Pages

Thursday, May 17, 2012

Bkk

Nih ada satu lagik tips.
Kalau tetiba hari hujan dan rasa macam tak berbaloi atau kedekut hendak membeli payung kerana sangat lah menjengkelkan hendak membawa payung ke hulu kehilir ...sila pakai plastic beg di kepala. Tadik hujan masa keluar dari stesen. Sila imagine how Panjang and I memakai plastic bag di kepala...macam tok sami pun ada. Macam pempuan giler pun ada. Dah pakai plastic kat kepala dan ketawa tak hengat dunia.

Kerana trip ini adalah trip the blind leading the blind, kami telah keputusan idea hendak buat apa, jadik kami telah pergi menonton wayang. Pandai kan dua orang?? Pergi tengok movie siam. Seb baik ada subtitle. Nama cerita dia chob like, chob apa tah ada love..macam gitu lah. Citer dia poyo sangat macam citer citer kat Msia.
 

Sebelum cerita tu start kan, selalu ada ..eee apa nama tu...trailer movies kan?? So ada lah dorang tunjuk trailers for citer Snow White and the Huntsman..macam best jek. Then .ada trailer citer seram Thai..tajuk dia I miss you. Terperanjatttttttt Mak Piah yer...cisss. Akak yang duduk sebelah Mak Piah ikut terperanjat bila Mak Piah melatah...hiks. Nak jatuh donut dia...hehhe. Sapa suh makan donut dalam gelap, kan?? Kalau jatuh, Mak Piah tak tanggung ok. Mak Piah tidak menonton filem seram ok. I dunch like. Sat sat dia bagi terperanjat. Aiyooo..I have a weak heart la wey. Kenooooooot!! Alangkan cerita Pontianak Gua Musang pun Mak Piah takut, nih pulak nak nonton cerita seram Thai.

Buat apa nak bayar 120baht nak menakutkan diri sendiri, kan?
Gi makan Saba Shiyoki takpe.Sashimi ke,kan??



Monday, May 14, 2012

Cebok

Toilet kat Bangkok tak banyak yang ada hand bidet.
Takde bidet langsung banyak.
Jika mengalami keadaan seperti ini, maka tetiba skil  anak kapal terkeluar.
Sila bawa bersama botol kosong.
Isikan dengan air untuk mencebok.
Berbisnes lah seperti biasa.

Ini jugak adalah amalan yang bagus kalau anda menggunakan toilet di atas kapal terbang.
Masuk galley gi mintak dia tadahkan air kat pipe cuci tangan dalam galley.
Penggunaan botol yang 1.5 lt adalah digalakkan.

Sekian tips untuk hari ini.

Saturday, May 12, 2012

Greetings from BKK

Salam dari Bangkok. 

Saya dengan Panjang  selamat sampai semalam dijemput oleh rakan sejawatan yang jugak sedang bercuti di tanahairnya. Khobhun kha, Ey..kalau dak mungkin Panjang dan saya akan saling salah menyalahkan kalau tersesat sebaik melepasi ruang immigration di Suvarnabhumi. Saya akan menyalahkan Panjang kerana tidak mengoogle lokasi hotel dan Panjang akan menyalahkan saya kerana tidak boleh berkomunikasi dengan berkesan dengan pemandu teksi. :P Tapi kerana Ey adalah seorang rakyat tempatan, maka segala tugas berkomunikasi telah diambil alih oleh beliau. * pey cheeng ey nak errrk.. krek krung kheng pengg chuk nuii oii....lebih kurang macam tu la bunyik kata kata yang diucapakan oleh Ey kepada rakan sengaranya ketika memberitahu destinasi kami. Dan kami tiba di hotel dengan selamat walaupun melalui jalan yang amat jem kerana penerbangan kami sampai pada waktu kemuncak.

Lepas sampai dan check in, kami menuju ke Asiatique, untuk makan malam. Sebenarnya, saya sudah kenyang kerana telah mentekedarahristic di Restoran Nasik Kandar Lawood, berdekatan dengan sekolah Tamil dekat umah Mak Itam.  Sedapnya makan nasik kandar itu. Ayam gorengnya sgt marbeles. Kuah nasik kandar dan sayur kubis dan tauge itu sangatlah indah menawan rasanya di tekak. Atas kapal, saya tetiba rasa kopi yang dihidangkan adalah jugak sedaps. Entah kenapa. Dulu masa berkebaya hijau, saya dont remember if the coffee was that good.

