Pages

Tuesday, December 30, 2014

update

My pick up is in 6 hrs time. Flying time wud be 11hrs, give or take. With the current weather it wud be longer. Saya  masih terkebil kebil atas katil. Why is it so hard to fall asleep?

Bila tak leh tido nih mulalah pikir memacam.

Musibah menimpa di tanahair. Mana banjir, mana nahas kapal terbang, mana kapal lagi satu accident kat philipine sana, mana MH370.

I was also ex skirt merah. Well, sebelum  dia bersemrket merah sebnarnya. Masa uniform dia kaler ijo. Sebelum abang Tony amek alih.

Rasanya semua yg pernah jadik crew or if you are part of the aviation world, akan rasa macam saya. Jadiklah musibah kat mana mana syarikat penerbangan, kami semua turut merasa pedihnya. Pun jugak datanglah di fikiran, it could have been me.

Saya doakan seikhlas hati, semoga dipermudahkan urusan yang terbabit dalam nahas kapalterbang menghadap Penciptanya. Apa pun anutan mereka.

Yang banjir di tanahair, terima kasih untuk yang pergi tolong, apapun bentuknya, material tenaga mahupun doa.

Tragedi ini membawa kita semua ke satu titik yang sama. Saling membantu. Yang banggang buat posting tu janganlah dihiraukan.
Dah dia banggang, nak buat macam mana.

Takziah saya sedalam dalamnya untuk mangsa.

Mengeletar lutut saya nak g kerja.

Wish me safe flight, ya.


Sunday, December 21, 2014

Update yang tak seberapa.

Hai. Salam dari tebing sungai Seine.

Saya dah sampai beberapa hari dah. Sempatlah saya melepak sehari dua dan membeli belah di semarket sebelah hotel ni. Kosan hotel nih bukanlah kosan orang perancis yang kekaya dalam tv tu. Jauh lah dr Haussmannian elegance of Paris gitu.
Bolehlah...

Antara benda yang paling saya suka di sini adalah keju. Waaahhhh feelinggg kuat yer. Hiks. Yes my all-time favourite ialah Boursin all herbs tu. Sedap sungguh wey. Kat Absodi seketui tu adalah 27.95sar. Kat sini, satu dapat €1.47. Kebahagiaan, tak? Sungguhlah kan. Sikit hari lagi dapat dagu selapis lagik tambah, baru cheesebedebah lah namanya, kan?

Saya g jejalan di twngah kota. A change of place. Almaklumlah sebelum nih saya duduk disebalik tembok 20kaki dalam compound,kan. Truth is the wall was something I dont really like. Then, I learn to live with it. Then, after a while, I depend on the wall. Funny, huh? Yes, but that is the truth. Been to Paris many times, but to live here is another. I enjoy the strolls and coffee, lets see if I can make it.

Memulakan hidup baru ditempat yang baru, boleh menakutkan kita, errrr sayalah. Here I get to work with people yang sebab dia berbahasa perancis, apa dia cakap pun macam best je.
Sexy,kan bahasa perancis, walhal orang tu cakap 'nih kentang ang nih nak buh garam ke dak..' tetaplah rosmentik bunyiknya. Hiks.


Dari hotel saya duduk nih kalau amek bus No76 tu amek yang ke Louvre, sampailah di tengah kota. Kalau naik ketapi, sesat barat adalah hampir pasti. Sayalah, kan? Adakah kerana saya tidak reti membaca peta?

 Dah duduk di tebing sungai Seine, kenelah berbahasa perancis,kan. Saya? Boleeeeeeeeehhhh..
Saya memang berbahasa perancis, yang lawannya faham ke idak saya kata apa, kan masalah sana. Saya sendiri kadang tak faham apa nak sampaikan. Cakap bahasa kita pun ramai yang tak faham. Contohnya awak yang baca blog nih. Awak pahamkah apa yang saya cita kat sini. Ngeh ngeh ngeh. Meh berparlez fronsey ye kekawan.

Kang kita sambung journey of Piah ngok ngek yer.

Saturday, December 13, 2014

Tinggal lah kasih tinggal lah sayang.

Saya malas nak masak lately. Well.. dah beberapa ketika lah my place dtg makan je, lauk pun  ala kadar. Kalau dulu, ada layover bagai, segala toknenek dekat pasar saya beli sebab tak dapat atau ketidakmampuan saya membelinya di pasar di padang pasir nih. Saya selalu menyeringai bila tengok serai sekilo rega dia 45riyal. Amek 3 batang terus dlm 8 riyal macam tu. No it isnt lah,kan. Tak yah lah masak mende yang perlu berserai bagai kalau tahu tak mampu. *ooooooh mengelitis g mall berpoya poya tak pe..beli serai tekidungmasen.*

Saya adalah wassap wassap kalau menemui jalan buntu tatau nak masak apa. Wasssap dengan blogger pemalas update dua orang itiew..
sorang sibuk menguruskan umahtangga ... pasang paip air baru seluruh rumah buat airterjun gaknya sampai melupakam kewujudan blognya. Sorang lagi sibuk gentel karipap meniaga gamaknya. Takpun dia main games yang tak berpekdahnya candycrush yang sangkut di level 65. If u play candycrush, walaupun kata kawan..udah gak jaman piahh oiii..u will know how difficult it is to pass that stupid level. Awak berdua sila amek peratian. I dont care kalau u bercerita naik bajai ke BrotherLand sekalipun atau bagaimana menternak berudur belakang rumah..?

Jadiknya begini.
Hari ni saya off. Tefon genggam berbunyik berkali kali. Saya tengok je sambil menumis rempah soto google. Oh...terimakasih pada yg empunya resepi yang saya jadikam panduan untuk membuat soto nih ari. Saya lupa ikut resepi mana tadik. Pinau saya gigih memgoogle diselangi dengan saya membuat tonton gila episod 1 sampai ke episod 20 nih hari. Oh Fahrin.. i terhutang budi dengan u.. i masak soto jadik sedap hari nih sebab sambil masak sambil fefeeling kat u Fahrin.

