Pages

Monday, November 9, 2015

Trophy Wife

1998

Acara perkahwinan mereka bukanlah di hotel terkemuka. Gilang gemilang lah jugak dengan berderet khemah warna silver silver biru gitu. Tutup satu lorong rumah dia. Dah kordinat dengan jiran jiran dah.
Ada karaoke.. hiks, saya nyaris menyanyi lagu Bourgainvilla, dendangan kumpulan spring di majlis kawin dia. Hahahaah. Mungkin saya tidak akan memaafkan diri saya sendiri kalau sampai terjadinya saya merempan syahdu di majlis kawin  orang. Suara saya sangat hazab ye. Kene baling dengan tudung periuk baru akai! 
Yes, saya ada sedikit sedih untuk diri sendiri masa tu, sebab saya berpacaran dengan pacar saya lebih lama, tapi jodoh kawan saya sampai dulu. Jodoh saya tersangkut di lampu merah negara mana tak tau.

*

Saya bertemu dia di Amerika sewaktu saya berpengkalan di sana. Dia pergi menyusul suami yang ditugaskan di sana. Dah 6 bulan suami di sana, barulah dia berkesempatan menyusul. Adalah kerja dia ..or mende yang nak disettlekan sebelum ikut suami. 
Well, what do you know? Sewaktu Bob, suaminya, disuruh ke Amerika, dia macam ajak tak ajak kawan saya nih pergi. Alasan dia, pergi cuma 10bulan, datang menyusul takpe. Takyah gi sekali. Adalah alasan lain. Suzie, kawan saya nih, pun  ok lah dengan berat hati. 
Ternyata Bob punya rencana lain. Bob bawak mistress dia ke sana for 6 mths yang Suzie takde tu. Suzie pergi dengan niat membaiki keadaan rumahtangganya. Saya beri sokongan kepada dia. Apalah yang saya tahu temtang perkahwinan. But I told her, beri peluang kedua ok. Jangan sampai terulang lagi. 


Cerita Bob mempunyai hubungan sulit tidak terhenti di situ.
Mistresses comes and go. Suzie tetap setia menagih cinta Bob. Bob kata cinta dia hanya untuk Suzie. Yang lain, hanyalah suka suka. Kalau benar cinta, kenapa selalu ada Monica, Sally, Regina dan tah siapa lagi antara mereka? 
Again and again Suzie maafkan Bob. Dan percaya Bob akan berubah.

*
2015

On my recent birthday, Suzie tepon saya mengucapkan selamat and delivered the news. Suzie hampir rebah ketika lafaz cerai dibaca Bob. My heart bleeds for her. I dunno really, kadang sekuat mana hati perempuan mempertahankan cinta yang dijanjikan suami. 17 tahun meant nothing to Bob. Suzie telan hakikat yang selama ini dia hanyalah perhiasan untuk Bob kerana Suzie adalah wanita cemerlang dari segi kerjaya dan adalah perempuan baik baik. He kept her just for her status.

Dari jaringan media sosial, khabarnya Bob menunggu hari untuk perkahwinan barunya.

*

Kang saya sambung lagi. Ada mende needs my attention immediately.