Pages

Friday, December 4, 2015

Kain

Ada orang suka cakap, eh..i tak jaga tepi kain orang.
Dialah memfollow segala media sosial orang yang dia tak jaga tepi kain orang yang dia tak minat nak amek tau.
Dah namanya tak jaga tepi kain orang, kannnnnn?

Ada orang suka cakap, eh.. i tak campur hal ye....setelah dia bertanya segala menyeluruh cerita yang dia tak nak campur. 

Ada orang suka cakap i tak amek pot lah... dan masa yang sama bertanya itu ini kendian merumuskan dia tak amek pot. 

Lepas berkata kata demikian jugaklah dia akan bercerita betapa dia tidak menjaga tepi kain orang yang robek kerana kain orang tu robek sebab tersangkut masa jemur kain tepi pagar. 
Tak amek pot, tapi tau pulakkkkkk kain orang tu robek sebab tersangkut sebab nak cepat cepat kerana dek laki dah start enjin kereta sebab nak gi kenduri di belah belah Ijok, Kuala Selangor sana.
Jugak tahu bahawasanya kain yang robek itu dibeli di pekedai pasar baru di Serikin yang didatangkan dalam 8 kaler berberbeza. 
Jugak tahu yang semasa pergi beli kain tersebut orang yang tak dicampurhal  itu pergi membeli belah di pasar Serikin itu bersama sedara ipar duai dia yang berjumlah 3 orang dan mereka kekongsi membeli kain tersebut, sorang satu corak lelain dan bayar duit minyak secara tong tong.

Punyalah tak jaga tepi kain orang. 
Punyalah tak campur hal orang. 
Punyalahhhhhh tak amek pot. 

Tanyaah diri sendiri. 
Apakah kita benar benar tak amek pot, tak campur tak jaga tepi kain orang, takde masa nak melakukan perbuatan demikian tapi kita sebenarnya sangatlah kepociiiiiiiiiiiiii!

Apakah kita berkata kata demikian  kerana kita hendak merasa kita adalaah lain sedangkan, kita tahu bahawasanya kita jugak adalah kepoci? 

We meet this people everyday.
You might surprise yourself that its actually kita sendiri.

Lepas tu jangan merempan lak kat media sosial bahawasanya mengkepoci itu adalah amalan syaitan dan kita menggoogle untuk mencari kata kata mutiara untuk di statuskan, yer anak anak.

On a different note, saya merasa kesian bagi p8hak gadis cantek yang telah ditroll gara gara tersalah ertikan maksud KimK di ig beliau.
Maafkanlah dia. 
Khilaf mungkin.
Tapi saya mengerti kenapa dia merempan. 
She love her friends. 
Yang selalu dijadik bahan kerana kita yang tak jaga tepi kain orang ni suka menjuih bila lihat orang yang tidak 'sesempurna' kita atau diva pujaan hati Makji Esahbella dan KyahLydia.
Sebagai rekod, saya bukan peminat tegar gadis cantek itu, tapi saya akui dia cantek. 
Sangat actually. 




3 comments:

  1. boleh aku bagi cadangan? kau kena tambah button 'mohon terasa' kat reactions tu.. senang aku klik je kalau mana2 artikel kau yang, 'eh eh betullah apa dia cakap..' dan terkena batang idung sendirik! hihi

    ReplyDelete
  2. Well mp, sedar tak sedar sikap tu ada jugak dalam diri kita. Tapi kadang2 kita memang tak amek pot pon cerita orang sekian2, tapi dengar2 cerita daripada orang, tetap pasang telinga. Kira amek pot jugaklah kan namanya tu. Hikss...

    ReplyDelete
  3. mmg kesian jugak kat dia
    sbb sblom ni minat dia jugak sbb rasanya dia antara yang masih mengekalkan muka asal tanpa sebarang suntikan (ye kot).

    kalau ditanya aku sndiri pun tak tahu KimK tu maksudnya Kim Kardasian, huhu

    cuma 1 jelah, dia lgsung x nak mgaku salah
    tu pasal kot ramai yg bengang

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)