Dah abis masak tefon bimbit bervibrate tidak berhenti. Tengok nombor tertera di layar fon, nombor opis uols... ketaq lah saya. Walaupun saya off, besar kemungkinan abang operation tu hendak membalas dendam kerana saya selalu mengenakan dia bila saya ke ofis.

Kawan kawan datang makan sekali. Then kami bercakap mencerca semua manusia di pengkalan ini, dalam keadaan berbisik bisik. Suara ngajak masuk kelambu semua orang.

Then house phone berbunyik. Eh.. kawan saya si burung pipit*lepas ini yg akan dikenali sebagai BP*boleh angkat tefon tu dengan serta merta. Di saat itu saya dapat merasakn ada ketumbuhan dalam diri saya. Bibit bibit kebencian adalah tumbuh.

Sebaik fon sampai di tangan saya, saya buat sora serak serak cilaka kekunun tgh tidur. Terkejung saya sekejapan. Maksudnya, si penelfom tu akan rasa bersalah kerana menggangu tidur saya. Hiks.. macam nih punya perangai pun kau ado??

Panggilan telefon itu memberitahu saya akan dipertugaskan ke pengkalan baru. Saya ada 72 jam dr saya meletakkan tefon itu ke waktu keberangkatan saya. Saya menerima tawaran itu atas sebab musabab .. kalau awak baca entri saya yang sebelum ni, awak akan tahu kenapa.

Ini kali keempat saya menolak kalau saya tak amek tadik. Sebelum ini saya fefeeling Puteri Gunung Ledang, beri syarat dan terma kalau saya dihantar bertugas memantau pengkalan baru itu nanti. Ada 7 permintaan saya, I know I know I am bad. Feelinggggggggg je kejenya kan.

Saya bersetuju untuk ditugaskan di luar kerana saya rasa ini akan memberi ruang untuk saya membina kembali diri saya yang saya hilang di sini setelah perpisahan saya dengan si matair. Semoga kami masing masing boleh bertenang dan tidaklah cuak bila roster keluar takmau ada flight sekali. To fly with ur ex, especially kalau duty time tu hqmpir dopohpatjam boleh menyebabkan saya menjadik penyanyi  era80an yang tak berapa nak sehat yang merayau rayau di Klang, BenNadam..cengitu lah nama dia. Alah yang lagu dia yang.. kunyanyikan lagu syahdu bila teringatkanmu yang masih bertahta di hatikuuuuuuuu... haaa lagu tu.

Padang pasir ini adalah tempat saya mencari rezeki selama 8 tahun dah. Sayu, syahdu saya jadiknya.

Semoga pengkalan yang baru akan memberikan saya pandangan yang baru dan tidak lagi berfeeling feeling mencuci baju di tebing sungai Nile. Saya akan mencuci baju bajan saya dalam jangka waktu kurang dari 48jam dari sekarang di tebing sungai Seine.

Wish me luck, ye.

Thursday, October 9, 2014

Main api lagi

 Let me tell tell u a story.


He had always dreamed of the day when he would introduce the girl to his family and thought it would bring happiness and joy to everyone,especially his mother.
He was left in great shock when his mother refused to let him marry the girl of his choice.

However, his mother disapproved without even getting to know her girl.
The moment she felt her son was getting emotionally involved with the girl, she demanded he end the relationship and refused to discuss the topic any further.

She gave him an ultimatum : choose me or the girl.
Stuck between a rock and a hard place, he was torn over picking his mother,who he loved dearly and the girl of his dream, who he cant imagine marrying someone else.
It is very hard for the son to blatantly ignore his mother's wishes and marry someone she disapproves.
Disobeying ones mother will cause great friction between mother and son in future. Worst for the daughter in law who is from different culture, ways and a foreign land.

The only choice is to confront a disapproving mother and maybe, just maybe, the son will get the upper hand.
In this case, the mother is the one who got it.

Sometimes it lasts.
Sometimes it hurt.

The girl : Lepaskanlah tangan ya azizi. Jangan lupa bagi balik hello kitty hadiah di hari jadi.

The end.

Friday, October 3, 2014

upadate

Tadi macam banyak ngat mende nak cakap..tu yang feeling nak update blog.

Cemgini.
Sejak saya berpoya poya di sungai Nile..kengkawan rapat saya yang tahu memberi pelbagai reaksi. Contohnya, JessiKiah. Mecikkk u JessiKiah! Saya nak buat press conference.. eeeehhhh... orang kampung dah tahu rupanya.

Kengkawan rapat saya banyak yang pro PJ. Lawrence lak macam takde yang sokong.
Sebabnya Lawrence nih kekwat. PJ lak adalah all time favourite gitu. Lawrence pendiam. PJ peramah dan approachable. PJ kalau sesapa add di facebook dengan kadar segera ya dia approve.  Ada sekali saya tanya PJ, nih sapa nih ? Selamba badak dia jawab budak kije mekdonal kat town. Dimintak fb masa tunggu beli burger. Kau ado? Mampu dapat kawan sewaktu nunggu burger siap? Mampuuuu taaaaaakkk?

Lawrence hanya ada 25 orang friends sahaja di fb dia.Boleh? Baik toksah ada fb, kannn? Ermm dan dia dah deactivate pon fb sebab tu ari dia g sepital teman kawan dia, dia tertukar fb dengan doktor pompam.
Malas nak bersoal jawab kata dia. Deactivate je,kata dia. Kang pas beberapa ketika, remove..abis citer. Gerun lah jugak..kot esok esok saya lak kene deactivate fb kekalau lahhh kan.

