Pages

Sunday, May 29, 2011

capek ok..

Flying quite a bit lately.
Balik kerja jek, off 24hrs, gi kerja balik.
Repeat for 5 days.

Flights starts to kick in.
Mak Piah masuk online jek, hanya leh gi bercucuk tanam dan membina kota fantasi di FB,
seryes ketagih.
Seryesly, nak masak pun tak dayoooo...
Makan maggie jek balik flight.
Sayur kat fridge dah kejung.

Ni hari baru dapat one day off.
Dulu masa low seasons, tak abis status org kat wall Mak Piah komen.
Tak abis blog orang Mak Piah godek dari first entry if I find I like the blog.
Ni skarang, baca sekali lalu jek.
Nak tinggal komen pun idak.

oooooooooh entry ini cuba diteruskan kerana terlalu capek lepas mengadap dak Nigerian yang duit dia berkepuk kepuk atas kapal.
Banyakkkkkkkk giler duit dorang nih.
Mana godek pun tak tau.
Beli barang duty free atas kapal macam takde esok.

Ada satu mamat ni, baju dia kaler kaler sangat... macam baju kelawar sikit sikit.
Dia tunjuk Mak Piah perfume dan barang kemas yang dia nak kat buku skysales tu macam tunjuk biskut rega singgit empat sekilo.
Half of what he want takde.
Mak Piah bawak segala apa perfume yang ada, dia leh amik tak check pun..
Itu style orang kayaaaa sungguh.
Siap 'keep the change, lady'.

Mak Piah belek belek duit dia...kut la kannnn...

Saturday, May 21, 2011

Kalau ada rezeki..

Hik hik hik...
Kalau dah rezeki, tidak ke mana yer kengkawan.
Muahahahahha..Mak Piah tak jadik menyepikan diri.
Kerana Mak Piah balik reja jek ni ari, line internet sudah...TADAAAAAAAAAAAAA!!!

Saya sangat gumbira.
Esok Mak Piah update yer.
mak Piah bu balik flight nih.

Wednesday, May 18, 2011

Takde internet

Ni hari my wifi expires.
Matilah Mak Piah.
Mati akal.

Mana nak cekau duit nak bayar internet.
Sini internet sebulan 350sr.
Cekik darah ok.
Kalau bayar 3 bulan, it cost 665sr.
Dapat free sebulan.
so 4 bulan 665.

Sekarang, mana nak cekau tu ..
Bu balik cuti ni.
Meantime..takde la aktiviti aktiviti di laman tak bermoralsosial.
No cityville for few days till I find the money to pay for the net.

Now,kalau bayar internet, kurang lah duit untuk Mak Piah gi flight.
Kalau tak bayar internet, mati kebosanan lah Mak Piah di balik tembok 20kaki ni.
I am sure will be grumpy as hell sebab tak de outlet nak mende-stressed dengan kehidupan di sini.
On second thoughts, maybe I will berjaya mengemaskan rumah dan barang barang Mak Piah yang duk terperuk lam beg/stor belakang.

How???

Sunday, May 15, 2011

Cik Ita

Oiiiiitss oitttttssss...
Cik Ita Che Wan ada boifren anak ikannnnnnnnnnnnn....
Beza umur 16 taon.

Cik Ita sangatlah cantek menarik.
Masa zaman berkebaya ijau, seingat Mak Piah, dia memang terkenal dengan kecantikan yang tidak terperi.
Leh lupa tarik nafas kalau tengok dia nih dulu.
Lawa betul dia.
She is definately antara orang tercantek yang pernah menolak troli meals di awangan.
San kerana kecantikan dia yang tidak terperi itulah dia selalu kena 'buh' dengan senior senior.
Dia yang agak lurus bendul tu tahannnnn jek la.
But I tell you this, she is a sweet girl.

