Pages

Friday, February 21, 2014

Hapdate

Penumpang yang saya tak suka ialah binik juruterbang.

Beg haruslah berjenama antarabangsa macam kepunyaan blogger jutawan MLM, idola Esahbella yang bertikar ijau sakti itu. LOL ...
Naik kapal berangan, macam  kapal tu lakik dia yang punya.
Tiket beli diskaun staf, berangan mengalahkan owner private jet.
Beli tiket ekonomi pastu memaksa maksa upgrade, tu yang saya naik baran.

Buatlah dalam flight saya, buat.

Ok saya menjehenem ari semalam.
Ada member hantar saya mesej.
Binik Juruterbang Kpt Sengals naik flight awak. #VVIP.
Dari cerita rakan rakan, dia sangat banyak songeh.
Laki bukan ensem pun, takat juruterbang biasa jek.
Bluwerks!
Ok fineeeeeeeeeeeeeee kata saya.
Nak kata apa ye dak?

Saya dapat passenger's manifest jek, saya carik nama MakAyamBesar nih.
Sah, tiket dia ekonomi.
Ada dua seat kosong kat First Class.
Agak dia paksa dak laki dia mintakkan seat situ.
Kalau flight sekejapan, ok lah kan.
Nih flight 8 jam.

Naik lah penumpang.
MakAyamBesar nih tak naik lah kan.
Dia haruslah naik last bersama penumpang first class yang lain.
Dia kan cantek..
Abayah dia satu mau makan 2-3K, walhal pakai sampai masa boarding je.
Perfume dia satu zone yer baunya. 
Amek lah peluang menayang ke anak kapal, ai-binik-juruterbang ok?
Saya selalu ketawa tak hengat nyer lah kalau berlagu lagu sangat nih.
I am rude that way.
Always actually.

Tah camner, penumpang kerusi roda naik.
Pak cik jalan nih terhencut hencut.
Dia travel dengan isterinya.
*ting!!! *
Boleh ke dia jalan ke seat dia.?
Check, boarding pass dia duduk di upperdeck.
Ngeeeeeeheeeeeeeeee....
Saya melontarkan masalah kenapa penumpang di kerusi roda dapat seat di upperdeck kepada ground staff.
................. dan saya mendapat apa yang saya nak.

Semua kerusi di kelas pertama telah penuh.
Yeaaaaahhh.

Mak Ayam Besar pun sampailah.
Masuk dengan dramatik yer, dengan kasut lokbotin, yang disyaki dibeli di Corniche, dekat kedai beli kacang JessiKiah...lol
Dah semua kerusi penuh tak de lah dia nak memintak kan.
Dia ada suh petugas darat check kalau ada seat.
Takde lah dia datang tanya saya, sebab dia tahu jopan standard ialah, can I see your boarding pass?

Sedihkan kau binik-juruterbang-tapi-mintak-upgrade.
Kata krew, masa saya gi melilau ke belakang jenjalan carik pasal, dia ada datang ke depan nak pakai toilet depan.
Pakailah.

Before turun di lapangan terbang, LOL MakAyamBesar sempat selfies di Fisrt Class.
Saya offerlah amekkan gambar dia.
Ketesi, kan Aking?
Ermmm dia upload, flying with my favorite crew.
Yooooooo laaaaaahhh tu.
Dusta.
Fitnah semua tu.

Urmmmmmm********

Oh ya, Esahbella berbaru nih bermimpi dipatuk ular.
3 malam berturut turut.
Apakah dia bakal dirisik oleh Rano Karno depan rumah mu JessiKiahRose?

Friday, February 7, 2014

This is for YOU.

Bila u buat apa yang u buat, ai diam.
Maybe ai yang bongeks, maybe ai patut kene.

U buat untuk kali ke 2, ai asked.
U bagi alasan sekian sekian. Kes close.

Now dah nih dah kali ke 3.
Soklan dari ai. Kalau u jadik ai...u buat apa?






Menghebat

Like always atas kapal..saya buatlah walk around lepas service.
Menjalankan tugas kekdahnya.
Kengkononnnn..

Krew baru sahaja abis satu round buat skysales.
Meniaga.

Di zone C, passenger stop saya.
Dia tanya, ermm skysales amik other currencies tak.
Saya jawab, ada yang terima ada yang tidak.
Dia terus bukak gumpalan duit dia.
Saya buat tak nampak je la duit dia.
Passengers lain dah terpandang pandang.
Sakgi kene rompak kat erpot Alama Iqbal tu baru akai.

Saya tanyalah dia nak beli apa?
Dia jawab, I have canadian dollars.
Saya tanya lagik, nak beli apanya.
Dia tunjuk duit, nak beli pen satu nih.
Saya kata saya check la dulu kat krew yang buat skysales tu.
Saya berlalu dan gi tanya kalau ada pen yang dia nak.

Krew beritahu, tadi dia dah tanya.
Tapi pen tu takde stok.
Ada tapi kaler lain dari yang dia nak.
Dan krew cakap dia duk tayang lah dia punya duit berkepuk tu.
Nak menayanggg, kekdahnya.

Macam ni pun ada ke?
Adalah gaknya sebab my kazen pun kena macam nih gak.

