Pages

Tuesday, June 26, 2012

Sales!

Sales tengah berleluasa di bumi Jeddah sekarang nih.
Walaupun saya telah berikrar untuk tidak membeli baju bajan lagik, tapi saya telah terpedaya dengan banner banner tu semua.
Asalnya saya ke mall hendak membeli omo, omo tau kan?
Omo tu detergen pencuci baju.
Tak kiralah brand apa pun, semuanya omo.
Sama macam semua ubat gigi tu adalah colgate, semua makanan dalam tin itu sardin dan semua lampin pakai buang itu pampers.
Hehe.

Saay selalu gagal menahan nafsu.
Terutama bila hasutan kengkawan yg sama jek perangainya.
Dia hasut saya.
Saya hasut dia.

Dari nak membeli omo, terbeli dua tiga helai baju.
Kat sini takde fitting room.
So dah beli cepat cepat gi toilet nak try.
Kalau tak muat, leh tukar size atau tukar ke mende lain dalam kedai tu.
Sini toilet dia equipped with those fitting rooms yang sekali kat dalam toilet area.
Lorong sebelah kiri ialah untuk toilet, kanan untuk try baju.
Within 2 minggu tak silap, leh tukar.
Dulu kalau tak suka, leh refund amik duit balik, sekarang dah tak leh.
Mecik!

So pergi lah berdua try baju.
 Erm...terserlah tingtong bila baju yang dicuba, dipakai terbalik.
Yang patut bahagian depan gi kat belakang... mana tak sendat baju tu.
Seb baik baju tak de bunyik 'kreeeeeekkkk' koyak masa tu.
Pernah jadik jugak.
Lama dulu. 
Hehe.

Ini semua sebab penat membanting tulang mencarik rezeki.
Fatigue gamaknya.

Friday, June 22, 2012

Fail ok.

Take off dan landing. Kalau duduk cockpit memang cantek pemandangan dia. Lelebih lagik kalau waktu matahari naik. This is one of the privilege crew dapat. Selalu gak aaa kalau tak de penumpang, juruterbang offer duduk for take off landing. Ada yang nak, mengeleetiss lah gi, kan? Terutama kalau sang juruterbang menawan kalbu. Kalau yang ala ala jek...selalu offer itu didolak dalik. Tak de sapa nak gi, kan?

Masa pick up, kecoh lah my set cakap kita orang punya pilot tu hari seseorang yang kacak. Mengeletisss nih nak nengok. Hmmm. Naiklah yang diwar-warkan itu. Boleh lah. Segak lah jugak. Minyak wangi THE ONE memenuhi ruang bus masa dia naik. Lelaki nih, kalau tak hensem pun, kalau bersih dan wangi pun boleh menawan,kan. Harap muka hensem, bau kambing tak basuh dengan tepung, malas jugak, yer dak?

Ok lah. Memandangkan mamat nih pernah duduk di Malaysia selama beberapa ketika, so naturally lah dia nak memborak borak dengan saya. Saya hmmm, yes kan saja. Agaknya dia perasan saya tak layan sangat, dia jadik penasaran. Oiii setan...pepagi nih dapat tidur dalam bus barang sepicing dua tu NIKMAT tau. Sumpah kalau bukan pick up pagi buta, saya rasa dia muntah darah melayan borak dengan saya.

So we did lah this flight. Dalam 13jam duty time before sampai Medina untuk bawak kapal balik ke Jeddah. Last sector dari Medina ke Jeddah tak de penumpang.

Masa transit nak balik Jeddah, dia offer lah crew duduk di cockpit. Boeing 747-400 ada 2 extra seat kat dalam. Grrrrrrrrrr...dia suruh saya duduk kat dalam. Since dia pun not bad-looking saya pun haa oklah. Duduk jek la kat dalam tu. Lagipun kejap jek flight time. Like I said, tak sempat unfasten seatbelt pun, dah landingkan??

Elok kapal push-back je, saya terlelap. Terlelap tu satu hal, TARIKKKKKKKKK satu dengkuran kuat giler tu satu hallllllll....tak terkejuttttt mamat tu?? Kau mampu???? MAMPU TAK????. Sungguh lah valviessssss.

Sekianlah cerita saya di-ngorat-tak-jadik, walaupun mungkin hanya saya jek yang perasan dia nak ngorat sedangkan mamat tu gamaknya takut dia mengantuk, dapat satu bahana dengar orang berdengkur masa take-off sampai ke landing. Padan muka dia dan padan muka saya jugak. Say terima hakikat ini, bang. Tiada jodoh antara kita. Hiks.