Sekarang tengok gambar dia di media, mak aaaaiiiii yaiiii ..lawaaaaaaaaa nyer dia nih.
Seriously, like God spent a little bit more time on her.
Lawa macam Cik Ita nih...amik taruk lam frame gambar, pas tu tengokkkkkkkkkk sepanjang hari.
Like, I dont wanna sleepp becoz I dont wanna miss a thing.
Ok..now I sounds like a lesbian.

Ada mende sebernarnya nak tulis nih ari hal cik Ita ada boifren anak muda, terlupa lak...eeeeeee.
Kang ingat balik Mak Piah sambung.
Ok ...I am going to check if I am still straight.
Muahahahahhahaha

Friday, May 13, 2011

Taktik kotor.

Tiap kali ada orang singgah kat umah, tiap kali tu la Mak Piah dengar bebudak yang tak berapa nak budak ni mengadu.
Orang ni kerja tak betul.
Orang tu buat salah.
Orang tu buat macam ni.
Orang tu buat macam tu.

Ni yang membawak cerita nih macam kerja dia bagus sangat.
Blahhhhhhhhhhhhhh laaa lu!
Tapi Mak Piah senyum jek sekarang.
Sebab Mak Piah dah tahu taktik kotor dorang.

Suka hasut hasut.
Kang Mak Piah mengamuk onboard, Mak Piah yang jahat.
So, senang citer..kau tak puas hati , kau cakap.
Jangan depan dorang kau buat baik, sakgi belakang ngata.
Capische??

Wednesday, May 11, 2011

Weep

I weep inside because I cannot cry aloud

I scream inside because I am secluded

I reach out for the ledge, only just missing

I fight alone in the battle it seems

How do you know I hurt, when you can't hear my voice

Tendrils of my hair wisp in the wind

My heart echos my sadness

I am alone in deafening solitude

My mind cannot cease roaming

Only a few will heed my call

Even fewer will answer

Are you worthy of my devotion?

Or is it I, that is not worthy of you?

Decide.

The toddler

On that day, my first ever flight to Dhaka, I cried my heart out.
Smeared my thick mascara.
I look like a panda.
All the way from the airport till we pass the slum area all I see was pain, poverty and street beggars.
As Dhaka traffic is very very congested, of tuk tuk/bajaj and full of not-yet-discovered-formula 1- drivers cum suicidal taxi drivers, the massive jam had shown me another side of life.
There he was.
I saw him.
6 years ago.
This toddler who happily played with a wheel of a wheelbarrow in the slums of Dhaka, Bangladesh changed my life.
How can one rolls a wheel naked by the roadside change a stranger's life?

I cried a river as I saw him beaming when he look at how the wheels were spinning.
He was naked.
And he was contented.

There I was complaining about how unfair my roster was.
How unfair life is.
How the room service sucks.
How I have to drag my bag.

How I complain.
And here, this toddler showed me, how one can be happy without having materials.
God knows if this skinny little angel has eaten the whole day.

How ungrateful I was.

We all have our own sets of problems.
And we whine and whine till cows come home.
What we always focus on is how big our problem is without even thinking how we should be thankful for what we have.
For the food we have.
For the breath we take.
For the persons who loves us.
For the sleep we had.

No problem lasts forever.
No matter how permanently fixed in the center of our lives it may seem, whatever we experience in this ever-changing life is sure to pass.
Even pain.

Wednesday, May 4, 2011

Kak Nam 2

Rempah tumis tak de.
Ni sampai 10 orang ulang mende yang sama.
Ba alif ba ya kap kap kap kap kap.
Sorang cakap dah la.

Plestik bag sampah tak de.
Ulang sebanyak sepuluh kali.
Bahagangg!

Kauk nasik.
Kauk nasik.
Kauk nasik.
Buat nye idak.
Pakat sebut ramai ramai.
Penampar nak??