Apa nak citer tadik..? Lupa. Teralit pulak.

Balik semlm agak lambat. Pukul 10 macam tu sampai di hotel balik. Bergurau senda dan mengutuk Monte Mon dan The Other Piah kerana mereka tidak mendapat cuti bersama sama  dengan Panjang. Banyak jugak cerita ceriti kami kerana sudah tidak bersua muka selama 8 hari. Kalau di Jeddah, hari hari mengadap. Hiks..

Saya bangun subuh juga kerana Panjang tidak melekakan sembahyang nya. Sambung tidur dan saling mengingati bahawa, kami ada temu janji di Chatuchak Market ( Market Hujung Minggu ) dengan seorang lagik rakan sejawatan yang berada di bumi Siam ini. Dia nih dah pencen dan dah bertaraf penduduk tetap di sini.

Wahhhhhhhhhh....akak datang dengan baju pink dan berjeans ala flower power ye....Comel giler. Dia sampai sampai dah cakap, Kau diam Piah...!!! LOL.

Kami terus pergi makan. Dah meeting point pun di Food court JJ Mall bersebelah pasar minggu tu...makan lah kan. Sedap mak aiiiii...tomyum dia. Panjang makan Phadthai * tah tatau macam mana nak spell*
Then diaorang makan pulut dengan durian ni. I dont eat durian in any other form other than the buah itself. Nak dia pengat ke, cekodok ker, eskrem ke apa ke...takleh aaa. So dua orang tu makanlah berdua. Kuatnya bau durian tu. Me no like. Masam jek muka Panjang kena habiskan. Hiks. Sorry Yang, seryes kenot.

Jejalan dalam pasar tu dalam 2 jam lebih. Panas aaa sikit. Ok..panas membasahi belakang. Kami berdua dah mula tak selesa. Penat nya lebih aaa kalau hari panas. Panas Bangkok dengan panas saudi lain aaa. ***berangannnnnnnnnn***

I got myself 4 bag sandang kain  macam yang monk monk buddhist tu pakai. All the plain colors yang selalu I asked for from those who came to Bangkok, tak pernah dapat. Hari nih cita cita saya tercapai. Panjang mencapai cita cita dia nak beli asam jawa tanpa bijik. Gumbira berdua. Si Power Flower, dapat penat. :P HEhehehehe...

Sebab dah penat berjalan tanpa arah dalam pasar tu, muka pun dah kusam dan masam, kami beransur lah. I wonder, manalah budak budak yang datang sini selalu dapat mende yang cam best best, but bila saya gi ...tak de pun yang best...:((  baju semua size macam katik katik jek.

Sebelum balik, kami gi makan nih...dekat Khampeangphet Mall, * sebelah MRT station tu*
Som Tham. Kerabu betik. Dia bubuh ketam ker kulit ketam...I am not sure. sedap aa jugak. Still..must remember esok tak mo ketam ketam bagai nih.

Errrrrrr....Saya dah penat sangat. Esok sambung yer..

Nih...Anggerik., thank you for the tips tau.


Friday, May 11, 2012

Belasungkawa

Turut berdukacita sedalam dalamnya atas musibah jatuhnya pesawat Sukhoi Super Jet 100 yang mengorbankan semua penumpang dan anak kapalnya.
Semoga semua yang terkorban mendapat tempat yang baik di sisi Tuhan, diterima amal ibadahnya.
Dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan keikhlasan dalam menempuhi waktu sukar ini.


:(


4mins

Kes Ira yang pukul anak tu...iskkkk!
I keep on wondering what made she did what she did to her baby.
And saya lebih geramkan org yang amik video tu yang cakap..dah lah Ira...dah la.
I just felt, she cud have done something instead of amik video sampai 4min of the incident. Maybe she did after the video taking, but .....4mins lama la wey.
Tapi siapalah saya...I was not there.
So nak cakap memang senang.
Bila kita berada di crime scene, we do not know how we wud react.
Let us pray for our own sanity that we know what to do shud we be faced with those kind of situation.
And most of all..we dont go crazy like the child's mum.
Bila kita tengok orang macam tu, it is easy to say stuff and condemn, but most of the time, what we fail to see is the problem which is deeper.
Sakit mental.
I dunno la kalau mak budak tu ada sakit mental ke apa ke..walaupun my suspicion is strong that she had one. Dia dah kene tangkap pun.
Dah kene hukuman 18bulan kalau tak silap. Kalau silap, maafkan hamba. Rasanya mak budak tu sedar apa yg dia buat salah, I hope la.
Anger is a bad master.
Harap jangan kita naik hantu jadik macam gitu.
Worst still to hit/hurt those who are incapable of defending themselves.