One of my close friend, have been acting weird lately sejak dia terhidu bahawa saya sudah punya so-called pengganti. Tambah parah sebab saya tukar lock code di telefon genggam saya. Sekarang dia sudah tidak boleh mengakses tefon saya. Hiks. Saya tukar sebab dia nak tahu sapa Lawrence tapi taknak tanya saya direct. Macam dia tak kisah apa saya nak buat buat or dengan sapa saya chat, tapi nak tahu. Or she is just being her selfishself. Kehidupan orang lain tidak penting yang penting kehidupan dia adalah sangat fabulous dan harus diikuti perkembangannya. Yooooo lahhhh tu. Dia kan terbest..kekdahnya.

I find her withdrawing herself sejak dua tiga menjak nih. Saya heharilah berkecimpung dengan dia..tapi I can feel she is soooooo distant. Dah kenapa pulak..? Mungkin dia ada maksalah yg saya tak tahu. I doubt so sebab kalau ada mende saya boleh baca lah kan kalau dia bermasalah yang tiada kaitan dengan saya.  Another friend beritahu, she is not to happy that I have so-called pengganti. Saya faham dia pro PJ, sangat faham dan saya sebenarnya bersetuju dengan pendapat dia. We spoke of it and she understand kenapa saya berkecimpung dengan Lawrence. Tetaplah dia menjarakkan diri dan selalu marah marah. Saya duduk sebelah dia dalam bus nak gi ke mall marah. Saya nak minum hot chocolate dekat kedai yang diboikot kerana katanya menyalurkan bantuan ke puak zionis, marah. Saya g simimpool marah. Saya pakai treksuit di rumah marah. Saya pinjam besikal kawan g semarket marah. Saya diamkan sahaja. Sampailah seminggu lepas, saya kirim beli mende dia g layover, dia marah. Saya hilang sabar... saya mengaumlah kan.. dahlahhh suka ati awaklah. Pas ni takde nak memesan mende lagiknya.  And I left her place setelah makan kopok dia atas meja. Hehehe kot dia tau saya makan kopok dia, haruslah dia marah jugak. Walaupun dalam keadaan penuh dengan kemarahan, apa bila ada makanan yang kita suka yang unattended, kita harus ambil dan makan. Saya jugak telah meminum air cincau dia sebelum saya berlalu pergi. Persetankannnnnn...lol.

Saya tak faham kenapa dia begitu. Nak kata dia tak suka Lawrence susah gak, sebabnya dia sampai ari ini tak tahu siapakah gerangan Lawrence. Dah dia saya tanya nak tahu cakap taknak tahu..  takkan saya nak paksa untuk memperkenalkan Lawrence,kan. After all, dia tak nak saya keluar dengan sesiapa pun kecuali PJ. Patut dia je amek PJ, kalau dah suka sangat PJ, kan. I okey je. Elok masa merenjis je, saya curahkan setempayan air kat dia dua atas pelamin..hiks...lol.

Dan saya tak suka bila dia cakap, esok nanti aku fly dengan Lawrence nih aku bubuh dia di position jaga toilet atas kapal. U just wait. Ehhhhh main ugut ugut pulak. Hello.. saya fly dengan Lawrence  he doesnt get any privilege from me. Until today, setakat update ini, Lawrence takde pernah nya kalau fly dengan saya kerja di first class atau duk di depan dengan saya. Saya guguppppp JessiKiah oiiiiii.

Tapi ada satu kawan saya yang lain tanya dengan penuh cemas  kat saya.. ko ok ke keluar dengan Lawrence ni Piah, dia pakai jam tangan jenama absodi omax.. dan tak rasa jam keduanya ialah Patek Phillipe.
 Saya hanya mampu jawab .. jam dia lagi satu nama patik pacal yang hina lah kut.

Saya berpoya sahaja. Bukannya sudah menempah kad kawin. Kut ada jodoh..sok lusa kita tak tahu. Yang pasti kalau saya kawin, saya akan buat surat undangan yang potostet ..tulis nama dan stapler sahaja. Ha pastu post. Settle.

Aaahh cukup lah meraban ari in. Sakgi saya meroyan balik.. saya update lagik.

K thnks boi.

Tuesday, September 30, 2014

update

Sejak kejadian MH370 dan MH17, saya jadi cam hilang mood nak berblog. To be honest, I dont feel like doing anything. Mungkin kerana saya kenal some of the crew yang terkorban.. Yerp.. berkebaya ijau bunga pink itu adlaah ibarat cinta pertama. And no one forget their first love. I dont know anyone that does, anyway.

A lot has happened since my last post. Dari kawan yang masih setia ke hujung nyawa kepada syarikat penerbangan itu, saya dapat tau banyak perubahan berlaku. Para kaki taruh yang sejemput tu mula sedar, dan tidak lagi sesuka suki mencarik pasal atas kapal. Its amazing bagaimana kita sedar bahawa hidup ini tidak menjanjikan esok.
Bahawa dalam sedetik cuma kita boleh hilang segalanya dan betapa rapuhnya nyawa kita. At the end of the day, we begin to appreciate wat have. Sadly, it took 2 aircrafts to make us feel that way.

Kadang kita lupa apa kita ada. Or we see it differently from what it really is. Kita pikir ia begini walhal, jika kita mahu berhenti sejenak dan berfikir.. it can be something else, dan lain dari apa yg kita pikir. Tapi namanya jugak manusia, fitrahnya begitu. And sometimes when we realize it, its a little too late. Dan dah too late, kita lak ego nak mengaku kita salah. Hujungnya, apa yang tinggal, mungkin penyesalan.
Tu yang tak bestnya, kan.

*

I met someone new.

