Pages

Tuesday, June 7, 2016

Ambitchous

Memandangkan Esahbella dah dua tiga kali update.
Kiahlydia pun dah update walaupun sekadar feeling feeling bagi tau dia nak berpindah ke blog baru... saya pun update lah.
Mana boleh kalah, kan?
Haruslah keluar penyakit ambitchious saya
 Hiks hiks.

Si senduk nasik telah bertemu jodoh dengan oputih sekitar 3 tahun dulu.

Sejak berkawen dengan orang putih si senduk nasik nih tak berent8 berenti mengupload..ni ari makan kat tempat mewah nih.
Jap karang post pulak beli menan anak dia di mall mall.
Check in pulak di tempat tempat mahal. Traveling ke merata dia, checkin di business/first class lounge sahaja dia. Heheheh.

Beberapa ketika yg lalu, kami dijemput ke majlis perkahwinan rakan baik saya.
Rakan baik saya bookkanlah saya di hotel tiada berbintang sepelaung dari tempat majlis resepsi.
Si senduk nasik tahu saya dan beberapa rakan di situ, dia pun join sekali.
Sampai je dia dah bebel bilik kecik lah itu lah inilah..
Saya cakaplah dengan lembut, majlis kawen  nih personal affair.
Tidak ditaja oleh syarikat jadi kita sma duk lah kat mana hotel kita nak.
Takleh lah nak samakan dengan penginapan yang company bayar kalau kita kerja.
Sya cakap dengan lembut sebab saya baru lepas makan nasik masa tu.
Cuba kalau saya lapar....

Kami ada sorang kawan yang terer aa menyolek.
Kawan ni pulak offer nak buatkan solekan. Si senduk nasik dah book awal nak disolek. 6 orang kita dia solekkan.
Adat lah.
Orang memberi kita merasa.
Since dia dah solekkan, saya decided to pay for bilik hotel dia. Tu pun kongsi dengan kawan satu lagik.

To be clear, Si senduk nasik bukan dalam circle sahabat dekat saya.
She is linked to us sekadar bekas rakan sekerja dan dia pernah berroom mate dengan one of my close friend.
Yes we know each other but no we are not friends. Samalah hubungan dia dengan kawan yang menyolek nih tadi.
Selepas majlis, biasalah kumpul lepak lepak.
 The topic of si senduk nasik keluar. She didnt even offer nak bagi token ke apalah apalah hatta sebungus nasik pun kat kawan nih.
Its not a big deal tapi dengan cara si senduk nasik ni konon kelasssss sangat.. harus lah dikeji beramai ramai.
Kena kenduri lah dia.

Keluarlah cerita dia mencebik sebab kawan baik saya ni buat di private villa.
FYI private villla di tengah kota untuk buat majlis kawin tidak murah yaaaa.
It was a very nice villa.
Walhal dia kawin dulu takde pun majlis gilang gemilang.
Pffffffftttt!
Biasa je.
Takde pun dia jemput sesapa.
Kawin mendadak pun takde sapa pedulikkan.

Now now now... dah kawen dengan oputih nih dia menjadik jadik di media sosiyal. Menayang reta bende tu biasa kan?
 Si senduk nasik amek gambar bontot nya yg kenyal sebab sekarang sibuk mengegym. Kenyal lah agaknya sampai dia amek gambar tayang kat media sosial. *pesal lak saya teringatkan TeejRahsiaVictoria niiiihhhh aaaahhh?- jgn pernah ye Teej!!!*

Rupanya.. di kalangan binik binik org putih di sekeliling dia ada sorang instruktor zumba je yoga.
Dia mcm nak bersaing dengan orang tu. Hikssss.

Di suatu pagi yang hening, dia post gambar suap anak makan berlatar belakangkan kereta mewahnya.
Dengan kapsyen 'tak perlu cuci kereta sendiri sebab suami ada.
Baik ai suap anak
Beginilah rumahtangga.
Saling bertoleransi'

Kejiiiiiiiiiiiii!

Naaa.. sekarang nak tanya. Have u met this kind of people ?
 Or worst still.. are you si senduk nasik? Kedekut satu hal, terlalu mencuba satu hal.
Tak nak kalah and u have to be the bestest?
Sedangkan yang sebenarnya u tu sekadar biasa biasa sahaja? Or .. sangat keji.. bukan biasa biasa je. Hiks.

And I have the feeling I am about to be introduced to another ambitchous on facebook. Apalagi Kiahlydia dan Esahbella.. update lah pasal ceritaku ceritamu itu.