Pages

Thursday, May 28, 2015

Layang layang terbang melayang

Jaranglah orang perdulikan abang posmen. 
Tapi semalam, abang posmen adalah yang paling tertunggu sekali. 

Tapi semalam bukak pintu bukak tingkap, tengah mandi terjengah jengah tak basah mandinya. Bunyik motosikal bhai potong rumput pun boleh nafas terhenti ye. 

 Yang nak keluar beli sup bunjut nak buat sup, masuk kedai runcit, capai  terus bayo dengan exact amount. Takde macam selalu terkebil kebil nak amek duit dalam wallet.. yelah wallet berjenama antarabangsa. 

Yang mana takleh nak elak kene keluar jugak make sure ada orang kat rumah tunggu abang posmen. 

Status facebook berbaur sedih mengucapkan babai dan kepada rerakan kut lah last flight. Sesedih je. Post gambar satu set. 

Sedih lah kan. I feel you kebaya ijau. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermanja kata orang dulu dulu.

Dalam grup wassap keluar pulak syarikat teksi cakap dia bukak pintu untuk amek para para yang dibuang kerja. Kata kawan sesuailah kalau juruterbang g jadik pemandu tekksi.. dah pemandu jugak. Hiks. 

Saya dalam kegatalan tengok Dr Raden Amzar, turut merasa tempias risau bersama sama rerakan kebaya ijau. Lepas maghrib, kedai mek tomyum tempat lepak jadi tempat berkumpul meluahkan keresahan. Memasing dengan risau duit kereta, rumah, anak anak, binik binik ku gangster bagai. Anak anak dorang tak cukuplah dengan rm20 macam anak pelakon santek yang kawen sesorok dengan ex dia yang dah kawen anak dato di Klang itu.  

Dalam beberapa kerat kengkawan kebaya ijau itu adalah sorang dua yang negatiffffffffffffff sangat. Takde mende lah tentang kebaya ijau yang bagus. Lupa yang dengan kerja menyembah meal trolley tu lah dia dapat beli rumah dan flat/apartmen sampai 4. Kereta mewah dan kereta g pasar dia.

Saya dengarkanlah betapa teruknya syarikat kebaya ijau. Ini itu.. nak terbelahak saya dengar. Tak berapa dengar sebenarnya sebab dalam kepala saya lebih banyak berangankan Dr RadenAmzar takpun saya berwassap mencerca  dengan KiahraLydia dan Esahbella. Saya tak hendaklah aura negatif dia dilambakkan kat saya. Saya biarkan dia bebel. Nak saya cakap apa? Orang kalau tak reti nak bersyukur, apa pun yang baik dia takkan hirau sebab duk sibuk carik yang tak elok. Biarkanlah. Saya cakaplah mende mende yang rasa boleh lah kurangkan keresahan dia dengan kelat kelat nak cover kebencian saya dengan sikap negatif dia. 

Tak sekejap kawan sepenerbangan dia tefon.. dia repeat apa yang saya cakap kat kawan dia.
Boleh Yonggggg? 

Untuk  kebaya ijau,saya berharap awak dapat dua surat. Bila dah dapat dua surat belajar menghargai apa yang ada. Yang dapat satu surat dan dilarang memasuki premis syarikat dengan immediate effect, layang layang terbanglah melayang.

Kang 1/6 nih jangan terkam abang posmen tau. 

7 comments:

  1. Set yang tak bersyukur..mmg camtu la keroje nya.

    ReplyDelete
  2. betul tu... banyak jumpa yang negatif saja. macam takde kebaikan langsung la company tu... adoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnya dalam hati ada sayang tp xnak ngaku'
      ramai dah sy jumpa spesis gini

      Delete
  3. MP ckp apa kat dia hehehe kepochi laks...

    ReplyDelete
  4. nak menangis rase bile bukak tgk2 ade entry baru.. rindunyeeeeee nak baca celoteh u MP.. keep on writing pls uolsssss..

    ReplyDelete
  5. sy antara yg x senang duduk nak masuk bilik air pun telinga bahgai terdengar2 bunyi moto abang posmen, huhu

    dapat 2 surat, tapi surat gambar pintu
    hai hai bai bai katanya
    takpelah, dah xde rezki dgn wau lagi
    tq utk semua kenangan selama 17 tahun
    * kalau itu budak, spm dah tahun ni*

    ReplyDelete
  6. X pe lah.. Wpun saya terbang sekali sekala tp saya tetap suka kan cap wau. Kecuali makanan dlm flight. Eh? Jgn carut saya.

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)