****background music : Beribu sesalan.****

Wednesday, June 20, 2012

Sometimes it is easier to just sweep the dirt under the carpet.

Que sera sera.

Wednesday, June 13, 2012

Negara Gajah Putih

I have always been fascinated by the Buddhist teachings and the monks. Ada gak saya baca buku buku berkenaan agama Buddha nih. Ajaran dia memang saya setuju, yang pasal kesederhanaan dalam hidup. Ini yang saya fahami dan dari buku yag saya baca. I know there are other things too but I havent get to that yet la. Mungkin satu hari nanti, mungkin juga tidak kerana saya merasa tiada keserasian dengannya.

Masa melawat lawat Wat ...sungguh cantik dan tah kenapa saya merasa terasing dan sedikit cuak dalam diri. Saya merasa tidak begitu selesa dengan sembah sembahan yang ditaruk oleh penganutnya. It is just me, I think. Ada satu tempat tu ada macam kolah air kecil, dorang macam celup celup bunga lotus(agaknya) dan percik percik masing, or so it seemed to me..nak terjerit saya gerun takut air tu terkena saya. Biar pun hanya air, saya rasa ngeri ok. Mungkin saya saiko??> atau paranoid?




 The Reclining Buddha, Wat Po.

*


 
Nak gi ke Floating Market nih kene bangun awallll sangat sebab ia buka dari awal pagi sampai before tengah hari. We took a tour nak gi sini. Baht 500. Dalam 2 jam perjalanan dari Bangkok. Apatah nama dia..next entry saya bitau. Malas nak google. Mostly yang dijual adalah non-halal. Kedai yang halal ada kat belakang belakang. Ada satu gerai jual nasik campur. Sereyes sedap. Nak tambah nasik tapi lalat kerumun macam tak leh la pulak.



 Sebab masih lapar, kami makan buah moktan. Amik sekilo sorang.
Duduk makan senang hati.
Takde gaduh nak check halal ke dak, kan? 
 




Tuesday, June 12, 2012

Summer Heat

Beberapa hari yg lalu, saya telah sampai di padang pasir. Panas menggigit gigit.
Samapi terus kerja tanpa berlengah lagik. Rostering department macam ada dendam peribadi pulak saya rasa. Apakah ini bahana kerana mengupload gambar yang mempamerkan kebahagiaan ketika berada di Amazing Thailand dan seterusnya ke Temasik? I knew it!

Jadual penerbangan sangatlah padat. Terukir di muka masing masing ketika sign-in for flight. Semua muka menggambarkan * aku terpaksa turun kerja sebab kat negara aku susah nak carik kerja * dan bukannya* this is my childhood ambition, or I like to travel,  macam dalam bilik temuduga*.

Penat balik as passengers tak hilang dengan jet-lag nya lagik...I overslept for my second flight. Pick up pukul 00: 30, saya masih diulit lena. Saya sudah tertidur selama 13 jam. So far, sampai hari ini, saya belum dapat surat saman.

Sekarang nih musim cuti sekolah. Penuh dengan kanak kanak riang tidak memakai tali keledar masa take off/ landing dan turbulence. Mak apak dorang nih selagi tak jadik apa, dia biarkan jek anak anak dia berlari kesana kemari. Bahaya ok! Kalau tetiba melantun kene kerusi ke terhentak kat memana tercurah air teh/kopi masa lelarik tu, sapa yang susah? Budak budak memang tak leh duduk diam. Dah tau anak kau ta leh duk diam, find a solution la. Bawak lah toys, bagi dia main dlm kapal tu. Preferably, yang baru, travel pun bukan selalu sangat. Ada toys baru, mungkin budak tu leh ralit main mende tu with his seatbelt on. Jangan beli bola tampar, bola tendang bagai...payah lah nak mengejar. Coloring book ke apa ke.. kad uno ke, apa jek la. 

Lepas tu, mak apak, masa kau bercakap dengan anak kau, tanggalkan headset di telinga, jadik tak lah kau perlu bertempik sebab kau jek yang pekak...orang keliling kau tidak. Dah kau bertempik, cakap jerit jerit, ganggu orang lain yang berehat. Window shades kau lower kan lah kalau tak nak tutup abis..kesian kat orang lain nak tidur.

