Pages

Tuesday, September 30, 2014

update

Sejak kejadian MH370 dan MH17, saya jadi cam hilang mood nak berblog. To be honest, I dont feel like doing anything. Mungkin kerana saya kenal some of the crew yang terkorban.. Yerp.. berkebaya ijau bunga pink itu adlaah ibarat cinta pertama. And no one forget their first love. I dont know anyone that does, anyway.

A lot has happened since my last post. Dari kawan yang masih setia ke hujung nyawa kepada syarikat penerbangan itu, saya dapat tau banyak perubahan berlaku. Para kaki taruh yang sejemput tu mula sedar, dan tidak lagi sesuka suki mencarik pasal atas kapal. Its amazing bagaimana kita sedar bahawa hidup ini tidak menjanjikan esok.
Bahawa dalam sedetik cuma kita boleh hilang segalanya dan betapa rapuhnya nyawa kita. At the end of the day, we begin to appreciate wat have. Sadly, it took 2 aircrafts to make us feel that way.

Kadang kita lupa apa kita ada. Or we see it differently from what it really is. Kita pikir ia begini walhal, jika kita mahu berhenti sejenak dan berfikir.. it can be something else, dan lain dari apa yg kita pikir. Tapi namanya jugak manusia, fitrahnya begitu. And sometimes when we realize it, its a little too late. Dan dah too late, kita lak ego nak mengaku kita salah. Hujungnya, apa yang tinggal, mungkin penyesalan.
Tu yang tak bestnya, kan.

*

I met someone new.

Kiah panggil dia Lawrence of Arabia. Hiks.
Tidak pernah terfikir yang saya akan mendapat pengganti. Sesorang yang  sangat berbeza. Itu yang saya fikir, bila saya memberanikan diri memberi diri peluang. Well, rupanya selama ini memang saya yang berpenyakit. When I look at Lawrence, saya tersedar ternyata antara Lawrence dan PJ itu tidak ada bezanya. Rupa lain, tapi dalamnya sama.
Macam drama melayu yg Kiah duk nengok hari hari..kisah kawin paksa then pelan pelan jatuh cinta kendian ada lak adegan jeles menjeles dan ada orang ketiga yang duk goda en swomi..cuma tukar pelakon sahaja. Begitulah saya. Endingnya besok sama. Kawan kata, mana awak tahu endingnya sama? Yerp..ada benarnya. Kita tak tahu ada apa yg tunggu di depan. Tapi beranikah saya? Tidak. Saya sangat penakut. Bukan saya takut saya kene cuci baju di tebing Sungai Nile yer Kiah.. tidak.

Saya tidak tahu apa yang saya hendak. Yang saya tahu kalau saya tak dapat apa saya hendak saya akan meroyan. Buruk perangai kan?

Whats wrong with me Kiah??