Pages

Friday, March 14, 2014

hapdate

Masih tiada tanda pesawat yg hilang.
Berdoalah untuk mereka.
Berdoa untuk Like di laman sosial elaklah.
Berdoa juga semuga para pencari dan penyelamat diberi keyakinan dan kekuatan mencari kapal dan mereka yang didalamnya.

Toksah lah meratib ratib dalam laman sosial melampau lampau. Mungkin cara kita bersedih berbeza, tapi meratib dalam laman sosial itu agak berlebihan kerana kita kadang terlupa kita sedih sebab benar sedih atau sedih yang berkehendak attention.

Ada satu screen shot nih yang beredar di lama sosial, budak nih duk maaaaaa.. sapa nak teman amek spm result bagai tu. Orang semua duk kesiankan si pemunya wassap screen shot.  Ehh.. tah camner terkantoi pulak.. ma yang dia  duk ratibkan tu takde dalam kapal tu. Nak perhatian orang. How sick can we be? Tak terlintas gaknya di kepala dia, dia perdayakan orang. Ini antara penyakit bahaya, yang muhong nih percaya yang pembohongan dia itu adalah kebenaran.

Bantulah dengan berdoa. Itu pun sahaja yang kita boleh setakat ini. If u can do better, go ahead. Paling penting hormati lah usaha orang mencari kapal tu. Jangan kita mengata ngata mereka nih apalah.. itulah.. inilah. Ini bukan cerita dalam tv. Toksah biarkan kita terpengaruh sangat dengan filem filem tu semua.

*
When someone is anon, dan awak kenal  dia biar lah dalam hidup  sebenar, atau sekadar di laman sosial, kerana dia percayakan awak to reveal dirinya, awak jangan gegatal gi mengompang. Mostly yang saya tahu yang anon nih adalah kerana hendak meluah rasanya. Yang dianya tidak penting, sekadar mengeluarkan apa dalam kepalanya. U have no fokken right to tell anyone apatah lagi mengompang dalam laman sosial! Ketahuilah awak cukup beruntung kerana dalam circle yg dipercayainya. Apa untung yang awak dapat saya pun tak tahu. Toksah mengepo sangat bleh?

You have just ruined it for everyone yang sukakan idea dan belajar dari dia

*
Susah no nak memblog dr tepon nih. Grrrrrr.


Monday, March 10, 2014

:-(

Tetiap tahun recurrent class belajar ulang safety procedures.
Nothing prepared us for what had happened.
Sebaik sahaja tahu tentang hilangnya pesawat itu, all of us wish for a miracle.
Sampai saat ini, doa dipanjatkan apa pun latar belakang agamanya.

Have u ever experience serasa jiwa terkeluar dari badan?
Itu yang saya rasa.
Sama seperti sewaktu saya pulang ketika Kher meninggal.
I am sure ada orang lain rasa macam tu jugak, terutama sesama krew yang fly online. 

Seperti newsfeed awak, newsfeed saya dipenuhi dengan spekulasi, berselang seli dengan beberapa individu yang mengeluarkan statement kurang bijak.
Tapi nak buat caner, dah dia memang tak bijak.
Kita nak berdebat berlawan lawan komen/tweet, takyah.
Tak penting mereka.
Mereka jadik penting bila kita amik hati apa yang mereka cakapkan, tuliskan atau post kan.

Ada satu mangkuk dalam fb saya, dia tulis dia makan bila stress.
Post gambar makanan. Dia makan sebab stresskan nih lah.
Saya dah taip kata kata nista tapi mujurlah saya tak click post, sebab itu akan membuatkan saya jadik banggang. Biarlah. Sikit ari lagik ...saya tak jamin saya boleh berpikir. Saya mungkin akan membanggang secara terbuka.

Satu lagik laki binik nih garikkkkkkkk...post/copy paste tentang nih .. pastu berselangseli dgn selfie dia dua.
Sakit ati saya. Dia rasa dia kiut miut gaknya. Menambahkan kebencian ada.

*

Kawan kata I hope they find the aircraft.
Saya kata tak nak.
Sebab selagi tak jumpa selagi tu ada harapan :-(
Mungkin saya salah.