Pages

Saturday, July 20, 2013

Update walk of hope

Episod berjalan jalan di Taman Wetland, Putrajaya telah dapat tarikh yang baru.
Pada 29 September, 2013.

Anda digalakkan datang bersama mereka dan ahlil keluarga mereka.

Kalau takleh datang , awak boleh sponsor orang lain untuk berjalan, samaada 3km/5km :-)
Contohnya sonographer terlampau yang mungkin tak dapat balik ke Malaya pada waktu kkayang disebutkan.

Kalau leh datang, join lah Geng Cik Kiah Kasut Merah. Tak kan nak biarkan Kiah sorang glamer.
Anda juga boleh menubuhkan pasukan sendiri...buh la nama apa pun.
Pasukan Helang ke, Aking ,kan?? kan??

Saya ? Saya duk tepi bukak bekal dekat lori milo ais....:P

Jumpa di sana.

Let's jom.

p.s for details, gi ke blog Esahbella.

Friday, July 19, 2013

Rapuh

Membaca tentang AM yang kawin lagik satu di Thailand itu membuka cerita lama.
As I expected, he called me and sebelum dia sempat bagi salam, saya dah ketawa berdekah dekah. Dia pun sama.
Adalah kut semenet saat kami gelak bersama. We both know why he called. Agaknya dia terpandang parut lama bila membaca tentang AM. Biasalah kawan, kalau greetings tu tak pernah yang manis, masing masing saling mencerca...well I have those kind of friendship. And best part, no offense taken. Instead, serang balas lah kan and we both know it means I-love-you dear friend.

We talked about life and what-nots la kan. I tried my level best not to sentuh pasal AM. I know it will lead to something hurtful of his past. And tau jek lah kan, banyaklah nantinya the what IFs nya.Which is nothing new because we have done this before. Pernah tak tidur semalaman sebab bertelefon dengan dia yang berduka lara. Apalah yang saya boleh buat selain menadah telinga. Kalau sekarang dia buat lagik pe'el tu lagik, saya off jek tefon. Mende dah lama, apalah guna hendak diungkit. Biarkanlah. Takleh nak ubah apa pun.

Dia cakaplah kalau lah ada guts macam AM, maybe he wont be feeling empty inside. Dah bertahun kawin, cinta tu tak de. Nak cinta macam mana saya pun tak tahu apa hendaknya kawan saya  sorang ini. Not having kids, menjarakkan lagi mereka laki bini. He was kinda bullied into getting married by  mereka dan ahlil keluarga mereka. Family tak suka pilihan dianya. Dorang nak dia kawin dengan biniknya yang sekarang nih lah.

Kata orang, masa akan menyembuhkan, but it seems this is not the case for this dear friend of mine. Kata orang lama lama cintalah esok. Tak, kata dia, sekadar atas nama tanggungjawab sebagai suami. He tried, katanya. But yelah the heart just wont say yes. So they live together tapi berjarak. Biniknya agaknya pasrah lah. I know the binik too, kawan jugak. Just this friend is the friend with the big F, and the wifey is a friend with small f.

Sebagai kawan baik mamat benggong nih, I want him to be happy. To be with the one he hold dear. Sebagai perempuan, saya hendak mengetuk kepala dia dengan sudu kayu yang dibeli di kedai 2rm dengan kuat sekali, tapi I say or did none of the above. Kang sebab mulut saya pulak ada orang jalan beriringan di mahkahmah bersongkok dan bertudung. Tak pepasal. Jangannnnnnn monyet.

Saya sudahi perbualan itu dengan," Dah lah mangkuk. Kau kan kacak, kaya, bergaya, berpangkaaaat pulak tu...kenalah kuat,  kita kan brutal".

Dia jawab, " Aku tak tahulah sampai bila aku leh bertahan"

Cuak pulak saya.

Thursday, July 18, 2013

Perempuan

Sucinya aku, kau miliki di Makkah.
Hebatnya dia, kau sembunyikan di Thailand.

Ahh perempuan.
Seperti mentimun.
Digelek sakit.
Mengelek sakit.




Update

Newspaper semalam kut, Arab news, ada rulling baru untuk locals yang amek pembantu rumah.
Lebih kurang yang dekat Mesia dulu tu la la rules dia.
Pembantu dapat cuti sehari, sehari mestia da rehat atleast 9 jam, gaji mesti bayar tetiap bulan dan beberapa perkara lagik lah.
I totally forgot to bring the paper back. Urfff.

