Saya dapat message inbox.
Kata dia, kami classmate dia darjah 5 dan 6. Saya masih ingat 16 orang dari 25 orang dalam kelas saya. Terer lak rasanya. Ingat siap dengan nama penuh okeh? Saya tanyalah siapa dia kerana dia tidak menggunakan nama tertera di dalam kad pengenalan di Facebook. Saya sekolah rendah..very the ..once upon a time kan...
Idea yang bagus semenarnya.
Tak perlu mewar warkan nama penuh kita di media sosial itu. Kang ada pulak kes mencuri identiti. Kiat selalu pikir tak de sapanya nak curik my identiti..jangan salah ye. Some times ago, ada orang curik gambar dari profile picture one of my fren, buat FB dengan gbr kawan ni and mencoreng arang ke muka this fren la. Biasanya orang cecurik gambar dan buat Fb account nih adalah untuk perkara perkara yang tak baik lah kan.
Back to this person yang hantar mesej tu, dia pakai nama yang tah hapa hapa, then ehhh...dia nak main teka teki pulak. Saya cakaplah nama nama yang saya ingat dari kelas darjah 5 dan 6 tu, dia kata salah. Saya ada macam sikit fed-up la kan, tapi saya tengah mood baik, so saya layankan. Dia kata dia kecik ati, sebab saya ingat semua orang kecuali dia. Berangannnnnn! Nasib lah labu....nak diteka teka sangat, amik 16 nama guwa sebut, tak satu pun nama kau..so padan muka. Dalam masa main teka teki dengan dia tu, I found out a few of my ex classmate itu dah meninggal. :-(. About orang yang saya teka itu ini serba sedikit. Orang nih jadik itu ini..orang ono begitu begono. Kak Nam jugak dia nih lol. At a point, when I felt that she had enough fun ..I told her, takpe..kau jadik jek kawan misteri. Tak yah kenalkan diri. It is ok. Dia macam ehhh ..ehhh jangan give up. Tak guwa menjerit...kau cantik ke dan beberapa kata keji beberapa suku kata.?? LOL offcourse I didnt type that, but I just, takpe..tak penting.. kita kan berkawan..that is enough. Dia macam kecewa. Eeee..cihipek la.
Pada saya, kau yang beriya hantar mesej bagai, kau lak nak main teka teki. Sedar diri dong!! Kau nak berkawan, kau lah kene buat effort. Nak main teka teki is not effort ye. Not to me at least. Penat layan.
Oh ..kenapa saya layan dia? Sebab she said something. Dulu masa kecik kecik, saya adalah penjual sayur keliling kawasan perumahan. Dia kata dia pernah ikut saya jual sayur. Pernah ke? Saya selalu bawak sayur sayur tu semua sorang sorang. Satu bakul kanan, satu bakul di kiri. Kalau abis, balik umah balik amik sayur lagik. Dan yang saya ingat pernah ikut saya menjaja sekitar kampung tu anak jiran saya. Nama dia Norxxxxlina binti Haxxen. Seee...saya ingat dengan nama penuh lagik. Lina dulu suka budak lelaki sekelas dia nama Umai...:P Umai nih bukan nama penuh dia..Umai tu sebahagian dari nama dia. Saya tak sebut penuh sebab sebab takut disaman...hak hak hak...
Si misteri nih kendiannya mengalihkan pertanyaan ke saya. Saya buat apa, duduk mana>? kerja apa?? dah kawin, laki sapa, kerja mana dan soklan soklan yang menjengkelkan.. Saya cakap duk dalam kampung nuuu di kawasan dalam hutan di gunung ganang dekat Kalimantan. Yang di kampung saya ada internet jalur lebar. heheheh. The rest, biarlah jadik misteri semisteri dia..kan>??? Puasss lu??
Dia macam fefeeling saya nak tanya dia lebih gaknya. So I ask her the same question la kut.. Hello...kengkjawan rapat pun saya tak nak tetanya lelebih, cukup tahu sekadar yang orang nak kita tahu. We dont invade other's privacy la wey. It is just not right. Idiotitis sangat! It is human nature, we like our own space. Unless one feels comfortable with our presence, boleh lah kita menyibuk nyibuk, kan ? yang macam dia nih rasa macam dia nak berbanding banding who have better life. Sebab dulu kat kelas dia budak corot, saya top student. Saya budak pertama dari sekolah tu dapat 5A periksa penilaian, hokey...lol. Dapat 5A..kerja buat teh kopi sahajork?? Hak hak hak.