Kiah panggil dia Lawrence of Arabia. Hiks.
Tidak pernah terfikir yang saya akan mendapat pengganti. Sesorang yang  sangat berbeza. Itu yang saya fikir, bila saya memberanikan diri memberi diri peluang. Well, rupanya selama ini memang saya yang berpenyakit. When I look at Lawrence, saya tersedar ternyata antara Lawrence dan PJ itu tidak ada bezanya. Rupa lain, tapi dalamnya sama.
Macam drama melayu yg Kiah duk nengok hari hari..kisah kawin paksa then pelan pelan jatuh cinta kendian ada lak adegan jeles menjeles dan ada orang ketiga yang duk goda en swomi..cuma tukar pelakon sahaja. Begitulah saya. Endingnya besok sama. Kawan kata, mana awak tahu endingnya sama? Yerp..ada benarnya. Kita tak tahu ada apa yg tunggu di depan. Tapi beranikah saya? Tidak. Saya sangat penakut. Bukan saya takut saya kene cuci baju di tebing Sungai Nile yer Kiah.. tidak.

Saya tidak tahu apa yang saya hendak. Yang saya tahu kalau saya tak dapat apa saya hendak saya akan meroyan. Buruk perangai kan?

Whats wrong with me Kiah??

Friday, July 11, 2014

Masak

Ok saya telah mencuba buat roti jala.
Jadi macam muka saya.
Cuba cuba tak leh jadik jugak.
Cuba lagik.
Arrrrhhhh...

Ok fine!
Amekkkkkk... buh bawang, buh dedaun bawang, tambah serbuk lada.
Amek, makanlah kita cekodok.
Cekodok dengan kari daging.

Ati panas.
Camner nak berlagak bahawasanya saya terel masak, kalau takat roti jala pun fail.

'Pernah kah kau bermimpi.... seketika....berada di tempatku'




Wednesday, June 25, 2014


Tuesday, June 17, 2014

Unta dan Falcon

Saya tak dapat cerita macam mana.
Saya cadangkan awak google sendiri.
Type camel jockey slaves.

Saya ada bawak balik jenazah salah seorang jockey nih.

Tu satu.
Yang kedua yang dijadikan 'latihan' untuk burung falcon.

Sesungguhnya saya membenci mereka ini.


Saya mintak awak doakanlah anak anak itu.
Please.




 




Saturday, May 24, 2014

Update

Saya berada di tanahair untuk beberapa ketika. Tidaklah saya mengembur gemburkan kepulangan saya kerana saya takut tidak terkejar nak berjumpa semua kengkawan.

Naik teksi.
Uncle cina teksi nih bagi jalan kat orang bagi keluar simpang.
Dia bukan bagi jalan sahaja, siap tengokkan jalan nak bagi kereta tu keluar.

Naik lrt ke Ampang Park.
Dua budak India, panggil saya.
Saya cuak dah.
Rupanya nak bagi tau duit saya hampir terjatuh dari poket belakang saya.

Berdiri dalam komuter, satu awek nih keding giler termengah masuk.
Muka dia pucat giler.
Satu budak pompuan bertudung berbeg beg bagai bangun bagi tempat duduk dia.

Di komuter station subangjaya. Satu budak lelaki dressing comel terkejar lif saya naik. Saya naik lif sebab saya terhegeh hegeh bawak 3 beg. Sebelum tu, kakak yang jual air kat tangga stesen komuter subang tu bagi suruh pakai lif. Saya tak tahu pun ada lif di komuter station, hiks. Thank you kakak.
Back to the budak comel. Dia tolong saya tarik b3g saya. I heard kawan dia cakap, oh ko lari tadik sebab nak tolong kakak tu.... dia kene usik lah kut sebab tolong saya lah kut.

Naik kete dengan kawan, dia berhenti di zebra crossing, bagi orang jalan. Kata dia, itu guna zebra crossing, kereta harus berhenti bagi orang jalan kaki melintas. Tak sesia duduk di negara orang putih, awak bawak balik budaya positif dia.

Di station klsentral, orang berbaris naik lrt.
Adalah berebut naik sesikit, tapi dalam berbaris jugak. I m impressed.

Saya temankan kakak hantar anak buah masuk matrikulasi.
Mendaftar di hari kedua.
Masa mendaftar, berduyun lah orang.
I saw a boy, tolong pelajar yang abru datang angkatkan beg.
Then lepas abis anak buah masuk dan settle, I saw the same boy tolong orang lain pulak.
Saya ada borak dengan dia.
Kenalkah dia.
Tak kata dia.
Saja tolong. Sebab dia dah masuk semalam. Dah settle.
So dari tak buat apa, gi tolong orang.
Bertuahnya mak bapak kau, nak.

Minum kopi.
Saya nampak orang nih abis isap rokok, dia kutip sekali pumtung rokok  yang bersepah dan buangkan dlam tong sampah. Orang nih bukan pekerja pembersihan di pusat membeli beli belah tu ye.

Di mekdonel, saya nampak orang bersihkan mejanya sendiri. Abis makan, buang sisa dalam tong sampah. Org mekdonel tu tinggal lapkan meja sahaja.

Sweet kan dorang dorang ni semua.



Saturday, May 3, 2014

Hapdate

Hai.
Saya tidak melarikan diri bersama jejaka dari Lombok seperti tuduhan liar JessiKiah.

Banyak mende jadik dalam tempoh selama tidak berblog ini.
Bermula dengan kebakaran di villa saya.
Yang mana habis dijilat api tu abis lah.
Yang tak kene makan dek api, kenelah bersihkan.

Saya pulak seorang pemalas yang amat.

Lucky for me, I have friends yang baik hati menolong saya membasuh basuh segala yang terselamat.
TIdak ada kata, be strong. Tiada kata kata semangat.
Yang ada..
Piah aku amek suitcase aku, jumpa kat villa kau.
nih Piah, baju tidur.
nih baju kau pakai setara waktu nih.
Ini berus gigi, ubat gigi, syampu dan sabun mandi untuk kau. Jangan komplen jenama apa atau perasa apa..lol. 
Office attire nih aku settlekan.
Yang lain sort outkan segala baju.
Segala barang dapur yang terselamat, Milone basuh dan sterilizedkan.

