Pages

Sunday, December 18, 2011

Agak agak

Kalau dah berikat perut, masa orang jemput dinner/ makan sekali, toksah la berlagak..yang nih tak lalu, yang itu tak sedap. Nak makan sedap je. Order yang paling mahal dalam menu, padahal si tukang bayar dan yang lain hanya order yang biasa. Pelangkung sekali baru akai! Order biasa pun kalau dah kat sini rega dia ala kambing setengah ekor ok? Tapi rileks la..toksah la berangan bila orang ajak makan sekali, toksahla take advantage. Tak pepasal si pengajak ada berasa seribu sesalan mengajak dinner sekali. Dari ikhlas nak belanja jadik muka kelat jap di meja makan. Kerlingan dah bertukar tukar dari hujung meja ke meja lagik satu, dan ada anggukkan halus mengiyakan, dia nih esok lusa takde la masuk dalam list untuk diajak sama.

Bila nak order macam sudah takde esok. Yelah dah orang call nak belanja dinner, perlukah order 2 appetiser untuk ko sorang? wahhh kata nak share, tak der yer. Dia pelahap sengsorang. Sapa nak makan kalau dah dibelek beleknya spring rolls dan smackdownnya chicken boxing tu? Dah samapi lak soup, digodeknya macam kacau rendang raya. Sapa nak makan lagik. Makanlah sorang. Dah tu tak habis. Dan pantang saya, orang membazir makanan. Becikkk. Bencik sebencik benciknya. Tak ke kene sedas dua di meja makan? I tried so hard untuk tidak mengaruk di meja makan. Tak baik mengaruk depan rezeki tapi, kadang keceplosan jugak. * nak tampar diri sendiri* Well, lebih baik dari mengata ngata setelah orangnya dah berlalu pergi macam si tukang bayo yang tak berneti ngomel. Takpe. After all, this person dah tahu, I am a total _____> * what ever word u think, is correct*

Ni kes yang tak dijemput pulak. And invited themselves to the party. Masa order, ohhh..I tatau nak order apa la. Sakgi makanan sampai, dia asik asik, rasa sikit leh? Orang tu puya dia rasa sikit. Orang nuu punya dirasa sikit. Orang nih punya dia rasa sikit. Mine puya, ha takpe, awak makanlah semua lambchop tu, saya dah kenyang. Kenyang tak kenyangnya saya, saya dah meluat nak makan sebab meluat dengan perangai yang macengitu sampai hilang selera. Sudahnya dia, dah kenyang lah pulak rasa makanan korang.Siap keluar statement, I dont think so I can eat no more. Cam harjads tak???

Dah lah tak nak spend duit untuk tapi kalau cerita, ooohh dia pergi makan dekat XYZ restaurant yang terbaik di dunia. Makan itu, makan ini. Dia frequent tau, kat restaurant tu, walaupun semua pun tau restaurant tu nak pergi kenelah booking atleast 3weeks before dan pentingnya, dia sangat kedekut. Hidup jadik crew, roster tak menentu, ingat boleh ke main terjah jek temapt yang disebutkan... blah laaaa.

Oooh dia makan mende kat restaurant ZYX sebab restaurant tu sangat fresh meat dia. I have to stop myself from asking, errr..masa awak order lambchop tu, kene gi kandang kambing ke nak pilih kambing bebiri mana awak nak? Alah macam restaurant yang jual seafood tu, ikan duk berenang renang, ketam duk panjat memanjat dalam aquarium. Sangat tak koser ok?

Meluat dengan kununnya hanya makan di restaurant itu ini kerana situ jek la yang served the best food. Pooooorrdah! Sedangkan ada saksi mata cakap, kalau pergi villa orang nih, hanya ada instant noodles jek. Tu pun agaknya yang beli 5 paket, dapat sepeket free. Kalau takde free, agak dia tak beli punya...hak hak hak jahatnya saya. Boleh jalanlah kalau berangan berangan lelebih. Agak agak lah wey. U hardly spend a penny for food,lagik nak cakap besar.

Awak tu crew sama macam semua yang di meja makan tu, toksah berangan lelebih walaupun berangan itu free, bak kata blogger DLL yang sedang buat PHD itu. I can tell you one incident, kita orang fly sekali. Bila saya nak gi makan, nak ikut. pastu, I-tak-makan-I-temankan-you-jek. Apa kejads??

Eeeeeeeee...tak koser sangat.

5 comments:

  1. eh sapa ya? maok kena belasah kaa? Kamek ada kawan juak mcm ya, mun kata kita maok cia makan, confirm nya order macam sebulan sik makan, siap dgn dessert.. tapi nasib bait nya jenis makan sampei abis..

    eh, ibuh dilayan org gambong kedak ya.. nya maok up diriknya, ya lah nya perasan mun makan restaurant high class, so nya tergolong dalam high class.. it's not as simple as how we dress or where we go, or what we eat that tells people how classy we are, but it's the way we bring ourself into the crowd, kan Mak Piah kannnn?

    tapi class kita maok nak? setakat makan Tony Ramas sekali sekala jadik laa.. I can't imagine mun dirik kamek class gilak, sik pat ehh.. ada setiap kali makan berlap mulut setiap 10saat, hehehehhe

    ReplyDelete
  2. DLL:
    Nya tek perasan ada kelas. Nak bayar makan sikmok.Kelas kah cam ya. Samparsekalis bok tauk...hehehhe. Mek tok sik jak giney giney..tapi siklah nak bereksen cemya gilak.

    Tok jenis urang nok "khelassssssssssss kau Maria" jak.

    Bencikk kan?

    ReplyDelete
  3. memang ade spesis manusia begitu...kalau dah merasa makanan mahal, kompang macam bagus padahal kalau orang tak introduce kat ko, x merasa laa sampai mati..aku punya kes, siap pronounce louboutin jadik souboutin..gila bodoh x reti nak baca brand..keji

    ReplyDelete
  4. Nashays:
    Kalau dia makan yang mahal dia yg bayar sendiri tak pe lah lagik. Ni sah sah menebeng pastu kompang lebih. Berbisiklah syaitan di hati MP nih aaa dan tibullah meluat yang tidak terhingga.

    terlalu nak sangat branded gamaknya..tu yg salah. The wannabes ni mecikk.. Pakai kasut Vincci macam MP jek ok per..:P muahaha.

    ReplyDelete
  5. rasanya semua ada kenalan yang 'tumpang sesudu,akhirnya sendawa kekenyangan' ni.kan?

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)