Seman memiliki pekerjaan yang bagus di bandar. Berkelulusan tinggi dari universiti luar negara. Cukuplah serba serbi. Look wise, sederhana. Kacak idak, buruk pun idak. Boleh lahhh.
Saban hari orang bertanya soklan femes kepada Seman, bilakah nak makan nasik minyak dia. Seman menjawab dengan sopan santun, makcik/pakciklah carikan saya. Mulalah yang ada anak dara tu berangan angan nak bermenantukan Seman. Kadang adalah sesekali dari riak dia, dia tak berapa nak gemar orang tanya soklan tu. I mean, kalau dah selalu sangat dapat soklan yang sama, mau naik hantu jugak,kan? Sesilap masa rewang orang kenduri, senduk besar melayang. But I like I said, Seman nih sopan budaknya.
Sejak dua tiga menjak nih, di laman sosial Seman selalu sentuh perkara jodoh. Yang dia ada minat satu awek nih tapi awek nih tak minat dia pulak. And a few wud mengusik dia kata nak kat dia bila awek tu menolak cinta agung Seman.
Seman sudah agak menjengkelkan kerana selalu duk mention orang taknak dia. Kalau dak, harapan harapan dan mimpi dia bertemu dengan gadis pujaannya. Ramai yang mengaminkan doa dan harapan beliau.
Semakin Seman merempan di laman sosial tentang jodoh semakin menimbulkan tanda tanya. Bemarkah cinta Seman di tolak oleh gadis pujaan atau Seman sengaja buat coverline bahawasanya Seman adalah Cik Gayah? Hendaklah saya cakap kat Seman, toksahlah dia duk sibuk cover sebab lagi dia nak cover, lagilah orang boleh baca gerak geri dia,kan. Sebab Seman nih femes di kampung, baiklah dia diam supaya andai esok lusa ramalanku benar belaka, orang akan ungkit dan mengata berlebihan kat dia. Kalau ramalan dari mangkuk putih salah, then he is in the safe.
Seman pernah cakap, dia nak kawen isteri lawa macam Selena Gomez ex gilpren Justin Bieber. Kalau dah rupa Selena Gomez, hendak ke dia Semannn oii?
I have no issue w sesapa CikGayah ye as much as dorang takde issue dengan I yang straight. I have a few CikGayah close friends yang kawan sejak zaman I dewi remaja. Hiks.