Saya redhakan apa yang jadik.
Mungkin saya ada kurang bersedekah atau saya diberi peringatan.
Benarlah, kalau Tuhan nak amek dari kita, sekelip mata.

Saya gi makanpaksa di rumah MonteMon masa rumah saya terbakar.
Kalau tak dipaksa pergi makan dengan dia tu hari, mungkin saya jugak rentung sekali sebab saya baru balik kerja.
Biasa kalau balik kerja saya tidur mati.
Saya bersyukur kerana hari itu patutnya Dumillah datang dan berehat dengan saya.
Tapi dia tak larat so dia tertidur di sofa rumahnya.
 Dalam keadaan biasa, sudah pasti kami bertengkar, tapi rupanya itu penyelamat nyawa kami.
Who would have known.

Begitu jugak awak.. selalu kita tak nampak hikmahnya, until.. errr in my case, villa saya terbakar.

Dont take anything granted.
Hargai hidup

Friday, March 14, 2014

hapdate

Masih tiada tanda pesawat yg hilang.
Berdoalah untuk mereka.
Berdoa untuk Like di laman sosial elaklah.
Berdoa juga semuga para pencari dan penyelamat diberi keyakinan dan kekuatan mencari kapal dan mereka yang didalamnya.

Toksah lah meratib ratib dalam laman sosial melampau lampau. Mungkin cara kita bersedih berbeza, tapi meratib dalam laman sosial itu agak berlebihan kerana kita kadang terlupa kita sedih sebab benar sedih atau sedih yang berkehendak attention.

Ada satu screen shot nih yang beredar di lama sosial, budak nih duk maaaaaa.. sapa nak teman amek spm result bagai tu. Orang semua duk kesiankan si pemunya wassap screen shot.  Ehh.. tah camner terkantoi pulak.. ma yang dia  duk ratibkan tu takde dalam kapal tu. Nak perhatian orang. How sick can we be? Tak terlintas gaknya di kepala dia, dia perdayakan orang. Ini antara penyakit bahaya, yang muhong nih percaya yang pembohongan dia itu adalah kebenaran.

Bantulah dengan berdoa. Itu pun sahaja yang kita boleh setakat ini. If u can do better, go ahead. Paling penting hormati lah usaha orang mencari kapal tu. Jangan kita mengata ngata mereka nih apalah.. itulah.. inilah. Ini bukan cerita dalam tv. Toksah biarkan kita terpengaruh sangat dengan filem filem tu semua.

*
When someone is anon, dan awak kenal  dia biar lah dalam hidup  sebenar, atau sekadar di laman sosial, kerana dia percayakan awak to reveal dirinya, awak jangan gegatal gi mengompang. Mostly yang saya tahu yang anon nih adalah kerana hendak meluah rasanya. Yang dianya tidak penting, sekadar mengeluarkan apa dalam kepalanya. U have no fokken right to tell anyone apatah lagi mengompang dalam laman sosial! Ketahuilah awak cukup beruntung kerana dalam circle yg dipercayainya. Apa untung yang awak dapat saya pun tak tahu. Toksah mengepo sangat bleh?

You have just ruined it for everyone yang sukakan idea dan belajar dari dia

*
Susah no nak memblog dr tepon nih. Grrrrrr.


Monday, March 10, 2014

:-(

Tetiap tahun recurrent class belajar ulang safety procedures.
Nothing prepared us for what had happened.
Sebaik sahaja tahu tentang hilangnya pesawat itu, all of us wish for a miracle.
Sampai saat ini, doa dipanjatkan apa pun latar belakang agamanya.

Have u ever experience serasa jiwa terkeluar dari badan?
Itu yang saya rasa.
Sama seperti sewaktu saya pulang ketika Kher meninggal.
I am sure ada orang lain rasa macam tu jugak, terutama sesama krew yang fly online. 

Seperti newsfeed awak, newsfeed saya dipenuhi dengan spekulasi, berselang seli dengan beberapa individu yang mengeluarkan statement kurang bijak.
Tapi nak buat caner, dah dia memang tak bijak.
Kita nak berdebat berlawan lawan komen/tweet, takyah.
Tak penting mereka.
Mereka jadik penting bila kita amik hati apa yang mereka cakapkan, tuliskan atau post kan.

Ada satu mangkuk dalam fb saya, dia tulis dia makan bila stress.
Post gambar makanan. Dia makan sebab stresskan nih lah.
Saya dah taip kata kata nista tapi mujurlah saya tak click post, sebab itu akan membuatkan saya jadik banggang. Biarlah. Sikit ari lagik ...saya tak jamin saya boleh berpikir. Saya mungkin akan membanggang secara terbuka.

Satu lagik laki binik nih garikkkkkkkk...post/copy paste tentang nih .. pastu berselangseli dgn selfie dia dua.
Sakit ati saya. Dia rasa dia kiut miut gaknya. Menambahkan kebencian ada.

*

Kawan kata I hope they find the aircraft.
Saya kata tak nak.
Sebab selagi tak jumpa selagi tu ada harapan :-(
Mungkin saya salah.

Friday, February 21, 2014

Hapdate

Penumpang yang saya tak suka ialah binik juruterbang.

Beg haruslah berjenama antarabangsa macam kepunyaan blogger jutawan MLM, idola Esahbella yang bertikar ijau sakti itu. LOL ...
Naik kapal berangan, macam  kapal tu lakik dia yang punya.
Tiket beli diskaun staf, berangan mengalahkan owner private jet.
Beli tiket ekonomi pastu memaksa maksa upgrade, tu yang saya naik baran.

