Pages

Friday, December 31, 2010

Terkadang

Gaduh kat FB memang best.
Rasa gerun tengok adegan sindir menyindir.
Kata mengata.
Keji mengeji.
*Alat kelamin* sungguh jejari dorang nih.
Perangai sekor sekor.
Kenapa tak nak buh status macam aku?
Bubuh la hari ini menari tiang...:P
Kalau nak komen banyak..* matilah attention seeker*
Yelah...sapa berani macam aku?
Dengan badan yang amatttlah montok berani mati keluar statement menari tiang??
Kau ada berani?
Atau pun berfantasi di status FB memakai stiletoes warna merah, haaahh ada?
In real life ade ker pakai kasut tumit tinggi cengitu?? Tak terpelecok??
Tak ke jalan bertatih pegang dinding takut salah bearing.

Bodohlah orang yang suka gaduh dan meluahkan perasaan kat FB tu.
Fine.
Silalah sebab tu wall ko..tapi perlukah segala carut maki tu di keluarkan?
It makes me think orang cemni ka jadik kawan.
Hari ini dia maki orang sana.
Esok kalau geramkan aku...tak pepasal aku pun kene.


Well..Aku pernah kene.
By someone I used to cared for.
It is a lesson.
One I paid a very high price for.
Itu bagi pihak aku lah.
Dari dia, rasanya dia pun sangat keciwa dengan aku.
So dia curahkan perasaan dia kat situ.
Tapi hingga ke saat ini..belum lagik lah aku mengeluarkan kat akata nista tentang dia.
For you yang I have hurt ( though without intention, I am sorry )
I never meant it to be this way.
Though I cried when I lost you, it is better this way.
So long my once-dear friend.
Aku bukanlah orang yang patut be your friend.
But I know I did with all my mights to be one.
Unfortunately, things didnt work out well, well like how you want it.
The misunderstandings.
The one I tried to tell u so hard.
Did I tried hard enough?
Maybe not.
Not to your standard.

Kalau tidak,kan..today I would have spent this year-end with you.
But I guess both of us has moved on.
You have forgotten me.

I wish u happiness.

Terkadang jadik kawan ni kita ingat kita buat yang terbaik.
Tapi bukan semua yang kita anggap kita buat tu, adalah terbaek dari ladang pada pandangan orang.
And I guess, kalau macam tu, biarkanlah.
Penting for diri sendiri sayang diri sendiri.
And by that not letting anyone makes u feel like u r worthless.
Ini pandangan aku jek.
Apa korang nak rasa, aku tak amik tahu.
Aku memang sangat selfish.

Aku tak amik pot sangat sebab kalau aku terlalu amik ati...aku yang sakit esok lusa.
The bigger your capacity to love, the bigger your capacity to feel the pain.

Maafkanlah aku bersikap macam ni.
Tak kiralah sapa.

Pada yang sudi nak berkawan, terima kasih sangat.
Aku harap terimalah aku apa adanya.
Aku adalah aku sebagaimana kau adalah engkau.

Pada yang beria ucapkan selamat tahun baru..aku senyum jek.
Aku tak ucap segala ucapan tu kerana..it is just another day.
The day will be new..but I think.. new should be replace with BETTER.
Ucapan jek tidak memadai.
Apa yang kita buat tu yang penting.

Tahun ni aku mencapai sasaran 65 peratus.
Not bad for a pemalas like me.
Actually I raih more than I thought I would.

I am giving myself a pat on my back.
* ada ke orang kesah?*
Tapi suka aku lah..ini blog aku.

To people in my life, thank You for being part of my life.

Otw home to Kingdom

Abang sayang abang di mana?
Hati risau mengenang dikau.
Abang sayang hatiku bimbang..
Lama ditinggal merantau..
Jauh jauh lah di mata di hati dekat lah sayang.

Adoiiiiiiiiiiiiiii....
Mak Piah rindu la wey.

Mak Piah rindukan kampung halaman.
Takde la apa masa balik.
But yes..I miss being surounded by my dysfunctional family members.
I miss Cik Nana.
I miss Cik Jo yang hari hari carik pasal.
I miss my kakak yang nonsense.
I miss my drama queen mother.
I miss my brothers.

Not much doing when I was home apart from melepak tak tentu pasal.
Like...duduk lepak baca newspaper, nak bitau nih baca suat kbr, tapi baca pasal Tok Uban kawin awek pramugari dari pat Mak Piah.
Berita lain ado??
Hik..well I dont like to read about orang eksiden.
Tinggalkan balu.
Or baca berita sedih sedih.
So cerita Tok Uban kawin awek hidung firaun is ok for me.
Eleh...cik Nana pun suker gak, kan Cik Nana,kan?