Saya menyokong sesangat ini.
Tapi saya terfikir, perlaksanaannya macam mana.
Berapa orangkah yang mematuhi syarat nih nanti?
Keganasan domestic terhadap pembantu rumah di sini agak tinggi.
I cant tell u how many times I met pembantu pembantu yang badan nya berlebam naik kapal balik.
Yang tak di bagik makan.
Nevertheless, saya berharap adanya syarat baru ini akan menolong orang yang datang sini mencari rezeki sebagai pembantu rumah.

Yang paling saya harapkan, tiada gangguan seksual terhadap para pembantu rumah ini.
No one should go through that.
Yang consenting adult tu, that is a different story.
For another day.

Here, like it or not, seksual harrasment adalah seperti perkara biasa.
Liar jek mataa lelaki lelaki disini.
Tah kenapa bila dipandangnya perempuan , terasa macam dicemar sahaja.
Setara kalau di negara kita, selamba jalan pakai seluar pendek kaler worenjes takde lak rasa macam dicemar cengitu sekali.
Takde sapa memandang dengan pandangan yang idak baik.
Pandangan jijik adalah...lol.

When u walk in a crowd, ada je rasa orang amik peluang terkene la, terlanggar lah tergeselah...siyalpalis sangat.
Especially kalau di downtown.
Kalau kat mall, kurang sikit.
No..bukan alasan untuk ke mall ke apa.
Nothing like that.
Bila terlanggar tidak disengaja, kita tahulah sendiri, memang terlanggar.
Tapi nih kalau jenis yang terlanggar, and u know it is intentionally ..and it felt like dicemari sangat.
I dunno if u guys pernah kene.
Same thing bila time bayar..bila bayar, terkena tangan, U will feel like setanlahhhhhh la lu!
Elok jek saya dapat baki duit, tergesel jek, ada yang mendapat maki dalam bahasa ibunda.
Dulu masa baru sampai saya terima lah duit dengan tangan balik...sekarang saya dah tak buat lagik dah...saya akan bayar taruk duit atas kaunter ..then bagi baki balik pun atas kaunter...dia hulur pun saya tunjuk taruk atas kaunter.
Kadang lupa, tu yang terkena tu..
Dalam berkelombong kelombong tu lah saya akan mengeluarkan beberapa sukukata yang sangat kuangajo.

Ladies, take care!

Monday, July 15, 2013

Sohour

Sohour time.

Dalam kul 3 pagi cengitu lah. I promised to do sahour with The Other Piah dan beberapa rakan sejawatan dari negara jiran. Meriahlah pepagi buta dalam hiruk pikuk hilai ketawa usik mengusik. Tah cam mana.. kita nih ..kalau dah duk dengan orang Indo, cakap mesti gaya Christine Hakim atau Bunga Citra Lestari dak? Automatic gitu.
Iya donggg...tak pepasal dak? Dan rakan sekeliling saya ramainya orang Indo dari orang Mesia. Ong Mesia sini berapa kerat sangat pun.

Tak pepasal....

SharipahAloyah : Meh makan..kang lambat tak sempat kang...
BungaCitraLestari : Bentar mbanya..masih ngumpul nyawa nih mbanya. 

Disebabkan excited orang datang bersahur, dan excited nak kunun -aku-pun-leh-cakap-indo, mencelahlah WanEmpukWanMalini : Koq masih belum ngompol...????

SharipahAloyah dan BungaCitraLestari gelak sampai pengsan.



* ngumpul nyawa = masih dalam keadaan separa sedar separa tak sedar sebab bangun terpisat pisat.
MakMonas, sila terangkan dengan lebih lanjut.

*ngompol = kencing malam.


BTW, adalah lebih sopan kalau panggil orang Indonesia dengan orang Indo, instead of orang Indon or orang Hendon.



Saturday, July 13, 2013

Update tentang Walk Of Hope

Hi..:-)

Nih update pasal Walk Of Hope tu hari.
Jalan berlenggang kobis ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Namun demikian saya masih berharap anda akan join saya dan kengkawan di hari yang akan ditetapkan.

Dengar kata ada acara lain yang dijadualkan pada hari yang kita plan nak gi jejalan tu. Takpelah. Bukan rezeki kita nak ke Wetland pada hari tu.  Nalainnti dah ada tarikhnya yang lain saya update lagik.

Sekian.
Selamat menjalankan ibadah puasa.



Ramadhan Kareem!