Buatlah dalam flight saya, buat.

Ok saya menjehenem ari semalam.
Ada member hantar saya mesej.
Binik Juruterbang Kpt Sengals naik flight awak. #VVIP.
Dari cerita rakan rakan, dia sangat banyak songeh.
Laki bukan ensem pun, takat juruterbang biasa jek.
Bluwerks!
Ok fineeeeeeeeeeeeeee kata saya.
Nak kata apa ye dak?

Saya dapat passenger's manifest jek, saya carik nama MakAyamBesar nih.
Sah, tiket dia ekonomi.
Ada dua seat kosong kat First Class.
Agak dia paksa dak laki dia mintakkan seat situ.
Kalau flight sekejapan, ok lah kan.
Nih flight 8 jam.

Naik lah penumpang.
MakAyamBesar nih tak naik lah kan.
Dia haruslah naik last bersama penumpang first class yang lain.
Dia kan cantek..
Abayah dia satu mau makan 2-3K, walhal pakai sampai masa boarding je.
Perfume dia satu zone yer baunya. 
Amek lah peluang menayang ke anak kapal, ai-binik-juruterbang ok?
Saya selalu ketawa tak hengat nyer lah kalau berlagu lagu sangat nih.
I am rude that way.
Always actually.

Tah camner, penumpang kerusi roda naik.
Pak cik jalan nih terhencut hencut.
Dia travel dengan isterinya.
*ting!!! *
Boleh ke dia jalan ke seat dia.?
Check, boarding pass dia duduk di upperdeck.
Ngeeeeeeheeeeeeeeee....
Saya melontarkan masalah kenapa penumpang di kerusi roda dapat seat di upperdeck kepada ground staff.
................. dan saya mendapat apa yang saya nak.

Semua kerusi di kelas pertama telah penuh.
Yeaaaaahhh.

Mak Ayam Besar pun sampailah.
Masuk dengan dramatik yer, dengan kasut lokbotin, yang disyaki dibeli di Corniche, dekat kedai beli kacang JessiKiah...lol
Dah semua kerusi penuh tak de lah dia nak memintak kan.
Dia ada suh petugas darat check kalau ada seat.
Takde lah dia datang tanya saya, sebab dia tahu jopan standard ialah, can I see your boarding pass?

Sedihkan kau binik-juruterbang-tapi-mintak-upgrade.
Kata krew, masa saya gi melilau ke belakang jenjalan carik pasal, dia ada datang ke depan nak pakai toilet depan.
Pakailah.

Before turun di lapangan terbang, LOL MakAyamBesar sempat selfies di Fisrt Class.
Saya offerlah amekkan gambar dia.
Ketesi, kan Aking?
Ermmm dia upload, flying with my favorite crew.
Yooooooo laaaaaahhh tu.
Dusta.
Fitnah semua tu.

Urmmmmmm********

Oh ya, Esahbella berbaru nih bermimpi dipatuk ular.
3 malam berturut turut.
Apakah dia bakal dirisik oleh Rano Karno depan rumah mu JessiKiahRose?

Friday, February 7, 2014

This is for YOU.

Bila u buat apa yang u buat, ai diam.
Maybe ai yang bongeks, maybe ai patut kene.

U buat untuk kali ke 2, ai asked.
U bagi alasan sekian sekian. Kes close.

Now dah nih dah kali ke 3.
Soklan dari ai. Kalau u jadik ai...u buat apa?






Menghebat

Like always atas kapal..saya buatlah walk around lepas service.
Menjalankan tugas kekdahnya.
Kengkononnnn..

Krew baru sahaja abis satu round buat skysales.
Meniaga.

Di zone C, passenger stop saya.
Dia tanya, ermm skysales amik other currencies tak.
Saya jawab, ada yang terima ada yang tidak.
Dia terus bukak gumpalan duit dia.
Saya buat tak nampak je la duit dia.
Passengers lain dah terpandang pandang.
Sakgi kene rompak kat erpot Alama Iqbal tu baru akai.

Saya tanyalah dia nak beli apa?
Dia jawab, I have canadian dollars.
Saya tanya lagik, nak beli apanya.
Dia tunjuk duit, nak beli pen satu nih.
Saya kata saya check la dulu kat krew yang buat skysales tu.
Saya berlalu dan gi tanya kalau ada pen yang dia nak.

Krew beritahu, tadi dia dah tanya.
Tapi pen tu takde stok.
Ada tapi kaler lain dari yang dia nak.
Dan krew cakap dia duk tayang lah dia punya duit berkepuk tu.
Nak menayanggg, kekdahnya.

Macam ni pun ada ke?
Adalah gaknya sebab my kazen pun kena macam nih gak.

Bos dia, budak pompan satu sekolah dengan saya dulu.
Berangan macam si canadian passport nih jugak.
Kazen saya mintak duit overtime dia.
Banyak tak banyak, hak dia , dia mintaklah.
Bos dia yang berangannnnnn nih leh jawab,
"masalah apa kau nak sangat duit nih, lainlah kalau macam aku nak bayar duit kereta Ford aku?"
Hangen satu badanlah mak ayam tu kan.
I dunno how my kazen yang lemah lembik tu jawab.
Yes, masa sekolah dulu pun dah terserlah betapa si bos kazen saya nih yang dia jeeeekkkk yang the bestest.
Dia nih adalah top student masa tu kat sekolah kami yang di ceruk itu. Sebelum saya masuk lah kan.

Darjah 5 masa tu.

Saya pelajar terbaik tahun tu.
Masa sekolah lama, saya hanyalah pelajar average jek pun.

 Dia punya menangis tak hengat.
Ohh Cik Nana ku, dia dapat 3A 2B masa peksa darjah 5 tu.
Sok dia tak bagi ko nyer overtime claim lagik, tolong ingatkan dia.
LOL

Tuesday, February 4, 2014

Nampak tak permainan dia?