Terkadang rasa ralat, becoz I am never home.
Tapi rasanya it is better this way.
Kurang sikit persengketaan.
Keluarga mana yang tak bersengketa?
Tell me.. tell me.
Bukanlah bersengketa yg besar besaran.
Ala gaduh gaduh , cubit cubitan.. senggol senggolan.
And frankly I miss that.

Banyak rupanya Mak Piah ketinggalan.
Things that my sisters didnt tell me over the phone.
Things my niece convieniecely( camner eja ni aaaa?? I know ni salah) forget to inform me.

That is what being family is all about.
Nevertheless..I am thankful I am not around all the time.
Thankful sebab I dont have to deal will a lot of things yang I dont think I can handle well.
* giler selfish*
At the same time, sedih jugak..becoz I am not there just for the sake of being there.
* selfish sangatttttttttttt!*

I have come to realize.
After all this years, the distance between me and family has made me closer to them.
I guess, betullah distance makes the heart grew( ker grow ?) fonder.
Distance is my enemy, but stability is my ally.

But again, when FB, YM and skype is there...it is difficult to actually talk since we have chatted online so much.
Till I have nothing more to say in person.
I have met people whom I chatted to regularly online in person and I dont have anything to say.

Technology has taken the place of personal interactions and it has become ...errrr mechanical..and has lost it's personal touch.

And mak Piah telah menjadi seorang yg agak pendiam.

Wednesday, December 29, 2010

4-2

Pasal main bola facebook nyer status kacau bilau.
Kesian tengok betapa orang terlalu sensitif.
Sana sini tengok orang mengata.
Kutuk negara sini sana.
Orang dia lah best.
Orang dia lah bertamadun.
Hatta, yang tak pernah sentuh bola pun ikut sama.
Maki maki tak ngira sensitif nya isu yang disebut.
Yang bodohnya..tak ingat dlm FB dia ada org org dr negara yang disebut.
Maklumlah, Mak Piah kan kerja dengan org berbilang bangsa.

Orang yang main bola tu releks jek.
Tendang tendang bola.
Angkat angkat tangan.
Jatuh jatuh kat padang.

Tapi masa menet menet terakhir tu, Mak Piah ingat nak masuk lam toilet dan tak kuar untuk 15 menet, tau tau keluar toilet Malaysia dah menang.
Heheheh...kecut perut gak.
Tapi Mak Piah kuatkan semangat, tengok gak.
Masa Mak Piah gi tengok World Cup ritu, takdek la rasa maceng gitu..
Mungkin sebab Mak Piah 'terbakar' masa baca status satus di FB.
Seb bek kita menang.
Atau mungkinkah sebab negara tidak leh masuk world cup.

Dan...dalam meraikan kemenangan itu, MERAIKAN ye...:P
Mak Piah rasa Bambang Pamungkas tu ensem aaaaa.
Bergelora jiwa tengok.
Biasanya kalau orang meludah ludah nih Mak Piah bencik..tapi tengok Bambang Pamungkas meludah ludah, hati sudah cair la.
Gatal sungguh,kan???

Bambang Pamungkas, taste laaaa...ayooo.
Rasa macam nak peluk erat erat diagesel gesel sket nak pujuk sebab dia kalah.:P

Malam ni nak peluk bantal sambil himajin peluk Bambang Pamungkas.
Ahaks!!!

Saturday, December 25, 2010

Rindu

I miss Rambut Dawai.

Wednesday, December 22, 2010

Big is beautiful. lies we tell fat people to stop them from rioting

Hujan jek hari hari kalau petang petang.
Sejuk aaarrr.
Tak kuar umah.
Bila tak kuar umah, apakah aktiviti utama?
Ada lima huruf ye puan puan.

Teka kata hari ini ialah M_ _ _ _N.
Yang membawa maksud mentekedarahristik...

Ayooo.... nak kata membalas dendam sebab dah 15 bulan tak balik Malaysia.
Memang dah kuat makan, dah balik..apa lagik lah, kan?
Tak ke 5 pinggan belasahnya.

Tah apa yg salah dalam sistem metabolisme Mak Piah nih.
Mak Piah rasakan.. ada orang dah bomohkan Mak Piah punya metabolisme la.
Cium bau makanan jek pun dah gemuk :((
Apatah lagik bila Cik Nana pulak telah dengan murah hatinya menjemput Mak Piah menjadi food tester ( ker taster....? Memana yer...suka ati jek, janji faham maksud dia..)

