Pages

Wednesday, January 4, 2012

Faisaleyah

Dah dua hari saya satu set crew tersangkut dekat Riyadh nih.

Roster asal kene gi satu negara selama 3 hari. Memandangkan terbang dengan kengkawan, saya telah hendak menunjukkan skil Ramsey Gordon sayalah. Saya kan tak makan aircraft meals. read: mengada ngada. So sentiasalah saya berbekal, hatta turnaround flight atau balik ke kampung halaman untuk bercuti.. Asalnya, saya mula berbekal nih kerana saya alergik to capsicum. Saya memang freak. Saya tak jumpa lagik orang lain yang alergik to capsicum. Some rather how, capsicum has this super strong smell to me. Kat supermarket pun, ada lah species species dia yang saya lalu jek, akan mulalah tergaru garu. Macam berbintat bintat, macam orang alergik seafood.

Grrrrr* one of the reason kenapa saya hanya makan pizza yang taruk cheese sajek. Atau hawaiian. Malas saya hendak bersoal jawab dengan tukang jual..jangan taruk capsicum. Saya hanya anak seorang petani, maka secara naturalnya nasik adalah pilihan utama saya. Hendak hendak nasik dengan ikan masin. Marbeles, I tell youuuuuuuuu....

Crew yang lain dah gelisah jek duduk Riyadh nih sebab tahhhh...bosan duduk hotel, hatta hotel 5 bintang sekalipun. Kalau dah terperuk, mati akal gak. Balik balik lepak crew room. Iskkkk! Menambahkan ilmu yang tak berfadeah ada..contohnya, siapa yang tengah mengendeng sapa, orang anu putus kerana keperluan biologis tidak dapat dipenuhi, dan bagaimana berjayanya kalau kami menjadi ahlil perniagaan menjual adult toy di padang pasir. Hiks...gelak jek saya dengar. Cuma semua takut kalau kalau hendaknya dibuka dek security atau kastam, ditanya bagaimana penggunaan alat tu , kene suruh demo kat situ, sapa berani??? Ada yang kene pancung kang di majid putih. Idakkkkkkk ye...jangan main gila Neng....lol.

So tadi pergilah ke mall Faisaleyah. Mall dekat hotel. Pergi semua perempuan. Mall dan perempuan, sangat sinonim,kan. Sale dah mula start. Masuk semua kedai jual baju bajan nih. Memang lah murah kalau banding dgn rega di tanahair. Sereyes. Saya macam biasalah beli baju kemeja lengan panjang. Yang lain beli baju pesta. Dress dress tak cukup kain. Anak anak muda.

Time solat, kedai semua tutup. Kat mall nih ada disediakan fitting room. Ramailah perempaun perempuan arab sekali mencuba baju yag baru dibeli. Sakgi, tak muat atau terbesar, leh gi kedai tuko balik. Banyak gila orang arab nih shopping. Beg sampai tak muat tangan. Mana dapat duit banyak ngat nih yanggggg oiii...

Since fitting room tu penuh dengan perempuan berbondong bondong, kita orang keluar lah. Tuhhh dia...nengok muttawa jenjalan. Tak buat salah pun takut wooo... betul betulkan tudung ok. Takde jambul Tok Siti. Semua sangat muslimah rupa dia. Hehehehehe.

Ada satu muttawa tu...hensemmmmmmm nya dia masyaAllah. Kami berempat berpandang pandang bercuit cuit nengoknya. Rasa macam nak tegur'' hai abang muttawa, nak jadik isteri abang, boleh??". He is so good looking. Demmmmmmmmmmmm! Lupa kejap kat Hariz Ombak Rindu. Nengok jek la, kan? Hahahahah. Kami telah berpura pura mencari kedai, sedangkan sebenarnya nak nengok muttawa hensem tu. Apakan daya, tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi* perghhhhhhhhhhhhh...keluar dialog Hang Tuah kat Puteri Gunung Ledang.*

I am so sick!!!

6 comments:

  1. aduhhh, hensem menar kah?


    kmk tok sik berapa suka gilak arab type, mun lagik hensem dari harriz ombak rindu, sure hensem ya

    ReplyDelete
  2. hahahha normally nang camya lah mun nangga org kacak. Tangan Terikat Di Langit, Kaki Terpasak Di Bumi, HATI SUDAH TERCUIT, TAPI MULUT TERKUNCI. LOL

    ReplyDelete
  3. DLL:
    Berkat wudhu' yang sempurna gamaknya.
    Seryes kac sekals. Semerup mukanya. Adeh!!!

    Anggerik:
    Muahahaha sesungguhnya kitak mengerti. LOL
    * ngences weh!*

    ReplyDelete
  4. Wiiii..mamat harap ni xde laa semuanya ensem byk yg x ensem dr yg ensem..perangai pon xle pakai...muka kacak sekali bila senyum nampak taik gigi aje..
    Lagi satu bab fesyen mmg out..diorang ni pakai thobe je ensem, klu pakai jeans siap pakai skinny lagi mau kat situ jugak aku nak muntah.xde bontot choiii sgt...belum kira yg berambut kerenting..alahaiiiiii nak pegang rambut boleh?

    ReplyDelete
  5. Nashays:
    Sekali tu jek pun nengok yang ensem.
    Oooohh pandang bon-bon jantan eh???LOL. Rambut kenteng tu kalau blow-dry, agak dia cam gombang gombang dak eh? ahaks!

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)