Saya dicadangkan untuk join online dating oleh kengkawan yang prihatin, kengkawan seangkatan yang telah berjaya dgn projek online ini, dan jugak ketakutan lakiknya terpesona dek kegedikan saya..lol.
I take it haaa... tak terpikir lak.
Ok I join, unfortunately kalau mendaftar online dari bumi ini...orang padang pasirlah yang hormonnya tidak ketentuan itu lah yang  akan menyapa.
If u stay here as long as I do, u will able to see betapa tidak stabilnya hormon laki laki di sini.
Hatta, tengok buku lali pompan sahaja dah mencanak.
Keji sangat ok.

Yes, saya berjaya memujuk kawan saya yang tinggal di negara orang itu, MileyTirus, untuk mendaftarkan untuk saya.
Dah daftar, adalah yang pm.
Terasa kecohmelan diriku, serasa ArianaRose pulop.
 Walhal...sedehhhh.
Dalam internet nih kita leh jadik apa kita nak,kan?
Macam kawan saya Teej, dia adalah TeejRahsiaVictoria.
Kawan saya yang  tolong daftar tu ialah MileyTirus, jelir jelir lidah tak kurang.

Saya pun dengan gediknya( adik adik sila jangan tiru aksi banggang makcik separa usia ini) mengchatlah.
Haaa.. amek..tak sampai 15min saya dah bergaduh dalam chat tu.
Dari mula chat saya dah terasa mamat dari Amrika kununnya itu adalah pencari mangsa online.
Saya layankan seketika.
Nak tengok mamat gagaklah kut dia ni, nak apa.
Hmm dia mula lah..dia jeneral US di Afghanistan.
Duit dia lak sangkut kat akaun apa tah sebab dia lama sangat duk di Afghanistan.
Dia mula daaaahhh.
What he doesnt know is, I used to be based in Bagram, and I have actually flown those Generals back to base. 
Haiiiiih!

Yang sorang ni duduk di London katanya.
Kerja mesti lah best.
Kerja cam JessiKiahRose katanya.
Kat pusat pengajian tinggi di sana.
Nanti nak datang Malaysia, nak kawin, nak stay terus kat Malaysia.
Kerja kat Malaysia.
Ewahhhh...
Dahlah kesepian, tetiba pulak ada sang pangeran berkuda putih, datang dan membawaku dari title andalusiaku.
Romantik lah pulak.
Haiihhh!

Yang sorang lagi ni, duda katanya.
Biniknya dah matik..dia bagi gambar dia dengan anaknya.
Alahh cam gambar gambar AdiPutra dengan anaknya itu la kiranya.
Disertakan dengan cerita betapa dia en swomi yang menjaga isterinya semasa sakit di sepital.
Ha yoooo lah.
Saya mintak tengok gambar di sepital, takde ye... it is painful kata dia.

Tu sebahagian dari kisah petaulangan saya  di internet. Ini semua propah je.
Saya chat jugak, selain dari gedik saya nak tau jugak caner orang leh kene tipu dek orang dalam internet nih.
Sini, ada sorang yang saya kenal.
Dia pernah kene mende macam nih.
Dia chat lah dengan tah sapa sapa dalam laman mencari cinta nih.
Mamat nih datang yer.
Duduk dekat rumah dia.
Mak apak dia ada banyak umah sewa
Mengenangkan bakal menantu lah kut.
Sibongok dari gua ni bagilah mamat nih duit dia sebab nak tolong bakal suami bukak bisnes.
Di kasik lah duit 20K.
Seminggu, mamat celaks nih call cakap tak cukup, nak lagik 20K.
Sibongok bagik lagik.
Abes lah duit simpanan dianya nak gi umrah dibagik.

Sampai ke hari ini, mamat itu hilang tanpa jejak.
Sibongok pulak di status facebook nya...meroyan.
"Kamu tukang bo'ong...bo'ooooong"
Kejap lagik..
"dasarrrr kamu tukang bo'ooooongggg!"
Sekang satu apa tak dapat.

EsahbellaRose/JessikiahRose, sila berhati hati dengan jerat percintaan di dunia maya.
Google lah kisah orang ditipu dek kerana mencari cinta dek diandalusia ...banyak beritanya di sana.
Amek ikhtibar.
Jangan feelingggggggggg, faham?

Tuesday, January 28, 2014

Suatu hari

The day started like every other day.
Pick up time 3 jam sebelum flight bertolak.
Briefing dah siap.
Semua anak kapal menuju, berlenggang kobis ke kapal.
Boarding clearance, naiklah semua passenger.
449 penumpang umrah ke Jakarta.
Kapal push back.
Semua penumpang cam bertenang.
Pada semua anak kapal, lepas penumpang duduk jer, beg semua dah secured, maknanya separuh flight dah settle.
Tapi hari itu, tidak sama dengan hari hari lain.

Seatbelt sign off, my arabic speaker buat announcement bla bla bla.. dan diikuti oleh krew Indo buat announcement.
Service dah nak mula.
Saya terkial kial lagik sebab duk mengemas segala dokumen dari ground staf untuk dibagik sakgi kat ground staff.

Interphone saya berbunyik.
Macam biasa, saya akan jawab : Saya busy..tengah meeting!* saya kan kuat feeling.
Kadang saya ialah Perdana Menteri, kadang saya pak guard, kadang saya doktor..hik hik*

Krew di pintu kiri 5 cakap Piah, ada passenger kesurupan.

Beberapa saat saya cam blur.. Mende kesurupan nih?
Dalam kepala saya ...dia main terup kah?