Monday, May 7, 2012

Saya tidak suka oerner-orni sebab it took some friends away!

My friends on FB who have been friends since we all joined the airlines some donkey years ago are fighting. Yang sebelum kejadian saya-orner-kuning, awak-orner-lain-awak-orner-orni. Saya merasa sedikit sedih kerana perang di Fb kerana perbezaan pikiran ini telah memutuskan beberapa persahabatan. Some had been unfriend and blocked.   Some is avoiding each other when they happened to fly together. Nak sokong memana pun, sokonglah. Tidak menjadi masalah. Bukankah perbezaan pendapat itu membuat kita berfikir dan berfikir itu teman yang baik. Jangan berfikir yang aneh aneh macam errrr....sapa nama tu...pikiran dia hanya di kawasan reproduction areas sahaja. Namanya tidak boleh di ungkapkan di sini kerana mungkin dia ada tertaip keep dan keluarlaj blog saya di tempat taruk address tu kerana saya pernah menggunakan samsung galaxy note dia untuk melihat macam mana rupa blog saya di galaxy note.

Siapa pun yang disokong, kita punya alasan tersendiri. Betul pada awak, mungkin kurang betul di pendapat saya. Begitu jugak sebaliknya. Samalah macam kalau saya suka awak, tak semestinya awak suka saya. Mungkin suka, tapi maksud suka yang berbeza. Suka sebagai kawankah, suka sebagai kekasih kah, suka kerana dada bidang kah atau badan kekar kah. Atau mungkin kerana suka setelah trerpandang 'barang kemas' kah? EH!

Awak suka seseorang pemimpin kerana awak rasa dia lah yang paling layak atau dia membawa kemajuan pada negara bertuah kita. Awak suka yang itu kerana awak rasa peribadi dia molek, kerana pada awak pemimpin yang peribadinya tinggi adalah pemimpin yang harus diikuti. Awak rasa orang itu dan ini tidak layak kerana itu dan ini.

Pada saya, semua parti politik itu, apa nama  tu heh..ideologi itu bagus. Sangat bagus. Tapi kalau sekadar idea bagus, tidak dilaksanakan dengan apa yang dikatakan payah jugak. jadiknya tidak bagus. Saya sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya melakukan apa yang saya harus buat. Memangkah X  di hari pengundian. Sesambil nyanyi mari lah mari pergi mengundi...demm I love that song!

Saya tidak menyokong perangai rakan rakan di FB yang suka sangat menaruk status banggang yang menyokong mana mana parti dengan meletakkan gambar gambar seperti mee segera sup buntut, gambar perempuan yang kurang sempurna ( di mata si empunya FB) lalu di beri caption berkaitan dengan mana mana pemimpin, taruk gambar khinzir dan u name it la..that is malice la wey...Hak bersuara itu hak kita sebagai insan. Tapi perlukah kita bersuara dengan lantangnya di laman sosial itu dengan menghamburkan kata kata nista kepada pemimpin atau orang orang politik yang kita tidak suka seperti orang tidak berakal.
Hari mengundi esok, pangkah mana nak. Kalau menang, kita harapalah janji janji pilihanraay ditunaikan. Kalau yang kita sokong kalah, nanti next pilihanraya, kita pangkah lagik.Jangan memalukan diri sendiri dengan mengeluarkan status status yang banyaknya mencerminkan peridbadi sendiri. Kata hendak berpemimpin yang berbudi tinggi, janga lupa peribadi kita sendiri pun mau jaga.Paling tidak, takyah la mengadvertised kan di fb kita tidak begitu peribadi mulia sangat. Sikit sikit tak pe..hiks.

Orner-Orni = masa kecik saya tak reti nak sebut warna warni.