Pages

Monday, May 27, 2013

Haperdate ;-)

Sapalah tak suka balik kampung?
Duduk di kampung tu beza lagik lah cerita dia.
Dah duduk di hutan batu..balik ke hutan rimba  cam lain pulak rasa dia.
Mula rasa macam marilah kita mengembara di hutan lipur lara... kendian... woiii..nak nengok sopimol ....nak sopimol.
Kekwat dak??
Saya jawab sendiri, sangat kekwat.

Dah lama tidak berjumpa, mestilah memasing telah ada sedikit atau sebanyak 7 tanda tanda penuaan, dak?
Adakah saya lom sempat bersalam dah kata..eh..tanda penuaan kau dah muncul lah.. idak yer.
Saya sekadar,, apa khabar.
Awak baik baik sahajakan?
Tidaklah saya ber'eh-laki-kau-dah-lama-tak-balik-rumah-eh?' walaupun saya macam boleh mengagak .. tapi apa perlu saya menguris hati orang sebagaimana orang ber'kau-macam apam terlebih soda bikarbonat-lah' kepada saya
Tidak adalah saya nak tersinggung ke apa, tapi merasa hendak menyekastik memang sudah dihujung bibir. Percayalah kadang saya menarik nafas dalam dalam sambil mengigit lidah supaya tidak terkeluar kata kata yang boleh memcahkan perpaduan dan ikatan persaudaraan.

Sedari dulu, once upon a time, saya memang tidak pernah faham kenapa orang suka bergurau atau bersapa sapaan dengan mengkomen rupa orang?
Nih kalau ada sesapa yang suka bersapaan begitu, can u tell me why ' eh gemuknya kau' is a favourite sapaan?
Does it makes one feel good about oneself?
Kelakar ke bila cakap eh gemuknyaaaaaaa kau?
And you are not a person yang aku wassap/ aku fb private message/ atau pendek kata..tiada hubungan diplomatik pun?
Kelakar ke?
Seryes saya tanya, nak tau kat mana kelakarnya.
Help me to understand.

Oh setara saya di kampung halaman ni, saya telah memberitakan kepada orang orang kampung dan sesiapa yang sudi mendengar di kedai kedai kopi dan rumah sedara mara dan handai taulan bahawa memotong misai kucing adalah satu kekejaman kerana ia akan mencacatkan deria kucing itu, yer Kiah.

18 comments:

  1. MP memang orang ada berbagai..kdg2 perasan cantik pun ada, walhal tak pun.komen pasai badan org gemuk ke kurus memang menyakitkan hati, apatah lagi pompuan kan? so biaq pi la kat dia, gemok mcm tong dram ke, kurus macam lidi ke,kita jaga kita sudah..
    I have a friend yang pandai tackle bab ni.one day dia pi mjlis apa entah, and this man kata kat dia"ish hang kurus kering, kerdut sana sini dah" banangkan di depan org ramai dia kata gitu, sedangkan badan yang dok kutuk tu ada kut besar peti ais dia kat umah.Apa lagi my friend said" Ni, hang ada cermin dak kat rumah? kalau hang tak dak aku bagi satu.pi cermin muka hang dulu, dah macam bulldog aku tengok. ada hati nak kutuk aku." pucat muka dia.saya yg disebelah ketaq satu badan takut depa lawan tarik rambut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Champion lah kawan ang IM>.

      Mungkin kami tak faham sebab kami tak gurau gu tu kut na.

      x

      Delete
  2. Meh i tujukan 'santau lempang' kat orang yang mulut serope &%$#@ tu. But seriously kan, some people need to put others down to feel good about themselves.

    Btw, sila jangan lupa tugasan animal planet sementara kat kampung ye..cepat sekodeng Pak Ya ittew..

    Presiden Persatuan Anti-potong Misau Kucing (APMK)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah orang ckp kat saya...heheh. Nak matik dia nyer.. just curious jek..napa nak bersapa macam gitu.

      Ahli biasa persatuan anti potong misau kucing (APMK) dan anti FS

      Delete
  3. ktk di kuching? waaaa best nyaaa. *jeles mode*

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Seperti biasa, sbg ahli-mulut-kaknam, kita mesti ada jawapan.. jawapan dlm bentuk pantun 2 kerat ye uols..


    ko tu kurus, ko rasa canteklahhh?
    Eeee, buleh blah daaaaaaahhhh


    Yang benar,
    gorgeous..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Nicole..nih eja betul ke dak nih>>? urfffff..

      nya lom adak cerik kenak cabik..lol

      x

      Delete
  6. ehhh....gemok nye ko mak piah.(walaupon xpenah nengok rupa ko) boleh...

    hussin lempoyang.

    ReplyDelete
  7. Hi MP, Kampung Mp ni di bahagian mana? Cerita lah sikit, masukkan gambar lagi bagussss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi AM:

      perjalanan jauh tak terasa kerna hatiku melonjak sama...nun menghijau ladang dan rimba...:-)

      Delete
  8. Mp...
    Ayat 'gemuknya ko' dh selalu msuk kt telinga sy sejak brank 3 ni.adakah mrk mghrapkan sy slim dgn berat 45kg di usia 19thun itu?mmg tidakla jwabnya.sy x smpi hati nk tegur org cmtu tp hati mrk sgt kering buat sy gitu.huhu

    ReplyDelete
  9. Aok eyh makpiah.mcm sikda soalan lain jak?cobalah tanya..."aeeeiiii..makin kacak kau eh (walaupun amatlah tidak betul)"..boklah ukhuwah...gitewww..
    tok..mundak kenak kurus gilak..kenak besar gilak..kenak cengkong gilak..nang sik menepati rukun negara kelimak.

    ReplyDelete
  10. Ada sokmo orang gitu, tak masuk lagi yang jenis baru kenal je bila tgk kita semacam je terus cakap "eh pasal kau pakai cam ni?" Suka hati aku la.....wakakakaka. E bila nak gi Elite makan briyani KAMBING?

    ReplyDelete
  11. Yg pastinya,dorang jeles la tu....
    ~Jolie~

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)