Kopi hidangkan.
Kopi hidangkan.
Bontot kau berat eh??
Suruh jek.
Kau ingat kat umah tu ada button automatik??
AF fundeks

Pastu malam yang terakhir sebelum mendiang dikebumikan, oang paling ramai.
Bersesak sesak dalam dapur.
Gi la kat luar umah.
Beransur la.
Bagi orang kat dapur buat kerja.
Ini idakkkkkkkkkkkkkk....
Kat situlah lepak.
Kat situlah memundek menyuruh itu ini.
Tolongnya idak.

Kat situlah kau nak makan.
Apa salahnya kau gi la makan dengan orang ramai ramai kat luar.
Pinggan mangkuk, sudu garpu semua da kat luar tu.
Lauk dan nasik semua kat luar.
Nakkkkkkkkkkkkk jugak duduk kat meja makan tu.
Tu tak kira yang tak berenti makan.
Makanlah, Mak Piah tak heran, tapi agaklah.
Sorang testing, dia jak kawan dia testing sekali.
Sedar sedar 20 orang testing makan kat situ.
Kat situ orang nak cuci pinggan, nak buat kopi, nak cedok lauk.
Kau memundek duduk situ kenapa?

Mak Piah amik tikar, bentang kat belakang pagar umah.
Ha duduk situ...menyembang..
Yang kat dalam tu ada sikit beransur duk kat luar.
Mana yang tak gerak tu, tatau la Mak Piah nak kata apa lagik.
Kang Mak piah berkata sepatah dua kata, front page suatkabar lak.
Adoi.......................................

Kak Nam

Masa buat kenduri MAI tu ari..banyak sungguh mende yang Mak Piah tak berkenan
MAI disahkan meninggal pukul 9:05 malam.
Mak Piah mintak tolong sedara dan sedari siapkan umah, ketepikan perabot sebelum kita orang sampai.
Mak Piah naik sekali dengan mendiang dalam ambulance dengan sedara Mak Piah sorang.

Sampai umah..jiran jiran dah kemaskan umah dengan memasukkan semua perabot kat dlm bilik.
Rumah dah clear dah.
Orang bersesak sesak mengiringi mendiang dari sepital.
Adalah kut 1oo orang.

Ikut adat, his remains will be in the house for 3 days 2 nights.
Friday.
Saturday tu hari tunggu sedara mara, anak beranak datang.
Ahad pagi selep[as sembahyang di rumah, baru bawak ke kubur.

Segera lah Mak Piah gi beli air mineral.
Carik punya carik...yang ada 7-11 jek bukak.
Kedai lain semua dah tutup.
Lagipun esok hari tu, Good Friday.

So, belilah biskut adalah 20 bungkus, mihun 6 bungkus, dan mineral water 100 botol.
Mahal siot.

Balik umah, suruh orang gorengkan mihun buat makan orang yang ada malam tu.
Esok pagi baru nak gi pasar beli makanan buat esok.

Sekarang mana nak carik duit nak gi beli barang barang dapur?
Seb baik, Mak Piah ada keluarkan duit sebelum tu.

Tapi tu bukan cerita yang Mak Piah nak sampaikan.
Ni Mak Piah nak bitau..

Cerita Kak Nam A
Kalau ada kenduri macam ni..jgnlah kau feeling feeling nak makan sesedap.
Janji leh telan sudah.
Tak pun kau makan lah kat umah kau sebelum kau datang, sebab ini bukan kenduri kawin, ada masa nak carik tukang masak bagai.
Yang masak adalah jejiran Mak Piah.
So duduk makan situ.
Mak Piah taknak dengar cerita ooh masak tak sedap.
Nak sedap kau gi makan kat restaurant Lian June tu.
Seb baik tak dengar lagik la orang komplen pasal lauk tak sedap.

