Pages

Wednesday, December 22, 2010

Big is beautiful. lies we tell fat people to stop them from rioting

Hujan jek hari hari kalau petang petang.
Sejuk aaarrr.
Tak kuar umah.
Bila tak kuar umah, apakah aktiviti utama?
Ada lima huruf ye puan puan.

Teka kata hari ini ialah M_ _ _ _N.
Yang membawa maksud mentekedarahristik...

Ayooo.... nak kata membalas dendam sebab dah 15 bulan tak balik Malaysia.
Memang dah kuat makan, dah balik..apa lagik lah, kan?
Tak ke 5 pinggan belasahnya.

Tah apa yg salah dalam sistem metabolisme Mak Piah nih.
Mak Piah rasakan.. ada orang dah bomohkan Mak Piah punya metabolisme la.
Cium bau makanan jek pun dah gemuk :((
Apatah lagik bila Cik Nana pulak telah dengan murah hatinya menjemput Mak Piah menjadi food tester ( ker taster....? Memana yer...suka ati jek, janji faham maksud dia..)

Cuba sebut macam 'pukul berapa datuk harimau??"
Macam tu lah merdunya suara Cik nana mengucapkan,' dah lembut ke daging tu Mak Piah?'
Cik Nana memang berniat jahat dan mungkin jugak cik Nana yang membomohkan Mak Piah nyer metabolisme.
Haruslah dalam 800gram hirisan daging kari tu dijadikan bahan kajian kelembutan daging yang di masak.
Mecikkkkkkkkkkkk...

Selalu Mak Piah dengar orang cakap..alah makanlah..esok dah sakit bukan boleh makan dah yang sesedap nih.
Makanlah, toksah diet hari ni.

Cheeeebssss ok...masa bila Mak Piah pernah diet.

Betul Mak Piah pernah gigih minum teh herba orang kampung tapi bukan sebab nak diet atau toilet di umah cik Melan tu melerts..
TAPI sebab ..Mak Piah telah mendapat hadiah bikini baru.
Mampuslah kalau yang tukang kasik hadiah tu ada niat menyindir.
Mak Piah bercita cita hendak berbikini di tepian pantai.
nak bagi mat Salleh pepandang ahaks!! walaupun mak Piah tahu sangat matsalleh sangat suka yg itam...kulit tan. Mak Piah yellow. Sebijik ikan buntal. Demmmmm!

Pas tu ada ke pantai di bumi anbia??
Bersidai jugak Mak Piah dengan bikini itu di pool di dalam kompoun Mak Piah.
Ada matsalleh tengok.
Mat salleh pondringa..pun pondringa lah.
Lalu ke sesapa tengok ikan buntal kaler kuning??
Tidak yer.

Namun, mereka semua itu tidak tahu berapa lazatnya ikan buntal.
Masak asam pedas...yasalammmm...mau 5 pinggan bertambah.
Sedap sungguh.
Lagik sedap kalau ikan masin buntal..ohhhhh sungguhlah.
Kepada mereka mereka yang cakap 'haaaa...ikan buntal, kan beracun? Kang kau mati kang'
Well, my dear friends, I am the living proof ikan buntal itu tak mati kalau dimakan.
Ni apa motif meleret sampai ke promosi ikan buntal nih.......????
Apakah persamaan antara ikan buntal dan org yang berkulit kuning??
Kuning bukan jaundice yer...:P

Eeeeeeeeeee... tak paham!!!

1 comment:

You are responsible for your comment(s)