Pages

Monday, January 23, 2012

Meroyans

Dah lama dah saya tak tinggal bersama keluarga. Sebaik sahaja habis sekolah, I had flown off the nest. Rindu ke? Yes. Tapi sesungguhnya saya lebih rela berjauhan demi menjaga ikatan kekeluargaan. Kalau selalu sangat balik, rasanya saya akan mendapat gelaran anak durhaka ye, si Tanggang atau Malin Kundang.

Banyak perkara yang saya ketinggalan. Dulu sebelum jaman jaman FB nih, saya memang selalu terkejut terkejut bila balik kampung. Banyak mende jadik yang saya selalu tatau. Pastu, barulah memasing mula bercari alasan, ooh kau tak de masa tu...macam mana nak beritahu?

Baru baru nih, cucu sulung mak saya kawin. Saya tak de pun orang beritahu. Berfikir baiklah. Mungkin dia orang taknak kecikkan hati saya menjemput saya yang tak laku laku nih. Saya nengok jek gambar dorang ada buat macam dinner sedara handai. Yang harusnya sedara handai saya. Saya bukan boleh balik pun. Beritahu lah. Itu jek. Out of respect. I felt tersisih la. Tua tua nih cepat lak sensentap.

My kazen mazen pun macam pakat tak nak cakap. Apa la susahnya, oiii Piah, anak aku nak kawin bulan nih. Payah ke? Payahlah kut.

I asked la sedara handai , napa tak beritahu.. jopan selamat mestilah : tu bukan majlis aku, aku takde hak nak beritahu. Aiksss? Ini macam kah? Hak kau apa sebenarnya, beritahu aku yang laki si anu gilakan anak sedara si itu??? Itu boleh beritahu la ye?

Rasa tersissih nih lama dah saya rasa.
My family selalunya cerita best simpan. Selalu lupa nak beritahu.

Yang tak lupa beritahu ialah bila nak pakai duit. Best kan keluarga saya.?

Esok aku dah kawin dgn anak arab nih....aku duduk jauhhhhhhhh dari korang. Nengoklah. Tak nak lah duduk Saudi nih, aku duduklah di Monaco atau di Pulau Carribean, ok? * berangan lebih di sini*

5 comments:

  1. Because family news are normally shared within the circle of contacts reachable by eyes, arms, the lowest of whisper, not by texts that appear on the screen of electronic devices. For every luxury (money, time, space) we earned, there is always a price to pay for them. The inconvenience in knowing that the family news weren't shared to you by your family members is probably the price you have to pay for the classy, high-paying job that you're now in.

    ReplyDelete
  2. Pok Deng:
    U r right. Just sometimes, yes, sometimes, it gets to me. Today was one of those days.

    ReplyDelete
  3. ...and thank you for reminding me, we win some, we lose some.

    ReplyDelete
  4. Familiarity breeds contempt. Biarlah jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Kalau di hadapan mata selalu, kadang-kadang macam Mak Piah cakaplah, boleh jadi anak durhaka. Yalah kadang2 yang terbaik untuk ayahbonda bukannya yang terbaik di situasi kita, ye tak?

    Cakap pasal rasa dipinggirkan.. Pernah sekali sebab saya jarang balik raya (padahal dekat sabah je pun, bukan london.. tapi tiket flight pun mahal jugak -- saya pulak jenis tak suka nak mintak older siblings belikan tiket walaupun diorang gaji kepuk2), mak saya tertanya "Eh, haritu masa raya hang ada ka takdak?" Maklumlah adik beradik sampai 9 orang, lepas tu anak sedara sampai sedozen, kehadiran kita ni kadang2 sipi je. Bukannya tak sayang, tapi dah ramai sangat kan. Saya pun tak kisah. Asalkan jangan mak terdetik dalam hati yang kita ni sengaja nak menjauhkan diri dari keluarga dahla ye tak.

    ReplyDelete
  5. cucu mak MP maknanya anak sedara MP la kan?
    patutnya MP tahu..lainlah kalau takat sepupu yg kawen
    itu dah kira jauh sikit..

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)