Then i dawned on me...filem exorcist.
Ayooo maaa..
Dalam banyak banayk perkara yang saya belajar, saya takde pengetahuan tentang orang kerasukan nih.
Ohh kesurupan ialah kerasukan.
Orang bumi kenyalang is famous for mende mende gini, tapi saya sangatlah tiada tahu apa apa.
Kalau saya tahu, cissss orang yang kerja di bahagian penjadualan tu dah mendapat dah....hehehe.

Hendak tak hendak saya menuju lah ke belakang kapal.
Sampai di belakang, satu kapel nih sedang bergelut.
PEnumpang yang lain cam kekacau bilau sikit ah.
Haiyaaa...caner nak terangkan aaaa...
Yang duduk jauh sikit dari dorang nih..terjengah jengah.
Saya suh lah duduk.

Si laki laki nih, pandang saya dan terus cakap syaitan! syaitan!
Ayoooooo.. cemas pulak saya.
Dia tahu kah saya suka menyetan?
Dia menendang nendang dan cam berpencak silat di kerusi dia.
Isterinya pegang dia dengan beberapa penumpang yang lain.
Sakgi tangan dia tunjuk overheard locker.
Syaitan! syaitan!
Dia meracau racau...
Penumpang lain dah mula tak senang duduk.
Tak mau duduk di sekeliling dia, which I understand.
Sapalah nak duduk dekat orang yang meracau racau, kan?
Elok dia sorang meracau racau, dengan kekita meracau jap gik.
Tak naya?

Saya tanya isterinya, sakit apakah sang pendekar?
Dia tak jawab.
Dia cuma kata tadik dah dibagi ubat 4 bijik seblum naik kapal.
So dia bertenang.
Tah caner, tetiba dia meracau sebaik seatbelt sign off.

Krew yang lain saya suh lah continue service.
Takde apa nak ditengok, orang tu sakit.

Sang pendekar terus meracau racau tak sudah.
Camner nak buat ...flight ada dalam 9 jam lagik nak sampai Jakarta.

Saya bitau kapten lah.
Kapten tolak kat saya.
Apa pun saya putuskan dia akan ikut.
Menggong lah.

Saya gi bincang dengan isteri dia.
Saya tanya, dia boleh kah kawal laki dia dalam kapal tu lagi 9 jam.
Dia tunduk tak tau nak kata apa.
Dia cakap akan suruh dia makan ubat lagik.
Ubat penenang agaknya.
Saya terlupa nama apa.
Saya tak bagi lah dia bagik sebaba dia dah cakap dah makan 4 bijik.
Kang elok dia bersilat, saya bersilat pulak nak men cpr kan pendekar.
HEndaknya dia menyilat saya ?
Satu apa tak dapat.

Penumpang yang tadi tolong sekali dengan krew yang menolong memegang sang pendekar, dah mula penat.
Isteri dia dah tak daya.
Maybe dah berhari jaga dia sebelum naik kapal.
Dia mintak saya pakai restrain sang pendekar.
Saya mintaklah dia tulis surat dan sign kata itu dia yang request kan.
Sok lusa, takde lah syarikat atau saya mendapat petaka sebab mengikat passenger nih.

Atas kapal kita ada something we call INOP kit.
Mende nih ada beberapa mende.
Duct tape, dan some signage lah.
Saya guna duct tape untuk ikat tangan dan kaki supaya tak kurang sikit pencak silatnya.
It took 10 men  dan 2 jam 45 minit untuk ikat dia
Dia tetaplah meracau racau.
Through out the whole journey.
 Penumpang di sekitar dia tak leh nak rehat, tapi saya nak pindahkan ke mana.
Semua seat penuh.

Saya kendian adalah bercakap dengan isteri dia.
Dia cakap sang pendekar jadik macam tu masa dia tawaf.
Sebaik dia mula, dia meracau.
Dia ada menuntut ilmu.
Ilmu pepeliks lah agaknya.
Ada 'jimat', mende apatah kat dia masa dia datang buat umrah.
Saya tak tahu menahu tentang mende nih dan tak mahu berkomentar sebab saya tak tahu.

Macam dalam majalah mastika punya ceritalah, senang cerita.

Kita sampai di destinasi dengan selamat tanpa ada insiden yang tidak diingini lagik.
Selain dari makan seranah dan racauan sang pendekar lah kan.
Di airport, dia dibawa keluar oleh petugas keselamatan.

Saya harap dia segera sembuh.

Wednesday, January 22, 2014

Hari ini

Hari ini, 7 tahun tahun lepas, Kher menghembuskan nafasnya di samping anak anaknya kecuali saya.
Saya stranded di Surabaya, kerana protokol dan kebanggangan orang di Travel Office.
Kher took his last breath as I landed in KLIA from Surabaya.
I swear, I heard him took his last breath from my seat di pesawat.
Sampai di KLIA, kene tungu pula tunggu kapal ke Kuching.
Mencuba sedaya upaya mengikhlaskan pemergiannya. 
Saya terkaku melihat mendiang terbujur di tengah rumah ketika sampai.
Mungkin saya tidak pernah terpikir mendiang akan pergi jua pada waktunya.
Sampai sekarang, airmata saya sangatlah cetek kalau saya teringat dia.
Sesungguhnya saya amat mencintai mendiang.

Kalau awak ada orang tua, spend time with them.
Most of our parent yang seusia orang tua saya tidak ada facebook.
Nak update status kata awak sayang dorang.
Tak cukup.
Fitrah manusia, tidak mahu melalui hari hari yang bersisa sendiri kalau ada anaknya.
Dia tak cakap, kadang kerana tidak mahu jadik beban.
Kadang kerana tak mahu hatinya sendiri terluka kalau ditolak permintaannya mau anak di samping.
Kadang kita lupa.
Selalu lupa.
Selalu ingat esok ada lagik.

Ingatlah, bakti mu yang besar adalah baktimu pada ibu bapamu.
Dosamu yang besar jugak lah dosa pada ibu bapamu.

The clock is ticking.
U will never know.