Bila crew suruh pasang seatbelt, pasanglah...apa maksaklahnya. Jangan cakap, I am a frequent flyer, selalu tak pakai, tak mati pun. Trust me, saya suruh pakai bukan sebab saya suka nak menyuruh nyuruh, tapi itu kerja saya. Sumpah I dont care if it is not in my job description. Gasak kau lah nak melambung ke siling sekali pun.

Bila krew hulur tray, sila taruk coffee cup tu supaya tidak tertumpah atas awak atau passenger disebelah awak. Amiklah gula barang 3-4 bungkus, takde sapa kisah. Kalau tak nak karang taruk atas tray when crew datang buat collection. Susah kat mananya.

Yang krew pulak, kalau dah tahan sangat nak pergi kerja tanpa waktu yang tetap, dan tak tahan melayan passengers, sila lah layari jobstreet ke apa ke...I am sure there's something that suits u better than this. Dont take ur frustrations towards the apa mende in the company on the passengers. Dorang tak bersalah.

p.s : tajuk entry lepas tu salah..patutnya Harbour Front, bukan Harbour Point. 
Maaf kan kekhilafan saya.

Friday, June 8, 2012

Family


Keluarga.
Sentap menyentap itu perkara biasa. But once in a while..someone of the same blood buat perkara buduh dan meretakkan hubungan kekeluargaan yang memang tak berapa nak kukuh, itu namanya bencana. Ini bukan macam cerita drama di TV..yang ooh senang jek nak settle. We kiss and make up. Ini adalah bila sesuatu yang dilakukan sengaja atau tidak, memecah belahkan keluarga. Dan banyak perkara yang sangat boleh memecah belahkan. Banyakkkkkkkkk. Awak pun tahu jugak. Mungkin pernah mengalaminya. In  different ways.

Dalam banyak perkara, pertelingkahan dalam ahli keluarga, saya selalunya tidak masuk campur. Bukan hendak playsafe atau apa..sebab saya selalunya jarang berada di tempat kejadian. Dan saya selalunya menjadi pihak yang neutral. One of the many perks I get for being away from home. Selalunya, perkara yang di pertelingkahkan itu adalah perkara yang remeh. Me, being the diplomatic one,sometimes, dan suka feeling feeling hero jadi menjadik orang tengah supaya perkara perkara bodoh yang dipertelingkan boleh diperbaiki. Most of the time I managed to handle those situations. Well, in the eyes of the family, I adalah antara yang boleh dibawak berbincang atau boleh berfikir dengan rasional. ***feeling kuat*** walaupun ada gak perangai perangai dan tabiat puaka tersendiri yang berjaya ditutupi dari pengetahuan mereka semua. Hiks.

Seneutral apa pun saya, saya merasa tersinggung bila my schizophrenic brother was accused of doing thing that I strongly believe he didnt. My brother is a puaka. So puaka beyond believe when he have his attacks. And after so many years of medications and help, he become some sort of ok. Dalam kepala hotak dia I dunno. For as long as he doesnt have the urge to hurt anyone, I consider him ok. Ok now, u know why I am so interested dengan mende ni. Please help if u can. Balik to the puaka brother I have, he is so puaka, that at times, I  wish he just stop breathing and let the rest of the family live happily ever after walaupun serba kekurangan. Tapi kali ini, I cant help but to stand with him. Tuduhan yang dibuat to him is so wrong. He is a lot of thing, but this one time, I have NO DOUBT that he is innocent. Plus I know, evreyone of us, knows for a fact, when kepala hotak dia ok, he is one kind soul. Cuma bila dia dengar suara suara dalam hotak dia yang orang lain tak dengar...dia adalah keparat. Sangat keparat.

And for this, I stand with the rest of my family members, beside him. To protect him from those who wish harm on him on this matter. Pertama kali in his stupid life, all his siblings have his back. Including the sister/brother in laws yang juga membencik dia kerana dia keparat. Mujur penyakit gilanya tidak datang bila mende nih jadik. I hope his head is numb that he dont even know what is going on.

Apa yang menyedihkan, perkara ini melibatkan orang orang yang I am close with. I havent said a word. I am angry becoz, sekalipun esok lusa the truth comes out, it has cause so much damage. A damage which beyond repair, not in the near future. Sudah berkerat rotan, berpatah arang. Marah yang my brother dituduh tidak seberapa berbanding marah kerana kebodohan sesetengah orang mengakibatkan dua keluarga sedarah tidak lagi sehaluan. Well, tidak la sehaluan mana sebelum ini, but at least we still talk and visit each other frequently.

