Pages

Thursday, December 22, 2011

Merry Xmas

a)Saya try resepi butter prawn dari blog orang.
Tak de jadiknya sarang sarang tu yer. Haish! Jadiknya macam scramble egg taruk udang. Hak hak hak. Imelda Marcos cakap sedap...lol. Rasa udang kata dia. Si Panjang pun cakap macengitu. Sudahnya, geram saya masukkan cornflakes jek. Makan situ! Duduk dendiam.
So far, resipi yang saya ikut banyaknya yang jadik dari DLL. Pun ada jugak saya ikut dari blog Ribbon.

b) Bilik saya macam tongkang pecah sejak beberapa bulan yang lalu. Nak bahagikan mana baju nak bagi anak sedara di kampung dan mana nak bagi kat orang yg tidak berumah di tepi jalan. Asal nak kemas jek, ada jek orang ajak chatting. Kemasnya bila? Asal nak kemas, kene call-up flight. Asal nak kemas jek, ada lak yang datang rumah nak beritu berini. So akhirnya saya tidur di bilik yang macam sarang tikus. Ok..okkkkkkkkkkkk...saya memang tak suka berkemas. SO my room is off limit. Si Panjang je yang selalu keluar masuk sebab Si Panjang selalu cakap, 'tak pe yanggg, kau kemas bila kau hendak.' Baik la awek nih.

c)Saya dapat email mengatakan syarikat tidak akan membayar kos tiket penerbangan pergi balik saya ke kampung halaman. Tiket disediakan setakat KLIA. Berderau darah saya membacanya. Kalau dorang boleh beri tempoh untuk booking tiket, mungkin saya akan memaksa anak cina Melaka tu untuk membelikannya dulu, tapi kalau dibagi last menet tak ke seribu tambangnya. Ohhhh syarikat ku yang disayangi... saya tidak mampu membeli teket last menet. Apakah saya akan duduk melanguk di lapangan terbang antarabangsa KL dengan tudung bropol ropol lagik. Sah!!!!!! kalau terjumpa bibik dr Dubai tu dia tau saya bohong saya bukan doktor.:P

d)Keluarga di kampung dah post gambar gambar pokok kitmes. Saya merasa sayu sedikit sedikit. Sudah biasa tidak bersama keluarga, tapi sayu ada sikit.. Anak sedara sudah tunjuk baju nak pakai gi gereja di skype, saya tumpang gumbira, sayu sedikit tetap. * lagu I wont be home for Xmas berkumandang. Imelda sudah gantung perhiasan krimas yang dibeli di kedai 5sr di ruang tamu dan pintu. Kerlip kerlip gambar santa claus...hehehe. Mood xmas sangat dia nih.

Thou shalt not weigh more than thy refrigerator.
Merry Xmas everyone.
Be blessed. x x x




10 comments:

  1. Mak Piah, kita nye sarang2 telur pun ikut hari..kdg2 jadik, kddg2 tak jadik.. plg menci kalau time tak jadik tu, mak mertua ade kat umah, nak makan sama...aishhh..

    Anyway, merry Christmas to you.. Cheer up! beli la satu pokok krismas and deco? :)

    ReplyDelete
  2. oohh tedahhh

    lagu tok ditujukan utk ktk..
    http://youtu.be/Uo3VwTBGrY8

    ibuh sedih ooo.. :)

    ReplyDelete
  3. mekasih Mak Piah sebab sudi ncoba resipi kmk,terharu kmk aihhh...
    xoxo

    ReplyDelete
  4. merry xmas sis.. and salam kenal.. :)

    ReplyDelete
  5. Ribbon:
    Ohhhhh tidak...time tu la nak ngambik ati mak mertua, time tu la dia tak nak bersarang yer. Hayooo...lol.

    Naaa... I amn ot into this festive thingy. Kang ada pokok Xmas, nak deco satu hal, nak mengemas satu hal. Noooooooo* buat muka horor*

    ReplyDelete
  6. 1)DLL:
    TQ. main tuju lagu...hiks. dengan ucapan...?

    2) Terima kasih kerana berkongsi resepi anda...* skema sik? Dan saya telah berjaya mengeso..ok?? dgn resepikitak beberapa kali*

    ReplyDelete
  7. Baru habis khatam blog Mak Piah.
    Memang lawak cerita Bibik di KLIA tu....lol

    ReplyDelete
  8. Nadiah:
    MAk Piah tetap dendam bibik tu yer....lol..mecikk!

    ReplyDelete
  9. ye tak ye jugak
    teket last minute haruslah mahal

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)