Pages

Friday, January 9, 2015

Hapdate lah jugak... dari yang berdua itu.

Kat luar gulap gulita lagik. Dalam 1-3 degrees lah kut. Tah.

 Dengar kan pasal orang tembak tembak di Paris. Ngeri kan.
Gi buat lukih kartun pepelik kenapa, kan dah mendapat dah.
Apa agama pun, jangan buat main. Bila lah nak belajar nih labu oiiii.
Hormat itu perkara utama. Biarpun bertentangan dengan apa yang kita percaya.
I believe in freedom of speech, tapi menjelek jelekkan sesuatu yang sensitif tu bukan freedom of speech, tu carik mati namanya. 
Tidak, saya tidak menyokong penembakan itu atau perlekehan itu.
 Itu perkara yang tidak saya bincangkan kerana ceteknya ilmu saya.

Here, samalah dengan saya selalu dengar orang kita cakap..nih bangsa sekian sekian nih buat onar nih. Nih menyamun nih orang sekian sekian yang buat.
Macammmmmmlah bangsa awak tu semua baikkkkkk..semua ikhlas....semua perangai ahli syurga.
Jaga jaga bila berkata.
Saya selalu berada dalam situasi bila orang mengata bangsa saya, agama saya mahupun negeri saya.
Selalu gak dorang tersipu, sebab bila saya ehhh setan.. saya bangsa/agama/dari negeri itu ok?
Saya tidak amek pot sangat sebab dorang yang suka ngat ngata macam tu biasanya banggang.
Saya suka fikir saya tidaklah banggang sangat.
Berang jugak kadang saya bila bangsa yang dikata kata itu tidak ada di situ untuk mempertahankan diri. 

Most people think I am Indonesian.
Kengkawan selalu ngata saya. Hehehe. I dont blame them.
Sebab memang saya lancarrrrrrr je kalau bercakap Indo. 
Nih satu saya kesian orang Indo nih, kalau jadik malapetaka, ada gambar tak senonoh je, oohh minah indon nih..oohh orang indon nih..
Ehhh saddappppppplah.

Betul bukan semua Indo tu baik, tak ke sama macam bukan semua rakyat kita baik.
Pun bukan semua orang dia jahat, macam orang kita jugak.

Rentikanlah mengata yang tak perlu.
Jangan carik pasal.
Ngata kain orang koyak, kita tak sedar kain kita robek.


*

Oh sejak saya berpindah ke tebing sungai Seine nih, saya bertugas mengenakan uniform baru.Baju beige, lengan panjang. Pastu ada vest yang saya jarang pakai. Jacket itam. Seluar itam.
Sebab sejuk bedi, jadi saya pakai sweater jugak ketika keluar masuk kerja.

Di suatu hari yang gilang gemilang, lol.. saya melalui pintu keselamatan seperti biasa.

Abang sekuriti yang agak somel : Selamat Pagi Kapten.
Saya yang feeling somel dengan liptik merah : Selamat Pagi.

Dia fikir saya juruterbang agaknya.
Saya tak koser nak menerangkan.
Angguk dan jalan kekwat macam itik serati pulang menyudu di tepi parit.

It felt good sebab dulu ingat dak di KLIA.. saya disangka pembantu rumah di padang pasir...hiks.
FYI, saya sudah tidak memakai tudung beropol ropols sejak kejadian itu.

Bon Jorneeeee.. maksud dia kalau tak silap have a nice day..ejaan..ehmmm ampa google lah.