Mak Piah cakap,kang masak, takyah lauk pauk berbagai.
Satu lauk kari ayam, satu sayur dah.
Takkkkkkkkkk.... kena ada 3 lauk satu sayur.
Eh.
Sekarang ni yang tukang keluar duit sapa.
Aku ke kau?
Mak Piah ingat buh kari ayam banyak banyak..jadik sure semua dapat makan.
Kang petang lauk lain pulak.
Jadik tak de la makan berulang.
Nak memanaskan lauk sama lagik.
Sapa nak makan lagik?
Ayam tu pun kalau panas banyak kali hancur isi dia.

Mak Piah ya kan saja.
Tapi beli barang Mak Piah, so suka Mak Piah la nak beli apa.

Seb baik Mak Piah tak suh kopek ikan bilis 5kg, pas tu goreng denagn halia.( sedap tau)

Kenduri orang meninggal takyah mengadu lauk tak banyak jenis.


Kak Nam B dan anak beranak.

Kendian, bila time gi kenduri, tak kesah la kenduri apa pun, jangan bazirkan mineral water botol tu.
Rasa tak abis, bukak satu minum takat mana nak, pastu bawak balik.
Tak pun kongsi la anak beranak.
Takde la sakit ati Mak Piah tengok air botol tu minum setakat seteguk dua.
Beli mahal lak tu.
Sialan!
Sama jugak dengan air kotak.
Sampai sekarang Mak Piah geram.

Jangan bazirkan air mineral. Bukak satu minum kasik abis atau bawak balik.

Kak Nam C dan keluarga mereka.

Lagi satu, masa amik makanan, toksah tamak haloba.
Amik mana yang rasa buleh makan.
Atau buat food sampling dul, jadik takdelah membazir.
Sakgi, nak lagik, tambah la.
Tak de sapa nak pedulik.
Ni amik sepenuh pinggan, pastu buang.
Oiii...ingat makanan tu aku petik kat belakang umah ke?

Kak Nam yang Mak Piah paling geramkan.

Lagik satu...banyak sangat lagik satunya.
Bila orang dah sukat nasik nak di masak, jangan gegatal kau tolak tambah air/beras.
Kang nasik tu mentah, terlembik, kau siap!
Tu ari ada Kak Nam ni, Mak Piah masak nasik, dia gegatal tambah air.
Sudahnya, nasik tu lembik.
Mak Piah jegilkan mata kat dia.
Kau ingat aku kerja mamugari aku tak reti masak nasik.
Kau nak kene libas eh?
Pas kene jegil dan jelingan manja, dia tak kacau lagik.
I am not my sister, she is prim and proper.
I am the notorious sister.
And I speak out my mind.
Kau ngadu ye kat kak Long aku?
Ngadu yer...kalau aku tau masa tu aku suruh kau duduk ngadap jenazah, toksah nak masuk dapur.

Kak Nam busy bodiesssssssssssssssssssssssss sangat

Rumah Kak Long ada dua toilet.
Satu, kat belakang, pat semua orang leh access.
Satu lagik kat bilik Kak Long.
Yang kat bilik ni, Mak Piah tak bagi orang masuk.
Alasan Mak Piah, duit ehsan orang bagi Mak Piah bubuh dalam bilik nih.
Berterabur kat situ.
Dan paling penting, it is not for public use.
Wahhhh..Kak Nam ni nak gak masuk kat situ.
Feeling feeling dia sedara dekattt sangat.
Elooo! Yang sedara dekat hanya Mak Piah dan anak beranak Kak Long jek.
My own sister pun Mak Piah tak bagi masuk.
Wahhhh....Kak Nam ni siap tolak pintu yang Mak Piah tahan dengan kaki yer.
Mak Piah geram, Mak Piah cakap kat dia, Kak Nam: pakailah toilet belakang.
Kak Nam : Kenapa tak leh pakai toilet nih
Mak Piah : pakai la toilet belakang
Kak Nam tetap berkeras.
So Mak Piah sembur lah : Kau ni nak gi toilet ke nak tengok bilik kak Long?
Pakailah. Tapi aku dengar kau cakap sepatah pun tentang bilik Kak Long, kau siap ye..
Cihibaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat

Ha...dia ngadu la kut kat Kak Long, Mak Piah kuang ajo..

eeeee... stress pulak Mak Piah nak citer pasal dia nih.

