Pages

Friday, February 21, 2014

Hapdate

Penumpang yang saya tak suka ialah binik juruterbang.

Beg haruslah berjenama antarabangsa macam kepunyaan blogger jutawan MLM, idola Esahbella yang bertikar ijau sakti itu. LOL ...
Naik kapal berangan, macam  kapal tu lakik dia yang punya.
Tiket beli diskaun staf, berangan mengalahkan owner private jet.
Beli tiket ekonomi pastu memaksa maksa upgrade, tu yang saya naik baran.

Buatlah dalam flight saya, buat.

Ok saya menjehenem ari semalam.
Ada member hantar saya mesej.
Binik Juruterbang Kpt Sengals naik flight awak. #VVIP.
Dari cerita rakan rakan, dia sangat banyak songeh.
Laki bukan ensem pun, takat juruterbang biasa jek.
Bluwerks!
Ok fineeeeeeeeeeeeeee kata saya.
Nak kata apa ye dak?

Saya dapat passenger's manifest jek, saya carik nama MakAyamBesar nih.
Sah, tiket dia ekonomi.
Ada dua seat kosong kat First Class.
Agak dia paksa dak laki dia mintakkan seat situ.
Kalau flight sekejapan, ok lah kan.
Nih flight 8 jam.

Naik lah penumpang.
MakAyamBesar nih tak naik lah kan.
Dia haruslah naik last bersama penumpang first class yang lain.
Dia kan cantek..
Abayah dia satu mau makan 2-3K, walhal pakai sampai masa boarding je.
Perfume dia satu zone yer baunya. 
Amek lah peluang menayang ke anak kapal, ai-binik-juruterbang ok?
Saya selalu ketawa tak hengat nyer lah kalau berlagu lagu sangat nih.
I am rude that way.
Always actually.

Tah camner, penumpang kerusi roda naik.
Pak cik jalan nih terhencut hencut.
Dia travel dengan isterinya.
*ting!!! *
Boleh ke dia jalan ke seat dia.?
Check, boarding pass dia duduk di upperdeck.
Ngeeeeeeheeeeeeeeee....
Saya melontarkan masalah kenapa penumpang di kerusi roda dapat seat di upperdeck kepada ground staff.
................. dan saya mendapat apa yang saya nak.

Semua kerusi di kelas pertama telah penuh.
Yeaaaaahhh.

Mak Ayam Besar pun sampailah.
Masuk dengan dramatik yer, dengan kasut lokbotin, yang disyaki dibeli di Corniche, dekat kedai beli kacang JessiKiah...lol
Dah semua kerusi penuh tak de lah dia nak memintak kan.
Dia ada suh petugas darat check kalau ada seat.
Takde lah dia datang tanya saya, sebab dia tahu jopan standard ialah, can I see your boarding pass?

Sedihkan kau binik-juruterbang-tapi-mintak-upgrade.
Kata krew, masa saya gi melilau ke belakang jenjalan carik pasal, dia ada datang ke depan nak pakai toilet depan.
Pakailah.

Before turun di lapangan terbang, LOL MakAyamBesar sempat selfies di Fisrt Class.
Saya offerlah amekkan gambar dia.
Ketesi, kan Aking?
Ermmm dia upload, flying with my favorite crew.
Yooooooo laaaaaahhh tu.
Dusta.
Fitnah semua tu.

Urmmmmmm********

Oh ya, Esahbella berbaru nih bermimpi dipatuk ular.
3 malam berturut turut.
Apakah dia bakal dirisik oleh Rano Karno depan rumah mu JessiKiahRose?

11 comments:

  1. Eh ko bukan verangansatu hari nanti jadi binik peelot jugak ke?
    oooo...Esah mimpi ular ye...no wonder 2, 3 ari lepas dia busy meracun lalang kat rumah agamnya..

    ReplyDelete
  2. Dah lama nak tnya soalan ni;

    Macam mana seseorang di economy class dpt hapgred kan dirinya ke seat first class eh? Nak tau jugak..

    ReplyDelete
  3. Piah,
    Bukan kitak kah nok bermimpi dipatuk ular ya?

    ReplyDelete
  4. Bila lagi kan nk merasa situasi mcm tu kan??
    ~Jolie~

    ReplyDelete
  5. Laki dia pilot Malaysian ka

    ReplyDelete
  6. sapakah makhayambesau itewww..auw kasut loboktim..kekaguman neh!!

    Ladywindsor

    ReplyDelete
  7. MP, nasib baik lagi aku buruh kerajaan je. Kalau tidak aku pun nak juga buat perangai cam binik peelot tu. kahkahkah

    BTW, bila mimpi ular patuk bukan maksud akan di pinang. Mimpi mainan syaitan. Ni mesti letih sangat tak mandi terus tidur. ngeh ngeh ngeh

    Walaubagaimana pun saya doakan MP dapat jodoh yang sekufu

    Ahkak

    ReplyDelete
  8. haha,sakit perut gelak, siap selfie kat fccl seat lagi

    ReplyDelete
  9. Hahahahaha

    Entry ni sangat best

    Good job!

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)