Cuba sebut macam 'pukul berapa datuk harimau??"
Macam tu lah merdunya suara Cik nana mengucapkan,' dah lembut ke daging tu Mak Piah?'
Cik Nana memang berniat jahat dan mungkin jugak cik Nana yang membomohkan Mak Piah nyer metabolisme.
Haruslah dalam 800gram hirisan daging kari tu dijadikan bahan kajian kelembutan daging yang di masak.
Mecikkkkkkkkkkkk...

Selalu Mak Piah dengar orang cakap..alah makanlah..esok dah sakit bukan boleh makan dah yang sesedap nih.
Makanlah, toksah diet hari ni.

Cheeeebssss ok...masa bila Mak Piah pernah diet.

Betul Mak Piah pernah gigih minum teh herba orang kampung tapi bukan sebab nak diet atau toilet di umah cik Melan tu melerts..
TAPI sebab ..Mak Piah telah mendapat hadiah bikini baru.
Mampuslah kalau yang tukang kasik hadiah tu ada niat menyindir.
Mak Piah bercita cita hendak berbikini di tepian pantai.
nak bagi mat Salleh pepandang ahaks!! walaupun mak Piah tahu sangat matsalleh sangat suka yg itam...kulit tan. Mak Piah yellow. Sebijik ikan buntal. Demmmmm!

Pas tu ada ke pantai di bumi anbia??
Bersidai jugak Mak Piah dengan bikini itu di pool di dalam kompoun Mak Piah.
Ada matsalleh tengok.
Mat salleh pondringa..pun pondringa lah.
Lalu ke sesapa tengok ikan buntal kaler kuning??
Tidak yer.

Namun, mereka semua itu tidak tahu berapa lazatnya ikan buntal.
Masak asam pedas...yasalammmm...mau 5 pinggan bertambah.
Sedap sungguh.
Lagik sedap kalau ikan masin buntal..ohhhhh sungguhlah.
Kepada mereka mereka yang cakap 'haaaa...ikan buntal, kan beracun? Kang kau mati kang'
Well, my dear friends, I am the living proof ikan buntal itu tak mati kalau dimakan.
Ni apa motif meleret sampai ke promosi ikan buntal nih.......????
Apakah persamaan antara ikan buntal dan org yang berkulit kuning??
Kuning bukan jaundice yer...:P

Eeeeeeeeeee... tak paham!!!

Sunday, December 19, 2010

There comes a point when you have to realize you'll never be good enough for some people. The question is...is that your problem or theirs?

Saturday, December 18, 2010

Delivery Service

Mecikkkk arrr.
Orang kirim Mak Piah berbagai masa Mak Piah nak balik.
Kirim air liur lak tu.
Mak Piah tak kesah aaa.
Mak Piah faham.

Mak Piah pun hangkut lah dari bumi anbia.
Mak Piah sampai, Mak Piah dah bitau.
Wey... barang awak dah sampai.
Dia cakap ok.
Cakap lah Thank You.

Thank You jek la.
Amik barangnya kapan??

Ingat mak Piah buat delivery service ke?
Ada service door to door.
Cantik muka kau??
I have carried it all the way.

I went downtown to get your stuff.
Angkat lagik.
Balik umah.
Angkat lagik gi airport.
Pastu transit kat KL.
Angkat lagik.
Bawak balik umah.

Lagi sekali kena angkat, Malek Noor pun akan pikir Mak Piah ada cita cita nak jadi ahli bina badan wanita negara di usia senja ni.

Berat ok air zam zam tu.
Mana kurmanya lagi.
Mana nak kena bayar excess bagage nya lagik.
Some people are just unreasonable.
Mak Piah tak mintak duit pun for air zam zam.
For the kurma nabi.
Duit excess bagage.
Tak.
Hang kirim... hang mai amik la.
I left message kat inbox.
And u have my fon number.
Call me la.
Janganlah.

Dan hari ini menjelang kol doblas malam ni, Mak Piah declare, esok Mak Piah akan menghidangkan air zam zam itu kepada rakan dan taulan yang datang ke rumah.
Air zam zam akan dihidangkan dengan kurma ajwa.

Dan jangan sesapa lepas ni berani berani nak suruh Mak Piah belikan barang.
Maaf, saya sudah naik hantu.
Saya sudah malas tidak dihargai.