Tuesday, May 3, 2011

If Tomorrow Never Come 11

Ajal maut di tangan Tuhan.
And so, my abang ipar left to meet his creator that evening after his badminton game.

MAI ( My Abang Ipar )*

MAI loves my sister dearly.
And seriously, I have never seen anyone who pampered the wife more than MAI.
Ni MAI baru balik kerja.
Bukak pintu gate sendiri.
Park kete dia.
Masuk umah, direct gi dapur, amik kan air for my Kak Long yang tengah duduk bersenang lenang menonton sinetron atau apa mende drama Philipino kat TV.
Bini tu dah sah sah duk cam patung buddha, but he will make sure dia amikkan air for her.
Patutnya bini yang suri rumah ni la yang amikkan air kat laki bu balik kerja, ni dak.
And this has been like this for as long as I remember.

MAI selama hayatnya tak pernah lagik makan kat kedai without Kak Long.
Except on the occasions kalau kawan/officemate dia ajak dia makan yang tidak mengizinkan dia balik umah amik bini dia makan sekali.
Nama dia nak makan kat kedai tanpa Kak Long is a NO-GO item for him.
Tak de la Kak Long menahan dia dari keluar, tapi dia memang tak leh nak telan makan if Kak Long tak de.

And all this while,segala urusan MAI yang buat.
Now, he has gone, Kak Long akan rasa sangat kehilangan dia.
Semua benda kene buat sendiri.
Tatau la camna dia nak buat semua tu.
But I guess, now my Kak Long will find out how strong she is, hopefully.

Here, Mak Piah rasa, all wife out there, janganlah terlalu dimanjakan sampai tak tau nak buat apa shud you beloved husband meninggal tiba tiba macam ni.
MAI meninggal tak de sakit tak de apa.
Paling paling pun, dia ngadu sakit gigi.
Tapi Kak Long dah paksa dia cabut gigi yang buat dia sakit tu few months before his departure.

Amik tau la segala urusan bank, I know it is uncalled for for me to say this at this time, but to avoid all complications.
Learn from my Kak Long's mistake.
Laki dia bagi tau dia pin number semua, she didnt see it necessary to amik pot sebab she trusted him.
Sekang laki dah tak de, dia lak tatau pin number bank laki dia.
For the guys, kalau bini tu tak amik pot, write it down somewhere and remind her, kat mana nak carik shud anything like this happen.

Mak Piah pun sama.
Sekarang pin number, internet banking semua nak kene tulis dan buh kat satu tempat supaya sok meninggal ada family members yang leh access the account.
Idak la banyak mana pun duit Mak Piah, tapi kutlah ada barang seringgit dua.

Urusan harta benda, pun hendaklah dinamakan in case something like this happen.
So tak menyusahkan waris nak naik turun pejabat kerajaan.
Banyak sangat procedures nyer kalau meninggal tanpa menguruskan hal hal macam tu.

Tang hutang lak, toksah buh penama, so bank tak leh datang tuntut...kat akhirat esok menjawab lah.

Sementara hidup lagik nih, uruskan lah hal ehwal sebanyak mana dulu.
Kang esok dah meninggal kita tak menyusahkan sesiapa.

And yes, tell ur loved ones, you love them becoz it might be ur last chance to do so.

Monday, May 2, 2011

If tomorrow never come I

Kat kampung tu ari, banyak mende Mak Piah buat.
Ingat pas abis pilihanraya, Mak Piah planned nak gi bercuti dan menggatal.
Tah aaarrr..ati rasa tak sedap lak.
Biasanya Mak Piah balik kampung dalam 12 hari jek.
Jumpa keluarga, sikit lebih kurang, balik berpoya poya di KL.
Kali ni lain lak.
Tah aaarrr..ati rasa tak sedap lak.