Well, bulan puasa.
Meriahlah krew fly sebab tak buat service.
Paling pun catering bagi only 25 percent meals onboard.
Tu untuk serve bebudak kecik.
Orang tua dan orang yang tak sehat.
Well.. di sisnilah timbul pelbagai perangai manusia.
Maybe I am not the person to speak of this puasa thing.
What do I know anyway.
It kinda upsetting bila yang tak puasa nih mengamuk ngamuk sebab takde meal service.
Surprise? 
Memang atas kapal takde muttawa. * Muttawa = religious police.
Ada ke hazabs hazabs nih pikir yang krew yang diamuknya itu puasa.
Marah krew sebab takde makan atas kapal.
Kalau ada 16 krew...semua 16 tu puasa.
Yang kapir pun tahu join puasa sebab menghormati bulan ramadhan, walaupun kadang ada yang mencebik..eleh kapir puasa apa dapat pun..kan?
Yang patut puasa dah tak puasa buat lak perangai puaka. 

Lucky, for some who understands that agama itu berbeza dengan orang yang mengaku beragama.

Ramadhan Kareem, my moslems friends.
Moga puasamu bukan sekadar menahan nafsu makan dan minum.
Dan diterima amal ibadahmu.
 Lelebih lagik yang puasa di kala suhu mencecah 49darjah di bumi bertuah ini.
Salam.

Sunday, July 7, 2013

Marilah

Pada 7 September 2013, akan berlangsunglah sessi mari berjalan jalan bersama geng kasut merah Cik Kiah di  Taman Wetland, Putrajaya. Anda dibenarkan berjalan berlenggang lenggang kobis, berjalan itik serati pulang petang, mahupun berjalan catwalk sahaja.. Nak bernyanyi nyanyik kecil pun ok...:-)
Yang tak berapa nak reti nak catwalk..gi lah tengok kat tiubmerah caner nak buat. Yang Kiah selalu tengok yang catwalk-catwalk nih ialah yang RahsiaBinikBeckham.
Ada banyak situ...k?
Nak nengok kat laman laman yang aneh pun ok gak.
I is no komen. Yang penting u show up dekat WALK OF HOPE tu nya event.
30rm jek. Ajaklah ramai ramai berjalan sambil beramal.

C


Senang citer, korang gi jek tengok kat blog Esah sana.

Who knows kalau dah berjalan jalan menikmati Taman Wetland tu akan mengurangkan kecelaruan pikiran.
Do this as a sadaqah.
May u be blessed.
Ada rezeki, kita jumpa di sana, God's willing.
Pakai kasut  kaler pe pun takpe.
Kalau ada kaler merah pakailah kaler merah.
Kalau ada kaler pelangi boleeeeeeeeeehhhhh.

Esah, Kiah kita jalan sambil nyanyik lagu Seiring dan Sejalan....nak??
Nak lah, please.
Sila plan nak buat aksi gewdix gewdixs manja...tak sabarnya nak tunggu 7 September.

Saturday, July 6, 2013

God, have mercy.

A boeing 777 crashed in San Fransisco airport.
Asiana Airline.
Flight 214 .
The wing broke off. 
 
My heart is bleeding.


Friday, July 5, 2013

It pays the bills

Ok fine...hari ini  meroyan di kapal.
Yes I have been busy contrary to kepercayaan karut Kiah dan Esah yang suka menuduh saya busy menelek cermin ajaib bertanya 'am I still the fairest of them all' itu.

Memang ai kaki meroyan.
Terutama dalam uniform.
Kalau tak buat reja, saya mesti menyinga.

Ok, here, masa kritikal untuk krew ialah masa on ground sebelum berangkat.
Masa tu lah katering hendak mengload meals dan meal cart dan segala tok nenek.
Masa tu lah ground staff nak tekan suruh boarding passengers cepat cepat.
Masa tu lah mekanik/ juruterbang sibuk buat preparation untuk berangkat.
Masa tu lah deria lihat dengan mata kau tukar denagn lihat pakai hidung....
Ini tak jumpa..itu tak ada...
Masa itulah aku  akan bertukar menjadik Evil Spawn.
Sikit sikit larik kat aku...pengept roti tak dak...senduk ais tak takdak, silver tray tak dak... kang kalau silver tray tu singgah kat pelipis kau baru kau tahu...
Yang kau kejar aku kenapa???
Catering supervisor tu melanguk tunggu dan check galley dengan kau tadik kau buat apa??
Meraba payuudara tengok dia?

Passengers tekan call button, zone kerja kau, kau  gi tengok.
Tak kiralah dia nak air 37 kali, passenger tu pikir dia dalam bas main tekan tekan loceng sebab nak turun jam tu jugak atau...telur dia sakit ..U GO!
Kalau kau tak pergi, I want to know why?
Apakah di galley itu kau sakit pankreas atau kau sibuk bercerita tentang jantan yang kene hantar balik sebab kantoi mengidap penyakit siplis atau telah keluar rupa  iblisnya?

Like everyone else, I love my job but I hate the people I work with.
Doakanlah esok saya gi kerja saya diberikan kesabaran maksima.