Sunday, December 12, 2010

Ohhh oohh balik kampung.

Mak Piah bersiaran dari kampung halaman.
Best worrrr..balik kampung.
Sejuk jek mata tengok ijau ijau... takde la nengok padang pasir seluas alam.
Sedap woooooorr makan makanan yang sesungguhnya dirindukan.

Yang tak best nyer..mata mata memandang.
Muka cam tak puas hati jek tengok Mak Piah.
Heyyyyyyyyyyyyyy... biarlah Mak Piah tak pakai bedak kat muka.
Biarlah Mak Piah jalan pakai siper jepun bunyik kepek kepek kepek kepek...
Biarlah, baju Mak Piah lusuh.
Lusuh lusuh pun, baju Mak Piah POLO tau...
Muahaahhahaha...

Jangan tanya bende pelik pelik boleh>?
Jangan tanya napa Mak Piah balik tak berlaki lagik.
Kau nak bagi laki kau kat Mak Piah ke???
Kalau laki kau kaya, macam laki Siti Nurhaliza boleh la....
Kalau laki kau kacak macam angkasawan tu...boleh...
Kalau tak, BOLEH BLAHHHHHHHHHHHHHHH....

Sakit kat mananya kalau Mak Piah tak berlaki lagik.
Dah Tuhan bagi kau berjodoh awal.
Kau leh tak bersyukur.
Toksah membanding bandingkan dengan Mak Piah.
Dah kau cantek... kau berlaki la...
Mak Piah tak cantek.
Mak Piah comel cam kungfu Panda jek.
Kalau Mak Piah tetiba melayan pandangan nafsu laki kau baru kau tahu.
Blueksssss...

Mak Piah tak bereta macam Mak Engku atau Mak Itam atau Kak Noor atau anak orang yang rumah tengah tu.
Janganlah.
Rezeki masing masing.
Mak Piah semekin.
Tak de rumah.
Balik pun balik umah kakak kakak jek.
Takde reta.

Mak Piah hanya ada budi bahasa jek..
budi bahasa ke kalau mencarut carut kat sini

Tak yah tanya gaji Mak Piah berapa, boleh???
Mak Piah tak pernah amik tahu gaji kau/anak kau berapa.
Mak Piah gembira jek kalau sesedara, jiran dan rakan taulan berkerja.

Ni kejap lagik kat Mak Piah yang semekin ni la datang mintak tolong.
OK...so U shut up!!!!!!!

Kang Mak Piah mendidih, ada yang kene sembur tak pasal.
Sekarang ni Mak Piah cuma senyummmmmm jek.
Esok lusa, Mak Piah tak janji.










Show all

Thursday, December 2, 2010

Buffet

Kenapa aaa...kalau gi makan buffet nak hambik makanan macam boleh abis semua yang diamik??
Perangai cam sial jek.

Sayang sayang buah kepayang

1)
Adalah rupa.
Adalah.
Tidaklah secantik bidadari.
Macam Mak Piah pernah tengok bidadari.

Manis raut wajahnya.
Lemah lembut.
Tapi, rela disiksa jiwa dan raga oleh bopren yang tidaklah sehensem mana pun.
Sen pun ada tak de jek.
Dalam hati Mak Piah, sayangnya kau ni.

Kalau Mak Piah la ya, kalau.....
Kalau nak terseksa dengan boipren, baik bopren tu ada 2 perkara, muka lawa, atau poket tebal.
Atleast kalau kene seksa jiwa raga, kita tahu yang menyeksa kita adalah muka yg lawa.
Atau dia ada duit..so he is allowed to be a brat.
Yes I know it sound errrrkkksss...but pikirlah

Maaf yer.. ini dah la muka tak lawa mana, menyeksa jiwa raga.
Tak hendak lah.
Tak lalu!!! ----( intonasi dia macam intonasi Mak Itam)

2)
Laki kat kampung.
Isteri gi merantau mencari rezeki.
Laki jaga anak.
Isteri hantar duit untuk perbelanjaan, since isteri dapat gaji lebih dr laki.
Laki amik duit buat joli joli ke pesta muda mudi.
Wahhhhhhhhhh.......
Isteri tahu tapi tahan sabar dengan perangai laki.
Sampai bila Yong?????

Hari hari makan nasik berlauk airmata.
Makan tetaplah makan,kan.
But how much more are you willing to take?
And how far would you go just to ensure your kids still have a father?
Blah jek la..
But it easier said than done.

There will be casualties of war.

Question is, are you one of them casualties?