Mak Piah ingat nak gi picnic la dengan ahlil keluarga sebab cuti hujung minggu sempena Good Friday/Easter Sunday.

So, plan tu ari, petang makan malam bersama dengan sepupu Mak Piah yang rambut rebonding sekeluarga.
Kendian akan merancang apa nak bawak masa gi pikenik tu.

Mak Piah gi la dengan anak sedara beli barang nak masak malam tu.
Pas beli gi anto kat umah pat nak masak.
Then apalagik...keluar la berpoya poya.

Time tengah berpoya, telefon bunyik.
My Kak Long called bagitau laki dia pengsan masa main badminton.
Lucky for us, the badminton court is just around the corner.
Bergegas lah kita dua orang ke sana.

But he was already lifeless.
No pulse no breathing, pupil dilated.
Mak Piah terus buat CPR.
Ambulance yang ditefon tak nyeyampai lagik.
Sesat barat gaknya.
So I decided to take him straight to hospital.
And continue CPR all the way.
In the back of my head, I already knew,but I do not pronounce anybody dead as I am not a certified medical person.
I am just a first aider.
Two, I am not going to be the one to break the news and my Kak Long's heart.

Dah sampai sepital, medical team continued to resuscitate him for the next 45mins.
Doctor pronounced him dead.
My Kak Long went histerical.
Phone calls made to everyone who knows my family.

We took my abang Long home.

And I took control of everything since takde adik beradik lain kat situ.

Cita Basi.

Pilihanraya kat Sarawak dah pun lama abis.
Orang kat kedai kopi pun tak de dah bercerita tentang pilihanraya.
YB YB semua dah pun abis buat kenduri kesyukuran.

Mak Piah baruuuuuuuu nak tulis pasal pilihanraya.
Banyak benda sebenarnya nak tulis.
Hal politik, Mak Piah memang kurang arif.
Tapi Mak Piah tau, kampung Mak Piah yang terletak 200meter dari jalan besar tu, sejak Mak Piah lahir sampai lah sekang dah menginjak senja, air memang free.
Best kan, bil air takyah bayar.

Satu air dari langit, pemberian Tuhan.
Kalau ujan adalah air.
Ujan takde la orang kampung noreh getah.
Tarik selimut dan mengawanlah.

Dua, air dari sungai.
Kauk air tu..kauk.
Tak sampai umah lagik, air dah abih tumpah.
Kalau air naik, buaya pun naik.
Bersidai jek buaya kat sungai.
Hari buaya diet, dia jeling jek orang yang gi mandi/ beraktiviti di sungai.
Hari dia rasa nak makan sashimi daging manusia, jadiklah berita front page.

Masa pilihanraya tu hari, benda nih dijadikan isu.
Berkobar kobar Mak Piah tengok orang di kedai kopi.
Hari pilihanraya, YB yang tak bagi bagi air tu jugak yang menang.
So, salah sapa sekarang??
Salah mereka dan keluarga mereka, kan?

Berdesing telinga Mak Piah dulu kalau orang kata orang Sarawak duk atas pokok lagik.
Sungguhhhhhhhhhh tak duk atas pokok, tapi mentaliti tak berapa nak jauh la dari orang yang duk atas pokok pada zaman dulu.

Merah padam muka Mak Piah bila ada orang kaya cha ya nun alif kata mahal lagik rega belacan dari rega undi orang Sarawak.
But, that is the truth.

Tak lama lagik, nak ada pilihanraya Parlimen.
Mari kita lihat kemunculan video video seks.
Mungkin akan ada Pesta Filem Seks, kut ada lah anugerah Cinematography terbaik ke macam mana.

"Politicians are like diapers; they need to be changed often and for the same reason."
Mark Twain