Pages

Saturday, May 12, 2012

Greetings from BKK

Salam dari Bangkok. 

Saya dengan Panjang  selamat sampai semalam dijemput oleh rakan sejawatan yang jugak sedang bercuti di tanahairnya. Khobhun kha, Ey..kalau dak mungkin Panjang dan saya akan saling salah menyalahkan kalau tersesat sebaik melepasi ruang immigration di Suvarnabhumi. Saya akan menyalahkan Panjang kerana tidak mengoogle lokasi hotel dan Panjang akan menyalahkan saya kerana tidak boleh berkomunikasi dengan berkesan dengan pemandu teksi. :P Tapi kerana Ey adalah seorang rakyat tempatan, maka segala tugas berkomunikasi telah diambil alih oleh beliau. * pey cheeng ey nak errrk.. krek krung kheng pengg chuk nuii oii....lebih kurang macam tu la bunyik kata kata yang diucapakan oleh Ey kepada rakan sengaranya ketika memberitahu destinasi kami. Dan kami tiba di hotel dengan selamat walaupun melalui jalan yang amat jem kerana penerbangan kami sampai pada waktu kemuncak.

Lepas sampai dan check in, kami menuju ke Asiatique, untuk makan malam. Sebenarnya, saya sudah kenyang kerana telah mentekedarahristic di Restoran Nasik Kandar Lawood, berdekatan dengan sekolah Tamil dekat umah Mak Itam.  Sedapnya makan nasik kandar itu. Ayam gorengnya sgt marbeles. Kuah nasik kandar dan sayur kubis dan tauge itu sangatlah indah menawan rasanya di tekak. Atas kapal, saya tetiba rasa kopi yang dihidangkan adalah jugak sedaps. Entah kenapa. Dulu masa berkebaya hijau, saya dont remember if the coffee was that good.

Apa nak citer tadik..? Lupa. Teralit pulak.

Balik semlm agak lambat. Pukul 10 macam tu sampai di hotel balik. Bergurau senda dan mengutuk Monte Mon dan The Other Piah kerana mereka tidak mendapat cuti bersama sama  dengan Panjang. Banyak jugak cerita ceriti kami kerana sudah tidak bersua muka selama 8 hari. Kalau di Jeddah, hari hari mengadap. Hiks..

Saya bangun subuh juga kerana Panjang tidak melekakan sembahyang nya. Sambung tidur dan saling mengingati bahawa, kami ada temu janji di Chatuchak Market ( Market Hujung Minggu ) dengan seorang lagik rakan sejawatan yang berada di bumi Siam ini. Dia nih dah pencen dan dah bertaraf penduduk tetap di sini.

Wahhhhhhhhhh....akak datang dengan baju pink dan berjeans ala flower power ye....Comel giler. Dia sampai sampai dah cakap, Kau diam Piah...!!! LOL.

Kami terus pergi makan. Dah meeting point pun di Food court JJ Mall bersebelah pasar minggu tu...makan lah kan. Sedap mak aiiiii...tomyum dia. Panjang makan Phadthai * tah tatau macam mana nak spell*
Then diaorang makan pulut dengan durian ni. I dont eat durian in any other form other than the buah itself. Nak dia pengat ke, cekodok ker, eskrem ke apa ke...takleh aaa. So dua orang tu makanlah berdua. Kuatnya bau durian tu. Me no like. Masam jek muka Panjang kena habiskan. Hiks. Sorry Yang, seryes kenot.

Jejalan dalam pasar tu dalam 2 jam lebih. Panas aaa sikit. Ok..panas membasahi belakang. Kami berdua dah mula tak selesa. Penat nya lebih aaa kalau hari panas. Panas Bangkok dengan panas saudi lain aaa. ***berangannnnnnnnnn***

I got myself 4 bag sandang kain  macam yang monk monk buddhist tu pakai. All the plain colors yang selalu I asked for from those who came to Bangkok, tak pernah dapat. Hari nih cita cita saya tercapai. Panjang mencapai cita cita dia nak beli asam jawa tanpa bijik. Gumbira berdua. Si Power Flower, dapat penat. :P HEhehehehe...

Sebab dah penat berjalan tanpa arah dalam pasar tu, muka pun dah kusam dan masam, kami beransur lah. I wonder, manalah budak budak yang datang sini selalu dapat mende yang cam best best, but bila saya gi ...tak de pun yang best...:((  baju semua size macam katik katik jek.

Sebelum balik, kami gi makan nih...dekat Khampeangphet Mall, * sebelah MRT station tu*
Som Tham. Kerabu betik. Dia bubuh ketam ker kulit ketam...I am not sure. sedap aa jugak. Still..must remember esok tak mo ketam ketam bagai nih.

Errrrrrr....Saya dah penat sangat. Esok sambung yer..

Nih...Anggerik., thank you for the tips tau.


9 comments:

  1. Som tham!!! Sedapnya..berkurun tak makan..haii...makin pjg food wishlist nih...

    ReplyDelete
  2. Ribbon:
    Sila carik resepi dia. Kang Mak Pah tiru dari Ribbon. Hiks.

    ReplyDelete
  3. MP, aku x kesah ko nak mentedarah kerabu betik itu tapi aku kesah sbb ko mkn nasik kandar lawood..nasik kandar lawood tu mandrem die kuat..i am drooling nowwwww helpppp..mmg x sangka kat tpt tsorok tu ade kedai nasik kandar yg sedap..ttb badan rs melekit sbb kena beratur di tengahari tunggu turn nak nasik kandar..

    enjoy ur vacation...

    ReplyDelete
  4. Pengak Dughiang!!! Wah! Nyaman!! Me like!

    Wah kerabu!!! My kazen's wife (orang Kelantan) ajar my mum buat kerabu a la orang Siam buat. Pucuk pegaga + sayur2 lain yg tak ingat dah apa dia + bilis goreng + cili + ... dah kecur dah air liur.

    ReplyDelete
  5. Nashays:
    Sedap hokehhh...terlalu sedap makan kat Lawood tu. Kalau kedai india/mamak, tah kenapa dorang nyer nih lebih sedap. Nalarekkkkerrk kan?
    Ohh..ohhh....dekat area tu pun ada satu lagi kedai kelantan rasanya, dia jual macam cekodok dan mee rebus, ketiau bagai la...
    kengakwan panggil La Cucur...lol di tepi jalan nak ke Lawood..pun marbelesssssss...:P Try ok?

    ReplyDelete
  6. Pok Deng :

    Kerabu sayurang eh?? Hik hik...

    ReplyDelete
  7. Rindu Bangkok. like seriously next year will come again. eh, mmg every year we all plan. mcm yearly place to visit..hahahaa Boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggerik:
      hiks...seronok kan di sini...heheheh. Very the rasa tourist. Heaven.

      Delete
  8. nasi kandar lawood,pernah saya tulis kat blog
    lepas makan cium tangan ;)

    kalau gi situ mesti bini tokey cakap 'lamo x napok'hehe

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)