Pages

Monday, June 1, 2015

A date with Bibah

Janji pukul 1300 local time.

beginilah ya .. kalau kalau janji pukul 1300 awak dah ada premonition awak akan lambat dr pukul itu lebih dari 03mins silalah beritahu. Mungkin saya sebenarnya juga srdang dalam terhegeh menepati masa. Saya laju suap nasik kandar lawood yang nalarekke itu sebab saya telah berjanji untuk sampai pada masa yang dipersetujui.

Saya tak marah sebab saya boleh meluangkan waktu berpoya membelek belek kut lah ada diskaun beli sepentot setara menunggu. Yes I have time. Saya sedang bersenggang. ... ada ke perkataan bersenggang nih ? Lagipun saya takleh marah sebab saya tak datang ke majlis perkahwinan dia yang gilang gemilang di hotel terkemuka di ibukota. Dia mengungkit woooooo.

Seb bek saya dah makan nasik. Kalau dalam keadaan lapar, tak pastilah apakah doa saya untuk kawan saya sorang nih.

Kawan saya ini, saya tak jumpa dah bertahun. Walaupun dah lama tak jumpa tak banyak berubah rupa dia. Comel je orang nya.. dan saya yerr... saya lah kan. Sekali pandang macam peti ais dua pintu. Duakali pandang..alaaaahhh pandang tak jemu pandang tak jemulah ye.

Kami duduk melepak minum teh. Macam ohpohtez lak.. meminum teh bersama kek keju dr restoran yg bebaru nih ditarik sijil halalnya kerana didapati tidak mengikut standard status halalnya. Ampa tau kan? Kedai berkenaan ditarik sijil halal bukan sebab dia pakai apa apa material dari lembu pendek kaler kemerahjambuan ya.
Dah sesat barat ke cerita kedai jual kuih plak saya. Orang tetia nih suka lari tajuk...hiks.

Kawan saya nih, saya panggei MakBibah lah..

We talked about whatever happened la di dalam masa kami tiada bercontact. We dislike the same people atas sebab yang hampir sama. Ofkos lah there will always be hater. Sayalah tu hiks.. lagi mo tanya.

There was a mutual friend. Was bagi dia.. saya masih berkawan fb dan sesekali berhi-bye dengan mutual fren itu. Saya memahami kenapa jodoh persahabatan mereka telah tiada. I really do. Mungkin saya berat sebelah sedikit. saya lebih berat ke MakBibah. Sebab saya rasa saya kenal hati budi MakBibah dan MakPipah. Yang sorang tu saya panggei MakPipah je yer..

Saya tahu satu perkara. Kalau mende tu dah berzaman tapi MakBibah tak lupa sebab MakBibah berkecil hati. Saya tak sebelahi memana pihak dalam perkara nih. Kedua duanya salah dan kedua nya betul jugak dengan tindakan memasing. I told MakBibah.. biarkanlah. Takde ruginya pun kalau dia tak berkecimpung lagi. we left the conversation. Nak buat apa sebut kisah lama. Kang luka lama berdarah kembali. Move on. Ingat sesekali takpe. Namanya juga manusia biasa.

Tidak ada apa yang berubah dari saya kata MakBibah..cuma saya lebih lembut kata dia. Dulu saya adalah pembawak watak  Seman si tukang pukul..sekarang saya macam RajaEma.

Mecikkkk ai!
Tengok.. saya dah mula menyanyi nyanyi kecil lagu ohhhh sayang hengkaulah jejaka idamannnnn.. aku lah yang paling merindu

Mecik ok!

3 comments:

  1. Sangat tidak boleh tahan dengan sesetengah orang yang 'kurang pandai' menghormati masa orang lain.

    ReplyDelete
  2. omg, makan nasi kandar lawood kah? sensorang tak hajak kita pun, haha

    ReplyDelete
  3. Well mmg pun kita senantiasa ada kwn yg x berkenan di hati kita dek kerna perangai yg x semenggah tu. Dan bila jumpa kwn yg lain, yg kebetulan x suka dgn kwn yg pangai x semenggah tu apalagi kita lalu menganyam ketupat. Tp betul la tindakan mak piah tu, x perlu sebelahkan sesiapa pd benda yg lepas

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)