Bos dia, budak pompan satu sekolah dengan saya dulu.
Berangan macam si canadian passport nih jugak.
Kazen saya mintak duit overtime dia.
Banyak tak banyak, hak dia , dia mintaklah.
Bos dia yang berangannnnnn nih leh jawab,
"masalah apa kau nak sangat duit nih, lainlah kalau macam aku nak bayar duit kereta Ford aku?"
Hangen satu badanlah mak ayam tu kan.
I dunno how my kazen yang lemah lembik tu jawab.
Yes, masa sekolah dulu pun dah terserlah betapa si bos kazen saya nih yang dia jeeeekkkk yang the bestest.
Dia nih adalah top student masa tu kat sekolah kami yang di ceruk itu. Sebelum saya masuk lah kan.

Darjah 5 masa tu.

Saya pelajar terbaik tahun tu.
Masa sekolah lama, saya hanyalah pelajar average jek pun.

 Dia punya menangis tak hengat.
Ohh Cik Nana ku, dia dapat 3A 2B masa peksa darjah 5 tu.
Sok dia tak bagi ko nyer overtime claim lagik, tolong ingatkan dia.
LOL

Tuesday, February 4, 2014

Nampak tak permainan dia?

Saya dicadangkan untuk join online dating oleh kengkawan yang prihatin, kengkawan seangkatan yang telah berjaya dgn projek online ini, dan jugak ketakutan lakiknya terpesona dek kegedikan saya..lol.
I take it haaa... tak terpikir lak.
Ok I join, unfortunately kalau mendaftar online dari bumi ini...orang padang pasirlah yang hormonnya tidak ketentuan itu lah yang  akan menyapa.
If u stay here as long as I do, u will able to see betapa tidak stabilnya hormon laki laki di sini.
Hatta, tengok buku lali pompan sahaja dah mencanak.
Keji sangat ok.

Yes, saya berjaya memujuk kawan saya yang tinggal di negara orang itu, MileyTirus, untuk mendaftarkan untuk saya.
Dah daftar, adalah yang pm.
Terasa kecohmelan diriku, serasa ArianaRose pulop.
 Walhal...sedehhhh.
Dalam internet nih kita leh jadik apa kita nak,kan?
Macam kawan saya Teej, dia adalah TeejRahsiaVictoria.
Kawan saya yang  tolong daftar tu ialah MileyTirus, jelir jelir lidah tak kurang.

Saya pun dengan gediknya( adik adik sila jangan tiru aksi banggang makcik separa usia ini) mengchatlah.
Haaa.. amek..tak sampai 15min saya dah bergaduh dalam chat tu.
Dari mula chat saya dah terasa mamat dari Amrika kununnya itu adalah pencari mangsa online.
Saya layankan seketika.
Nak tengok mamat gagaklah kut dia ni, nak apa.
Hmm dia mula lah..dia jeneral US di Afghanistan.
Duit dia lak sangkut kat akaun apa tah sebab dia lama sangat duk di Afghanistan.
Dia mula daaaahhh.
What he doesnt know is, I used to be based in Bagram, and I have actually flown those Generals back to base. 
Haiiiiih!

Yang sorang ni duduk di London katanya.
Kerja mesti lah best.
Kerja cam JessiKiahRose katanya.
Kat pusat pengajian tinggi di sana.
Nanti nak datang Malaysia, nak kawin, nak stay terus kat Malaysia.
Kerja kat Malaysia.
Ewahhhh...
Dahlah kesepian, tetiba pulak ada sang pangeran berkuda putih, datang dan membawaku dari title andalusiaku.
Romantik lah pulak.
Haiihhh!

Yang sorang lagi ni, duda katanya.
Biniknya dah matik..dia bagi gambar dia dengan anaknya.
Alahh cam gambar gambar AdiPutra dengan anaknya itu la kiranya.
Disertakan dengan cerita betapa dia en swomi yang menjaga isterinya semasa sakit di sepital.
Ha yoooo lah.
Saya mintak tengok gambar di sepital, takde ye... it is painful kata dia.

Tu sebahagian dari kisah petaulangan saya  di internet. Ini semua propah je.
Saya chat jugak, selain dari gedik saya nak tau jugak caner orang leh kene tipu dek orang dalam internet nih.
Sini, ada sorang yang saya kenal.
Dia pernah kene mende macam nih.
Dia chat lah dengan tah sapa sapa dalam laman mencari cinta nih.
Mamat nih datang yer.
Duduk dekat rumah dia.
Mak apak dia ada banyak umah sewa
Mengenangkan bakal menantu lah kut.
Sibongok dari gua ni bagilah mamat nih duit dia sebab nak tolong bakal suami bukak bisnes.
Di kasik lah duit 20K.
Seminggu, mamat celaks nih call cakap tak cukup, nak lagik 20K.
Sibongok bagik lagik.
Abes lah duit simpanan dianya nak gi umrah dibagik.

Sampai ke hari ini, mamat itu hilang tanpa jejak.
Sibongok pulak di status facebook nya...meroyan.
"Kamu tukang bo'ong...bo'ooooong"
Kejap lagik..
"dasarrrr kamu tukang bo'ooooongggg!"
Sekang satu apa tak dapat.

EsahbellaRose/JessikiahRose, sila berhati hati dengan jerat percintaan di dunia maya.
Google lah kisah orang ditipu dek kerana mencari cinta dek diandalusia ...banyak beritanya di sana.
Amek ikhtibar.
Jangan feelingggggggggg, faham?