Blood makes us related. Stupidity makes us enemy. How is that?
 

Friday, June 1, 2012

Dari Hua Lamphong ke Harbour Points

Banyak mende nak tulis, tapi kerana saya susah nak dapat internet line. Ini pun dekat cyber cafe  yang mana sebelah menyebelah saya adalah bebudak sekolah yang duk mencarut sambil bermain tembak tembak di internet ni. Perkataan bodoh, benggong dan beberapa perkataan beberapa sukukata yang saya sendiri tidak sebut jugak disebut sebut.

Anyway..saya balik dari Bangkok tu hari, penat gila aaa. Gatal sangat. Boleh balik naik katerbang, nak naik train. Amikkkk... from Bangkok to Butterworth, sehari semalam. :-) tapi tambang 1120baht. I lost my debit card atas train. Cuai nya saya!.Esok balik KSA, haruslah saya meredah Saudi summer heat tu untuk mendapatkan kad yang baru. :(

We reached KL malam macam tu aaa. Singgah Butterworth, main reason nya ialah sebab saya nak beli kuah rojak Mak Bee. Beli aaa buat bekal balik. Suker! Nashays, nak kirim tak??

Esoknya kita dua orang diajak pergi Port Dickson oleh satu raakn sekerja yang jugak berada di Mesia bercuti. Isteri dia ikut sekali. BEst aaaa..gi naik banana boat tu. Jet ski tak naik sebab mahal. RM 80 for 15mins. Tak mampu aaa. Seronok jugak naik tiga orang. Binik abang tak join. Malas kata dia. She sat under the pokok kelapa baca buku.

Balik PD, makan satay Haji Samuri. Heaven! Then dua orang balik hotel. Esok tengah hari nak check out sebab nak gi Singapura. Nak gi Universal Studio lak.

Dah lama saya plan nih. Dulu dua tahun lepas saya plan nak gi Bangkok dan Singapura tapi last minute, kene cancel. Kali nih, apa yang saya plan 2 tahun lepas berlaku. Yeahhh...

Kami pergi naik KTM malam, sampai Singapura awal pagi. Sampai jek, freshen up and terus gi USS. Tiket dah beli online. :)

Spent the whole day kat USS. Berlari sana sini dua orang sebab nak kejarkan rides dan shows.
Tapi roller roller coaster semua tak naik lah.
Ngeh ngeh... rupanya Panjang pun takut naik rollercoster.
Hahahah.Saya ok sikit dari Panjang sebab saya gagahkan diri jugak naik yang Enchanted punya. Panjang queue sekali , last min, dia tarik diri. Gerun naik rollercoster. Budak kecik belakang saya ada cakap, tak de mende naik roller coster kcik nih. Dalam hati saya cakap, eeeeeeeeee....rasa nak luruh jantung Acik naik mende nih, kau kata tak de mende?? Dulu masa pergi kat Amrika pun, saya tak naik. Naik yang ET nyer beskal, pun saya terjerit...benggong ke dak??

Kali nih best sikit, saya naik jek. Kami naik yang jurassic park tu. Saya cakap dengan Panjang, takyah beli poncho tu, Mahal! $3 dolar satu. Toksah! Panjang, ikutkan kehendak saya. Hermmmm... yer..kita berdua basah sedikit sahaja. Tapi ada tourist dari Philipines sebelah saya lencunnnn!! See... kalau beli poncho kan rugi...* ngeh ngeh ngeh*

Dalam USS nih makan dia u know I know la rega dia. Saya dengan Panjang makan kat luar USS, Malaysian Stall mende tah..tapi yg halal hanyalah Nasi Lemak dengan stall nasik beriyani. Walaupun begitu, saya berkeras membeli air dalam botol air yang tertera USS> nak feeling feeling la wey....lagik pun leh refill.

Yang paling best I think yang Terminator tu la. Best..Tapi dia punya susunnnnnnnn..makkkk aaaiii..Tapi berbaloi aaa.

Hehehe yang roller coster cyclone tu, saya mintak ampun...saya pengecut. Begitu jugak ride yang The Mummy tu. NO way, Jose.Takat amik amik gambar jek, walaupun kami dah susun nak naik. Kami tarik diri last minute, pastu pasangan arab belakang kita orang pun telah mengikuti keputusan kami untuk tidak naik jugak..hahahahaha.

I will tell u more story later. My time's up la plak.