
Itu pun selalunya kat rumah orang.
Rumah dia susah sikitlah nak dapat, kata dia.
Sekarang, dia kata dia leh makan kacang tanah sebanyak mana yang dia nak.
Tak ke tersekat airliur kat kerongkong dengar tu?
Piah, now I like almonds. They are nicer than peanut.
I bought  2 kilos when I did Islamabad for my sisters at home.
Tersayat hati saya.
Dia cakap lagik, katanya dalam batch dia, ramai yang dari keluarga orang susah.
Datang mencarik rezeki di tanah asing sedangkan seluruh kehidupan mereka sebelum ini hanya bnerkisar kepada keluarga dan menunggu untuk dijadikan isteri.
Some in her kampung dikahwinkan pada usia 10, 11 tahun to men yang jauh lebih tua. Berlipat kali ganda.
 How sick is that?i
Yes, say ada cerita tentang budak permepuan yang kene kawin when dia tak baligh lagik. Nantilah. Bukan entri nih. Next one, I hope.

Berbalik kepada budak paku pakis nih, saya cakap dengan dia, sekarang dia hanya ingat dia diberi  peluang mengubah hidupnya, ambilah peluang sebaiknya untuk itu. Ingat kat mak ayah, kesusahan di kampung, jangan terlena dengan bisikan bisikan syaitan. Hidup jadik crew nii cabaran dia hebat jugak.

Dia angguk.

Oh ya.. saya cakaplah tentang beg dia.
She said, nanti gaji dia beli beg yang lain. 

Moga langkah mu sentiasa di dalam mencari keredhaan yang maha esa. 

11 comments:

  1. InsyaAllah.......moga kita pun x lupa diri..
    ~Jolie~

    ReplyDelete
  2. Kak piah oo.. i ni silent reader u since awal 2012..i tggu setiap entry.. cuma entry ni i paling tacing.. so i nk tanya, kalu i nk bg beg kt dia leh tak.. i bank in dan u tlg belikan.. serius ni.. nanti i email kt u my email k.. - pak itam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Itam
      Terima kasih.
      Tak yah.
      I gave her my bag. :-)

      Mak Piah

      Delete
    2. Tq kak piah.. dan tengok2 kan dia k..supaya dia x lari dari objektif awal dia itteww..tacing sampai pak itam tertido berseka air mata!!! Padahal pak itam memang kaki zzz.. lol

      Delete
  3. sedih baca cite Mak Piah..mmg menginsafkan..i always take everything for granted..i will be more apreciate what i have from now on..:)

    ReplyDelete
  4. Sobbb..
    And kami pon panggil kerabat itu paku pakis jugak..wahahahaaa

    ReplyDelete
  5. MP,

    Very touching... hope she'll be okay and never forget her root.

    ReplyDelete
  6. There are times where I feel bad applying for my dream job. Macam ambil peluang orang lain pula walhal sudah saya kerja tetap. Aiseh, macamlah pernah dapat offer. :p

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)